Dua Dunia

Tidak aku sangka, dalam satu tarikh yang sama, berlaku 2 perkara yang membawa tema yang sama, di dua dunia yang berbeza. (maksud aku, dua negara yang berbeza)

Water Balances & Sustainable Development

Semalam, aku dan tutorial-mateku (kami berlima) sudah memulakan perbincangan tentang suatu assignment berkumpulan daripada unit Chemical Engineering Principles di bawah topik “Mass Balances”. Dalam assignment itu, kami dikehendaki menyelesaikan satu permasalahan water balances.

Basically, tema assignment ini ialah ‘Sustainable Development’.

One

bumi

World


Sebelum meneruskan kepada definisi ‘Sustainable Development’ dalam bentuk perkataan, ingin aku kongsikan satu graf bagi memahamkan what on earth is ‘Sustainable Development’.

graf2Dalam graf ini, dapat dilihat pada y-axis berlabel “bilangan planet Bumi” against x-axis berlabel “masa”. Dapat disimpulkan daripada graf ini, semakin bertambah masa “humanity’s ecological footprint” semakin  menaik dan menjangkaui bilangan planet bumi yang diperlukan!

ecological footprint : the impact of humans on ecosystems created by their overuse of land, water, and other natural resources

Sustainable Development : development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs

Maka, sustainable development ini perlu bagi memastikan sumber-sumber semulajadi terpelihara untuk generasi masa hadapan.  Dan antara krisis yang dihadapi dunia sekarang yang memerlukan kepada sustainable development :

Croplands, forests, grassland, wetlands and fisheries continue to decline
Water availability changing
CO2 etc levels continue to rise with consequent increase in climate variability
Biodiversity decreasing
Poverty gap not closing
Global conflict increasing

…dan point kedua itulah yang membawa kepada assignmnent kami yang berkaitan dengan water balances.

Pertemuan Kedua

Hampir sejam duduk semeja pada pertemuan pertama, berbekalkan sedikit progres tetapi kami masih ada beberapa tanda tanya yang belum terungkai. Maka, pertemuan kedua diusulkan dan dijadualkan untuk berlaku pada hari Selasa, 26 November 2008, 5pm, di library.

p/s : 5pm? dah malam daa..jika diikutkan pergerakan masa sekarang, in between Maghrib-Isyak tu. Maka, berjalan membelah kegelapan malam menuju ke library.

Dipendekkan cerita, tiada meja kosong di library, dan akhirnya kami berbincang di dapur salah seorang tutorial-mateku. Sekitar 30-40 minit perbincangan, sekali lagi kami menemui jalan mati (mati idea). Lantas, tutorial-mateku membuka cerita tentang Christmas.

Cerita punya cerita (aku diam sahaja lah), lantas kawanku yang berasal dari Iran berkata, lebih kurang maksudnya, dia berasa agak janggal apabila orang-orang puteh ini dengan seronoknya bercakap tentang sambutan dan persediaan untuk Christmas.

(maaf jika ayat ini tidak berapa menepati apa yang beliau sampaikan). Maksud beliau, beliau tidak dapat untuk “into” the subject, obviously sebab beliau tidak merayakannya!

Tapi, untuk memahami apa yang beliau maksudkan, macam apabila kita hendak menyambut hari raya, kita akan merasa excited dan asyik bercakap tentangnya. Tentang baju raya, hendak beraya di mana, kasut raya, lagu raya, movie raya, dan sebagainya.

Tetapi, bagi yang tidak merayakannya, tidak dapat merasai keseronokan yang kita rasa apabila berbual mengenainya.

Dan bagi mereka pula, excited bercakap tentang pokok krismas, lagu krismas, cuti krismas, plan krismas, dan sebagainya.

Got my point? 😀

Selepas beliau memberi komentar itu, beliau lantas mengunjukkan mereka yang lain kepadaku, “I think she’s also the same”. Beliau cuba memberitahu yang aku juga tidak menyambut Christmas. Lalu, aku mengiyakan beliau.

Water Balances?

Rentetan itu, salah seorang tutorial-mateku lantas bertanya kepada Iranian tersebut, “Do you sort of feel discriminated if the university held a Christmas Ball?”

