Plan

Baru kembali dari Kuching. Menghantar adikku ke sana, menyambung belajar. Huhu. Jalan darat, aku tak gemar perjalanan jauh menggunakan jalan darat, especially jalan antara bandar di Sarawak ini yang berbukit-bukau. Jalan kecik. Tidak rata. huhu. sakit badan dan kepala.

Okies, enough complaining. Alhamdulillah, dah kembali di rumah pun. What a long (unpleasant?) journey -Kuching-Miri.😀

Plan

Waargh, cuti! Kini sudah 3 minggu aku bercuti sejak menduduki kertas terakhir A-Level final examination. Tidak seperti pepatah Melayu, ‘dulu cuti pendek, mok panjang, dah cuti panjang, xtau plak mok polah pa’. Hehe. kerana itu lah perancangan itu penting.

Bekerja?

Minggu lepas, aku ke kedai roti, Hot Cross Bun. Ada vacancy sebagai cashier. Tidak tahulah kalau-kalau kekosongan itu belum terisi tatkala aku menaip perkataan-perkataan ini. Walk-in interview. Pergi atau tidak?

Idaman kanak-kanak..main cashier-cashier..

Ambil lesen memandu?

Erm, macam tidak. Pertamanya, macam mahal. Keduanya, macam bukan keutamaan untuk mengambil lesen. Yang peliknya, aku sendiri pun tidak berapa kisah ada lesen atau tidak buat masa ini. hehe. Maksud aku, tatkala ini belum ada desire untuk berlesen. erm, insyaAllah kalau memang ditakdirkan aku mengambil lesen pada tahun 2008, maka 2008 lah. Kalau tidak, insyaAllah, in the future okies?🙂

Mungkinkah ada kaitan..?

Belajar Kemahiran Hidup?

haha. bukan subjek KH. ‘Survival skill’ bak kata orang puteh. kemahiran hidup yang basic2, especially dalam sektor ‘penyediaan pemakanan’😛 . Sungguh, aku tiada kemahiran. Tengok la nanti, apa yang boleh aku bantu terhadap diriku ini. InsyaAllah.

Masak nasi, bubur, telur, dan megi bole la..

Belajar Skil lain?

Seorang senior ada mencadangkan kepada aku supaya digunakan cuti yang panjang ini untuk belajar skil-skil penggunaan software komputer. Apa-apa yang mungkin bole digunakan di alam universiti nanti. InsyaAllah.

 Reunion?

Huhu. Lama sudah tidak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Memang ada niat ingin mengadakan perjumpaan, cuma tidak tahu lagi bila. Kawan di SMK Luak dahulu, kawan di SK Agama, serta kawan-kawan di Kolej.

Minggu lepas, alhamdulillah sempat menghantar Asylla di epot Miri. Beliau dengan izin Allah sudahpun berangkat ke Rusia, menyambung pelajaran di sana dalam bidang Kejuruteraan Aircraft (specialised in Engine) – kalau aku tak silap. Semoga Allah melindungi beliau di rantau orang. ameen.

waaah…cool!

Rakan-rakan UTP, sempat berjumpa semasa mereka singgah di KL dahulu sebelum mereka ke Miri. Mungkin bole berjumpa lagi di Miri ini, insyaAllah. Tambahan, ada perancangan dalam APIM. semoga yang dirancang akan berjalan dengan izin Allah.

Membaca Buku?

InsyaAllah. dah lama aku tak membaca buku. baik fiksyen mahupun non-fiksyen. Kurang membaca impaknya, Keropok-keropok rapu-rapu yang terlebih dalam myfikrah ini, dan tak terkecuali dalam diri.😛

Memang kena membaca. Kalau dulu di bumi Taylor’s, at least, tak membaca, alhamdulillah boleh mendengar perkara bermanfaat semasa usrah. Ada juga peringatan buat diri. Berpijak juga di bumi nyata. Alpa, lupa, leka, dan lagha. Virus yang boleh memakan diri. na’uzubillaminzalik.

Jalan-jalan?

Kalau bole wat apparition macam dalam Harry Potter, ingin sahaja aku jalan-jalan, melihat tempat lain. Erm, yang terdekat dengan miri yang boleh aku pergi, Marudi, rumah nenek n atuk.

Selain ziarah famili, terasa juga ingin ke tempat-tempat yang damai macam air terjun, pantai, alam semulajadi, dsb yang sekategori. Nangga rupa la..dah la x pande drive gik, gney mok gi jalan-jalan?

damai..

Lawat sekolah?

InsyaAllah. juga ada terniat mahu melawat sekolah lama. Cumanya, persoalan yang sama, tidak tahu bila.

Baca dan Tulis ?

InsyaAllah, akan terus menulis blog. Di samping membaca blog orang lain. Kutip ilmu dari pengalaman dan pengetahuan orang lain. hehe.

Penutup

Semoga kita semua terhindar daripada perkara yang sia-sia dan sentiasa beroleh hidayah dan taufik-Nya untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. ameen.

Allahu’alam.

2 thoughts on “Plan

  1. Ada jawatan jadi cashier kat hot cross bun?
    Pg interview ya sya! Kakya mun ktk dpt (tapi sik suka) kerja jak sampey kmk balit, klk kmk takeover. Plan yg bagus! FYI, kmk dr dolok teringin mok jadi cashier eh. Tapi susah, salunya ya senior post. Knk jd tukang cuci lok (mun kat restaurant la. Lap2, mop2, ok la.Cuci jamban, simok!

    Haha. Org Malaysia mmg memilih keja =P

    Moga2 dpt menggunakan masa lapang dgn terluang =)

  2. aok..riya la..xtau ada gik ka x..hehe

    mok jak gi bekerja, tp stakat tok cam berat jak kaki ngan badan mok kluar rumah (prefer terperap kat rumah jak..:P)

    nangga la mun terbuka ati klak..:D

    tp, nang cashier la, bukan tukang cuci ka apa..hehe..

    yala org malaysia tok..isk2..

    insyaAllah..semoga dapat guna masa dengan baik..hehe..

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s