Miri

PERTAMA-tama sekali, syukur ke hadrat Illahi atas hadirnya aku sehingga ke hari ini. Hidup dan kembara untuk mencari erti diri sebenar. Hidup tanpa makna, sesungguhnya adalah sia-sia. Makna kehidupan pula, bukan kita yang menentukannya, tetapi sesungguhnya telah DITULIS oleh yang Maha Esa.

Apa yang membezakan antara manusia adalah, sama ada mereka mengetahui atau tidak mengetahui bagaimana untuk memaknakan kehidupan ini menurut apa yang dikehendaki-Nya dan bukannya hidup mengikut makna yang dicipta sendiri.

Nasib Baik dan Nasib Tidak Baik

Izinkan aku untuk melontarkan sedikit pandangan di sini walaupun tiada kapasiti yang sepatutnya untuk menulis sesuatu tentang “nasib”.

Benarkah ada sesuatu seperti itu? Bahawa ada “nasib yang baik” dan ada “nasib yang tidak baik”? Kalau begitu, apa pula pendefinisian “nasib baik” dan “nasib tidak baik” itu? Dan siapa kita untuk mendefinisikan apa yang “baik” dan apa yang “tidak baik” untuk kita?

Sesungguhnya, kita tidak mengetahuinya!

Aku Melihat Bagaimana

Ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, adakah itu suatu nasib yang baik ataupun nasib yang tidak baik? Dimasukkan ke sekolah yang rata-rata pelajarnya punya masalah disiplin yang tersendiri, adakah suatu nasib yang baik atau tidak baik?

Mungkin, itu konteks kehidupan aku. SECEBIS kecil sahaja daripada kehidupanku.

Jika ingin dilihat pada contoh yang lebih global, adakah mendapat duit yang banyak, suatu nasib yang baik atau tidak baik? Didiagnosis barah tahap ketiga, adakah suatu nasib yang baik atau tidak baik?

Erm.

Bagi aku, apa yang telah ALLAH tetapkan ke atas setiap kita, sama ada kita MELIHATNYA sebagai baik mahupun tidak baik, tentu ada hikmah di sebaliknya. Kerana Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Andai kita merasakan, apa yang ditakdirkan oleh Allah kepada kita membuat kita berasa ‘malang’ ataupun membuat kita berasa orang lain ‘lebih bernasib baik dari kita’, itu adalah kerana paradigma kita (how we see things).

Aku tidak mahu menghurai panjang, cuma suka untuk aku kongsikan tentang beberapa kisah yang disebut di dalam Al-Quran. Semoga dapat dijadikan refleksi kepada persoalan yang aku timbulkan di atas.

Lihat sahaja Firaun, hidupnya yang mewah. Aku juga pernah mendengar bahawa Firaun itu tidak pernah jatuh sakit. Firaun juga punya kerajaan yang besar dengan rakyat yang tunduk kepadanya. Jika dilihat sekali lalu, adakah Firaun seorang yang bernasib baik atau tidak baik?

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini

Surah Yunus : 88

Nabi Sulaiman juga, Allah kurniakan kepada baginda kerajaan yang besar. Angin, jin, dan haiwan turut berada di bawah perintahnya. Nabi Sulaiman yang mampu memahami bahasa haiwan. Nabi Sulaiman juga yang mempunyai istana yang begitu hebat! Adakah Nabi Sulaiman seorang yang bernasib baik atau tidak baik?

“Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman…”

An-Naml : 15

 

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung..”

An-Naml : 17

 “..dikatakan kepadanya (Balqis): Dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca…

An-Naml : 44

Jika kemewahan dan kekuasaan itu sesuatu yang dikategorikan sebagai nasib yang baik, apa pula beza Firaun dan Nabi Sulaiman a.s ?

“…(sambungan Yunus : 88 di atas)..Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka)…”

Dan firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta.

Dan berlaku sombong takburlah firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami…”

 Al-Qasas : 38-39

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh…”

An-Naml : 19

Kesimpulan

Sesuatu itu, apa sahaja, musibah mahupun nikmat sekalipun boleh menjadi sesuatu yang baik ataupun tidak baik kepada kita, bergantung bagaimana kita menerimanya. Jika kita menerima dan melihat dengan menjadikan PANDANGAN Allah sebagai paksinya, insyaAllah, perkara tersebut akan menjadi kebaikan buat kita.

