Karenah Birokrasi Yang Terpaksa Dihadapi

It’s been a while since my last update. After I had a great time during W.O.W and during my stay in Semenanjung Malaysia for 11 days, the week after that, there was Karnival Amal Merdeka and another week later my life became normal again (terperap kat rumah) except a visit from Nurisa and her sister last Friday.🙂

p/s : sik sempat nait skuter.. 😕

Merdeka

For the past few days, I also tried to update something on the coming Malaysia 51st Independence Day. However, it was left unfinished. I’m not sure if there’s anything I will be posting for the coming Merdeka Day. Anyways, please click here to view my post for last year’s Merdeka Day.😀

Independence Day, Kisahnya, & Paradigm Shift

Pertama sekali, kepada sesiapa yang belum menonton iklan merdeka PETRONAS 2008, bole lihat di bawah ini. Bagi aku amat menarik! hehe. Sila-sila menonton..

Kedua sekali, recently aku ada mendengar tentang “Hartal” [klik di sini] (untuk mendapatkan maklumat lanjut). Basically, “Hartal” adalah mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian secara total.

Kira-kira 10 tahun sebelum merdeka iaitu pada tahun 1947, peristiwa “Hartal” ini telah berlaku di Tanah Melayu. Sebuah peristiwa bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

Ekceli, aku pun tidak tahu tentang “Hartal” ini. Baru-baru ini, aku membuka blog Kak Intan di mana beliau telah meng’upload’ beberapa video YouTube yang merupakan sebuah dokumentari tentang  “Hartal”.

Untuk menonton keseluruhan dokumentari ini, bolehlah ke YouTube [klik di sini]. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Sepanjang kita menghadap buku sejarah di zaman persekolahan, terlalu banyak peristiwa bersejarah yang tidak didedahkan kepada kita.😦

Ketiga sekali, aku ingin mencadangkan sebuah buku (though aku sendiri belum memilikinya😛 ), iaitu sebuah buku yang bertajuk “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”

[Klik di sini untuk membaca sedikit kupasan daripada buku ini daripada blog di atas]

Seorang sahabatku pernah menceritakan kepada aku tentang bagaimana selama ini kita telah dieksploitasi semasa mempelajari subjek Sejarah semasa di sekolah.

Contohnya, kita belajar melalui buku teks tentang tokoh menentang penjajahan seperti Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan  Tok Janggut (Haji Mat Hassan bin Munas) di Kelantan. Di dalam buku teks, di’highlight’kan bahawa faktor perjuangan mereka adalah untuk menentang “peraturan tanah & cukai yang membebankan”. (bole rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2😛 )

Hakikatnya, mereka yang tersebut di atas merupakan ulama’ tanah air dan perjuangan mereka adalah sebenarnya sebuah jihad menentang kuffar! Bukannya atas dasar “nasionalisme” yang menjadi pegangan kita sehingga ke hari ini.

*nasionalisme : perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam; pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan. (rujukan: Kamus Dewan Edisi Ketiga)😉

Perjuangan Tok Janggut mahupun Haji Abdul Rahman Limbong, dan ramai lagi ulama’ Tanah Melayu zaman dahulu adalah satu perjuangan yang bukannya didasari oleh semangat CINTA BANGSA ataupun NEGARA. Sebaliknya, perjuangan mereka adalah satu perjuangan untuk MENEGAKKAN ISLAM di Tanah Melayu.

Kita tertipu dengan kemerdekaan ini. Bagi kita, perjuangan menuntut kemerdekaan telah diselesaikan. Tiada apa lagi yang perlu kita perjuangkan. Kita dengan slumber-mumbernya pun hidup dalam zon selesa kita. Benarkah begitu?

Kita pada hakikatnya belum merdeka daripada perhambaan kepada sistem-sistem ciptaan manusia. Sistem perundangan(e.g sekularisme,etc.), ekonomi (e.g kapitalis,etc.), sosial(e.g hedonisme,etc.), dan sebagainya. Perjuangan MENEGAKKAN ISLAM sesungguhnya belum selesai sama ada di dalam diri mahupun ummah seluruhnya.

huhu. Banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang sejarah ini.😕

Karenah Birokrasi Yang Terpaksa Dihadapi

At last, kita pergi kepada tajuk post ini (haha). Tajuk ini merujuk kepada pengalamanku sepagi hari ini dalam proses untuk membuat pasport kaler merah. Proses yang pada kebiasaannya mengambil masa sehari sahaja untuk siap, menjadi entah berapa lama untuk aku. phew~

Alkisah, aku ke Jabatan Imigresen untuk membuat permohonan pasport. Tetiba, anti-klimaks terjadi. Setelah memberikan segala butiran yang diperlukan kepada encik kaunter, encik kaunter pun menyuruh kawannya di kaunter sebelah untuk menyemak data di dalam sistem mereka berdasarkan nombor kad pengenalanku.

