Selamat Hari Raya!!

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,

LAAILAHAILLALLAH HUALLAHU AKBAR,

ALLAHU AKBAR WA LILLAHILHAMD.

[3 kali]

BATH

Alhamdulillah. Hari ini, hari ketiga aku berada di bandar Bath ini. Semalam, telah memulakan sesi kelas yang pertama. Tatkala ini, jam sedang menunujukkan pukul 7.29am waktu Bath, yakni 2.29pm (+/-) masa Malaysia.

Sebentar tadi baru sahaja ber’skype’ dengan famili dari Kampung Luak, Miri.

Selamat Hari Raya!

Malam tadi, usai berbuka puasa, kami diberitahu oleh seniors yang tinggal di bandar Bath dan juga bandar berdekatan bahawa hari ini ialah 1 Syawal.

Maka, sekitar pukul 10 malam, malam tadi, kami menaiki teksi (bersama seniors and Malaysian yang lain, semuanya sekitar 8 orang), membelah kegelapan malam, menuruni bukit dan menuju ke bandar Bath. Ada sedikit gathering + takbir raya di rumah sewa student Brunei.

Sesampainya di situ, agak terkejut. Rupa-rupanya, ada lagi seniors Malaysia di Bath. Bagi kami, semestinya suatu yang mengujakan (hehe). Walaupun tidak seramai mana, tetapi, bole la jika hendak membuat perlawanan futsal 7-sebelah + pemain simpanan. 😀

Orang Brunei pun ramai. Around 20 orang atau lebih mungkin (freshies+seniors). Tambah lagi dengan student postgraduate dari Malaysia bersama anak dan isteri mereka. Guess what? Ada seorang orang Kuching di sini! Beliau dan isteri sudah menetap di sini sejak 5 tahun yang lalu.

p/s : Dapat juak mok berklaka sarawak di sitok ehs. Klaka Brunei pun boleh, tapi sik pass gilak la. Hantap banar kamu anik. hehe. 😉

Ringkas

Setakat itu sahaja buat masa ini. Selepas ini ingin bersiap ke kelas. Bermula pukul 9.15 pagi kelak.

Yea, kelas di pagi raya! 😐

p/s : sik rasa gilak macam raya pun..huhu.

Penutup

Again, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin!

Barangkali kalian yang berada di Malaysia, sedang sibuk membuat persiapan hari raya tatkala ini (ketika post ini ditaip).

Selamat tinggal Ramadhan. Semoga diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusya. ameen.

Allahu’alam.

 

Advertisements

Pra & Pasca

fuhh.

Syukur. Alhamdulillah. Ahernya. Hari ini. Tadi. Aku ke Wisma MCA di mana terletaknya pusat permohonan visa untuk mendapatkan visaku.

Sejurus selepas itu, aku bergerak melintasi beberapa bangunan di sebelah kiri wisma tersebut untuk ke KLCC bagi menyerahkan pasportku kepada pihak Kopetro Travel & Tours(kepunyaan Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad)-yang mengendalikan urusan penerbangan kami-

Spekulasi

Menurut pengalaman beberapa pihak, kata mereka jika diikutkan, tempoh membuat visa mengambil masa lebih kurang 5 hari berkerja sahaja. Itu benar bagi kes seorang kawanku yang telah pun berada di Manchester. Beliau telah membuat visa pada Ogos lalu dan visanya siap dalam masa yang dinyatakan tersebut.

Bagi kes aku dan kawan-kawanku yang baru mendapat visa setelah hampir 10 hari dari hari kami membuat permohonan, ada beberapa spekulasi yang ditimbulkan bagi menjelaskan situasi ini.

Pertama, ketika ini (September) ialah masa puncak (peak) orang awam membuat permohonan visa. Maka, masa pemprosesan juga turut dipengaruhi dek kesibukan pihak yang memproses permohonan-permohonan  visa tersebut.

