lost

kadang-kadang, tidak aku nafikan, ada masanya aku berasa hilang arah. lost dalam bahasa omputehnya. persoalan demi persoalan aku persoalkan kepada diri aku sendiri. aku geram. marah. berdiri. duduk. berbaring. bingung. tetapi, aku masih belum menjumpai apa yang aku cari.

pelik. aku tahu apa yang aku mahu.  dan ‘memahukan’ apa yang aku mahu itu perlu. dan aku pasti apa yang aku mahu. cuma aku tidak mampu untuk menghubungkannya antara satu dengan yang lain. ampunkan aku atas kedangkalan akalku.

Midvalley

jumaat yang lalu, selesai sahaja kelas lebih kurang pukul 11 pagi, aku menuju ke The Web untuk online sebentar. kemudian, bergegas memulakan langkah menuju ke stesen komuter subang jaya. di sana, aku membeli tiket ke stesen midvalley.

sebelum sampai ke midvalley, singgah di kl sentral untuk pertukaran tren. alkisah pada hari itu, tren menuju ke seremban (yang akan melalui midvalley) mengalami masalah teknikal. jadi, aku menunggu.

zaszaszas. sampai di midvalley dan menuju ke mph. membeli kad birthday untuk birthday adek yang bakal tiba. dan birthday aku, seminggu selepas itu.🙂

semasa di midvalley, ternampak buku tentang ahmadinejad (kalau tidak silap, ditulis oleh beberapa orang reporter), berharga kurang daripada RM20, terfikir-fikir juga hendak membeli buku itu sebagai hadiah. (haha. setakat ini, aku cuma mampu membeli buku untuk dihadiahkan kepada orang lain kerana lack-in-choosing-appropriate-gifts-for-others) minta maaf kerana kekurangan ini.

oh. mengapa aku terfikir untuk membelikan adikku yang berada di tingkatan 3 buku tentang ahmadinejad? bukankah lebih menarik jika membeli novel? sebenarnya, semasa cuti aher tahun lalu, aku dan pakcikku telah berbual-bual mengenai isu semasa ketika bersama-sama keluarga minum pagi di sebuah restoran di morsjaya (on the way ke marudi ekceli).

kemudian, entah bagaimana terkeluar nama ahmadinejad. pakcikku memberitahu tentang ketokohan dan ke’respek’annya terhadap ahmadinejad. aku menambah, bahawa kawanku pernah menyebut bahawa ahmadinejad itu merupakan pemimpin yang low-profile- ala-ala mahatma gandhi pada zaman silam dan Tok Guru Nik Aziz di malaysia ini. bagaimana ahmadinejad dengan kereta dan rumah yang biasa-biasa sahaja. hakikatnya, aku pun tidak berapa mengenali ahmadinejad. yang aku biasa dengar, tentang beliau dan nuklear di iran kemudian beliau merupakan seorang syiah.

disambung kembali cerita, pada suatu hari setelah sesi persekolahan bermula, ketika aku hendak online, adikku meminta aku mencari maklumat di internet tentang ahmadinejad. sudah tentunya aku bertanya, “kenapa?”. katanya untuk ujian lisan BM di sekolahnya, dan gurunya telah meminta mereka bercakap tentang pemimpin yang terkenal-something like that- dan adikku berkata yang dia ingin bercakap mengenai ahmadinejad.

aku bertanya lagi, “kenapa ahmadinejad?”. lantas dia menjawab, “kan ari ya kakak ngan pakzam cakap pasal nya bagus” erk. lantas aku pun mensuggestkan kepadanya untuk bercakap mengenai tokoh yang dia sudah kenal sekian lama e.g. Tun Dr. M kerana menurut pengalamanku-cheh- lebih senang bercakap mengenai apa yang kita sedia tahu. tambahan lagi, aku sendiri tidak mengenali siapa ahamdinejad itu. (aku tidak tahu pula siapa yang diputuskannya untuk ujian lisannya)🙂

setakat ini, yang boleh aku simpulkan, mungkin kita hanya boleh mencontohi ketokohan dan keberanian beliau sebagai seorang pemimpin despite he is a shiite(syiah). dan kita selaku ahli sunni, tetap berpegang pada pegangan ahlussunnah wal jamaah.

maka, ahernya aku tidak jadi untuk membeli buku ahmadinejad itu. pertama, aku sendiri tidak pasti kandungannya. kedua, buku itu kelihatan seperti satu pembacaan yang ‘berat’ dan aku mengandaikan jika seseorang inginkan buku, tentulah orang memilih buku yang santai untuk dibaca( termasuk aku sendiri-membaca hanya buku yang aku ada minat terhadapnya, kalau tidak alamatnya buku tersebut tersorok di rak bukuku di rumah. hehe)

e.g: buku Lord of The Ring Trilogy yang aku dapat sebagai hadiah PMR- hanya aku selak muka suratnya, tidak terbaca. juga ada satu set buku bacaan english yang aku dapat semasa hari jadiku, entah berapa kerat sahaja yang aku baca. inferens untuk kejadian ini adalah kerana buku-buku tersebut tidak termasuk dalam skop pembacaanku pada ketika aku mendapat buku tersebut-maybe at that particular time more interested in malay novel, kot. dan satu-satunya siri novel english yang aku baca, tidak lain dan tidak bukan, Harry Potter 1234567. hehe. bias sungguh.

