Kem Hari Itu

obses dengan name tag??

Seperti yang aku khabarkan pada post yang lalu, kem itu sememangnya menarik. Dalam post kali ini, ingin aku kongsikan sedikit sebanyak intipati kem tersebut yang boleh aku bahagikan kepada ; ceramah, LDK, aktiviti fizikal, dll.

Ceramah ( dikenali sebagai ‘Pembentangan Kertas Kerja’)

Sedari hari pertama lagi, ceramah telah dimulakan pada sebelah malamnya. Petang Isnin itu kami mendaftar, malamnya pula terus ke ceramah pertama iaitu tentang ‘Elemen Sebuah Negara’. 4 elemen yang membentuk negara ialah tanah air, rakyat, kerajaan, dan kedaulatan.

Aku amat tertarik dengan slot ‘Tanah Air’ sebagai ceramah pembukaan. Mungkin disebabkan pembentang kertas kerja itu pandai bercakap + lawak. Bak kata kawanku, intonansi beliau seperti penjual ubat. hehe. Memang betul la, kerana dalam pembentangan beliau, beliau banyak mempromosikan Malaysia.

Hari kedua diteruskan dengan pembentangan tentang ‘Kerajaan’ yang boleh aku sifatkan sebagai topik yang ‘panas’. Apa tidaknya, antara 4 kertas kerja itu, slot ‘Kerajaan’ paling banyak orang bertanya soalan. Bagi aku sendiri pun, pembentangan ini yang paling menarik minat aku kerana isi kandungannya.

Melalui slot ‘Kerajaan’ kami didedahkan mengenai susur galur sejarah Malaysia sejak era penjajahan Portugis, tentang Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara), Pilihan Raya, Parti-parti yang bertanggungjawab ke atas kemerdekaan Tanah Melayu, 5 PM Malaysia & sumbangan mereka, Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan, juga disentuh mengenai Peristiwa Berdarah 13 Mei & rentetan peristiwa tersebut, dsb.

Dulu semasa PRU-12, aku sering mendengar majoriti mudah dan 2/3. Selepas pembentangan tersebut barulah aku benar-benar faham apa majoriti mudah dan apa majoriti 2/3 itu.

Dewan Rakyat

Majoriti mudah itu adalah apabila sesebuah parti berjaya memenangi separuh atau lebih kerusi yang dipertandingkan. Lantas, dengan memperolehi majoriti mudah, parti tersebut boleh membentuk kerajaan.

Contohnya, dalam PRU yang lalu, ada 222 kerusi yang dipertandingkan. Sekurang-kurangnya 111+1 kerusi diperlukan untuk BN membentuk kerajaan dan BN telah memenagi 140 kerusi (mungkin tolak 2, berikutan isu SAPP Sabah).

Majoriti 2/3 pula adalah majoriti yang diperlukan bagi membolehkan perlembagaan dipinda di dalam Dewan Rakyat. Pada PRU yang lalu, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat, kedua-duanya tidak berjaya mencapai majoriti 2/3.

Pada tahun ini, majoriti 2/3 boleh diperolehi jika sesebuah parti itu dapat memenangi sekurang-kurangnya 148 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

parlimen malaysia

lambang demokrasi eks

Selain itu, pertama kalinya aku mendengar orang menggelarkan UMNO dengan nama melayunya iaitu PEKEMBAR-kependekan bagi Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO kan dalam english.

Hari kedua diteruskan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Rakyat’. boring. Sebab isi slide kebanyakannya adalah statistik dan graf. Mengenai purchasing power parity rakyat Malaysia la, kadar penggangguran, subsidi, komposisi kaum, dsb. Zzz..

Seterusnya, pembentangan kertas kerja terakhir bertajuk ‘Kedaulatan’. Mungkin menarik. Cuma, entah mengapa, aku tidak gemar akan ‘nada’ yang diguakan oleh pembentang kertas kerja tersebut. The end.

LDK

Pada sebelah malam hari kedua, LDK pun dimulakan. Kami perlu mengikuti 16 jam LDK. Malam itu, seperti biasa, aktiviti pecah ais. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan nama setiap kumpulan adalah berdasarkan lagu-lagu patriotik yang pernah wujud di Malaysia.

