11 Hari Di Semenanjung Malaysia

Alhamdulillah. Selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri petang tadi. Flight pukul 3pm (dalam jadual la), sampai around pukul 5 lebih.

Hari ini juga, results A-Level dikeluarkan secara online. Lebih kurang pukul 4 petang waktu Malaysia. Sedang kawan-kawan aku mendudukkan diri di hadapan komputer atau laptop untuk menyemak results, aku sedang berada di awan biru (haha), merentasi Laut China Selatan.

Anti-klimaks sungguh! Sampai-sampai di airport Miri, henpon pun dihidupkan. Beberapa pusu mesej masuk, tidak ketinggalan miskol-miskol yang tidak dapat dijawab sepanjang henpon dimatikan. “Camne result?” begitulah lebih kurang bunyi mesej yang masuk.

Aku pun membalas, “Baru sampai kat miri airport. Tak check lagi result..” ๐Ÿ˜›

Tahniah to Ristina, Afiqah (L), Mana, and Imeyk dengan keputusan mereka yang cemerlang.ย Juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Respek2.๐Ÿ˜€

11 Hari Di Semenanjung Malaysia

‘Semenanjung Malaysia’, bunyinya seperti aku menjelajah ke seluruh pelosok semenanjung. Hakikatnya, aku hanya berlegar-legar di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Syukur atas kesempatan musafir ini. Banyak yang dipelajari serta pengalaman yang tak terbeli. Sekurang-kurangnya, hati dan jiwa yang layu kini telah disegahkan kembali. Alhamdulillah.

Sebahagiannya daripada WOW. Selain itu, kesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Serta bertemu dengan mereka yang mengajar erti perjuangan kerana-Nya.

Memaknakan ke dalam diri bahawa sesungguhnya, hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain.

To-and-Fro

Sepanjang tempoh itu, aku banyak bergerak dengan pengangkutan awam (bas awam, komuter, lrt, monorel). Paling tak larat, apabila terpaksa berdiri di dalam komuter atau bas di sepanjang perjalanan. Banyak ragam manusia. Tidak dilupakan, implikasi pencemaran udara semasa menaiki bas mini. uhuk2.ย phew~

Owh, kesempatan ke Jalan TAR (dalam kehujanan) telah menyinggahkan aku ke kedai buku. Asalnya, memang plan tidak mahu membeli apa-apa buku lagi kerana buku yang dah lama dibeli pun tidak terbaca lagi. huhu.๐Ÿ˜ฆ

Akhirnya, membawa balik sebuah buku. Semoga dibaca la hendaknya. InsyaAllah.

Penutup

Sesampainya di rumah dari airport petang tadi, setelah menyelesaikan beberapa urusan, lantas meng’online’kan diri. Web destinasi : https://myresults.cie.org.uk/cie-candidate-results/ย .

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan izin-Nya, results melepasi requirement University of Bath. Kini, menunggu tawaran rasmi dari universiti tersebut. InsyaAllah,

Hasbi Allahu laa ilaha illahu. ‘Alaihi tawakkaltu wa hua rabbul ‘arsyil adzim.

Keep moving forward..

Allahu’alam.

11 thoughts on “11 Hari Di Semenanjung Malaysia

  1. Salam..

    Sya! Sya! ape result awk? kenapa buat saspen ni. haha. tp mesti gempak kan?๐Ÿ˜€
    coz uni tu require ABB kan? ish3 bitau la Sya..

    Papehal, mabrook ‘alayk! moga dpt bertemu di sana nanti, insyaAllah๐Ÿ˜€

  2. salam..sy dengan ini ingin menyampaikan sekalung tahniah dan syabas buat saudari Syafikah kerana berjaya memperoleh result yg cemerlang!

    aduh skema jwk eh..hehe..tahniah!! kelak dh pg overseas rajin2 la update blog..mok tauk gne idup kat cya..hehehe๐Ÿ˜€

  3. Salam..

    Alhamdulillah, terima kasih encik Daus!๐Ÿ˜›

    (p/s: cemerlang..erm…besa2 jak ekceli..๐Ÿ™‚ )

    hehe..skema2..

    insyaAllah, akan terus memblog..๐Ÿ˜‰

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s