Firaun diberikan kemewahan dan kekuasaan, tetapi telah berlaku sombong dan kufur. Nabi Sulaiman dikurniakan kemewahan dan kekuasaan, tetapi tetap mentaati Allah dan bersyukur kepada-Nya atas apa yang dikurniakan-Nya.

Pilihan Kita

Jangan salahkan sesiapa jika hidup kita bak kata orang puteh, “life is like hell!!”. Sudah semestinya tidak boleh sesekali untuk menyalahkan TAKDIR. Perkara bodoh yang dilakukan manusia ialah menyalahkan takdir!

Firman Allah dalam Surah As-Syams, ayat 7-10 :

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Allah telah menyediakan panduan kepada manusia. Rasulullah pula diturunkan-Nya untuk mengajarkan perintah-Nya kepada manusia. Terpulang sama ada manusia mahu atau tidak mengikutinya.

Analoginya, seperti seorang guru yang telah menyampaikan subjek yang diajarnya berpandukan buku teks yang disediakan oleh kementerian pelajaran, terpulang sama ada para pelajar mahu mendengar dan belajar apa yang disampaikan oleh guru tersebut bagi meluluskan diri dalam ‘peperiksaan akhir’

Dan, mendengar tidak bermaksud menerima. Boleh sahaja orang yang mendengar tidak MAHU untuk menerima.

In a nutshell, bukan apa yang dikurniakan kepada kita yang menentukan sesuatu itu baik atau tidak baik buat kita,

tetapi BAGAIMANA KITA MENERIMA dan BERTINDAK BALAS terhadap apa yang dikurniakan kepada kita yang menentukan sama ada sesuatu itu menjadi suatu perkara yang baik atau tidak baik buat kita.

Miri

Ahah. Seperti biasa, isi kepada tajuk ditaip yang terkemudian. (hehe). MIRI. insyaAllah, hari ini adalah hari terakhirku di Miri sebelum aku meneruskan kembara seterusnya. insyaAllah, awal pagi esok flight ke KL. Kemudian dalam masa terdekat, akan berlepas daripada KLIA ke Heathrow Airport. insyaAllah.

Ekceli buat masa ini, visaku sebenarnya belum siap.😕

 

Apa-apa pun, doakan semoga perjalanan kami selamat. ameen.

Dan dengan NIAT yang betul.

“Miri” by Hujan

(Klise ni). haha. Dulu Daus pernah mengpostkan lagu ‘Miri’ by Hujan di blognya. Orang-orang Miri bole la bangga menjadi orang Miri, ada lagu ‘Miri’ (hehe).

Mungkin, lagu ‘Miri’ ini sedikit sebanyak menggambarkan perasaan anak Miri yang menjadi perantau di bumi yang lain. (in this song, particularly perasaan ahli kumpulan hujan tersebut)

p/s: Yoseh..Noh Hujan jiran sapa ya bah?  😛

 

By the way, here is the song with the lyrics :

‘Miri’ by Hujan

Semenjak yang indah Kau kurniakan kepadaku,
yang membuat kurindu,
Angin dari arah mana kau datang membuatku tersenyum,
Tiada yang sama,

Pemergianku kerna cita-cita,
Impianku bukan jadi superstar,

Tiada yang asing,
Bagiku disini, inilah rumahku,
Kutakkan berpaling, jadilah saksiku ,
Atas janjiku ini,
Akukan kembali,
Akukan kembali ke Miri,
Akukan kembali,

Menyelusuri hutan hijau singgahku ke Pujut,
Berputar-putar di bandar akhir malam semua dah tutup,

Pemergianku kerna cita-cita,
Impianku bukan jadi superstar,

Tiada yang asing,
Bagiku di sini, inilah rumahku,
Kutakkan berpaling, jadilah saksiku ,
Atas janjiku ini,
Akukan kembali,
Akukan kembali ke Miri.

(InsyaAllah)😉

p/s: this song ekceli doesn’t really reflect me. I am posting it because it has something to do with ‘Miri’ (hehe).😛

Penutup

Sebuah lagi peringatan buat diri. Semoga diri ini dapat MENERIMA dan BERTINDAK BALAS dengan sebetulnya apabila menghadapi apa jua mehnah dan tribulasi mahupun kesenangan dalam kehidupan ini. Ameen.

p/s: Makna kehidupan manusia, ibadah & khalifah.

Subhanaka la ‘ilmalana illa ma ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim.

Allahu’alam.

5 thoughts on “Miri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s