“Oh, tidaklah!”, jawab Iranian tersebut. Dalam hati, aku pun bersetuju. Maksud aku, tidak menjadi masalah kepadaku jika mereka ingin ber-christmas ball. Kiranya, pertanyaan tadi aku tafsirkan, adakah kami offended dengan acara seperti itu. Bagi aku tidak sama sekali.

Lalu seorang lagi tutorial-mateku berkata, ketika dia dan housemates-nya ingin menghias hall mereka dengan decoration krismas, ada juga antara orang puteh ini menyuarakan takut-takut decoration itu akan meng-offend non-christian.

Lantas dia menyambung, dia tidak berapa bersetuju dengan pernyataan itu. Katanya, krisman bukan lah wholly religious pun. Ada juga yang atheis, sama-sama meraikan krismas!

Dan, perbincangan menjadi semakin menarik…

p/s: Water balances? hehe. Bole plak terkeluar tajuk orang-orang puteh dan bukan-puteh-sangat ni.. 😛

Points To Be Noted

Terasa sukar pula hendak menaipkan dalam bentuk cerita kerana aku tidak pasti kronologi peristiwa yang berlaku dalam perbincangan tersebut. Mudah jika aku listkan sahaja statement-statement yang keluar dari mulut mereka dan aku, menurut yang aku fahami. 😀

“…kita ada kebebasan untuk memilih, sebab itulah remaja zaman sekarang tidak berapa religious…”

yang aku faham, yang berkata ini bermaksud, tidak semestinya jika parents adalah kristian, anak adalah kristian juga, mungkin semasa kecil, tetapi apabila mereka meningkat dewasa mereka boleh berfikir sendiri dan memilih, tetapi depends dengan background famili juga..katanya.


“…aku rasa, remaja zaman sekarang ni, malas untuk berfikir tentang agama, sebab itulah…”

“…aku kristian, tetapi tidaklah berapa kristian. aku rasa, apa yang penting, aku tahu mana yang baik, mana yang buruk. dan as long as i’m a good person…”

implies that, ‘why need religion?”


“…aku rasa, wujudnya agama-agama ini, adalah untuk menerangkan fenomena yang tidak dapat dijelaskan, macam how do crops grow, the crops need rain, and where does the rain come from, how the sun rises, sebab manusia tak tahu macam mana nak explain…”

yang aku faham di sini, terbukti bahawasanya ada SATU KUASA yang Maha Hebat mengendalikan ekosistem ini (aku tak sure jika dia yang berkata ini berfikir dengan serupa)


“…aku rasa, sains adalah untuk menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku, tetapi agama berfungsi untuk menjelaskan mengapa ianya boleh berlaku…”

“…but in our holy book, Quran..there’s some scientific explanation in it. For example, before a baby was born, the process in the..(isk2..aku terlupa apa perkataannya, lantas salah seorang daripada mereka mencelah, ‘the womb’)..yeah, the womb. i can show it to you if you want”

kecewa dengan diri sendiri kerana vocab yang kurang dan komunikasi dalam english yang berada pada tahap ‘perlu-ditingkatkan-lagi’


“…aku rasa agama itu adalah satu cara (baca: to earn the way) untuk menuju tuhan. semua agama pun begitu. bagi kami, kita manusia ni tak mampu mencapai tuhan kerana kita tidak sempurna. maka, kami percaya, melalui jesus-the living god-kami boleh at least mencapai tuhan melaluinya, sebab dia anak tuhan (SUBHANALLAH)…”

aku harap aku tak salah tafsir apa yang disampaikan oleh yang berkata ini. jika salah, astaghfirullah.


“…kami percaya jesus mati semasa dia di-crucify…(aku tak berapa pasti ayat seterusnya)..that sounds harsh..tapi dia mulia..”

seperti yang kita ketahui, mereka percaya yang jesus mati untuk menebus dosa2 mereka (itulah yang dimaksudkannya ‘that sounds harsh’). terdetik di hati dan ingin sahaja bertanya, “maksdunya, manusia-manusia semua boleh la buat dosa kerana apa-apa pun, dosa kalian telah ditebus bukan?”


