Pra & Pasca

fuhh.

Syukur. Alhamdulillah. Ahernya. Hari ini. Tadi. Aku ke Wisma MCA di mana terletaknya pusat permohonan visa untuk mendapatkan visaku.

Sejurus selepas itu, aku bergerak melintasi beberapa bangunan di sebelah kiri wisma tersebut untuk ke KLCC bagi menyerahkan pasportku kepada pihak Kopetro Travel & Tours(kepunyaan Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad)-yang mengendalikan urusan penerbangan kami-

Spekulasi

Menurut pengalaman beberapa pihak, kata mereka jika diikutkan, tempoh membuat visa mengambil masa lebih kurang 5 hari berkerja sahaja. Itu benar bagi kes seorang kawanku yang telah pun berada di Manchester. Beliau telah membuat visa pada Ogos lalu dan visanya siap dalam masa yang dinyatakan tersebut.

Bagi kes aku dan kawan-kawanku yang baru mendapat visa setelah hampir 10 hari dari hari kami membuat permohonan, ada beberapa spekulasi yang ditimbulkan bagi menjelaskan situasi ini.

Pertama, ketika ini (September) ialah masa puncak (peak) orang awam membuat permohonan visa. Maka, masa pemprosesan juga turut dipengaruhi dek kesibukan pihak yang memproses permohonan-permohonanย  visa tersebut.

Kedua, menurut pegawai daripada pihak penaja yang kami temui semalam, katanya situasi ini adalah implikasi daripada tindakan rakyat Malaysia yang ‘overstay’ (tidak keluar dari UK walaupun tempoh visa telah tamat).

Wallahu’alam.

Test & Testing

Apa-apa pun, sepanjang tempoh seminggu ini, sememangnya agak mencabar buat diriku. Apa yang dialami membuatkan aku berasa teruji, bagaimana untuk mengaplikasikan dalam realiti kehidupan Habit 1 yang ditulis oleh Stephen Covey iaitu ‘Be Proactive’.

Antara stimuli dan respon, ada satu tempoh untuk kita membuat pilihan akan tindakan kita. Marah atau sabar. Gelabah atau tenang. Sedih atau gembira. Dan sebagainya yang lain.

Teringat juga pernyataan daripada post yang lalu, petikan daripada sebuah sms,

“Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keREDHAan pada KETENTUAN-Nya”

Dalam tempoh ini, ada satu pernyataan daripada seorang senior yang aku hubungi hanya melalui emel & sms, membuatkan aku berasa sedikit lapang.

“...insha Allah whichever flight you’ll take it would be the best ^_^..”

In the knowledge of ALLAH, of course.

Whatever comes in our lives would be the best for us, in the knowledge of ALLAH, The All-Knowing (Maha Mengetahui). Be it something we like or we don’t.

…..

Yea, aku sememangnya hamba-Nya yang lemah.๐Ÿ˜•

Dibolak-balikkan hati, sebagai suatu peringatan. Semoga hati diberi ketetapan. Semoga tidak lalai dan lupa. Bahawa, sentiasa ada SATU kuasa yang MENGUASAI seluruh hidup kita.

Nabi S.A.W sering mengucapkan, โ€œWahai Dzat yang membolak-balikkan hati, kokohkan hati kami dalam agama-Mu!

Ada yang bertanya, Wahai Rasulullah, apakah engkau mengkhawatirkan kami? Beliau menjawab, ‘Sesungguhnya hati itu berada di dua jari dari jari-jari Arrahman, Dia membolak-balikkan sekehendak-Nya.

(Diriwayatkan Tirmidzi dari hadits Anas bin Malik)

KLIA to Heathrow

Setelah visa siap, barulah tiket kami boleh di’issue’kan.

p/s : ‘Kami’ merujuk kepada : Imeyk, Mana, Afiqah (elle), