saintifik & syariatik

Semester 3

insyaAllah, pada hari ahad ini, aku akan kembali semula ke semenanjung tanah melayu bagi meneruskan perjuangan dalam pelajaran untuk semester ketiga. setelah dikira-kira, ada lebih kurang 11 minggu sahaja lagi sebelum trial A2. dan lebih kurang sebulan selepas trial, menjelangnya musim final A2. nebes? i shud be. cuti yang sedang aku lalui ini, tidak banyak yang yang ‘berhasil’. sungguh menyedihkan diri ini.

sepanjang berada di rumah, temptation yang paling mudah mempengaruhi aku ialah internet. (oh no! i made internet sounds ‘unbenificial’). tidak dinafikan, membaca blog atau laman web insan lain juga dapat memberi insights yang berguna. cuma, KEBANYAKAN masa aku telah berlaku tidak adil. memberatkan kepada perkara yang tidak sepatutnya diberatkan. “mudharat” lebih banyak daripada manfaatnya. astaghfirullah.

INSAF

insaf. sudah menjadi harapan semua orang untuk insaf daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. setahun di tanah melayu melalui pembelajaran a-level di taylor’s, banyak perkara yang aku take for granted. dan implikasinya, aku tidak mencapai optima.

SAINTIFIK & SYARIATIK

membaca post di Saifulislam.Com yang bertajuk “Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam” , membawa kepada satu lagi insight buat diri aku. yang paling menarik perhatian aku, petikan kata Muhammad Abduh,

“…. bertemu dengan Islam tanpa Muslim…” dan “…bertemu dengan Muslim tanpa Islam..”

islam tanpa muslim.

muslim tanpa islam.

aku tidak faham. apa maknanya itu?

muslim itu merujuk kepada orang Islam yang melakukan perintah Allah dari segi syariahnya. muslim juga merujuk kepada makhluk Allah yang mentaati perintah-Nya dari segi Sunnatullah. seseorang yang Islam mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat, puasa, zakat, dan haji. tapi, seluruh makhluk Allah adalah muslim selagi mana dia mengikut sunnatullah. matahari itu muslim, kerana taat pada perintah Allah untuk terbit di timur dan tenggelam di barat setiap hari. planet-planet di seluruh cakerawala ini muslim kerana taat pada perintah Allah untuk beredar pada orbit masing-masing. Allahu’alam.

seperti definisi yang dinukilkan oleh ustaz hasrizal di Saifulislam.Com :

Islam = ketundukan + kepatuhan = kesejahteraan

PUTAR-PUTAR RODA KEHIDUPAN

apabila melakukan recapitulation untuk hampir setahun pengajianku di alam a-level, mungkin dalam tempoh itu aku telah menjadi muslim yang syariatik tetapi tidak saintifik (rujuk post yang tersebut di atas untuk memahami makna syariatik dan saintifik dalam konteks ini). konflik diri yang selalu bermain-main di mindaku, kini akhirnya aku rasa seperti sudah ketemui jawapannya. alhamdulillah. cuma tinggal merealisasikannya. insyaAllah.

mungkin kalian di luar sana pernah mengalami keadaan serupa. sejak di bangku sekolah lagi mungkin. aku selalu bertanya, kenapa kita yang bergelar muslim, agak ketinggalan dibandingkan dengan beberapa insan yang bukan muslim? bukan mermaksud semua, diakui, memang ada MUSLIM yang TIDAK KOSONG ISLAMnya iaitu mentaati perintah Allah dari segi syariah dan sunnatullah.

kadang-kadang, sebagai seorang yang dilahirkan islam, mungkin ada sebahagiannya yang take for granted dengan hakikat itu. merasa diri cukup bertuah dilahirkan sebagai seorang yang Islam. lantas, berasa tidak mengapa jika tertindas atau terkebelakang dari segi ekonomi, akademik, atau apa sahaja kerana berfikiran “ahh…biarlah mereka hebak dan berjaya dengan pencapaian dunia ini, sekurang-kurangnya aku ada bekalan untuk dibawa ke akhirat..” . sedangkan Islam menganjurkan kecemerlangan dunia dan akhirat. menjadikan kejayaan di dunia sebagai “alat” untuk mencapai kejayaan akhirat. insyaAllah.

tahniah dan syabas aku ucapkan serta respek-mat-pek dan tabik springgg daripada aku kepada insan-insan yang berjaya memaknakan dengan makna yang sebenar “Apa Ertinya Saya Menganut Islam?”. menterjemahkan Islam dan Muslim dengan perbuatan yang menunjukkan ke’Islam’an dan ke’Muslim’an yang sebetulnya.

sekali lagi, tiada erti menulis apa yang aku taipkan di sini kalau bukan sebagai peringatan kepada diri ini. merujuk kepada post di Saifulislam.Com yang tersebut di atas, aku amat tertarik dengan analogi Pak Haji dan Ah Chong. jika difikirkan, situasi itu memang benar. at least, ke atas diri aku. merasakan kita telah mentaati-Nya tetapi banyak lagi yang perkara-perkara aula’/utama yang ditinggalkan ataupun tertinggal di belakang dalam melalui denai kehidupan.

semoga aku ingat kepada ingatan ini. semoga aku terus sedar dengan kesedaran ini.

PENUTUP

sebagai penutup, memetik sebahagian daripada post ustaz Hasrizal tersebut, sama-sama kia renungkan ;

Apakah ketentuan Allah SWT terhadap pokok jagung? Apakah sistem Allah dalam bercucuk tanam? Bagaimanakah ‘cara kerja’ Khaliq terhadap makhluq bernama jagung? Apakah Allah membuat suatu sistem bahawa untuk jagung tumbuh subur ia memerlukan kepada zikir yang ma’thur dari nas al-Quran dan al-Sunnah? Apakah kesuburan jagung ditentukan oleh Allah SWT pada besarnya serban atau pada singkatnya jubah? Bagaimanakah caranya manusia menyembah Allah dalam perbuatan menanam jagung?

Ketentuan Allah pada teknik menyuburkan tanaman jagung ialah pada kualiti benihnya, cara jagung ditanam, jenis baja, kaedah menjaga pokoknya… yang kesemuanya dihimpun dalam satu ilmu bernama sains pertanian.

 

Siapakah yang tunduk kepada Allah dalam sains pertanian?

 

Jawapannya… Ah Chong.

 

Ah Chong yang patuh kepada hukum alam, kepada hukum sains pertanian… kepada Sunnatullah (cara kerja Allah).

jikalau kalian belum membaca post yang aku rujuk sedari tadi, aku syorkan kalian mebacanya kerana kalian akan sedikit sebanyak memahami hakikat kita sebagai Islam dan Muslim ini.

secara ringkasnya, kalau post ustaz Hasrizal tersebut hendak diaplikasikan dalam kehiudupan seorang student seperti aku, seorang Muslim yang belajar haruslah berusaha sebaiknya dalam mentaati perintah Allah dari segi syariah dan dari segi sunnatullah i.e. belajar dan berusaha secara optimum untuk mencapai kecemerlangan akademik di samping cemerlang dalam melaksanakan kepatuhan terhadap syariah-Nya i.e. solat, puasa, etc.

sunnatullah bagi kejayaan ialah usaha…”man jadda wa jada

ingatan dari diri buat diri ini sendiri…

p/s : baru aku sedar…sudah agak lama aku “terlupa dalam kealpaan”..isk2😦

Allahu’alam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s