“…ada beberapa bahagian dalam injil itu yang aku rasa terlalu abstrak. Aku tak tahu, tetapi not that i’m saying it’s wrong or anything…”

“…dan kitab tu dah terlalu lama, mungkin ada yang mengubahnya di sana-sini…”

dua statement ini dikatakan oleh mereka yang kristian tetapi menurut mereka tidak berapa kristian i.e. bukan jenis yang kerap ke church. Jangan salah tafsir pula, menurut yang aku faham, yang memberi statement yang kedua ini percaya tuhan tetapi mungkin ada in doubt sikit tentang kesahihan injil.

(dalam Islam pula, seperti yang kita faham, apabila kita percaya Allah, kita mesti turut percaya pada malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan qada” dan qadar Allah. Yang terangkum dalam ‘Rukun Iman’)


Dan ada beberapa lagi yang mungkin aku ingat-ingat lupa. Yang di atas itu aku taip untuk memberi gambaran tentang apa ‘isu’ yang kami bicangkan.

Ada yang turut berkata, statistik menunjukkan hanya 1 out of 20 orang (di England mungkin..tidak pasti) yang dikategorikan sebagai yang konsisten ke church.

p/s: teringat Malaysia, hakikat bahawa lebih ramai jemaah memenuhi masjid semasa musim solat terawih berbanding hari-hari lain di mana masjid lengang di kala solat fardhu. huhu.


Kagum dengan seorang tutorial-mateku, dia tahu 5-Pillars-of-Islam. Aku bertanya di mana dia belajar dan katanya pernah mengambil subjek berkaitan religious studies di sekolahnya dulu. Tetiba, Iranian itu bertanya, ‘which 5 pillars?’

Aku rasa, mungkin dia tidak familiar kerana perkara tersebut disebut dalam bahasa inggeris, sedangkan bahasa ibundanya adalah lain, dan semestinya dia belajar pendidikan Islam dalam bahasa ibundanya. Lalu aku berkata, “prayers, fasting, zakat…”. Barulah dia, “Owh!”

Namun, dia memberi pula pengakuan, di negaranya pendidikan Islam tidak berapa ditekankan. Tidak pasti benar atau tidak. Wallahu’alam. Ini kerana aku melihat Ahmadinejad seperti seorang pemimpin Muslim yang baik.

p/s: aku pernah mendapat emel yang menunjukkan gambar2 betapa low-profile nya Ahmadinejad-solat di tepi jalan, solat berjemaah bersama orang biasa, etc. Kalau boleh aku analogikan seperti mursyidul-am gerakan Islam di Malaysia, Tuan Guru Nik Aziz-rumah yang biasa2, low-profile, etc.

Selain itu, aku turut mendengar mereka menjelaskan beza (sedikit-sebanyak), kristian katolik dan protestan(yang dianuti oleh church of England). Dari segi ritual dalam church, dekorasi dalam church…

Dan semasa aku bertanya beza-beza itu, paku buah keras dipulangkan kepadaku, kata mereka, tidaklah beza besar sangat jenis-jenis kristian (baca : jenis church) ini, cumanya perkara-perkara kecil sahaja, dan mereka analogikan pula seperti perbezaan sunni-shiite (ahli sunnah-shiah) yang terdapat dalam Islam.

huhu. aku sendiri tidak pasti sama ada perbezaan sunni-shiite boleh atau tidak untuk disamakan dengan perbezaan church-church mereka (e.g. katolik, protetstan)... 😦

Menarik, satu perbincangan yang menarik. For the first time in my life I’ve encountered such a discussion (not really a discussion though, sebab mostly hanya mendengar mereka bercerita..huhu)

Belive it or not, kami mengambil masa yang jauh lagi lama bercakap tentang itu jika dibandingkan dengan perbincangan water balances kami! Akhirnya, disimpulkan, kami akan merujuk kepada tutor kami esok hari. 😛

Apa-apa pun, sebelum bersurai, kami semua setuju bahawa kami terbuka dalam mebicarakan hal ini.

Aku Melihat Bagaimana

Daripada respon yang mereka berikan, aku mungkin boleh memahami bagaimana, Yusuf Islam, Yusuf Estes, dan terbaru sekali kalau bole di-includekan, Michael Jackson tertarik untuk memeluk Islam.

Yusuf Islam @ Cat Steven

Yusuf Estes

Michael@Mikael Jackson?

