“Macamne nak jadi dai’e?”

erm. suatu persoalan yang mungkin pernah terbit secara sepintas lalu dalam sanubari kita. mungkin tatkala kita mendengar di dalam ceramah-ceramah, apabila diserukan kepada kita, bahawa bahu kecil kita ini, perlu memikul satu tuntutan seperti yang disebut dalam Al-Quran :

Surah Ali-Imran : 104

Maksudnya :

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. “

Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Kita selalu diberitahu, buat amar ma’ruf nahi munkar.

Lantas, kita terfikir, “bagaimana untuk kita melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar itu?”.

Apabila tidak menemui jawapannya..

Lantas, kita merendah diri, “aku ni, sendiri pun banyak lagi kurangnya, ilmu pun tak ada, manalah layak untuk ajak orang lain buat baik, apatah lagi mencegah kemungkaran”

Lantas, kita berprasangka dan menyangka, “alah, cukup la aku tau untuk jaga diri aku sendiri. kalau kerja-kerja nak amar ma’ruf nahi munkar tu, biar sahaja ustaz-ustazah yang settlekan…

tok imam kat masjid kampung aku la yang sepatutnya nasihatkan diorang yang ntah apa-apa tu..

majlis agama tu kan ada, biar la diorang buat kerja diorang nak mencegah maksiat tu..etc”

Easier Said Than Done ?

Tidak aku nafikan, kerja amar ma’ruf nahi munkar ini, sememangnya lebih mudah untuk diperkatakan jika dibandingkan untuk melaksanakannya.

“Camne kte nak britau kawan yang free hair, kena pakai tudung/tutup aurat, etc. diorang bukannya xtau pun. kalau kte bagitau, nanti diorang kecik ati, etc.”

“Ade kawan2 saya yang couple. sampai pegang2 tangan. nak britau, bukannya diorang xtau (alasan sama juga).”

Acapkali aku mendengar luahan seperti ini di dalam usrah yang pernah aku sertai.

Mungkin lebih mudah untuk kita mengajak kepada kebaikan (amar ma’ruf). Contohnya, mengajak kawan-kawan ke majlis ilmu, mengingatkan supaya segera bersolat, dan sebagainya.

Tetapi, dari segi nahi munkarnya, aku akui yang aku menghadapi kesulitan. Contoh yang paling mudah, dalam isu kawan-kawan berkapel.

Aku tidak pasti, bagaimana cara yang terbaik untuk me’refresh’ kembali ingatan kawan-kawan ini (kerana, aku pasti mereka bukannya tidak tahu, cuma mungkin terlupa๐Ÿ™‚ ) bahawa tidak molek sebenarnya berkapel itu. Kan lagi indah kalau berkapel-kapel selepas berkahwin, boleh melakukan apa sahaja selari dengan redha Allah.

Phew!๐Ÿ˜ฆ

Apa Yang Menjadi Persoalannya ?

Semasa usrah, everytime isu ini diutarakan, cadangan pun diberi oleh semua orang tentang apa yang sepatutnya dilakukan dalam menghadapi situasi seperti di atas. Tetapi, peng’implementasi’an apa yang dicadangkan tu, tidak semudah seperti mengungkapkannya (even bagi diri aku sendiri).

Maka, dalam hal ini, dai’e memerlukan keyakinan, skil, & kreativiti dalam menyampaikan apa yang hendak disampaikan kepada mad’u.

Mungkin juga, terdapat rasa inferioriti pada diri dai’e (khususnya as a student). Rasa tak layak, tak konfiden dan sebagainya.

Secara teori, rata-rata orang tahu marhalah-marhalah dakwah. Sebagai contohnya, marhalah pertama iaitu ta’aruf . Kadang-kadang, walaupun telah melepasi marhalah ini (iaitu, sangat rapat dengan kawan), tetapi ia masih ‘tidak begitu mudah’ untuk pergi ke marhalah seterusnya.

Walaupun dengan kawan rapat, masih terasa ‘berat’ untuk menegur kawan tersebut.

