Lenguh!

sunway pyramid ice rink- gambar diambil dari google image

yea..lenguh satu badan. specifically, lengan kanan, kaki, dan belakang badan. semalam, bersama-sama dengan housemates ke sunway pyramid. memang sudah lama dirancang untuk mengadakan outing bersama, yeala, selepas ini, setiap orang akan kembali ke kampung halaman masing-masing. ris di batu caves, imeyk di gombak, afiqah (elle) di kL, mana n najuk di perak. aku pula, miri.

pada mulanya, rancangan untuk ber’ice-skating’ hampir sahaja dibatalkan. tapi, last2, kami berenam ber’ice-skating’ jua, walaupun najuk dan elle masuk agak lambat.πŸ™‚ ada pics tapi aku blom mendapatkan salinan gambar tersebut dari digicam najuk.

best tapi penat!πŸ˜›

selesai solat dan makan, destinasi seterusnya ialah pyramid megalanes. main 2 game. sedang kami bermain, di sebelah lane kami, seorang pemain malaysia sedang melatih seorang bowler junior. sempat pula ris dan imeyk bergambar dengan belakang baju beliau yang tertera ‘team malaysia’. hehe.

adrian ang – beliau

Lenguh~

selain lenguh disebabkan outing tersebut, perasaan jua terasa lenguh. bagaimana perasaan bole berasa lenguh?

apa yang boleh aku katakan di sini, politik + lenguh. politik yang melenguhkan. benarkah apabila disebut sahaja tentang politik, ia melenguhkan ? bercakap mengenai politik, melenguhkan mulut ? mendengar tentang politik, melenguhkan telinga ? melihat senario politik-us semasa, melenguhkan mata?

Politik

Politik, masa kini bukan hanya golongan tua yang bercakap mengenainya. Apabila seorang remaja atau belia bercakap mengenai politik dan mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah gerakan politik, tidak bermakna mereka ‘tua ija’. tidak bermakna mereka berlagak petah berbicara. bercakapnya seorang remaja tentang politik, adalah atas dasar pedulisme. peduli nasib serta jatuh bangun agama, bangsa, negara dan ummah seluruhnya.

*nota kaki : tua ija – berlagak seperti orang dewasa

kita melihat, jenayah yang kian berleluasa. kita merasa, kenaikan harga yang membebankan jiwa. kita mencerca, akan korupsi dan penyelewangan kuasa. apakah kita sekadar melihat, merasa, dan mencerca? bagaimana pula dengan idea untuk mengubahnya?

aku sendiri pun menyedari, apa sahajalah yang mampu dilakukan oleh seorang remaja seperti kita. kata orang, setakat menghabiskan air liur, boleh la. betulkah begitu? betulkah kita tidak mampu berbuat apa-apa selaku seorang remaja? pada pandangan aku, cukuplah selaku remaja kita mengambil inisiatif untuk menjadi seorang yang pedulisme.

Perubahan Memerlukan Kuasa

Lihat sahaja pada kisah Nabi Ibrahim a.s, Allah s.w.t memerintahkan baginda menyeru kepada al-mala’ pada zamannya, Raja Namrud. Nabi Musa pula, menyeru kepada Firaun, manusia yang mengaku dirinya tuhan. Para rasul menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Mengapa mereka menyeru kepada al-mala’?

*nota kaki : al-mala’ – kaum yang berkuasa

Kenapa agaknya menyeru kepada golongan yang berkuasa ? secara logik akalnya, golongan berkuasa itu mempunyai pengaruh. apa yang mereka lakukan atau katakan lazimnya akan dituruti oleh para pengikut mereka. seperti zaman kesultanan melayu melaka dulu, apabila rajanya memeluk Islam, rakyatnya turut memeluk Islam dan belajar tentang Islam.

Aplikasi

Bagaimana dengan dunia dan senario hari ini?

Tidak perlukah lagi kepada seruan kepada kebajikan dan pencegahan kemungkaran? ambil contoh korupsi. bukankah korupsi itu satu kemungkaran? tidak patutkah ia dicegah? bagaimana pula cara membasmi korupsi? tidakkah dengan ‘menghilangkan kuasa’ si korup kerana biasanya orang-orang berkuasa sahaja yang cenderung kepada korupsi?

dan di sini, demokrasi berparlimen membolehkan proses eliminasi ataupun pemilihan dilakukan di tangan rakyat. gunakan kuasa undi untuk memilih orang yang layak dan eliminasikan orang yang tidak layak apatah lagi korup!

Dan hari ini, persamaannya ialah ; kuasa = politik !

Perlu TAHU Untuk MAHU
berbalik kepada remaja dan bicara politik. walaupun hari ini, seorang yang bergelar remaja itu tidak ada kuasa undi, tapi suatu masa nanti, akan sampai remaja itu untuk menggunakan kuasa undinya. bila sampai masa itu nanti, adakah dia perlu terpinga-pinga memilih antara yang amanah dan yang korup untuk menjadi pemimpinnya?

kuasa undi untuk perubahan !

mahu tidak mahu, sedari remaja lagi TAHU perlu dicari untuk menjadi MAHU di masa hadapan. MAHU untuk melakukan tanngungjawab dalam merealisasikan harapan ke arah kebajikan dan melawan kemungkaran. TAHU hanya boleh dicapai dengan adanya sentimen PEDULISME. apa yang perlu dia tahu? cukuplah sekadar tahu, siapa yang BENAR dan sebaliknya.

soalan terakhir daripada aku, apakah yang lebih benar selain ISLAM?

Tidak-Pedulisme

Kita tidak dapat membantu ummah kita dengan bersikap aku-tidak-pedulisme.

Sekali lagi, pedulisme bukan bermaksud ‘tua ija’.

Selamat menjadi orang yang peduli !

Penutup

Semoga Allah memberi kepada kita hidayah dan taufik agar kita tetap di jalan dan perjuangan yang benar. ameen.

p/s : out of the blue aku menaip tentang ini. haha. tiba-tiba sensitiviti aku menarik aku untuk menaip tentang ini. layan jak la~

p/s 2 : macam out of date pula menulis isu ini. haha. ape2pun, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s