Uiks! Disebabkan suatu ketika dahulu (1994..lama tuu!), aku pernah membuat pasport, aku perlu menampilkan pasport tersebut bagi membolehkan aku membuat pasport yang terbaru. huhu.

Unfortunately, aku dan mereka yang sewaktu denganku tidak tahu ke mana dan di mana pasport zaman kanak-kanakku itu sekarang!

Oleh kerana itu, kes aku diklasifikasikan sebagai kes kehilangan pasport oleh pihak imigresen. duh~ Menurut mereka, jika selesai dengan laporan polis, etc. dalam masa sebulan barulah pasport yang baru boleh dikeluarkan. Hal ini disebabkan perlu mendapat pelepasan daripada pihak imigresen di Kuching.

tensi sket la..😛

Ape-ape pun, pagi tadi aku telah pun membuat laporan polis, mengisi beberapa borang, dan tidak dilupakan sedikit soal siasat “kehilangan pasport” di kaunter 17.

Turut berjumpa dengan seorang pakcik di imigresen tersebut dan menerangkan kepadanya keterdesakanku untuk mendapatkan sekeping pasport merah secepat mungkin bagi meneruskan proses seterusnya iaitu permohonan visa di KL.

Setelah selesai, pihak imigresen pun berkata mereka akan cuba menyelesaikan perkara tersebut secepat yang boleh. insyaAllah. Karenah yang sugguh birokrasi!

[Updated on 26/08/2008, Selasa : Syukur alhamdulillah, pagi tadi, selesai solat subuh, bapaku tergerak hati untuk memeriksa sekali lagi laci di biliknya. Jeng jeng! Pasportku yang lama besama-sama dengan pasport mereka yang lain ditemui tersimpan di dalam sebuah envelope di dalam sebuah laci. 😀

Pasport yang M.I.A (Tinggi : 115 cm ) 😛

Pagi tadi, ke pejabat imigresen sekali lagi bagi menyerahkan pasport lama tersebut. Semoga urusan pasport dapat diselesaikan secepat mungkin. insyaAllah. 😉 ]

Permatang Pauh..Bring It On!

Beberapa hari lalu, terserempak dengan blog-blog berkenaan Permatang Pauh. Aku tidak mempunyai apa-apa komen, cuma ingin mengongsikan sebuah blog yang aku layari bagi mendapatkan updates dari Permatang Pauh.

SUSAN LOONE’s blog

Iyalah, sebagai sumber alternatif kepada media perdana. Setakat pembacaanku, penulisan beliau menarik (ekslusif macam). Cerita yang sama dari kaca mata berbeza.

Cuma, selaku yang tidak tahu apa-apa, mana yang benar, mana yang salah, aku hanya memerhati. Tidak mampu untuk menilai sejauh mana kebenaran antara sumber-sumber tersebut sama ada media perdana mahupun media alternatif.😀

No comment.😛

Penutup

All the best esok di Permatang Pauh.

p/s : Pengajaran hari ini – jangan men tipu ataupu menipu…

Allahu’alam.

11 thoughts on “Karenah Birokrasi Yang Terpaksa Dihadapi

  1. salam..
    macam biasa, penulisan yang mantap! caiyok la sya😉
    bagi orang yang tak sempat belajar sejarah cam saya, info2 kat sini mmg sgt bguna utk saya. time kasih daun keladi.. insyaAllah sesame kita manfaatkan =)

  2. Salam

    alhamdulillah. sama-sama la kte belajar. neway, semoga bermanfaat, insyaAllah😉

    p/s: credit to my seniors and kawan-kawan yang banyak bagi pendedahan tentang sejarah ni kat saya. dulu x ske pun subjek sejarah😛

    thx! mudah-mudahan urusan pasport selesai dengan segera.ameen.

    (^_^)

  3. Salam.

    Aish, sorang gik kwn kmk yg tiba2 patriotic. Hehe. Kmk jak yg sik patriotic2 alu =P

    Passport prob, agak menebeskan (kmk sik terbuat2 gik sampey kinek tok. Malas!). Hrp2 benda gya x terjd to me sbb planning mok buat last minute of the last.

    Yosh sya! Dah tambah 48 cm. Tahniah!

  4. Salam. hehe. sesuai la masa tok nak patriotik, dah dekat 31 Ogos. selamat berpatriotik!😉

    erm, better wat awal. bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, insyaAllah.🙂

    Woh! 115cm+48cm = 163cm?? uiks..tingginya kmk…hehe..(ralat ya…u know the figure, haha, figure yg membuatkan kmk secara pembacaannya “pendek”😛 )

    (^_^)

  5. oH Oh!

    Keralatan mungkin sbb:

    1)math kmk da berkarat- pastok blh baling calculator dlm laut

    2) keinginan ktk mok >160 cm

    mempengaruhi!

    correction: 44 cm

  6. blog susan loone memang best and always up to date.try cek aliran.com as well.She’s one of the member if I’m not mistaken

    anyway,have fun with all the preparation yang memeningkan,haha!:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s