Hujung Minggu

Secara ringkasnya, pada petang Jumaat lalu, aku bersama keluarga telah ke Marudi dengan menggunakan jalan darat. Off-road woh!

Sudah lama aku tidak ke Marudi. Pada masa yang sama, telah berlangsung International Baram Regatta di Marudi sejak minggu lalu. Pendek cerita, regatta ini adalah satu event yang melibatkan perlumbaan sukan air (lombak perauk, etc).

Sekejap sahaja di Marudi, hari Sabtu kembali semula ke Miri. Out of berbelas-belas (or puluh-puluh?) acara yang dipertandingkan, sempat menyaksikan 1 perlumbaan perahu sahaja sebelum kembali ke Miri pada petang Sabtu itu. :D

Lombak perauk (Lumba perahu)

Jarang-jarang untuk melihat orang seramai ini di Marudi 🙂

Perahu-perahu panjang sampai ke garisan penamat

Hari Ahad pula, ke Dewan Suarah. Konsert Amal Merdeka 2008. Malam tadi, membantu di meja tiket dan mengangkat makanan. Missed untuk menonton persembahan lagu faveret aku, iaitu “Suara Hidayah” by Nazrey Johani (lagu duet beliau bersama Ustaz Akil Hayy). Cuma mendengar sayup-sayup dari luar dewan. huhu.😛

Sedikit gambar :

Nazrey Johani

Devotees

Persembahan penutupan para artis jemputan bersama beberapa orang AJK dengan lagu “Iktiraf”

“Suara Hidayah” by Nazrey Johani

Suara Hidayah [klik untuk mendengar]

“Suara kudengar menyeru kepada-Nya

Suara bergema memuji kebesaran-Nya

Suara memujuk kita mendekati-Nya

Suara HIDAYAH mengajak mentaati-Nya”

Dalam hidup ini, di sekeliling kita banyak ‘suara-suara hidayah’. Cuma, adakah kita mahu ‘mendengar’ dan ‘menyahut’ panggilan hidayah itu yang membezakan antara kita.

‘Suara hidayah ini’, bukanlah bermaksud lagu nasyid, azan, atau apa. Tetapi, apa sahaja perkara atau situasi yang kita hadapi di sekeliling yang memberi kesan kepada kita secara tidak langsung.

Perkara atau situasi yang semasa kita berhadapan dengan perkara/situasi tersebut, kita merasa perubahan yang lebih baik dalam diri kita. Atau semasa kita down, kita terasa lebih dekat kepada-Nya, kerana tiada tempat lain untuk mengadu.

Contoh ‘suara hidayah’ itu, mungkin apabila kita bertemu dengan sekumpulan insan yang selalu mengajak kita kepada kebaikan. Ataupun mungkin, apabila terpilih menyertai persatuan pelajar Islam. Ataupun, pengalaman ditegur oleh ustaz tentang kesalahan kita yang memberi kesan di hati.

“Itulah suara yang kunantikan,

Itulah suara membawa kebenaran,

Itulah suara datangnya dari tuhan”

Hidayah, perlu dicari. Lihat kembali diri kita, adakah selama ini, kita tercari-cari atau ternanti-nanti ‘suara hidayah’ itu?

Mungkin boleh dianalogikan, seperti mencari sepasang kasut di sebuah pasaraya yang besar (e.g. Midvalley). Di dalam pasaraya tersebut, sudah tentu ada banyak kedai-kedai kasut. Lantas, keseluruhannya, dalam satu pasaraya itu, ada beratus-ratus pasang kasut!

Katakan, kita ke pasaraya tersebut untuk makan ataupun bermain bowling. Walaupun berbelas-belas kedai kasut yang kita lalui, walaupun berpuluh-puluh pasang kasut yang kita lepasi di kanan dan kiri kita, tetapi kerana NIAT kita bukan untuk mencari kasut, maka kita tidak perasan pun ‘kecantikan’ mana-mana kasut tersebut.

Hidayah pula, mungkin ada sahaja di sekeliling kita, setiap hari dalam kehidupan kita. Cuma, apabila kita tidak berNIAT untuk bertemu dengan hidayah itu, maka hidayah itu hanya seperti angin yang berlalu pergi. Mungkin kita terasa hembusannya untuk seketika, tetapi dek kelalaian hati kita, kita lupa akan damainya hembusan hidayah tersebut.