Dan aku, termasuk di dalam Kumpulan Tanggal 31 (lagu Sudirman tuu..). Rakan sekumpulan yang dihormati dan dihargai adalah Hibatul Hakimi, Atika, Hidayah, Afiqah, Hwei Teng, Sanggeeta, Firdaus, Vajira, Chan Hui, Shafiq, Fadhil, Wadi, dan Qaiyum. Cool!

LDK kami berterusan hingga hari ketiga dan keempat (almaklumlah 16 jam!). Tetapi, dalam LDK lah kami banyak didedahkan dengan perkara-perkara baru. Sekali dengar, seperti belajar sejarah di masa sekolah menengah dahulu, cuma dalam sesi ini, dilihat melalui perspektif yang agak berbeza, yang lebih ‘tersirat’.

Owh, fasi kumpulanku ada 2 orang. Kedua-duanya pun best! Penuh informasi. Salah seorang daripada mereka merupakan bekas pegawai polis. Respek jugak la kerana, apabila beliau bercakap, lancar sahaja beliau memetik hujah daripada Perlembagaan Persekutuan. Contoh,”…bla..bla…kerana menurut Perkara 153…bla..bla..”

Kalau hendak diceritakan, memang banyak berkenaan pengalaman dalam LDK tersebut. Cuma di kesempatan ini, mungkin sebahagian sahaja yang ‘boleh’ aku taipkan di sini. Kata mereka, isu yang kami bincangkan dalam bilik LDK adalah sensitif jika dibawa keluar. Tersilap bicara, mungkin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. (scary seyh…)

Semasa rumusan dalam LDK, ada seorang bertanya “Kenapa apa yang tuan beritahu kami ini tidak disampaikan kepada umum?” Aku pun musykil juga di dalam hati. Kerana, pada pendapatku, sepertinya amat penting bagi setiap rakyat Malaysia mengetahui apa yang diberitahu kepada kami, bagi memelihara kedaulatan Malaysia.

Seperti yang aku taipkan di atas, tuan tersebut telah menjawab perkara yang dibincangkan adalah isu sensitif.

Sebelum ke kem tersebut, ada juga kawanku berpesan supaya berhati-hati. Ada juga yang berkata, kem itu tujuannya untuk meneliti ‘fikrah’ students, haluan kiri atau kanan. Dan macam-macam lagi. Maka, aku ke kem tersebut dengan mindset yang sebegitu. Maka, bagaimana aku menerima dan mencerna apa yang aku terima daripada fasi adalah berkotakkan mindset itu.

Aku, Kem, dan Mindset

Erm, antara soalan yang membuat kerusiku terasa panas antaranya :

“Relevankah ISA?”

“Kalau kamu berpeluang, adakah kamu akan memberi sekali peluang kepada pembangkang untuk memegang tampuk pentadbiran?”

“Apa pandangan kamu jika Nik Aziz menjadi PM?”

“Kan Malaysia dah negara Islam, kenapa nak tubuhkan lagi negara Islam. Apa Malaysia ni bukan negara Islam?”

*ISA – akta keselamatan dalam negeri

Dengan mindsetku yang telah dikotakkan, soalan-soalan tersebut semangnya mengganggu emosi. (haha..). Soalan pertama itu, tiada siapa sempat menjawabnya. Kalau ikutkan aku dan mindset, hampir sahaja aku menjawab tidak relevan. phew~..that was narrow.

Tetapi, pada ketika itu, terpaksa la membajetkan diri, lantas bertanya, “Encik, sebenarnya kami ni selalu dengar tentang ISA ni. Tapi, kami tak tahu pun, tak pasti bagaimana ISA ni berfungsi..bla..bla..” Kemudian, salah seorang rakan kumpulan pun mengiyakan soalan tersebut, “Iyelah encik..bla..bla..”

Maka, selebar-lebarnya lah dijawab oleh fasi kami, apa itu ISA, pentingnya ISA, betapa ‘baiknya’ ISA, dsb.

