Seusai WOW

Alhamdulillah, semalam selesailah sudah progaram WOW yang disertai. WOW atau nama panjangnya, Wonderful Overseas Weekend telah diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Di kala ini, sedang memblog dengan menggunakan laptop suami makcikku di USJ 6, Subang Jaya.🙂

Secara keseluruhan, WOW anjuran iLuvislam.com dan KRiM Enterprise telah disertai oleh 72 orang peserta yang merupakan bekas penuntut mahupun yang masih menuntut di kolej-kolej persediaan. Antaranya, KMB, KMS, KYUEM, Taylor’s University College, dan beberapa yang lain.

Para fasilitator pula terdiri daripada pelajar luar negara yang sedang bercuti summer. Kebanyakannya, mereka sedang menuntut di UK, Ireland, Europe, dan beberapa buah negara yang lain.

Insights

Individually, bagi aku apa yang menarik tentang WOW ialah kesempatan bertemu dengan para fasi dan juga speaker yang sedang/pernah menuntut di luar negara. Pengalaman yang mereka kongsikan amat menarik.

(Mendengar sharing sessions daripada mereka sahaja telah membuatkan aku TERUJA walaupun taqdir diri ini belum aku ketahui buat masa ini. yeala, results belum dikeluarkan lagi. Doakan yang terbaik buat aku!)

Apa-apa pun, suka untuk aku kongsikan beberapa insights menarik ataupun pengalaman baru yang aku dapati daripada WOW 2008 ini.

owh, by the way, semasa di Bukit Cerakah, kami telah menginap di chalet-chalet yang merupakan replika bangunan tradisional Malaysia. Aku dan 4 orang lagi kawan sechalet + fasi, bermalam di rumah Negeri Sembilan. Rumah dengan atap minangkabaunya itu.😀

Rumah Negeri Sembilan

Rumah Negeri Sembilan – pandangan depan

Pics..ada beberapa. Tetapi, buat masa ini atas sebab-sebab teknikal untuk memindahkan gambar tersebut, maka selitan pics akan aku masukkan kemudian. InsyaAllah.😉

Solat dan Telekung

Hari Jumaat itu, aku sampai di kawasan progaram apabila jam menghampiri pukul 5. Setelah register, settle down dan lepak-lepak, barulah aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Asar. Pada ketika itu, di rumah negeri sembilan hanya ada aku dan seorang lagi peserta, iaitu Yazira dari KYUEM (yang lain belum sampai).

Setelah selesai berwudhuk, kebetulan ada 2 orang fasi sedang bersiap-siaga untuk solat berjemaah. Seorang akak berbaju kurung dan seorang lagi akak berseluar dan baju yang agak labuh. Aku, dengan jeans longgarku yang lusuh, mengenakan telekung dan menyertai jemaah tersebut.

Bersolat tanpa telekung merupakan satu scene yang jarang dilihat di tempat kita (khususnya di lokaliti aku sendiri). Jika kita melihat di majlis-majlis yang ada solat berjemaah, semestinya para jemaah wanita semuanya bertelekung putih.

Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa telekung putih itu adalah satu kemestian dalam bersolat.(which is not!)

Copy daripada poster promo WOW

Alhamdulillah, sejak menutut di Taylor’s, aku telah biasa melihat beberapa orang  sahabat di sana bersolat sahaja dengan pakaian yang digunakan, baik baju kurung mahupun berseluar-asalkan menutup aurat-Cuma, untuk diri sendiri mempraktikkannya, pada mulanya aku rasa agak pelik.😀

Semasa sesi sharing sessions bersama fasi pula, seorang abang fasi telah menimbulkan satu persoalan, “Kalau pakaian yang kamu pakai itu menutupi aurat, kenapa pula tidak boleh berpakaian itu sahaja untuk bersolat? Kenapa nak pakai telekung? Adakah kamu tidak menutup aurat dengan betul?”. Satu persoalan yang membawa kepada satu ruang muhasabah.

Kesimpulannya, boleh sahaja jika ingin bersolat tanpa telekung, asalkan menutup aurat. Tambahan pula, menurut yang diceritakan oleh akak-akak fasi, kata mereka, kekangan masa (contohnya, kelas yang panjang dan kesempatan solat yang singkat) dan kekangan tempat (tiada surau disediakan), menyebabkan pemakaian telekung tidak praktikal.

