semarak perjuangan

Alhamdulillah, sabtu yang lalu, telah usai Program Sky High anjuran KBI dengan kolaborasi daripada KRIM yang telah mendatangkan Ustaz Hasrizal untuk menyampaikan talk beliau pada hari itu.

subjek yang sangat common iaitu, tentang ‘tujuan hidup’ dikupas oleh Ustaz Hasrizal pada hari itu tetapi amat mendalam dan signifikan buat setiap individu di dunia ini.

dengan satu soalan mudah, ‘apakah tujuan hidup kita?’ marilah kita berfikir kembali tentang tujuan hidup kita ini. di mana kita hari ini? ke mana kita ‘esok’ (tujuan -> akhirat)? dan bagi menjawab ke mana tujuan kita, tanya diri kembali dari mana asalnya (fitrah) kita?

bagi menjawab persolan berkenaan ‘tujuan hidup’ ini, kami telah dibawa oleh ustaz, menelusuri dan mengembara back in time, bermula dari alam roh kemudian alam rahim, sehinggalah kita berada di dunia ini. seterusnya, kami dibawa untuk merenungkan di mana dan ke mana destinasi roh kita kelak, iaitu alam barzakh dan paling akhir dan kekal selama-lamanya, iaitu alam akhirat yang membawa kepada persoalan ‘syurga atau neraka’

mati itu pasti. cara mati itu kita tidak tahu bagaimana dan bukan kita yang memilihnya, sama ada kanser, eksiden, sesak nafas, kebakaran, peperangan, dan entah apa cara lagi yang tidak terfikirkan oleh kita. sesungguhnya, Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

tetapi kita masih boleh memilih. memilih bagaimana untuk hidup. memilih cara hidup.  menurut ‘acuan’ apa kita ingin hidup di dunia ini, kita yang memilihnya.

” Serta mengilhamkannya-(iaitu manusia)- [untuk menegenal] jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran dan maksiat) “

Surah As-Syams, 8-10

erm, pertama kali mendengar Ustaz Hasrizal secara ‘live’, pada pendapat aku, uniknya dan menariknya Ustaz Hasrizal ialah approach beliau yang menggunakan analogi-analogi dalam bentuk penceritaan yang memudahkan mesej yang hendak disampaikan difahami oleh para audiens.

Alhamdulillah.

Subhanaka laa ‘ilamalana illa ma ‘alamtana innaka antal ‘alimulhakim.

Semarak Perjuangan

Debaran PRU-12 semakin hampir. dengan ‘wajah’ media  massa yang entah apa-apa, boleh membuatkan jiwa berkecamuk dan minda bercelaru. sesak nafas dan dada. oksigen meronta-ronta kerana terasa dihimpit-himpit dalam perjalanan menuju ke peparu. nasib baik belum sampai masanya untuk aku pergi mengundi.🙂

apa-apapun, belum mencecah usia 21 tahun tidak bermakna mata perlu dibutakan dan telinga hendak dipekakkan. jangan sampai jadi golongan yang saifulislam.com sifatkan ‘aku-tidak-pedulisme’. gunakanlah mata hati untuk membuat penilaian.

pandangan mata…hanya inginkan pemandangan yang dipenuhi bangunan pencakar langit dan jalan bertingkat-tingkat yang kononnya tanda kemajuan.

pandangan akal…hanya menilai manusia dan kehidupan dengan ukuran material yang kosong maknanya (pangkat, nama, kekayaan, dsb). yang kaya dilihat berkuasa. yang sederhana itu pula dilihat sebagai hina.

pandangan nafsu…hanya mengagungkan keuntungan diri dan peribadi, lantas mencalarkan kebajikan dalam diri. penindasan menjadi-jadi. korupsi menjadi sebati dalam diri. integriti? tiada lagi.

pandangan hati…hanya apabila hati itu bersih, pandanglah dengan petunjuk Illahi.

Dalam Kesibukan

ada beberapa insan yang aku kenali, sudah jarang-jarang muncul di laman maya ini (YM, blog, etc.) di manakah kalian? adakah kalian pergi ‘berjuang’ ? jika itu hakikatnya, lagu ini aku tujukan kepada kalian wahai para pejuang walau di mana kalian berada :

Bersatulah wahai kaum muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran

Berjihadlah wahai kaum muslimin

Walau susah menempuh cabaran

 

Bersatulah wahai kaum muslimin

Dengan obor sinar kebahagiaan

Berjihadlah wahai kaum muslimin

Biar syahid ataupun kemenangan

 

Berjuanglah wahai ansarullah

Dengan matlamat daulah islamiyah

Berkorbanlah wahai yang beriman

Dengan harta dan segenap kepunyaan

 

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi

 

Selamatlah panji Islam melangkah

Membimbing ummah ke medah siasah

Berpedomankan AL-QURAN dan SUNNAH

Subur lahirnya dan pasti berbuah

Semoga kemenangan milik kita. Pasti, ISLAM akan menang akhirnya. ALLAHUAKBAR !!

Apakah Yang Lebih Indah ?

sahabat muslimin sekalian, apakah yang lebih indah daripada janji Allah ini ;

” Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya?

 

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu ; yang demikian itulah yang baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

 

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. “

Surah As-Saff, 10-12

Allahu’alam.

2 thoughts on “semarak perjuangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s