Kedua, menurut pegawai daripada pihak penaja yang kami temui semalam, katanya situasi ini adalah implikasi daripada tindakan rakyat Malaysia yang ‘overstay’ (tidak keluar dari UK walaupun tempoh visa telah tamat).

Wallahu’alam.Read More »

Ramadhan

Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada ALLAH bukanlah keindahan nikmat,

Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keREDHAan pada KETENTUAN-Nya,

Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,

Di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya tarbiyyah ALLAH,

Tersirat rahmat dan hikmah,

Diuji kita sebagai  tanda sayang-Nya.

an sms received..syukran.

posted here.

Semoga ramadhan kali ini, benar-benar menjadi sebuah ramadhan yang bermakna. Semoga bertemu Lailatul-Qadar. ameen.

Allahu’alam.

Miri

PERTAMA-tama sekali, syukur ke hadrat Illahi atas hadirnya aku sehingga ke hari ini. Hidup dan kembara untuk mencari erti diri sebenar. Hidup tanpa makna, sesungguhnya adalah sia-sia. Makna kehidupan pula, bukan kita yang menentukannya, tetapi sesungguhnya telah DITULIS oleh yang Maha Esa.

Apa yang membezakan antara manusia adalah, sama ada mereka mengetahui atau tidak mengetahui bagaimana untuk memaknakan kehidupan ini menurut apa yang dikehendaki-Nya dan bukannya hidup mengikut makna yang dicipta sendiri.

Nasib Baik dan Nasib Tidak Baik

Izinkan aku untuk melontarkan sedikit pandangan di sini walaupun tiada kapasiti yang sepatutnya untuk menulis sesuatu tentang “nasib”.

Benarkah ada sesuatu seperti itu? Bahawa ada “nasib yang baik” dan ada “nasib yang tidak baik”? Kalau begitu, apa pula pendefinisian “nasib baik” dan “nasib tidak baik” itu? Dan siapa kita untuk mendefinisikan apa yang “baik” dan apa yang “tidak baik” untuk kita?

Sesungguhnya, kita tidak mengetahuinya!Read More »

Countdown.

[mood: ……….]

Beberapa hari ini, terasa ingin mengupdate blog ini. Tetapi seperti keputusan tinta. Apatah lagi kata-kata bermakna yang boleh dikongsikan.

Ups and Downs

Perasaan yang bercampur-baur. Tatkala ini, ahh..(memandang jauh~)

Visa

InsyaAllah, Rabu ini ke KL untuk appointment visa pada hari Khamis, dan kembali semula ke Miri pada hari Jumaat.

Persiapan

Alhamdulillah, wang perbelajaan telah pun dimasukkan ke dalam akaun kami. Dengan itu, ia mempermudahkan urusan persiapan kami seperti membeli barang-barang keperluan dan sebagainya. Barulah terasa sedikit seperti orang yang sedang membuat persiapan untuk meneruskan kembara seterusnya.

Kini, barulah terasa seperti “Whoaa, banyaknya yang mahu dilakukan, tetapi singkatnya waktu!” (waktu tidak singkat, cuma diri yang take for granted dengan masa yang telah berlalu! isk2..)

p/s : Semoga menjadi pengajaran..untuk kalian dan aku di masa depan.. 😀

Cuak!

‘Cuak’ kalau dalam bahasa Sarawak, maksudnya lebih kurang seperti ‘nebes’. Tidak dinafikan, kadang-kadang terselit juga perasaan ‘nebes’ dalam diri ini. Seperti yang aku katakan tadi, bercampur-baur. Nebes untuk menghadapi sesuatu yang baru. Nebes dengan keupayaan diri untuk mengadaptasi. Nebes jikalau berhadapan dengan homesick (raya is around the corner!- by the time I reach the city of Bath).

Dan pelbagai lagi ke’cuak’an lain. Maka aku mengambil langkah untuk tidak terlalu memikirkannya.

**************************************************

Itu, yang aku taip tengah malam malam tadi (sebelum/semasa ulangan drama HOUSE kol 1 a.m 😀 )Read More »