Soalan kedua, sebahagian daripada kami ingin memberi peluang sekali kepada pembangkang (termasuk aku!), dan sebahagiannya tidak. Kemudian, bagi setiap yang kami pilih, kami perlu memberikan penjelasan kami.

“Mungkin patut bagi peluang. Sekarang ni, dengan sumber yang pelbagai, kte pun tak tau sape yang sebenarnya btol dan tidak. Maka, kita wajar bagi peluang dan andaikata mereka tidak mampu melaksanakan seperti yang mereka manifestokan, lepas 5 tahun, tak payah la undi mereka lagi..bla..bla..” kata yang menyokong.

Untuk isu itu sahaja, panjang lebar juga dijawab dan diterangkan oleh fasi kami. Penuh emosi. ‘Panas’. Lantas, sebelum sesi kedua bersambung selepas rehat, kawanku berpesan, “Weyh, lepas ni takyah tanya lagi da. Stuju je dengan ape die cakap tu..bla..bla..”

Antara hujah yang dikemukakan fasi, kalau mereka diberi peluang, mungkin akan mengancam keluhuran perlembagaan dan segala isinya. Sehingga disentuh kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya, Raja-raja Melayu, bla..bla.. Impak maksima! (sensitif woo…)

Soalan ketiga, ramai la yang terperangkap. Macam-macam la dijawab. Ada yang berkata, “Kalau dilihat dari segi ciri-ciri pemimpin dalam Islam, memang ada ciri-ciri tersebut antaranya, seorang ulama, akhlak yang baik, kuat tubuh badan, tetapi mungkin agak kurang dari segi menjalin hubungan dengan wakil luar negara..bla..bla..”

Aku, dengan jawapan eskepism, ” Err, saya sebenarnya tak berapa kenal beliau, kami di Sarawak tak banyak didedahkan..bla..bla..” Itu yang paling mampu aku buat, berdalih. Payah untuk totally menolak apa yang dah ter-set-di-mindku ini, tetapi lebih mudah untuk bajet-bajet setuju dengan apa yang diwar-warkan oleh fasi.

*bajet = eksen (dlm bhs swak)

Kemudian, selepas semua selesai memberi komen masing-masing, lalu fasi pun berkata, “Tengok la kamu, tak selidik dulu terhadap apa yang kamu dengar. Dalam Malaysia ni, ada berapa ramai yang bernama Nik Aziz. Saya tak cakap yang beliau tu ialah MB Klate..bla..bla..” Terkesima.

“Nanti, apabila berada di luar negara, apa-apa yang kamu dengar, selidik dulu. Dapatkan kesahihan dari sumber yang boleh dipercayai..bla..bla..”

Mereka awal-awal lagi melahirkan kegusaran mereka. Rata-rata student yang dihantar ke luar negara, kata mereka sering memburuk-burukkan Malaysia. Mungkin benar, mungkin tidak. Isu Nawawee dijadikan contoh (pelajar Msia di Taiwan-lagu negaraku).

Ada pula satu sesi, kami disuruh memilih mengiku keutamaan, antara sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik. Mana satu yang lebih utama. Dan sudah semestinya, politik. Kerana politik itu kuasa. Dengan politik, sosial, ekonomi, dan pendidikan bole dikuasai. Kata mereka.

Mungkin, boleh aku katakan, tema LDK ialah kepentingan politik = kuasa. Apabila sudah dibuka bicara tentang politik, segala elemen dan sentimen politik dikeluarkan. Parti ini. Parti itu. Orang ini. Orang itu. Panjang dan sulit untuk ditaip di sini. Tetapi, lain kumpulan LDK, lain-lain isu yang dibangkitkan oleh fasi di bawah tema yang sama.

Cuma, benar atau tidak tentang apa yang disampaikan.

Owh, satu lagi, LDK juga memberi kesedaran kepada kami tentang kepentingan perlembagaan. Sehingga fasi itu mengatakan ‘undang-undang/rujukan tertinggi’. Mungkin dulu, aku akan menerima ataupun tidak kisah dengan pernyataan itu, tapi dengan mind yang telah disetkan, hati tidak tenteram.

