Jom Berforum!

ahah. pertama sekali, selamat bercuti kepada semua yang bakal bercuti bersempena dengan tahun baru cina minggu depan.

fikrahkita.forumer.com

dengan segala hormatnya, saya menjemput kawan-kawan sekalian untuk join online forum yang baru sahaja ditubuhkan di alamat :

fikrahkita.forumer.com

kenapa forum?

erm. aku rasa, forum adalah satu cara yang convenient untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat. blog pula, aku rasa lebih tertumpu kepada individu. oleh itu, bagi membolehkan interaksi maklumat dalam sesebuah komuniti, online forum menjadi satu alternatif yang menarik. hehe.

Penutup

akhir kata, semoga ada manfaatnya forum tersebut.

Allahu’alam.

selamat tahun baru 1429H

erm..ekceli sejak kebelakangan ini, virus ‘tidak ada kemahuan’ untuk mengupdate blog telah melanda diri aku. haha. maksud aku, jika dibandingkan tahun lepas, agak kerap dalam sebulan aku mengupdate blog.

hurm..adakah ini effect daripada wajah terbaru myfikrah?

erm. maybe tiada apa menarik atau memberi manfaat untuk dikongsikan barangkali..buat setakat ini. ūüôā

2008 & 1429

setiap tahun, orang berkata tentang resolusi tahun baru. aku? aku cuba melakukan resolusi itu secara tidak langsung. bukan apa, membuat azam atau resolusi tahun baru itu adalah amat klise. sehinggakan kadang-kadang, orang membuat pelbagai azam baru, semangat baru, tetapi, hanya sekadar retorik semata-mata. implementasinya tidak seberapa.

oleh itulah aku beranggapan, apabila inginkan perubahan, yang terpenting sekali, lakukanlah sesuatu yang ‘baru’. sesuatu yang tidak pernah kita lakukan tahun lepas atau sebelum ini. sesuatu yang¬† dengan melakukannya kita berasa mencabar (mencabar in a sense kita terpaksa melakukan sesuatu yang anomali atau dengan kata lainnya keluar dari comfort zone).

dengan automatiknya, kita dapat menginjakkan diri kita ke hadapan dan memenuhi resolusi yang kita inginkan (yang sebenarnya sedia ada dalam minda kita). niat atau perancangan tidak berguna tanpa perbuatan atau reaksi secara nampak. tetapi, niat itu perlu untuk memandu kita ke arah destinasi.

TAYLOR’S, RIDZUAN, SUBANG JAYA

taylor’s : kebelakangan ini, aku dalam pencarian spot-spot makan baru (lejuk makan tempat sama jak). kalau dulu kebanyakan masa makan goreng-gorengan sahaja (nasi goreng, mi bergoreng, telur goreng, etc.), tahun ini cuba mempelbagaikan lauk-pauk. dan oleh kerana di spot-spot yang biasa aku kunjungi last year tidak menyediakan “nasi campur”, maka aku pun bersiar-siar di kawasan taylor’s (within walking distance la..) untuk mencari¬†kedai-kedai makan¬†berdekatan.

pangsapuri ridzuan : hari khamis yang lalu, semasa hari cuti, aku dan housemates meminta bantuan bibik untuk membuat spring cleaning di rumah kami dengan bayaran RM50 (kongsi-kongsi…).¬†imagine, cuti sebulan dan debu-debu yang dihasilkan! hehe. ūüėÄ

subang jaya : ¬†aku masih di sini. perkembangan terbaru subang jaya, dekat roundabout yang berhampiran metropolitan college itu, rangkaian jalan raya semakin maju. fly over yang ketiga hampir siap¬†(tak sure pula bila akan siap). fly over itu akan menjadikan 4 “lapisan” jalan raya di situ. that explains why i wasn’t really impressed seeing the new fly overs in miri. hehe.

