Sedang aku bersiap-siap untuk ke universiti pagi tadi, aku buka Facebook.
Apa yang aku nampak? Aku nampak video di bawah ni dikongsikan oleh beberapa rakan Facebook.
EKSAITED!!!!
MasyaAllah, memang fenomena lah. Apa tidaknya, lepas Asar tadi, aku check balik, bilangan yang mengongsikan di wall Facebook ku mencecah 200 orang! Tak percaya, tengok aku punya print screen kejap tadi:
Alhamdulillah atas usaha ustaz-ustaz ni, antara yang aku kenal; Ustaz Nasrudin Hassan, Ustaz Nik Abduh (anak TG Nik Abd Aziz), Ustaz Ridhuan Mat Nor (banyak tulis buku sejarah islam, yang paling latest aku baca ’Menerjang Badai’), Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofree dan juga bekas artis seperti Bob Lokman (dan MatLuthfi pun ada jugak!) – dalam memberi penjelasan ringkas dan santai tentang hudud (yang-sangat-digeruni-ramai-entah-kenapa-?)
Semoga Allah memberkati mereka dan semua yang terlibat dalam menjayakan video ini. Ini adalah satu video response yang sangat mantap dan cepat terhadap video memperlekeh hukum hudud yang dikelolakan oleh website ‘Sembang Rakyat’.
Apa lagi, sebarkan!
(^______^)
p.s. aku tak faham statistik yang ditunjukkan oleh Facebook tu, tapi kalau aku tambah nombor yang ditunjukkan, memang sampai sekurang-kurangnya jumlah 200 tu.

Pingback: “Lalang” by MatLuthfi | myfikrah