Internall Seccurity Aact (ai-es-ae)

Aku tidak boleh mengatakan yang aku benar-benar memahami tentang ai-es-ae ini. Cuma yang aku tahu, pihak bukan pro-K, tidak suka ai-es-ae. Kata mereka, ai-es-ae itu ZALIM. dan mereka mahu supaya ai-es-ae DIHAPUSKAN.

Di bawah ini petikan daripada Wikipedia tentang apa itu ai-es-ae :

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam

Zalim atau Tidak

Mutakhir ini, aku ada membuka harakahdaily.net, ada berita tentang seorang tahanan ai-es-ae yang sudah ditahan 7 tahun dan tidak sempat untuk bertemu dengan allahyarhamah anaknya sebelum anaknya meninngal dunia. Dek kerana karenah birokrasi. duh~

Masa itu, hanya rasa ‘sedeyhnya!’ terdetik dalam hati. Tidak pula aku terfikir tentang zalim atau tidak ai-es-ae pada ketika itu. (aku sememangnya termasuk dalam golongan yang tiada masalah dengan penghapusan ai-es-ae).

Kemudian, tadi aku membaca post di saifulislam.com-4 Julai 2008- dan membawa aku melihat isu ini dengan perspektif yang lebih mendalam.

Mungkin benar, ai-es-ae itu zalim.

Aku Melihat Bagaimana

Bagi aku, tidak ada ai-es-ae pun, okay apa? Kan ada mahkamah.

Teringat masa ‘Kem Hari Itu’ ketika terpaksa membajetkan diri, seperti orang yang tidak tahu-menahu semasa fasi bertanya tentang kerelevenan ai-es-ae. Samalah seperti terjemahan wikipedia di atas, tentang apa itu ai-es-ae, diterangkan oleh fasi kepada kami.

“Orang yang boleh mengancam keselamatan negara akan ditahan di bawah ISA..” kata fasi.

“Owh, kalau begitu, kenapa pembunuh dan perogol tidak ditahan di bawah ISA? kan mereka pun boleh ‘mengancam keselamatan’..” saja memberi respon yang agak bangang.

Lepas tu, aku tak berapa ingat apa yang dijawab oleh fasi. Kata fasi, perogol dan pembunuh tertakluk di bawah mahkamah dan jika sabit kesalahan akan dipenjarakan.

“Kalau macam tu, apa pulak beza penjara dengan ISA ni?” lagi soalan bangang. Fasi nampak tensen, tetapi terus tabah memberi penerangan.

Huhu.

Diskusi tentang ai-es-ae ini merupakan sebuah diskusi yang menarik sebenarnya semasa sesi LDK di ‘Kem Hari Itu’. Tetapi, tidak mampu untuk aku ingat each and every detail yang dibincangkan. Agak sayang!

Selain itu, ai-es-ae ini juga digunakan untuk menahan pemimpin ajaran sesat dan kumpulan militan. Atas sebab yang sama, mereka mungkin boleh mengancam keselamatan negara. Kalau hendak menahan golongan seperti ini, mungkin ada ‘kepatutannya’ menggunakan ai-es-ae.

Ergh! Hakikatnya, aku masih tak faham! Apa kebenda dan kejadahnya ai-es-ae ini! Aku mahu tahu REALITI yang sebenarnya!

Pergi ke ‘Kem Hari Itu’, mereka kata ai-es-ae itu ‘baik’. Untuk jaga keselamatan.

Apabila aku keluar dari arus media perdana dan menyelam di dalam lautan alternatif di alam maya, dicanangkan pula tentang kezaliman ai-es-ae.

Apa-apa pun, aku tetap menyokong dan sedia menjadi pendokong perjuangan gerakan yang benar.(insyaAllah). Dan kerana yang aku sokong dan cuba untuk dokong itu menolak ai-es-ae, maka begitu juga aku.

Cuma, PEMAHAMAN dalam melakukan apa yang kita lakukan itu perlu (iaitu tentang ‘kenapa’ berbuat/memilih demikian). Tidak boleh taklid buta sahaja, bukan?

[updated on 9th of July]

Ya, ai-es-ae perlu dihapuskan! Penahanan orang TANPA PEMBICARAAN, di manakah KEADILANnya?

Jika anda sokong dan dokong perjuangan Islam, hakikatnya, ISLAM itu menganjurkan KEADILAN.

Maka wajarkah selaku penyokong mahupun pendokong, aku atau kalian menerima sesuatu yang berlawanan dengan KEADILAN?

Bak kata nabil raja lawak, “fikirlah sendiri…!”😛

Penutup

Sebenarnya, apa yang cuba aku utarakan di sini adalah supaya kita dapat melihat KEPINCANGAN peraturan (undang-undang) yang DIREKA oleh MANUSIA tanpa berlandaskan petunjuk yang diberikan oleh MAHA PENCIPTA.

Ingin aku quotekan di sini, petikan daripada myfikrah (first generation) :

Dulu dalam kelas, ustaz pernah menyebut, tentang kewajipan melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara. Analogi yang ustaz berikan; jika kita membeli kereta Vios, maka untuk memastikan Vios berada dalam tahap yang baik kita perlu rujuk kepada manual/buku panduan untuk kereta Vios.

Apa terjadi jika kita merujuk manual kereta Kancil, membaiki Vios dengan penyelenggaraan kereta Kancil, tidakkah ia mengeruhkan keadaan? penyelenggaraan untuk Vios, hanyalah pembuat/pengilang Vios yang tahu bagaimana untuk menyelesaikan permasalahannya.

Begitu juga manusia. Allah yang menciptakan manusia dan Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. maka hanya undang-undang Allah yang terbaik untuk memimpin manusia, untuk membaiki ‘kerosakan-kerosakan’ manusia.

p/s : waaah. realiti hari ini, entah siapa yang benar, entah siapa yang tidak. Kebelakangan ini ‘Statutory Declaration’ a.k.a ‘Akuan Bersumpah’ seolah-olah seperti bahan mainan. gaga. ape-ape aje la..

p/s 2 : berkenaan isu liwat, ada pautan menarik tentang Qazaf tulisan Ustaz Zaharuddin. Dalam artikel ini turut menunjukkan kepada kita akan keindahan peraturan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T. klik jangan tak klik😉

Bagaimana pula pendapat kalian? Sudi-sudilah berkongsi wacana. Semoga menjadi manfaat bersama. insyaAllah.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa berkata benar. ameen.

Subhanaka laa ‘ilmalana illa ma ‘alamtana innaka anta al-‘alim al-hakim.

Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu an laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik.

Wallahu’alam.

2 thoughts on “Internall Seccurity Aact (ai-es-ae)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s