Karnival AMAL Merdeka 2008

Seperti yang telah diwar-warkan, esok dan lusa yakni Sabtu dan Ahad ini akan berlangsungnya Karnival AMAL Merdeka [klik untuk melihat poster] anjuran Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Miri. insyaAllah.

Sebelum meneruskan penceritaan, basically, sebahagian daripada kutipan yang didapati melalui karnival ini akan disalurkan ke persatuan-persatuan anak-anak yatim di Miri. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang melalui pembelian tiket konsert, pendaftaran untuk larian, dan orang awam yang memberi sumbangan ikhlas. Turut dihargai, syarikat-syarikat korporat di sekitar Miri yang telah menjadi sponsor.

Dalam Al-Quran, berkali-kali diseru kepada manusia untuk berbuat kebaikan kepada anak-anak yatim serta Allah menjanjikan balasan yang sebaiknya kepada sesiapa yang beramal ikhlas kerana-Nya.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 214-215 ;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). “

Muhasabah buat diri ini juga.

Dalam satu sesi tazkirah, seorang ustaz menyebut bahawa kalau dalam kerja-kerja amal ini, jika kita merasa ‘sayang’ (rasa keberatan) atas apa yang disumbangkan, barulah dinamakan pengorbanan. Tetapi jika kita tidak merasa apa-apa, apa yang dihulurkan itu tidak lebih dari sebuah sumbangan.

Contohnya, mungkin kita rasa biasa-biasa sahaja untuk menderma RM 5 apabila dihampiri oleh sebuah tabung derma. Tetapi, amat pasti, kita tidak sanggup untuk menghulurkan RM 100 kerana rasa ‘sayang’ itu! huhu.😦

(Ni nak memotivasikan diri dan kalian agar kita tidak keberatan dalam menghulurkan derma..hehe)

Yang penting, beramal kerana Allah.

Larian Amal Merdeka

Aktiviti ini, ialah larian sejauh 7km bermula di Kampung Sukan Petronas Miri. Diadakan pada hari Sabtu, bermula seawal 7 pagi dengan pendaftaran.

Selain berlari, terdapat pemeriksaan kesihatan percuma juga. Terdapat juga sesi derma darah kepada sesiapa yang ingin menderma.

Forum Perdana

Forum ini akan diadakan pada hari Sabtu, sebelah malamnya di IKBN Miri. Tajuk : “Benarakah AKU sudah MERDEKA?”. Sesiapa yang duduk di sekitar Permyjaya, Senadin, Lutong, dan kawasan yang sewaktu dengannya, bolehlah ke sana dan memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Lepas Isyak.

Konsert Amal

Konsert ini adalah acara kemuncak (penutup) bagi karnival ini. Akan berlangsung di Dewan Suarah Miri pada hari Ahad sebelah malamnya. Antara artis jemputan ialah Nazrey Johani dan kumpulan Devotees. Terdapat pesembahan khas daripada Curtin Islamic Society dan juga cabutan bertuah!

Nazrey Johani (my all time favourite) 🙂

 

Devotees (ekceli aku pun tak familiar dengan kumpulan ni..hehe)😛

Sesiapa yang dah beli tiket tu, simpan bebaik tiket anda. Kalau boleh, bawa famili dan kawan kerabat untuk memeriahkan konsert tersebut.😀

Keseluruhannya, setiap apa yang direncanakan melalui Karnival Amal Merdeka ini, insyaAllah adalah untuk kebaikan.

Penutup

Semoga program amal kebajikan seperti ini akan terus subur di bumi Miri ini. Kata orang dagang ke Miri ini, Miri ni adalah umpama sebuah ‘lubuk dakwah’ yang perlu dieksplorasi dan dimanfaatkan.

Maka, selaku golongan yang bergelar PEMUDA/I, marilah sama-sama kita mengislahkan(memperbaiki) diri serta menyumbang kepada proses dakwah di Miri ini. insyaAllah.

Ini membawa lagi kepada satu analogi yang menarik. Antara menjadi player dan spectator perlawanan bola sepak, yang mana pilihan kita?

Seorang player, sudah tentu memerlukan latihan bagi mengoptimumkan peranannya sebagai seorang player. Dia juga perlu berkorban masa dan tenaga, mengalami kesusahan dan mengorbankan kesenangan bagi menjadi seorang player yang disegani dan bermanfaat kepada pasukannya.

Player (Man. Utd.) dan spectators (di belakang).

Manakala si spectator pula, hanya sekadar menjadi pemerhati. Kadang-kadang, punya juga rasa ‘concern’ terhadap jatuh bangun pasukannya, tetapi hanya duduk di luar padang, mengkritik dan menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Jika pasukannya menang, hanya bersorak keriangan tanpa mampu untuk merasa kemanisan kemenangan itu.

Adakah kita mahu menjadi seorang player atau spectator? Moga-moga kita semua diberi hidayah dan taufik oleh Allah untuk menjadi dalam kalangan players-Nya!

Peringatan buat diri ini yang punya iman yang ada pasang dan surutnya..

p/s:  suddenly, i am feeling how important it is to have a driving license…mudah untuk bergerak bagi menjalankan aktiviti luaran…huhu..😕

Allahu’alam.

4 thoughts on “Karnival AMAL Merdeka 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s