Kata orang Sarawak, makei telekung dah sekian, bukak telukung gik sekian. Maksudnya, mengambil masa untuk bertelekung. Lagipun budaya bertelekung itu adalah budaya orang Melayu dan bukan pula termasuk dalam syarat sah solat. :P

Jika kalian pernah melihat, di surau yang terletak di pasaraya utama di sekitar KL, ada sahaja kelihatan mak-mak arab yang bersolat tanpa telekung.

Cumanya, kerana budaya, kita rasa janggal melihat senario berkenaan. InsyaAllah, perkara ini boleh sama-sama kita improvekan.

‘Khuf’

Tentang khuf ini, aku akan cuba menceritakannya menurut yang aku faham. InsyaAllah. Untuk penerangan yang detail, kalian boleh merujuk di website-website yang bertauliah ataupun merujuk kepada mana-mana ustaz/ustazah.

‘Khuf’ ini, maksudnya sarung kaki yang diperbuat daripada kulit. Isu khuf ni adalah berkaitan dengan rukhsah(keringanan) ketika mengambil wudhuk.

Cara penyapuan khuf (mungkin lebih mudah bagi aku untuk menceritakannya dalam bentuk situasi) :

-Katakan anda ke kelas pada pukul 8 pagi, maka sebelum nak ke kelas itu, ambillah wudhuk dengan sempurna. Kemudian, pakailah khuf ataupun stokin (dengan syarat melepasi buku lali).

Stokin

-Kemudian, katakan pada pukul 10 pagi, wudhuk tersebut tetiba terbatal. Kemudian, pada waktu Zohor, ambillah wudhuk seperti biasa (muka, tangan, kepala, dan perkara sunat yang lain jika mampu). Tetapi, untuk kaki, memadailah jika kita hanya menyapukan air di atas khuf ataupun stokin kita. Maksudnya, kita tak perlu buka khuf atau stokin tersebut.

Apa rasionalnya rukhsah penyapuan khuf ini? erm, menurut para fasi, kata mereka mungkin jika kita ingin membasuh kaki, kita mungkin akan membasahkan seluruh lantai tandas (bear in mind, tiada tempat khas untuk mengambil wudhuk serta orang puteh especially tidak suka akan toilet yang basah!)- lebur-laor, kata orang sarawak-

Satu lagi, sudah tentu kelihatan janggal apabila kita hendak membasahkan kaki, kita perlu mengangkat kaki ke atas sinki (haha, kalau buat kat rumah sendiri, bole la).😛

Syarat-syarat lain bagi penyapuan khuf pula :

-kaedah penyapuan khuf itu boleh diaplikasikan dalam masa 24 jam. Contohnya, kita memakai khuf dari sebelum Zohor pada hari ini. Kita masih boleh menggunakan rukhsah penyapuan khuf itu sehingga Subuh esoknya, tetapi tidak untuk Zohor esoknya.

-dengan syarat, kita tidak meninggalkan khuf atau stokin dalam tempoh itu. kalau stokin longgar pun tidak boleh, kiranya khuf atau stokin itu adalah sesuatu yang melekat di kaki dan tidak ada kebarangkalian akan ‘terlondeh’ dari kaki kita.🙂

-kalau untuk musafir pula, dalam masa 3 hari dan syarat yang sama juga, khuf atau stokin itu tidak ditanggalkan (which is unlikely untuk tidak membuka stokin dalam masa 3 hari!)

Perkara yang membatalkan khuf:

-Khuf tercabut

-berhadas besar

Sekadar itu sahaja yang mampu aku kongsikan tentang penyapuan khuf. Untuk mendapatkan dalil, sebab, dan  penerangan secara detail tentang penyapuan khuf ini, kalian bolehlah merujuk kepada sumber-sumber yang berautoriti.

Antara link yang berkaitan : Ustaz Maszlee Malik

Tentang kosher food : Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah [Sembelihan Kaum Yahudi dan Nasrani : Satu Analisa Hukum dan Perbandingan Pendapat] –credit to Ris🙂

Fiqh of Travellers

Selain isu khuf, Ustaz Hasrizal turut memperkatakan tentang solat, puasa & hari raya, thaharah (isu samak rumah, peralatan daput, etc.), pemakanan, serta isu ahli kitab (khususnya, tentang sembelihan).