PENUTUP

sebagai mengakhiri post kali ini, sama-sama kita renungkan maksud surah Al-Hadid ayat 20-23 ; 

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

erm. sekali baca pun memadai untuk kita memahami tuntutan yang terdapat di dalam ayat-ayat tersebut. maksud aku, tiada yang  perkara yang complicated untuk difahami. aku mengingatkan diri aku sendiri, sebagai permulaan kepada tahun baru ini.

mungkin, tahun lepas aku lebih memilih untuk “duduk dan menunggu”. insyaAllah, tahun ini cuba merealisasikan quote yang selalu aku taipkan “keep moving forward”.

aku cuba mengaitkan “kesenangan” dalam ayat di atas¬†dengan “comfort zone”. penulis-penulis buku motivasi pun selalu berkata supaya kita keluar dari “comfort zone” untuk maju ke depan. selaku muslim, maju ke depan dengan maksud berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan juga akhirat.

peringatan buat diri aku, hidup di dunia ini bukan bertujuan untuk bersenang-lenang. kerana Allah s.w.t telah menyebut bahawa, “…kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ”

mungkin potongan ayat ini boleh dijadikan motivasi buat diri dalam setiap perkara yang dilakukan. sebagai contohnya, kadang-kadang perasaan malas atau ‘last minute’ atau speedy-solat¬†( i.e. solat semadi nadai jak) sebab merasakan penat dan susah. tetapi, jika kita beringat dengan firman Allah tersebut, bahawa hidup di dunia ini bukanlah tempat untuk kita berasa senang-lenang, kita patut sedar bahawa berasa susah itu perlu.

begitu juga dalam apa jua perkara lain, sebagai contohnya diri aku dan kalian juga, selaku seorang penuntut ilmu, perlu sedar bahawa tiada yang mudah dalam perjuangan ini. yang penting sekali, semoga segala yang dilakukan adalah untuk mencari redha Allah.

akhir kata, semoga kita semua tidak tegolong dalam kalangan “orang-orang yang terpedaya”..amin.

Allahu’alam.

saintifik & syariatik

Semester 3

insyaAllah, pada hari ahad ini, aku akan kembali semula ke semenanjung tanah melayu bagi meneruskan perjuangan dalam pelajaran untuk semester ketiga. setelah dikira-kira, ada lebih kurang 11 minggu sahaja lagi sebelum trial A2. dan lebih kurang sebulan selepas trial, menjelangnya musim final A2. nebes? i shud be. cuti yang sedang aku lalui ini, tidak banyak yang yang ‘berhasil’. sungguh menyedihkan diri ini.

sepanjang berada di rumah, temptation yang paling mudah mempengaruhi aku ialah internet. (oh no! i made internet sounds ‘unbenificial’). tidak dinafikan, membaca blog atau laman web insan lain juga dapat memberi insights yang berguna. cuma, KEBANYAKAN masa aku telah berlaku tidak adil. memberatkan kepada perkara yang tidak sepatutnya diberatkan. “mudharat” lebih banyak daripada manfaatnya. astaghfirullah.

INSAF

insaf. sudah menjadi harapan semua orang untuk insaf daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. setahun di tanah melayu melalui pembelajaran a-level di taylor’s, banyak perkara yang aku take for granted. dan implikasinya, aku tidak mencapai optima.

SAINTIFIK & SYARIATIK

membaca post di Saifulislam.Com yang bertajuk “Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam”¬†, membawa kepada satu lagi insight buat diri aku. yang paling menarik perhatian aku, petikan kata Muhammad Abduh,

‚Äú…. bertemu dengan Islam tanpa Muslim…” dan “…bertemu dengan Muslim tanpa Islam..‚ÄĚ

islam tanpa muslim.

muslim tanpa islam.

aku tidak faham. apa maknanya itu?

muslim itu merujuk kepada orang Islam yang melakukan perintah Allah dari segi syariahnya. muslim juga merujuk kepada makhluk Allah yang mentaati perintah-Nya dari segi Sunnatullah. seseorang yang Islam mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat, puasa, zakat, dan haji. tapi, seluruh makhluk Allah adalah muslim selagi mana dia mengikut sunnatullah. matahari itu muslim, kerana taat pada perintah Allah untuk terbit di timur dan tenggelam di barat setiap hari. planet-planet di seluruh cakerawala ini muslim kerana taat pada perintah Allah untuk beredar pada orbit masing-masing. Allahu’alam.

seperti definisi yang dinukilkan oleh ustaz hasrizal di Saifulislam.Com :

Islam = ketundukan + kepatuhan = kesejahteraan

PUTAR-PUTAR RODA KEHIDUPAN

apabila melakukan recapitulation untuk hampir setahun pengajianku di alam a-level, mungkin dalam tempoh itu aku telah menjadi muslim yang syariatik tetapi tidak saintifik (rujuk post yang tersebut di atas untuk memahami makna syariatik dan saintifik dalam konteks ini). konflik diri yang selalu bermain-main di mindaku, kini akhirnya aku rasa seperti sudah ketemui jawapannya. alhamdulillah. cuma tinggal merealisasikannya. insyaAllah.

mungkin kalian di luar sana pernah mengalami keadaan serupa. sejak di bangku sekolah lagi mungkin. aku selalu bertanya, kenapa kita yang bergelar muslim, agak ketinggalan dibandingkan dengan beberapa insan yang bukan muslim? bukan mermaksud semua, diakui, memang ada MUSLIM yang TIDAK KOSONG ISLAMnya iaitu mentaati perintah Allah dari segi syariah dan sunnatullah.

kadang-kadang, sebagai seorang yang dilahirkan islam, mungkin ada sebahagiannya yang take for granted dengan hakikat itu. merasa diri cukup bertuah dilahirkan sebagai seorang yang Islam. lantas, berasa tidak mengapa jika tertindas atau terkebelakang dari segi ekonomi, akademik, atau apa sahaja kerana berfikiran “ahh…biarlah mereka hebak dan berjaya¬†dengan pencapaian dunia ini, sekurang-kurangnya aku ada bekalan untuk dibawa¬†ke akhirat..” . sedangkan Islam menganjurkan kecemerlangan dunia dan akhirat. menjadikan kejayaan di dunia sebagai “alat” untuk mencapai kejayaan akhirat. insyaAllah.

tahniah dan syabas aku ucapkan serta¬†respek-mat-pek dan tabik springgg daripada aku kepada insan-insan yang berjaya memaknakan dengan makna yang sebenar “Apa Ertinya Saya Menganut Islam?”. menterjemahkan Islam dan Muslim dengan perbuatan yang menunjukkan ke’Islam’an dan ke’Muslim’an yang sebetulnya.

sekali lagi, tiada erti menulis apa yang aku taipkan di sini kalau bukan sebagai peringatan kepada diri ini. merujuk kepada post di Saifulislam.Com yang tersebut di atas, aku amat tertarik dengan analogi Pak Haji dan Ah Chong. jika difikirkan, situasi itu memang benar. at least, ke atas diri aku. merasakan kita telah mentaati-Nya tetapi banyak lagi yang perkara-perkara aula’/utama yang ditinggalkan ataupun tertinggal di belakang dalam melalui denai kehidupan.

semoga aku ingat kepada ingatan ini. semoga aku terus sedar dengan kesedaran ini.

PENUTUP

sebagai penutup, memetik sebahagian daripada post ustaz Hasrizal tersebut, sama-sama kia renungkan ;

Read More »

2008

welkam to myfikrah’s new domain.. ūüėČ

Ahah

pertama sekali, SELAMAT TAHUN BARU 2008. ahah. ekceli, penukaran domain myfikrah tidaklah dirancang bersempena dengan tahun baru masihi ini. dipendekkan cerita, selepas mengalami kesilapan teknikal di www.myfikrah.blogspot.com, aku bereksperimen pula dengan wordpress ini.

ekceli ini adalah blog wordpress aku yang kedua. maka, domain myfikrah yang terbaru agak panjang ; www.myfikrah89sbs.wordpress.com (instead of www.myfikrah.wordpress.com). hal ini kerana, blog wordpress aku yang pertama telah menggunakan domain www.myfikrah.wordpress.com .

MYFIKRAH

myfikrah adalah pembolehubah yang dimalarkan.

erm..

keep moving forward !!

 (^_^)