Pilihan Raya Umum Ke-12

malam tadi (lepas tengah malam ekceli), it was full of anticipation and excitement. excitement in a sense that, apabila mendapat laporan-laporan terkini keputusan PRU-12 dan misi menyampaikannya kepada orang lain (dalam YM ). malam tadi, seawal pukul 8 lebih malam, tv3 menjadi destinasi tontonan, sambil menghadap komputer riba dan meng’online’kan diri. pada mulanya, suasana di YM biasa-biasa sahaja. kemudian, apabila malam semakin larut, malam menjadi semakin berwarna.

chat buddy aku malam tadi antaranya Farhanah Ferdos, Najib Hasan, Asmaa, Fakhrullah, Nash, dan Syafiq Syafiain. Untuk pertama kalinya, aku berhadapan dengan orang-orang berlainan tetapi dengan topik-topik chat membawa isu yang sama! buka windows ini…PRU. buka windows itu…PRU. walaupun chat kami tidaklah rancak (probably everybody was watching the PRU news on the TV or on the net), tetapi update-update terbaru bertukar-tukar antara kami.

pada mulanya, ingin menanti sehingga keputusan penuh diumukan. (lamanya hendak menunggu). tetapi, aku kecundang jua sekitar pukul 3 lebih a.m. kerana terlalu mengantuk.

Keputusan…

mungkin kalian boleh mendapatkan keputusan lengkap PRU-12 di laman maya ataupun media massa. yang menarik perhatian…..

Samy Vellu kalah di Sg. Siput (dimenangi oleh PKR)

Nurul Izzah (anak Anwar Ibrahim) menang di Lembah Pantai menggugurkan Shahrizat

2/3 majoriti BN di parlimen telah dinafikan

5 negeri ditawan oleh Barisan Alternatif (PAS, PKR, DAP) – Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang Kedah.

Wan Azizah (isteri Anwar Ibrahim) menang di Permatang Pauh memintas Ustaz Pirdaus BN

Khairy Jamaluddin (menantu Pak Lah) menang di Rembau

Pak Lah menang di Kepala Batas dengan penurunan majoriti (compared to the last PRU)

Loh Gwo Burne PKR (yang jadi popular lepas pendedahan video kontroversi Linggam) menang di Kelana Jaya

Terengganu masih di bawah naungan BN

Overall, keputusan PRU dengan majoriti 2/3 BN dinafikan adalah yang pertama dalam sejarah Malaysia. Walaupun BN menang secara keseluruhannya (mostly disumbang oleh kubu kuat BN – Sabah & Sarawak), tetapi menurun. beberapa menteri kabinet turut gugur.

BA boleh dikatakan ‘berjaya’ kerana target mereka iaitu “menafikan 2/3 majoriti BN” di parlimen telah tercapai tambahan lagi dengan penguasaan di 5 buah negeri.

erm…itu sahaja yang terfikirkan olehku.🙂
sumber : Berita Harian (klik di sini)

Alhamdulillah.

Sejarah

aku tidak mampu memberi komen bagaimana keputusan PRU kali ini akan merubah senario politik negara. seperti mana yang disentuh oleh penganalisa politik dalam TV3 malam tadi, aku pun terfikir, how and what next? gabungan BA yang tediri daripada PAS (Islam syumul), PKR (neutral), dan DAP (hak sama rata). Apa-apa pun, persamaan ketiga-tiga kelompok ini ialah – ialah “Ke Arah Malaysia Yang Adil” – setelah kita melihat betapa korupnya segelintir (or sebahagian ?) barisan yang terdahulu. (e.g : kes video Linnggam, etc)

Kepada Allah S.W.T kita bertwakkal.

Jammed ?

ada website-website yang provide keputusan terkini PRU (tidak rasmi) yang aku lawati selepas tengah malam tadi menjadi jam kerana tidak mampu menampung kemasukan pengunjung yang terlalulah banyak.

Penutup

Syukur dipanjatkan kepada Allah atas kemenangan penentang-penentang kezaliman. semoga barisan pimpinan yang baru ini benar-benar lebih baik daripada semalam.

Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan yang zalim mahupun dizalimi. ameen.

Allahu’alam.

2 thoughts on “Pilihan Raya Umum Ke-12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s