maka untuk birthday adikku, cuma sekeping kad dan penanda buku sahaja yang aku kirim melalui posto nurisa. tenkiu.

hari jumaat itu, bertemu dengan nurisa. sebelum kembali ke destinasi masing-masing malam itu (woh! aher balit), sempat juga kami membeli donut the big apple dan makan red ruby-ala-ala special/ABC/cendol/snowflake di miri. (ada ambik pic tapi maseh dalam hp)

owh. bercakap mengenai ahamadinejad, semalam aku ke MPH di sunway pyramid, terjumpa dengan satu buku ini :

421020_1_ftc_dp.jpg

RM 52.90. umm, nampak macam menarik.

sudah semestinya apa yang tertulis dalam buku ini adalah dari kaca mata barat dan tidak semestinya benar. lebih-lebih lagi daripada apa yang aku baca di belakang buku tersebut, sedikit summary ada menyebut tentang imam mahdi 12. blablabla. no comment. apa-apa pun buku ini nampak interesting.

Tragedi

erm. rasanya semua orang sudah mendengar berita tentang apa yang aku taipkan ini and i say no more. apa-apapun ingin aku kongsikan sebuah hadis :

” Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”

Riwayat Muslim

I Feel Good

setelah sekian lama aku tidak memblog, aku rasa seronok apabila berkesempatan menaip blog pada kali ini. selesa. apa yang aku maksudkan, aku sedang melakukan perkara yang aku minat/suka untuk melakukannya. mengapa kalian memblog? adakah kalian punya sebab tertentu? dan kenapa aku memblog? mungkin boleh dijawab dengan quote dari saifulislam.com “erti hidup pada memberi”. insyaAllah.

jikalau hendak difikirkan, untuk meyiapkan satu post (bagi diri aku la..) mengambil masa yang sekian lamanya. taip, baca, edit, tambah, etc. dan aku tidak mahu peruntukan masa yang lama itu sekadar membuang masa atau sia-sia. tetapi, cuba memanfaatkan dan amat berharap agar manfaatnya dapat dikongsi bersama. insyaAllah.

aku tahu, tidak 100% apa yang telah aku taipkan mampu menjadi sesuatu yang bermanfaat. sekurang-kurangnya, mudahan ada manfaatnya-i hope so. aku harap, sesiapa yang membaca-purposely atau terbaca-accidentally/coincidently mendapat input atau insights sepertimana apabila aku membaca blog yang lain-lain. insyaAllah.

untuk menaip sesuatu yang menggugah minda, aku belum mampu. cuma, BERKONGSI apa yang mampu untuk dikongsikan. perkara-perkara kecil yang tidak signifikan dan mungkin juga klise. kerana, aku sendiri masih tercari-cari dan bagaimana mampu untuk memimpin misi pencarian ini. tetapi, untuk sama-sama berpimpin tangan dalam pencarian ini, aku bersedia. sama-sama kita menghulurkan tangan dan meringankan beban.

aku menaip kata-kata motivasi dan masih, aku sendiri memerlukan motivasi itu. aku taipkan tinta-tinta nasihat dan masih, aku perlu dinasihatkan. aku menaip butir-butir tazkirah (peringatan) dan masih, aku perlu diberi peringatan kerana aku sendiri lupa. aku cuba menyeru kepada kebaikan dan masih, kebaikan itu belum ada dalam diriku. aku cuba mencegah kemungkaran dan masih, kemungkaran tetap di depan mataku.

isk2. (

aku pernah diberitahu, manusia tidak dapat hidup sendiri. begitu juga aku. manusia perlu hidup dalam satu organisasi. hidup dalam suatu jemaah yang ahlinya sama-sama berkerjasama dan membantu antara satu sama lain. melengkapkan apa yang kurang pada yang lain. bersama-sama berpadu tenaga demi mencapai matlamat kita yang UTAMA. dan matlamat itu adalah tanggungjwab kita bersama. sesungguhnya, aku dan kalian tahu apa matlamat itu.

al-‘ibad dan al-khilafah.

ke arah menggengam kembali apa yang pernah berada dalam genggaman kita suatu masa dahulu.

Adakah Kau Lupa?

adakah kau lupa

kita pernah berkuasa

adakah kau lupa

kita pernah berjaya

memayungi dua pertiga dunia

merentas benua melayari samudera

keimanan juga ketaqwaan

rahsia mereka capai kejayaan

..by: Alarme…

Penutup

woh. agak panjang post ini setelah sekian lama tidak menge’post’.

Allahu’alam.

One thought on “lost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s