Countdown.

[mood: ……….]

Beberapa hari ini, terasa ingin mengupdate blog ini. Tetapi seperti keputusan tinta. Apatah lagi kata-kata bermakna yang boleh dikongsikan.

Ups and Downs

Perasaan yang bercampur-baur. Tatkala ini, ahh..(memandang jauh~)

Visa

InsyaAllah, Rabu ini ke KL untuk appointment visa pada hari Khamis, dan kembali semula ke Miri pada hari Jumaat.

Persiapan

Alhamdulillah, wang perbelajaan telah pun dimasukkan ke dalam akaun kami. Dengan itu, ia mempermudahkan urusan persiapan kami seperti membeli barang-barang keperluan dan sebagainya. Barulah terasa sedikit seperti orang yang sedang membuat persiapan untuk meneruskan kembara seterusnya.

Kini, barulah terasa seperti “Whoaa, banyaknya yang mahu dilakukan, tetapi singkatnya waktu!” (waktu tidak singkat, cuma diri yang take for granted dengan masa yang telah berlalu! isk2..)

p/s : Semoga menjadi pengajaran..untuk kalian dan aku di masa depan.. πŸ˜€

Cuak!

‘Cuak’ kalau dalam bahasa Sarawak, maksudnya lebih kurang seperti ‘nebes’. Tidak dinafikan, kadang-kadang terselit juga perasaan ‘nebes’ dalam diri ini. Seperti yang aku katakan tadi, bercampur-baur. Nebes untuk menghadapi sesuatu yang baru. Nebes dengan keupayaan diri untuk mengadaptasi. Nebes jikalau berhadapan dengan homesick (raya is around the corner!- by the time I reach the city of Bath).

Dan pelbagai lagi ke’cuak’an lain. Maka aku mengambil langkah untuk tidak terlalu memikirkannya.

**************************************************

Itu, yang aku taip tengah malam malam tadi (sebelum/semasa ulangan drama HOUSE kol 1 a.mπŸ˜€ )

Hari ini, petang tadi, pergi mendapatkan banker’s draft di CIMB bank untuk pembayaran visa kelak. Esok, ke kL. insyaAllah. Selesai urusan di bank tadi, meronda-ronda Miri-Lutong-Kolej-Luak dengan menumpang Nurisa (orang ada lesen). hehe.

Lastly, sesampainya di Kolej, sempat ‘menceroboh’ asrama baru yang baru sahaja siap. Chantek! Boleh nampak laut weih! -isk2..terlupa nak ambil gambar-

Satu-satunya gambar (dua ekceli), yang sempat diambil bersama Nurisa ialah semasa lepak-lepak di kerusi kayu dekat dengan Dewan Premier. Terkenang nostalgia lama, tempat menunggu sementara menanti parents menjemput dari sekolah semasa zamanku di Kolej.πŸ™‚

p/s : Jangan lupak send pics..rajin2 la upload ke emel..πŸ˜‰

Kemudian, dengan kereta beliau yang hampir kehabisan minyak, Nurisa dan adiknya menghantar aku pulang ke rumah.πŸ˜›

Well, supposedly menjadi saat perpisahan yang menyayat hati (hehe), tapi apakan daya, alam maya telah menjadi penghalangnya! (Bole YM, skype, BLOG, etc. Bak kata orang Melayu, komunikasi di hujung telinga, mulut, dan jari.)πŸ˜€πŸ˜‰ -sori seh, spoiling the moment-

p/s: thanks though for today…ukhwah fillah, abadan abada. πŸ˜‰

Entah bila lagi aku akan bertemu dengan sahabatku itu. Beliau akan ke India selepas raya nanti, insyaAllah. Dan aku, ke destinasiku dalam tempoh seminggu lebih sahaja lagi. insyaAllah.

Jikalau cuti pun, mungkin masanya berbeza. Di UK, cuti summer biasanya pada pertengahan tahun. Manakala, di India cutinya di akhir tahun! Tetapi, sesungguhnya, kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan.

Apa-apa pun, doaku, di mana dan ke mana jua destinasi kita, semoga kita berjumpa dengan apa yang terbaik buat diri kita di sisi-Nya. Semoga perantauan kita menjadi sesuatu yang bermakna kepada kita dan memberi makna kepada yang lain juga. ameen.

Penutup

Doakan semoga segala urusan dan persiapanku berjalan dengan lancar. Doakan semoga niatku sentiasa betul kerana-Nya. Ingatkan aku apa yang aku terlupa.

Ya Rabbi, berilah aku kekuatan untuk mendepani cabaran yang mendatang. Sesungguhnya, aku tidak mengetahui melainkan apa yang Engkau ajarkan kepadaku dan Engkau yang Maha Mengetahui. Semoga kami semua sentiasa berada dalam limpah taufik dan hidayah-Mu. Ameen.

Opening a new chapter in this book of life, though I don’t know for sure, but it’s not going to be easy. At least, for me.

p/s: IE browser sot! Alternatif; baru sahaja meng’install’ “Avant Browser” yang di’download’ daripada download.comπŸ˜€

Allahu’alam.

5 thoughts on “Countdown.

  1. Salam.

    Canggih! Sambil nangga House, seterika baju and blogging.

    Satu pic = RM 5.
    2 x 5= RM 10.
    Tapi untuk kawan = free of chargeπŸ˜‰

    Btw, sempat singgah bank and stesen minyak b4 ada org kenak tolak keta tekπŸ˜›

    Kenak MSN sik disebut?? Cheese. Dengki tol ngan msn.

    InsyaAllah sya, kelak jumpa gik. Klk kmk blt Miri tgh2 thn juak (mengada2, haha!)
    Huhu, kesal jadual kita clash. Penat2 jak kmk planning mok anta ke epot😦

    Mok tauk sik apa yg kmk rasa menakutkan di Bath? Sekpat makan daging! Mati kmk mun knk mkn sayur ari2πŸ˜›

    Tabahkan diri, kuatkan iman!

  2. Salam.
    chop2! yang part seterika baju ya, kmk wat masa HOUSE kol 10pm. blogging, masa ulangan HOUSE kol 1am. hehe.

    isk. mentang2 la inflasi, suma pun ada charge. nait gajah pun kena charge. haha. okies, memandangkan kmk kawan, maka entitled for the “free of charge” category.πŸ˜‰

    haha. yala kmk kata, minyak punya meter ya saja buat kita saspen. sebenarnya banyak gik lam tangki ya, tp nya dah nunjuk “E” kat meter. isk2. ape daa minyak ya.πŸ˜›

    MSN..hehe. sik sengaja. (menunjukkan betapa MSN ya x dekat di hati)πŸ˜›

    Clash jadual, bak kata pepatah bukan melayu: macam bisnesmen, clash masa meeting. macam artis, clash masa shooting. haha. c’est la vie..

    xpa, xpat makan daging, bole makan ikan!πŸ˜€

    p/s: uiks, statement berbaur “anti-sayur” x sepatutnya dipublishkan ke public oleh seorang yang bakal wat medic. isk2.πŸ˜›

    insyaAllah, jumpa gik.πŸ˜‰

    insyaAllah, menabahkan diri, menguatkan iman.

    (^_^)

  3. hahaha goodluck sya~~
    xpe sure boleh punye

    rase kan laah ape yg telah aku rase dlu.
    rase mcm xckop mase nk wt sume mende kn?
    hihihihih.
    so much to do,so little time.indeed.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s