Countdown

Waah, dah masuk minggu keempat aku officially berada di Miri & ‘bercuti’ (woh! dah sebulan!). Maksud aku, sejak berakhirnya kem btn yang lalu.

Setakat ini, aku memutuskan untuk tidak bekerja. Lesen? erm, belum menelaah pun buku undang-undang jalan raya. Melawat sekolah, yup, 2 hari lepas bersama Fakhrul, Nash, n Daus. Seronok jumpa Cikgu Chai. Beberapa hari sebelum itu, menjenguk Nadwah 2008.

Lain-lain, kolej dah berubah! Oh, tidak! Rasa sedikit janggal berada di sana.

Ke Marudi, belum lagi setakat ini. Rancangannya, hujung minggu lalu, tetapi bapaku bekerja. Jumpa kawan lama? Kebanyakannya sudah masuk ke universiti di serata Malaysia, huhu, tidak berkesempatan. Cuma bertemu mereka bertiga yang di atas, makan mi kolok di Awang Mahyan Cafe.😀

Baca buku? Kadar yang amat rendah. (cuti??) huhu. Hari itu mencari buku terbaru Cecilia Ahern, tetapi belum sampai di Miri agaknya.

Countdown

InsyaAllah, aku akan ke kL pada 31 Julai 2008 ini dan kembali ke Miri pada 10 Ogos 2008.

1-3 Ogos : Menyertai program WOW.

8 Ogos : Briefing oleh ESU Petronas di Tower 1, KLCC, Tingkat 40.

10/11 Ogos : Result penuh A-Level dikeluarkan secara online. (cuak!)

p/s : University requirement, ABB.

16-17 Ogos : Karnival Amal anjuran Yayasan Amal akan diadakan di Miri.

Menarik : Forum Perdana, Larian Amal, Konsert Amal (Nazrey Johani, Devotees, dan ada seorang lagi)

Lokasi Forum : ILP & IKBN (Area Senadin/Permyjaya)

Larian Amal bermula di Kampung Sukan Petronas. Yuran pendaftaran : RM 20

Konsert Amal di Dewan Suarah Miri. Tiket ; Dewasa : RM15 , Kanak-kanak : RM 10 , Bawah 2 tahun : Percuma.

Jom sertai! Berkarnival sambil beramal. Maklumat lanjut di www.muhtarsuhaili.com

InsyaAllah. Bak satu quote dari kawanku, ‘kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta’

Allah S.W.T jualah yang mengetahui apa yang TERBAIK untuk hamba-hamba-Nya.

Semoga kita semua sentiasa beroleh redha-Nya. ameen.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s