Cuti Midsem + Kenangan Indah

Alhamdulillah. selamat mendarat di Miri Airport lebih kurang pukul 9.15pm malam tadi.

Pemandangan di ruang menunggu LCCT sebelum berlepas

Kenangan Indah..Ukhuwwah

AJK Tertinggi PPIK bersama Guru Penasihat (Sesi 2005-2006), Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang

Seorang sahabat lama telah meng’post’ kan gambar ini pada ruang komen di Friendster aku. Terkenang kembali ‘zaman’ PPIK dahulu. Alhamdulillah. Tempoh ‘bersama’ yang telah mengajar aku tentang pelbagai ‘rentak dan ritma’ kehidupan, walaupun hanya pada skala yang kecil. Kecil yang bermakna.

Benar seperti apa yang pernah dikatakan oleh seorang SuperSenior kolej suatu ketika dahulu, ketika beliau menceritakan pengalaman beliau di KTDTHB dan salah satunya ketika beliau dilantik menjadi AJK PPIK. Katanya, semasa menjadi AJK PPIK itu apa yang dirasakan ialah, seronok / bangga kerana menjadi sebahagian daripada organisasi terbesar di KTDTHB itu. Seronok dan bangga kerana diberi kepercayaan oleh ustaz/ustazah untuk menerima jawatan penting dalam PPIK.

Mungkin itu satu ‘perasaan’ yang klise untuk sesiapa sahaja yang dilantik untuk menjadi AJK bagi mana-mana organisasi. Baik terpilih untuk menjadi anggota Lembaga Pengawas, KOPERASI, Pustakawan (Librarian), Kelab Bola Sepak, Persatuan Sains dan Matematik, Kelab Permaianan Dalaman (Indoor Game), atau mana-mana persatuan pun yang pernah wujud.

Tetapi, SuperSenior itu yang kini telah lama meninggalkan zaman persekolahan dan sudah panjang denai kehidupan berliku yang dilaluinya, menyatakan….baru dewasa ini beliau menyedari dan mengingatkan kepada kami pula bahawa sebenarnya jawatan-jawatan itu bukanlah sekadar jawatan yang harus dibangga-banggakan TETAPI ia merupakan TANGGUNGJAWAB atau AMANAH yang wajib dipikul dengan sebaiknya.

Dulu, aku pun tidak pernah memikirkan tentang semua itu. Kurang memikirkan isu AMANAH dan TANGGUNGJAWAB dalam penyertaanku dalam persatuan. Bagiku ketika itu, dengan minda yang telah dikotak-kotakkan, penyertaan ke dalam kelab/persatuan, unit beruniform atau apa sahaja kegiatan ko-kurikulum adalah untuk mendapatkan sijil-sijil penglibatan yang kononnya boleh membantu masa depan. (untuk urusan permohonan ke institusi pengajian, pekerjaan, etc.)

Jiwa remaja bersekolah menengah…klise.

TANGGUNGJAWAB dan AMANAH itu berkait rapat dengan ‘tujuan hidup’ manusia seperti yang tercatit dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 :

“Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku”

Lagi dan lagi peringatan buat diri insani.

Apa Kabar Kolejku ?

Suku pertama tahun 2008 ini membawa kisah suka duka dan jatuh bangun insan di kolejku itu. Dari kejauhan, hanya doa dan harapan yang mampu dihulurkan. Tiada kata yang mampu aku perkatakan melainkan bahawa sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kini, aku tumpang gembira dengan usaha pengislahan yang sedang diusahakan oleh adik-adikku di kolej itu. Sekali lagi, didoakan kepada mereka agar istiqamah dan diberikan kekuatan oleh-Nya dalam medan perjuangan ini.

Di tepi jalan masuk utama ke KTDTHB (gambar dicopy dari friendster Ustaz Afandi) 😀

Penutup

Cuti midesem kali ini, dari segi jangka waktunya, sama juga seperti cuti-cuti midsem yang sebelum ini, iaitu selama 2 minggu.

Semoga misi memaknakan ‘erti hidup pada memberi’ bergerak menurut izin-Nya.

Sebagai renungan, quote dari Task Force Miri :

“Kalau bukan kita, siapa?”

“Kalau bukan sekarang, bila?”

Semoga Allah memberiMampu kepada diri ini dalam memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Ameen.

Apalah ertinya TAHU jika tiada MAHU dan apalah ertinya MAHU jika tiada MAMPU.

La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil’adzim.

Allahu’alam.

2 thoughts on “Cuti Midsem + Kenangan Indah

  1. wow..ex-kolej!!! dalam gambar “tepi jalan masuk kolej” ya, kolej nampak indah, cntik & BERSIH! knek tok mun ko pgi kolej, kdk skolah yg dah dibom! lawat lah kolej supaya kwu dpt tngga keadaan kolej knek tok

  2. Yeah, ex-kolej. salam perkenalan.

    ahha, ada gi last year, mmg x kedak kolej. tp, xpa la, demi kolej yang lebih baru.😛

    insyaAllah (god willing), akan menjenguk kolej bila balit cuti klak. ada adik msh skolah di kolej.

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s