Untuk yang lain-lain itu, aku tidak berkapasiti untuk berkongsi tentangnya melalui penaipan di blog ini. Dikhuatiri akan menimbulkan kesilapfahaman. Harap maaf. Jika ingin didiskusikan secara lisan, mungkin boleh aku kongsikan sedikit sebanyak apa yang aku faham. InsyaAllah.🙂

Why and Why?

Seperkara yang dimuatkan dalam sesi LDK semasa di WOW ialah berkenaan soalan-soalan ataupun situasi yang mungkin dihadapi dalam berhadapan dengan non-muslim di luar negara, khususnya negara yang minoriti muslimnya.

Antaranya, muslim di luar negara mungkin ditanya seperti, ‘Why do you pray?’, ‘Why do you fast?’, ‘Why do you wear hijab?’ ataupun as simple as ‘What is Islam?’. Soalannya mungkin nampak simple, persoalannya pula bagaimana untuk memberikan jawapan yang optimum bagi soalan-soalan tersebut dan mungkin pelbagai lagi soalan lain.

Daripada sesi ini, dapatlah disimpulkan oleh para peserta bahawa peri pentingnya melengkapkan diri bagi menghadapi soalan-soalan tersebut.

Soalan yang paling utama yang patut dipersoalkan oleh diri sendiri ialah, seperti yang disebut oleh Ustaz Hasrizal ‘Sejauh mana keyakinan anda terhadap Islam, al-Quran, dan al-Sunnah?’.

Jika kita sendiri tidak yakin dengan cara hidup yang kita amalkan, bagaimana mampu untuk kita berdepan dengan persoalan-persoalan tersebut di atas.

Adaptasi dan…

Alhamdulillah, aku tiada masalah untuk mengadapatasi di kem tersebut. Para fasi amat ramah dan approachable.

 Ada beberapa perkara yang aku kesalkan, antaranya tidak dapat memberikan penumpuan yang optimum semasa sesi ceramah yang 2 daripadanya diadakan pada sebelah malam.

Pada hari Jumaat malam, mungkin kepenatan akibat perjalanan dari USJ 6 ke Taylor’s kemudian ke komuter Subang Jaya dan Shah Alam sebelum sampai ke Bukit Cerakah. Kemudian, malam itu pula, tidur selewat pukul 2 lebih pagi. Menyambut birthday salah seorang sahabat dari Taylor’s dan bertukar-tukar cerita. ahah.😀

Pada hari Sabtu malam pula, semasa sesi ceramah, aku duduk di barisan kedua. Towards the end of the ceramah, beberapa kali jugakla aku tetiba masuk ke dalam keadaan minda ‘separa sedar’ (haha). Nasib baik tidak sampai kepada keadaan ‘memancing’ dalam ceramah. hehe.

Owh, malam tersebut mungkin kepenatan selepas aktiviti outdoor pada petang tersebut iaitu WOW Explorace. (tambahan kepada ketidakcukupan tidur pada malam sebelumnya)😛

Overall, WOW 2008 merupakan sebuah pengalaman yang bermakna.

Kepada pihak penganjur, aku ucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan sebuah program yang berbentuk pendedahan dan perkongsian bagi membantu persediaan dari segi mental, fizikal, emosional, dan spiritual para calon penuntut luar negara. Alhamdulillah.

Jemput melawat ke blog seorang kawan baru, Mariam Kameelah. Pics and aktiviti-aktiviti yang kami lalui secara detail telah beliau ceritakan di blog tersebut.🙂

Perspektifku

Semua perkara berkaitan luar negara yang ditaipkan di atas adalah pentafsiranku menurut apa yang aku lihat dan dengar daripada para fasi. Jika kalian ada kenalan yang pernah/sedang menuntut di luar negara, mungkin boleh mendapatkan gambaran sebenar daripada mereka.

Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan aku sendiri adalah amat TERBATAS.

Penutup

Jumaat ini, ke PETRONAS Twin Towers untuk menghadiri briefing. InsyaAllah.

