selamat tahun baru 1429H

erm..ekceli sejak kebelakangan ini, virus ‘tidak ada kemahuan’ untuk mengupdate blog telah melanda diri aku. haha. maksud aku, jika dibandingkan tahun lepas, agak kerap dalam sebulan aku mengupdate blog.

hurm..adakah ini effect daripada wajah terbaru myfikrah?

erm. maybe tiada apa menarik atau memberi manfaat untuk dikongsikan barangkali..buat setakat ini.šŸ™‚

2008 & 1429

setiap tahun, orang berkata tentang resolusi tahun baru. aku? aku cuba melakukan resolusi itu secara tidak langsung. bukan apa, membuat azam atau resolusi tahun baru itu adalah amat klise. sehinggakan kadang-kadang, orang membuat pelbagai azam baru, semangat baru, tetapi, hanya sekadar retorik semata-mata. implementasinya tidak seberapa.

oleh itulah aku beranggapan, apabila inginkan perubahan, yang terpenting sekali, lakukanlah sesuatu yang ‘baru’. sesuatu yang tidak pernah kita lakukan tahun lepas atau sebelum ini. sesuatu yangĀ  dengan melakukannya kita berasa mencabar (mencabar in a sense kita terpaksa melakukan sesuatu yang anomali atau dengan kata lainnya keluar dari comfort zone).

dengan automatiknya, kita dapat menginjakkan diri kita ke hadapan dan memenuhi resolusi yang kita inginkan (yang sebenarnya sedia ada dalam minda kita). niat atau perancangan tidak berguna tanpa perbuatan atau reaksi secara nampak. tetapi, niat itu perlu untuk memandu kita ke arah destinasi.

TAYLOR’S, RIDZUAN, SUBANG JAYA

taylor’s : kebelakangan ini, aku dalam pencarian spot-spot makan baru (lejuk makan tempat sama jak). kalau dulu kebanyakan masa makan goreng-gorengan sahaja (nasi goreng, mi bergoreng, telur goreng, etc.), tahun ini cuba mempelbagaikan lauk-pauk. dan oleh kerana di spot-spot yang biasa aku kunjungi last year tidak menyediakan “nasi campur”, maka aku pun bersiar-siar di kawasan taylor’s (within walking distance la..) untuk mencariĀ kedai-kedai makanĀ berdekatan.

pangsapuri ridzuan : hari khamis yang lalu, semasa hari cuti, aku dan housemates meminta bantuan bibik untuk membuat spring cleaning di rumah kami dengan bayaran RM50 (kongsi-kongsi…).Ā imagine, cuti sebulan dan debu-debu yang dihasilkan! hehe.šŸ˜€

subang jaya : Ā aku masih di sini. perkembangan terbaru subang jaya, dekat roundabout yang berhampiran metropolitan college itu, rangkaian jalan raya semakin maju. fly over yang ketiga hampir siapĀ (tak sure pula bila akan siap). fly over itu akan menjadikan 4 “lapisan” jalan raya di situ. that explains why i wasn’t really impressed seeing the new fly overs in miri. hehe.

PENUTUP

sebagai mengakhiri post kali ini, sama-sama kita renungkan maksud surah Al-Hadid ayat 20-23 ;Ā 

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

erm. sekali baca pun memadai untuk kita memahami tuntutan yang terdapat di dalam ayat-ayat tersebut. maksud aku, tiada yangĀ Ā perkara yang complicated untuk difahami. aku mengingatkan diri aku sendiri, sebagai permulaan kepada tahun baru ini.

mungkin, tahun lepas aku lebih memilih untuk “duduk dan menunggu”. insyaAllah, tahun ini cuba merealisasikan quote yang selalu aku taipkan “keep moving forward”.

aku cuba mengaitkan “kesenangan” dalam ayat di atasĀ dengan “comfort zone”. penulis-penulis buku motivasi pun selalu berkata supaya kita keluar dari “comfort zone” untuk maju ke depan. selaku muslim, maju ke depan dengan maksud berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan juga akhirat.

peringatan buat diri aku, hidup di dunia ini bukan bertujuan untuk bersenang-lenang. kerana Allah s.w.t telah menyebut bahawa, “…kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ”

mungkin potongan ayat ini boleh dijadikan motivasi buat diri dalam setiap perkara yang dilakukan. sebagai contohnya, kadang-kadang perasaan malas atau ‘last minute’ atau speedy-solatĀ ( i.e. solat semadi nadai jak) sebab merasakan penat dan susah. tetapi, jika kita beringat dengan firman Allah tersebut, bahawa hidup di dunia ini bukanlah tempat untuk kita berasa senang-lenang, kita patut sedar bahawa berasa susah itu perlu.

begitu juga dalam apa jua perkara lain, sebagai contohnya diri aku dan kalian juga, selaku seorang penuntut ilmu, perlu sedar bahawa tiada yang mudah dalam perjuangan ini. yang penting sekali, semoga segala yang dilakukan adalah untuk mencari redha Allah.

akhir kata, semoga kita semua tidak tegolong dalam kalangan “orang-orang yang terpedaya”..amin.

Allahu’alam.

3 thoughts on “selamat tahun baru 1429H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s