Pengakhiran LDK, fasi memberitahu tentang kisah Rasulullah dan peletakkan semula hajarul aswad. Tentang bagaimana baginda membentangkan serbannya dan seterusnya.

Pada petang itu, kami 14 orang diarahkan untuk memegang sisi kertas mahjong dan ditengah-tengahnya diletakkan buku perlembagaan. Tanda menjunjung perlembagaan. Lantas, kami diarahkan untuk berjalan membawa perlembagaan di atas kertas mahjong itu. huhu. really. no comment.

Malam keempat, iaitu LDK penutupan, semua kumpulan LDK dikumpulkan di dewan. Ada aktiviti permainan sedikit. Kemudian, pengakhirannya, kami dipertontonkan dengan video tentang negara-negara lain yang hilang kedaulatan, yang tiada keamanan, dsb yang menyentuh perasaan dan menyayat hati.

Ditunjukkan juga, gambar dan video senario dan situasi semasa dalam negara. Perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan, mencabut kedaulatan, dan mungkin mengulangkan kembali Peristiwa 13 Mei. Kesimpulan yang diharap daripada tayangan tersebut adalah supaya kami/kita semua rakyat Malaysia terus memelihara kedaulatan negara agar terus aman.

Huhu. Exaggerating? Mungkin, untuk diumpamakan dengan situasi di sini. So, no comment. Aku tetap dengan mindsetku. hehe.

hausmets – L, Ris, Mana

Aktiviti Fizikal

Erm, ada perbarisan ringkas setiap hari. Pada hari kedua, ada ujian fizikal. Melompat (jump & clap), menahan nafas, imbang badan dengan sebelah kaki sambil tutup mata, dsb.

Hari ketiga, berlari 2km dalam masa 20 minit or 30 minit. Lepas larian tu, masa-masa yang berlalu memang mencabar, berjalan dengan terkedek-kedeknya kerana otot yang mengalami culture-shock.

Hari keempat, KEMBARA! macam best. huhu. insaf. Semasa kembara itu, walaupun kami hanya dikehendaki meredah ladang kelapa sawit, TETAPI kami perlu masuk & berjalan di dalam paya! masuk sahaja dalam air coklat itu, kaki memijak ke permukaan lumpur, terasa kelembutan dan kaki hampir-hampir sahaja melekat! bukan 1 paya tetapi 3!!

BAYANGKAN, t-shirt putih yang dibeli di mydin itu, separuh bewarna coklat! Baunya? uhuk. xpe. ada lebih kurang 130 orang yang melalui cabaran yang sama (tolak beberapa orang yang dikecualikan atas masalah kesihatan). Kasut? tidak akan sama seperti yang dulu lagi~

Lain-lain.

Makanan, ok. Tempat tidur dan mandi, ok. Kiranya, bole la.  Fasi-fasi, best!! Berpengalaman, i would say.

Haha. Seperti yang ditaipkan oleh Ris Breeze, the truth revealed? hehe. maybe. maybe not.😛

Keseluruhan, tanpa apa-apa mindset, mungkin kem ini berkesan 98.9% dalam menimbulkan semangat patriotik dalam diri. Tetapi, cinta negara dan bangsa bukanlah segala-galanya. Buatlah pilihan dengan sebaiknya, apabila masa telah tiba.

Hari terakhir ada ujian. Di bawah antara soalan yang sempat aku quote, soalan yang tidak seharusnya dijawab dengan emosi.

Tujuan kerajaan membasmi rasuah :

a. ..bla..bla..

b. ..bla..bla..

c. Bagi memenuhi tuntutan pihak pembangkang yang banyak mendedahkan kes-kes rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Falsafah ISA :

a. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

b. …bla…bla..

c. Menjaga kepentingan peribadi pemimpin kerajaan

Ada parti politik yang bertanding dalam PRU dengan jumlah yang tidak mencukupi bagi mendapatkan majoriti mudah. Hal ini kerana..

i-Tidak berminat untuk menubuhkan kerajaan

ii-Memeriahkan PRU

iii-Untuk mengurangkan undi

iv- …bla..bla..