“Sambut ia, terimalah,

Bila datang pada kita,

Kerna ia hanya datang,

Pada hamba yang TERPILIH,

Tidak akan kau ketemui,

Untuk kali keduanya,

Takkan dapat engkau cari,

Bila ia telah pergi”

Maka, apabila kita merasakan yang kita telah disapa oleh ‘suara hidayah’ tersebut, sambutlah sapaan itu. Bukakan jendela hati kita dan persilakan ia masuk.

Jika timbul keraguan (contohnya, dalam hati ingin berubah ke arah yang lebih baik, cuma bimbang persepsi orang lain terhadap perubahan yang ingin dilakukan), carilah jawapan dengan bertanya kepada orang-orang yang insyaAllah diyakini boleh membantu kita.

Semestinya, teruskan berdoa kepada Allah agar membukakan hati kita. Yang penting, perubahan yang kita idamkan adalah kerana Allah hendaknya. Justeru, what people say does not really matter, asalkan kita yakin perubahan itu adalah ke arah kebaikan.

Bersyukur jika menjadi antara orang yang mendapat ‘suara hidayah’ itu kerana dengan izin-Nya, dapat menjadi orang yang TERPILIH dalam berapa ramai orang yang ada di dunia ini.

Contohnya, antara beratus-ratus pelajar di sebuah sekolah, hanya segelintir yang TERPILIH untuk menyertai program keagamaan. ‘Terpilih’ di sini, bukanlah bermaksud ‘dipilih’ oleh pihak sekolah, tetapi ‘terpilih’ in a sense of sentiasa berasa terpanggil untuk menghadiri program-program keagamaan setiap kali ia dianjurkan.

Mungkin ada sesetengahnya, berasa amat ‘keberatan’ apabila diajak ke program sebegini. Sibuk dengan kerja rumah, latihan sukan, peperiksaan, dan sebagainya. Dan ini realiti yang boleh dilihat dalam kehidupan kita.

Aku pun pernah begitu. Dan ramai orang pernah begitu. Tetapi, yang penting bukan ‘pengawalan’ kita, sebaliknya bagaimana ‘pengakhiran’ kita. Yang telah berlalu, jadikan pedoman bagi mengorak langkah ke hadapan.

Ini mengingatkan aku kepada sebuah kisah ahli ibadah ini, yang amat rajin beribadah. Sehingga pada suatu hari termakan hasutan syaitan untuk minum arak. Lantas, kemabukan itu membawanya kepada zina dan akhirnya membunuh!

Pengajaran daripada kisah tersebut, jika sekali kita mendapat hidayah, tidak semestinya kita akan terus berada di dalam limpahan hidayah itu andai kita tidak memeliharanya.

Dalam sebuah kisah yang lain pula, seorang pelacur (kalau aku tidak silap), yang memberikan seekor anjing minum menggunakan kasutnya dan perbuatannya itu membawanya ke syurga.

Sesungguhnya DOA itu perlu, sentiasa memohon kepada-Nya semoga kita kekal dalam hidayah dan taufik-Nya.

Sebelum kita ‘pergi’, jangan biarkan hidayah itu pergi dari hidup kita.

“Syukurilah dan amalkan,

Sampaikanlah pada siapapun,

Perjuangkan dalam hidupmu,

Moga rahmat Allah bersamamu”

Hidayah yang dikurniakan perlu disyukuri. Bersyukur dengan mengamalkan apa yang kita ketahui serta menyampaikannya agar ia menjadi ‘suara hidayah’ kepada orang lain pula.

Analoginya seperti apabila kita mendapat sebiji benih pokok mangga yang manis, kita pun menanamnya. Selepas beberapa ketika, pokok itu mengeluarkan buah-buah mangga yang cantik dan apabila dimakan, sungguh sedap rasanya.

Apakah setelah kita dapat ‘merasai’ NIKMAT ‘kemanisan’ itu, do we want to keep it just to ourselves? Alangkah ruginya, kerana buah-buah yang banyak itu jika tidak dikongsikan kepada orang lain, tentu akan menjadi buruk dan rosak. Suatu pembaziran yang amat sia-sia.

Penutup

Aku suka lagu tersebut.

Peringatan buat diri juga. Ingatkan aku, andai aku terlupa.

p/s : seperti mengkaji sajak dalam KOMSAS pula. terkenang zaman SPM😛 Pe2pun, ini adalah interpretasi aku sendiri terhadap lirik lagu tersebut. mungkin kalian mempunyai tafsiran yang lebih bermakna. ;)

Allahu’alam.

One thought on “Hujung Minggu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s