Harapan Ramadhan

Kumengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasaku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Kumemohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Kumerayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua..

Harapan Ramadhan by Raihan and ManBai

erm, for the past 2 years (since 2006), I posted this lyrics on my blog. 😉

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan!

Bulan ramadhan, bulan perjuangan.

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti

Tenang resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran

[sebahagian daripada lirik “Sunnah Orang Berjuang” by Hijjaz] 🙂

Penutup

Selamat berpuasa di bulan ramadhan yang bakal menjelma!

p/s: Alhamdulillah, papsortku telah siap dan aku telah membuat permohonan visa. Semoga proses-proses seterusnya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. ameen.

Allahu’alam.

 

Advertisements

Karenah Birokrasi Yang Terpaksa Dihadapi

It’s been a while since my last update. After I had a great time during W.O.W and during my stay in Semenanjung Malaysia for 11 days, the week after that, there was Karnival Amal Merdeka and another week later my life became normal again (terperap kat rumah) except a visit from Nurisa and her sister last Friday. 🙂

p/s : sik sempat nait skuter.. 😕

Merdeka

For the past few days, I also tried to update something on the coming Malaysia 51st Independence Day. However, it was left unfinished. I’m not sure if there’s anything I will be posting for the coming Merdeka Day. Anyways, please click here to view my post for last year’s Merdeka Day. 😀

Independence Day, Kisahnya, & Paradigm Shift

Pertama sekali, kepada sesiapa yang belum menonton iklan merdeka PETRONAS 2008, bole lihat di bawah ini. Bagi aku amat menarik! hehe. Sila-sila menonton..

Kedua sekali, recently aku ada mendengar tentang “Hartal” [klik di sini] (untuk mendapatkan maklumat lanjut). Basically, “Hartal” adalah mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian secara total.

Kira-kira 10 tahun sebelum merdeka iaitu pada tahun 1947, peristiwa “Hartal” ini telah berlaku di Tanah Melayu. Sebuah peristiwa bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

Ekceli, aku pun tidak tahu tentang “Hartal” ini. Baru-baru ini, aku membuka blog Kak Intan di mana beliau telah meng’upload’ beberapa video YouTube yang merupakan sebuah dokumentari tentang  “Hartal”.

Untuk menonton keseluruhan dokumentari ini, bolehlah ke YouTube [klik di sini]. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Sepanjang kita menghadap buku sejarah di zaman persekolahan, terlalu banyak peristiwa bersejarah yang tidak didedahkan kepada kita. 😦Read More »

Thoughts of the day

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tetapi banyak pula dugaan yang datang.

Kadang-kadang, kita minta cerdik, tetapi masalah pula yang bertandang.

Kadang-kadang, kita minta kebahagiaan, tetapi huru hara pula menjelang.

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah…

SUBHANALLAH. Betapa Hebatnya ALLAH itu. Semuanya ada hikmah.

Telah berkata Jibrail a.s: ” Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : ” Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai rintih suaranya” 

Anas ibn Malik r.a

 

Allahu’alam.

Hujung Minggu

Secara ringkasnya, pada petang Jumaat lalu, aku bersama keluarga telah ke Marudi dengan menggunakan jalan darat. Off-road woh!

Sudah lama aku tidak ke Marudi. Pada masa yang sama, telah berlangsung International Baram Regatta di Marudi sejak minggu lalu. Pendek cerita, regatta ini adalah satu event yang melibatkan perlumbaan sukan air (lombak perauk, etc).

Sekejap sahaja di Marudi, hari Sabtu kembali semula ke Miri. Out of berbelas-belas (or puluh-puluh?) acara yang dipertandingkan, sempat menyaksikan 1 perlumbaan perahu sahaja sebelum kembali ke Miri pada petang Sabtu itu. 😀

Lombak perauk (Lumba perahu)

Jarang-jarang untuk melihat orang seramai ini di Marudi 🙂

Perahu-perahu panjang sampai ke garisan penamat

Hari Ahad pula, ke Dewan Suarah. Konsert Amal Merdeka 2008. Malam tadi, membantu di meja tiket dan mengangkat makanan. Missed untuk menonton persembahan lagu faveret aku, iaitu “Suara Hidayah” by Nazrey Johani (lagu duet beliau bersama Ustaz Akil Hayy). Cuma mendengar sayup-sayup dari luar dewan. huhu. 😛

Sedikit gambar :

Nazrey Johani

Devotees

Persembahan penutupan para artis jemputan bersama beberapa orang AJK dengan lagu “Iktiraf”Read More »

Thoughts of the day

Tak terasa bila dia pergi, tapi sayu bila dia tak kembali

Mencarinya dengan hati suci, lebih indah daripada memiliki tapi tak menghargai

Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan

Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan, kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan

Thank you ALLAH for the gift of..IMAN[

[Click picture for a better view]

“Hidayah seperti cahaya, tidak akan menyapa mereka yang tidak membuka jendelanya”

Apabila kamu letih dalam melakukan kebaikan, ingatlah letih itu akan hilang. Tetapi ingatlah kebaikan itu akan tetap berterusan

 

Karnival AMAL Merdeka 2008

Seperti yang telah diwar-warkan, esok dan lusa yakni Sabtu dan Ahad ini akan berlangsungnya Karnival AMAL Merdeka [klik untuk melihat poster] anjuran Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Miri. insyaAllah.

Sebelum meneruskan penceritaan, basically, sebahagian daripada kutipan yang didapati melalui karnival ini akan disalurkan ke persatuan-persatuan anak-anak yatim di Miri. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang melalui pembelian tiket konsert, pendaftaran untuk larian, dan orang awam yang memberi sumbangan ikhlas. Turut dihargai, syarikat-syarikat korporat di sekitar Miri yang telah menjadi sponsor.

Dalam Al-Quran, berkali-kali diseru kepada manusia untuk berbuat kebaikan kepada anak-anak yatim serta Allah menjanjikan balasan yang sebaiknya kepada sesiapa yang beramal ikhlas kerana-Nya.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 214-215 ;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). “

Read More »

11 Hari Di Semenanjung Malaysia

Alhamdulillah. Selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri petang tadi. Flight pukul 3pm (dalam jadual la), sampai around pukul 5 lebih.

Hari ini juga, results A-Level dikeluarkan secara online. Lebih kurang pukul 4 petang waktu Malaysia. Sedang kawan-kawan aku mendudukkan diri di hadapan komputer atau laptop untuk menyemak results, aku sedang berada di awan biru (haha), merentasi Laut China Selatan.

Anti-klimaks sungguh! Sampai-sampai di airport Miri, henpon pun dihidupkan. Beberapa pusu mesej masuk, tidak ketinggalan miskol-miskol yang tidak dapat dijawab sepanjang henpon dimatikan. “Camne result?” begitulah lebih kurang bunyi mesej yang masuk.

Aku pun membalas, “Baru sampai kat miri airport. Tak check lagi result..” 😛

Tahniah to Ristina, Afiqah (L), Mana, and Imeyk dengan keputusan mereka yang cemerlang. Juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Respek2. 😀Read More »