Menggeleng kepala sahaja aku membaca soalan.😀

 

p/s : Dialog dan quote adalah menurut terjemahan penulis sendiri dengan maksud yang sama dengan perkara/isu yang dirujuk.

Penutup

Ada sesuatu yang aku pelajari, yang kami pelajari.

Subhanaka la ‘ilmalana illa ma ‘alamtana innaka antal ‘alimulhakim.

Semoga bermanfaat.

Wallahu’alam.

7 thoughts on “Kem Hari Itu

  1. Salam.

    Post terpanjang so far.

    Kem ya cam best, tp cam boring juak. Eheh.

    Pa2 knk-mengenak ngan Msia suma boring =P

    Yes! Merasa juak masuk paya! Tahniah!

  2. Salam.

    ahah. panjang juak la..ya pun setelah beberapa hari balit dari kem baru tertaip detail psl kem..ya pun lam 40% jak pasal kem yang bole diceritakan..lain2..huhu..sensitip..

    insyaAllah klak, slamat berkursus tatanegara juak kei ktk…kmkorg pun rasa camya dolok, b4 kem, rasa kem ya x abes, after kem..bes! hehe..

    haha..paya..x pnah masuk b4 dis, tp pnah main banjir kat marudi masa gik kecik..😛

    (^_^)

  3. wa..mcm best jak kem tok..so mok tyk pendapat, adakah nya meracuni fikiran peserta or menguatkan lagi pendirian peserta?(mun pro-K)

  4. haha..nang bes!

    erm..ekceli, kem tok nya macam banyak cta pasal sejarah, camne kita merdeka n so on..

    sama macam kita blajar masa skolah dolok, cuma dalam kem tok kita belajar sejarah malaysia dari perspektif mok ambik pengajaran (which is sik sama lalu ngan masa sekolah dolok, belajar n ngapal semata2 mok score A jak..hehe) jadi, ‘perasaan’ nya lain sket la..

    mun pro-K, sik meracuni, tapi meningkatkan semangat patriotik n sayang negara.

    cuma, kalau yang sik pro-K ya, maybe akan mendefinisikan kem tok sebagai ‘meracuni’..

    erm, sebabnya, dalam kem tok, peserta disuggestkan, kalau kita mok PELIHARA kemerdekaan dan keamanan serta memastikan pembangunan ke arah kemajuan yang berterusan, kita kena sokong (a.k.a UNDI), pihak yang bertanggungjawab MENDAPATKAN kemerdekaan in the first place iaitu Parti Perikatan (yang knek tok dikenali sebagai barisan u-know-what😀 )

    dan, kalau kita undi selain ya, maybe keluhuran perlembagaan akan tercabar (seterusnya bole menghakis kuasa raja2 melayu, hak2 istimewa etc.)..bak kata fasi la..sebab ada pihak 0pp0siti0n yang bercadang mok mansuhkan certain2 bahagian dalam perlembagaan kan..kalau cdak ada kuasa la..

    erm, dari kem ya, cdak suh kita BERSYUKUR la ngan keamanan n kemajuan malaysia aritok..jadi, cara bersyukur ya, mcm yg aku taip kat atas ya ba kata cdak, teruskan menyokong orang yang dah menyumbang ke arah semua yang kita kecapi ritok..😛

    pe2pun..pilihan di tangan kita dan undi adalah rahsia..haha..

    Wallahu’alam.

    (^_^)

  5. ahaha..

    btul2..undi itu adalah rahsia. apa2 pun, aku yakin rakyat sekarang dah semakin celik dan mampu berfikir, x kdk dolok. dah pande buat penilaian kdirik (buktinya, PRU lepas). Blog2 pn tumbuh bak cendawan sampai kadang2 xtauk mok percaya kat siapa. Hehe. Tp yala, pa2 pn, pilihan di tgn kita.

    Wasalam

  6. haha..correct..correct..

    pe2pun, truskan menyokong pihak yang benar!

    semoga kita semua menjadi warganegara malaysia yang beriman..ameen..

    neway, thx for dropping by..😉

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s