(mungkin sahabat-sahabat mempunyai kekuatan & pengalaman dalam menghampiri mad’u seperti ini. boleh kongsikan pengalaman sahabat-sahabat sekalian…)

Nota kaki :

*dakwah : seruan, ajakan

*dai’e : orang yang menyeru / mengajak

*mad’u : orang yang diseru / diajak

(penerangan ringkas tentang istilah-istilah tersebut menurut yang aku fahami)๐Ÿ˜›

Dapatlah disimpulkan bahawa antara kekurangan yang menjadi kesulitan kepada kita ( or at least bagi diri aku sendiri), dalam menjalankan amar ma’ruf nahi munkar ialah :

1. Kurang motivasi

2. Kurang skil dalam berdakwah supaya golongan sasaran tertarik

Apabila disebut tentang skil, aku merujuk kepada cara atau kaedah (approach). Seperti yang kita pernah dengar melalui sirah Rasulullah S.A.W bagaimana baginda berdakwah dengan penuh hikmah.

Bagaimana pendekatan yang baginda ambil sehingga orang tertarik terhadap apa yang baginda sampaikan.

Ketinggian akhlak baginda sahaja sudah mampu menarik minat orang-orang kafir pada ketika itu.

Resolusi

Atas kesedaran itu, sekali lagi pihak Kelab Bina Insan (KBI), Taylor’s University College bakal menganjurkan satu program bertajuk “Dakwah Fardiah : Satu Tuntutan”.

*dakwah fardiah : dakwah secara individu

Maklumat lanjut ;

Lokasi : Masjid Sunway (terletak berhadapan dengan Sunway Pyramid)
Tarikh : 4 Mei 2008
Masa : 8.45am – 12.45pm
Tiada yuran penyertaan.๐Ÿ™‚

InsyaAllah, minum pagi dan makan tengah hari akan disediakan. Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak KBI.

Kesimpulan

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Surah At-Taubah : 71

Sesungguhnya, jelas dalam ayat tersebut yang kerja dakwah ini, bukanlah tertakluk pada individu-individu tertentu sahaja. Allah telah menyeru kepada ‘orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan’.

Bukan semata-mata perlu dilakukan oleh graduan dari Mesir, Jordan, ataupun graduan fakulti Pengajian Islam sahaja. Kita tidak terkecuali, tetapi, kita buat sesuai dengan kapasiti dan kemampuan kita.

Kerana Allah hanya melihat pada USAHA kita. Hasilnya, Allah jua yang menentukan.

Mungkin kalau kita seorang, kita tidak mampu. Tetapi, kita boleh saling belajar antara satu sama lain, saling memperingatkan antara satu sama lain, dalam memperbaiki diri.

Itulah perlunya ukhuwwah fillah antara kita.

Tambahan lagi, dewasa ini, pelbagai ruang dan cara yang boleh digunakan dalam amar ma’ruf nahi munkar. SMS, MMS, e-mel, blog, 3G, dan macam-macam lagi.

Semoga program ini dapat meluaskan persepsi kita tentang konsep dakwah. Apabila kita telah memahami, barulah kita dapat menghayati, dan seterusnya melaksanakan apa yang sepatutnya. InsyaAllah.

Yang penting sekali, apabila kita telah mengakui kewajipan kita sebagai seorang dai’e, kita mahu tugas berdakwah itu tidak terhenti di masa belajar sahaja malahan diteruskan hingga kembali ke kampung halaman masing-masing, semasa bekerja, atau di mana sahaja kita berada.

If possible, to the extent sehinnga berdakwah tu menjadi budaya masyarakat kita dan bukannya kerja orang-orang tertentu sahaja iaitu bukannya kerja ustaz, ustazah, atau para ulama’ sahaja.

InsyaAllah.

Penutup

Ingin aku ulangi, quote daripada Task Force Miri :

“Kalau bukan kita, siapa?”
“Kalau bukan sekarang, bila?”

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Aku berharap jasa baik kalian untuk menegur kesilapan dan kekurangan yang kalian lihat dalam diriku, dari semasa dan ke semasa. Mungkin kalian tidak melihat aku secara dekat, tetapi tentu ada khilafnya aku melalui penaipanku di laman maya ini.Semoga kita semua beroleh redha Allah hendaknya. Ameen.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s