Aku mungkin boleh memahami persepsi mereka (mungkin sebahagian) terhadap ‘grey-area’ dalam agama mereka sendiri. Di mana, mereka ini, jika mereka terus mencari, mereka akan bertemu dengan kebenaran. insyaAllah.

Mengapa aku katakan demikian? Kerana mereka adalah bangsa yang berfikir. Mereka mempersoalkan apa yang mereka dengar. Mereka mencari penjelasan untuk apa yang disumbatkan kepada mereka. Dan mereka menolaknya jika ianya tidak memenuhi curiosity dan logik akal mereka. Semestinya, hanya yang benar dapat memberikan penjelasan yang sebenar-benarnya.

Mungkin sebab proses itu-mempersoalkan, berfikir, dan menerima- menjadikan para Muslim yang berasal dari agama berlainan LEBIH MENGHAYATI dan MENGHARGAI Islam apabila mereka telah masuk Islam (this excludes people who converted for the sake of marriage. huhu)

Pengajaran dan Perkaitan

Bagi aku sendiri, ada ruang kelemahan dalam pencarian, penghayatan, dan penyampaian yang perlu aku perbaiki. 😐

Kesimpulan

Pertama, dunia hanya satu. Hidup hanya sekali (peluang untuk beramal). Jikalau manusia mampu melihat bahawa *tanggungjawab yang digalas adalah melebihi daripada masa yang ada, pasti kita akan benar-benar MEMILIH apa yang benar-benar PERLU dilakukan di dunia ini. (semoga aku mampu melihat seperti ini)

*petikan kata-kata as-syahid Imam Hassan al-Bana

Kedua, (menghubungkan dengan statement pada perenggan pertama post ini), pada tarikh yang sama, 26 November, seorang sahabatku yang sedang belajar di Amerika Syarikat mengalami satu pengalaman yang ada kaitannya dengan ‘agama’. Secara spesifiknya, diskriminasi antara agama. I know, that hurts. But be strong my dear friend. Allah sentiasa bersama-sama kita.

Ketiga, Islam adalah ad-din. Cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Bukan semata-mata berkisar pada ritual agama. Sehingga disempitkan pemikiran, Islam itu cukup sekadar solat, puasa, zakat, dan haji. Tetapi, Islam diabaikan dari segi ekonominya, politiknya, sosialnya, pendidikannya, pergaulannya, dan sebagainya.

Keempat, aku tidak pasti tentang remaja-remaja bukan Islam di seluruh dunia, tetapi aku pasti ada di setiap ceruk dunia, pemuda-pemudi Islam yang berjiwa besar. Yang percaya bahawa masa depan milik ISLAM! Dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya.

Persoalannya, adakah kita ingin turut sekali menjadi ‘players’ atau sekadar ‘spectatators’?

Updates

Sudah agak lama tidak memblog. Panjang pula post kali ini.

Ringkasan update aku di sini, lagi 2 minggu lebih sebelum cuti winter bermula, selama 3 minggu. insyaAllah.

Dalam tempoh 2 minggu lebih ini, ada 4 assignments yang perlu dihantar.

Tidak dilupakan revision, kerana kesalahanku yang semalam, aku terkebelakang. Itulah akibatnya, apabila mass bertambah, namun velocity tidak ditambah selari dengan mass, lantas momentum terjejas.

Momentum = mass x velocity

Semoga menjadi pengajaran, especially kepada diriku. Penyesalan dan keinsafan membawa kebaikan, semoga…

Penutup

Ingat wahai diri, “Tanggungjawab yang ada melebihi masa yang kita ada”

Allahu’alam.



9 Comments

  1. kak ayat says:

    salaam..
    perkongsian yang menarik.
    kmk sik arif gilak ttg ke’syiah’an penduduk iran.
    ktk mgkn berpeluang tauk lebih lanjut hal tok..
    melalui pandangan kwn yg berasal dr Iran juak.
    Apa2 hal pun, moga dimudahkan sgl urusan & dilimpahkan hidayah dari-Nya sentiasa

  2. syashot says:

    Salam

    alhamdulillah.

    huhu, yala, kmk pun x sure psl syiah2 tok. insyaAllah klak bole try researh. hurm, insyaAllah mun kawan ya berminat mok cta. 😉

    jazakillahu khairan. didoakan yang sama buat ktk juak. 🙂

    (^_^)

  3. ristina says:

    hrmmmmm mcm best je discussion tuuuu
    nk join gak
    tp tkot ilmu xcukup if diorg mintak explain ape2
    *sedang blaja mempertingkat ilmu islam,insyaAllah*

    hrm nnti if ade mase bole jugak tgk2/dgr yusuf estes tu
    mcm interstinggg jeh

    p/s: mass menaik ke? keh3

  4. syashot says:

    huhu. as i’ve mentioned above, xde la discussion sgt pun..just dengar diorang cter2 mcm tu je..tp, interesting. 😉

    aah, same2 la kte blajar dan meningkatkn ilmu. insyaAllah.

    insyaAllah, smoga berpeluang dengar talk Yusuf Estes tu.

    p/s: jap2..”mass” tu metafora je la..hehe. 😀

    (^_^)

  5. atie~ says:

    heee..

    salam..
    finally, dpt gak comment!!\
    uhu.
    best!

  6. syashot says:

    Alhamdulillah. 🙂

    p/s :sori, before this tu, ade a couple of post yg comment die disabled. hehe. 😀

    (^_^)

  7. mana says:

    actly, mana plg mls bc post pjg2 espcly if dier fully text n wo images. even if its bot janiz pn, aku liat. bt mana sker post sya yg pjg2. it makes me think after i’ve not been thinking. sya hbt ah bley discuss bnder2 mcm nih dgn diorg!! mana gler tkt if i may offend them or if i may sound ridiculing my own religion.
    n respek ah sya nyer asgnmnt. gler global. mine, hmm. nk kater senang, x dpt 100. nk kater ssh, sya nyer mcm lg cmplx. syuko2 je laa dgn wat ive got…^^

  8. di barat pelik kalau orang kristian kata ”i’m relligious”…memang kena bantai gelak ramai2 la….

  9. syashot says:

    Salam

    to Mana : alhamdulillah n thx, semoga bermanfaat. huhu, as i’ve mentioned above (dlm reply to Ris), xde la discuss sangat pun. Mostly, I just listened to them. (cakap dalam hati je la banyak..(-_-“)).

    that’s why la, after pengalaman tu, terhantuk kat kepala sendiri, banyak nye lagi yang saye kena tau n blajar. skill nak communicate pun penting ehs..kadang x cukup dgn tau je, kalau xleh nak express ape kte tau pun satu masalah gak. huhu. (ni menginsafkan diri sendiri) 😐

    anyway, insyaAllah same2 la kte top-up ilmu kte. UK ni wlaupun negara orang kapir tapi insyaAllah peluang nak kenal Islam memang ada, sebab tu la ramai je diorang (mcm example kat atas tu) yang jumpa Islam n even berdakwah utk sebarkan Islam. as for us, gambate untuk kte! 😉

    p/s: aiseh. tu visting lecturer yang bagi. layan je la..hehe. 🙂

    p/s 2: tu part “group work” nyer assignment. alhamdulillah dah abes. ni yang tgh menanti, individual pnye assignment lak, under topic sama, discussion yg berbeza. huhu. gambate utk diri sendiri. (-_-“)

    to Bro Joseph Mikael : hehe. ic ic. 🙂

    btw, kat Msia pun ade gak kot mentaliti tu. malu ngaku diri Islam (bukan ngaku dengan mulut la), in other words, x bangga pun jadi Islam. x cool, etc. huhu. nau’zubillah.

    tu la, at that moment ble dengar diorang cakap macam tu lantas terfikir, ni satu peluang ekceli. org2 bukan Islam (new generation), diorang kind of x kesah pun ngan agama diorang.

    tapi, as we know, insyaAllah, ada pemuda-pemudi Islam kat seantero dunia tgh bekerja untuk tegakkan balik Islam. anyway, that doesn’t mean org2 Islam bole take it for granted n relax. (again, menginsafkankan diri sendiri)

    p/s: thx for dropping by. unik sungguh nama itu. 🙂

    Wallahu’alam

    (^_^)

Leave a reply to Joseph Mikael Cancel reply