InsyaAllah, aku akan menduduki final exam (yang paling FINAL) bermula 17 Januari 2012 ini dan tamat pada 27 Januari 2012. Ada 5 subjek semuanya.
Legal & Waste Management
Microprocess Engineering
Advanced Materials & Porous Solids
Advanced Biochemical Engineering
Advanced Chemical Engineering
InsyaAllah, inilah peperiksaan bertulis yang terakhir sebelum aku menamatkan degreeku ini. Awal bulan Februari, kami akan memulakan final year project secara individu dan berkumpulan, tiada lagi peperiksaan bertulis selepas itu.
Mohon kalian turut mendoakan yang terbaik untukku! Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua dan mempermudahkan segala urusan ulangkaji dan persediaan untuk exam. Allahumma ameen.

Bangunan 9West - Department of Chemical Engineering, University of Bath *gambar sekadar hiasan*
Akhir kata, sebagai renungan bersama:

”Maka mengapa mereka mencari agama lain selain agama Allah, sedangkan apa yang ada di langit dan di bumi menyerah diri kepada-Nya, dalam keadaan rela ataupun terpaksa dan hanya kepada-Nyalah mereka dikembalikan?”
(Surah al-Imran: 83)
Seeru ‘ala barakatillah!
Allahu’alam.
http://farm4.static.flickr.com/3399/3251218779_81134cd770.jpg?v=0
Terima kasih Maksu! Bittaufik wannajah juak!
Jazakillah Khair…. No wonder la tetiba ghaib dari FB…. huhu… Dalam sya berdoa utk final exam tok, maksu nak minta simpati ckit, tolong doakan utk maksu juak diberi kekuatan…. InsyaAllah, Maksu sntiasa doakan semua anak2 buah maksu cemerlang dunia dan akhirat… Takbir!
Waiyyaki.
Hehe. Ghaib kejap.
InsyaAllah. Doa kat Allah dengan yakin, mintak Allah tolong kita dengan apa-apa cara sekalipun yang apa-apa pun outcome nya, mintak Allah redha kat kita.
Semoga Allah permudahkan buat Maksu! Allahumm ameen.