Constantinople & Al-Fateh

Sedang aku belayar di laman maya ini, aku terjumpa artikel daripada Husam Musa tentang Al-Fateh atau nama sebenar beliau Muhammad bin Murad. Sebelum meneruskan lebih lanjut, ingin aku kongsikan satu hadis Rasulullah S.A.W:

Kota Konstantinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu.

Riwayat Ahmad

Atau dengan frasa yang aku lebih familiar, sebaik-baik raja adalah raja yang membuka Constantinople dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang bersama-sama dalam pembukaan tersebut.

Nah, betapa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang benar lagi membenarkan! Beratus tahun sebelum peristiwa pembukaan Constantinople ini berlaku, Rasulullah s.a.w telah pun menyebutnya dalam salah sebuah hadis daripada baginda.

Dan akhirnya, pada 29 Mei 1453M, Sultan Muhammad bin Murad telah merealisasikan hadis tersebut!

Aku pun sebenarnya tidak aware akan tarikh tersbut (yakni hari ini) sehinggalah aku came across dengan artikel tersebut. Dan kisah Muhammad al-Fateh pun aku baru familiar setahun dua kebelakangan ini. Dalam usrah. Sedih tidak pernah aware tentang ini di zaman sekolah dulu.

Ini sejarah penting buat umat Islam! Berapa ramai pejuang Islam berkali-kali mencuba untuk membuka Constantinople daripada zaman para sahabat sehinggalah kepada khalifah-khalifah Islam selepas Khulafa’ Ar-rasyidin. Namun, ditakdirkan kejayaan itu di tangan Muhammad bin Murad ketika beliau berusia sekitar 20 tahun!

Allahuakbar! Di mana kita ketika usia itu? Sedang seronok mengejar apa fesyen pakaian yang terkini? Sedang berlumba-lumba menjadi makhluk tercantik mahupun terhensem? Dan pelbagai lagi realiti yang kita buat seperti yang terpamer pada blog, facebook, friendster, dan sebagainya.

Okies, nak cerita tentang Al-Fateh dan Constantinople sebenarnya.

Constantinople

Secara ringkasnya, Constantinople merupakan apa yang kita kenali sebagai Istanbul pada hari ini yang terletak di negara Turki. Rata-rata pelajar Malaysia di UK-Eire pastinya pernah sampai ke Turki, jikalau belum pernah pasti bercita-cita ingin ke sana.

Kenapa? Ingin menjejak kembali kegemilangan pemerintahan khalifah Islam yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Khalifah Turki Uthmaniyyah, ingat bukan? Constantinople ini terletak antara Selat Bosphorus dan Laut Marmara. Ini petanya:

Sebelum dibuka oleh Sultan Muhammad al-Fateh, Constantinople dikuasai oleh Empayar Byzantine. Pemerintah Byzantine bertindak zalim terhadap rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka.

Ibrah

Banyak ibrah daripada sejarah pembukaan Kota Konstantinopel ini. Antaranya yang aku suka, betapa gabungan syariatullah dan sunnatullah itu penting dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Seperti hadis Rasulullah tersebut, yang berjaya membuka Konstantinopel adalah sebaik-baik raja dan tentera. Terbaik dari segi pengabdian kepada Allah juga terbaik dalam berstrategi dan teknologi!

Ah, aku tak mampu untuk mendetailkannya. Namun, jika kalian berminat dan teruja untuk mengetahui secara lanjut kehebatan sejarah ini, boleh baca penulisan Husam Musa, Ustaz Al-Bakistani, Ustaz Hasrizal, dan banyak lagi yang boleh di’google’ di internet.

Atau, tonton sahaja di YouTube, “The Conquest of Constantinople” :

Pencetus

Moga-moga sedikit kisah Pembukaan Konstantinople ini akan menjadi pencetus buat kita semua, belia remaja untuk menanamkan semangat cari dan gali sejarah Islam untuk sama-sama kita ambil pengajaran dan renungkan tentang apa yang boleh kita lakukan untuk Islam hari ini.

Iya, aku akui dulu sejarah zaman SPM sama ada di dalam subjek Sejarah mahupun Pendidikan Islam sendiri, aku kurang gemar. Belajar dulu pun, semata-mata ingin A. adeih.

Namun, apabila sejarah diteladani kita akan dapati kaitan apa yang berlaku suatu ketika dahulu di zaman lampau adalah cerita yang sama berlaku pada hari ini namun dengan watak-watak yang berbeza.

Kita tidak pernah tahu bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah ada hubungan langsung dengan Kerajaan Melayu melalui subjek Sejarah di sekolah. Apa signifikasi hubungan itu dengan perjuangan Islam di Tanah Melayu dan sebagainya.

Percaya atau tidak, hubungan Melayu-Turki telah melahirkan mereka ini:

Dato Onn bin Jaafar
Dato' Onn bin Jaafar
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid

and of course…

Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein
Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein

Can you see their similarities? Oh Rugayah Hanum~

Menarik ya memang menarik!

(hurm, kalau penulis rajin dan ada maklumat yang mencukupi, mungkin boleh penulis kongsikan di laman ini, insyaAllah) –>saya pun budak tengah belajar~ :D

Apa-apa pun, kalau nak baca sendiri, boleh baca di sini. ;)

Penutup

Semoga kita belajar dari sejarah. Ayuh, sempena cuti pertengahan tahun ini untuk adik-adik di sekolah, sahabat-sahabat di IPT dan juga cuti summer bagi sahabat-sahabat yang menuntut di luar negara, mari meriahkan hari dengan sirah dan sejarah.

Bermula dari sirah Rasulullah S.A.W kepada khulafa’ ar-Rasyidin, khalifah-khalifah selepasnya, dan hinggalah ke perjuangan ulama’ di Tanah Melayu, mari sama-sama kita selami dan hayati.

“Tak kenal, maka tak cinta!” Indeed.

*Cadangan bahan bacaan:

1. The Sealed Nectar by Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri (Life of Prophet Muhammad)

2. Fiqh Sirah by Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy (Sirah Nabawiyah)

3. Defense Against Disaster by Qadi Abu Bakar Ibn Al-’Arabi (the Accurate Position of The Companions After the Prophet’s Death)

4. Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan by Ustaz Riduan Mohamad Nor

5. dll.

*sebahagian buku tersebut boleh di’Google’, yang lain boleh dapatkan di kedai buku di Jalan TAR. insyaAllah ada di sana. (mungkin juga di kedai buku lain, maaf penulis kenal Jalan TAR sahaja. tsk2)

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s