Esok lusa, ke rumah senior di sekitar KL. InsyaAllah.

Yang lain-lain, cadangnya ingin ke sekitar KL seperti Jalan TAR, LowYatt, Mydin, etc. InsyaAllah.

Ahad, kembali ke Miri. InsyaAllah.

Teruskan berdoa…

Subhanaka la ‘ilamalana illa ma ‘alamtana innaka antal ‘alimul hakim.

Wallahu’alam.

13 thoughts on “Seusai WOW

  1. sya,cite ah lagi pasal thaharah,puase n raye n solat sume tuh.
    xdpt nk dgr lisan la.bila lg nk jmpe? =(
    sya email ek?
    cm best je wow nih.hahaha.jmpe yazira ye?

  2. assalammualaikum wbt syafiqah

    hehe
    crite2 WOW memang best,,,

    truskan menjadi WOW!!!
    nti jmpe di UK iA
    datanglaa ke cork juga yee,,
    😀

  3. Salam…
    hye groupmate….
    nice story about wow….
    im really enjoyed it….really WOW!!…

    hope all the good things can be applied in our journey to overc… insyaAllah..

  4. to Ristina: InsyaAllah, nanti saya try type kat emel. huhu. sedeyhnye x sempat nak jumpe. pe2pun, keep in touch okies!

    p/s: cuak2..results..btw, aah..aritu satu chalet n satu group ngan Yazira🙂

    to Kameelah: Alhamdulillah. kalau ade yang terkurang atau tersalah, tolong betulkan. thanks for the pics.😉

    to Kak Aimi: Waalaikumussalam. hehe. WOW memang WOW. insyaAllah. doakan yang terbaik untuk ktorang sume. thanks to all of the facis. fasi2 memang best!😉

    to Amin: Alhamdulillah, WOW memang best!😀

    to Sword: Salam. erm, ni Saifullah ke? neway, thanks for dropping by. Alhamdulillah, semoga segala pengisian bermanfaat buat semua.🙂

    p/s: hehe, hope x trauma lagi pasal belon pecah tu..😛

    (^_^)

  5. salam syafiqah

    heheh,alhamdullilllah..i’m really glad that u like WOW as well.Thanks for being very anticipating during the programme,akak paling suka time awak di intebiu cha dicheckpoint yang kami jaga,hahaha!!funnynyaaa~wheee~

    ape2pun,jangan lupa untuk mempraktik dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi itu.all d best untuk result a levels esok.Nak jumpa kamu di Bath nnt before saya balik UK,inshaAllah.

    Take care,wassalam.

  6. Salam Kak Tan.

    Alhamdulillah, WOW satu pengalaman yang menarik.insyaAllah, akan dimanfaatkan ilmu2 yang dah dishare oleh fasi2 sume. Syukur, banyak ilmu dapat. Thx!🙂

    insyaAllah, semoga berjumpa di sana.😉

    p/s: cuak gak mase diintebiu tu. muka bro cha tu, xleh blah..hehe..neway, i had fun!

    (^_^)

  7. woohh, mcm bes jer. gle rugi x pegi gak…
    actually ble pikir2, mcm cuak gak ah tibe2 org uk sana nnti tanyer mcm2 n mana blank…
    nnt die kutuk org Islam x tau agama sndri…
    takut nyer….
    bley x sya bg some notes yg sya dpt from wow ari 2??
    or 2 make it simple, sya ley x forwardkan e-mail yg sya bg kat ris??
    39^^

  8. Alhamdulillah, bes2!

    huhu..insyaAllah nanti bole join usrah kat sana, kte topup ilmu pe2 yang kte kurang…

    okies, insyaAllah, nanti saya forwardkan..😉

    (^_^)

  9. Salam alayk,
    Kalau pakai khuf syaratnya khuf itu perlu kalis air. Stokin pula tidak kalis air, maka tidak memadai dengan sapuan sahaja. Ianya perlu dibuka dan kaki hendaklah dibasuh seperti biasa….Harap maklum.
    (dipetik dari website Ustaz Maszlee Malik)
    *c) Hendaklah ia menghalang air dari menembusinya.
    Ini merupakan syarat yang diletakkan oleh mazhab Syafi’i.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s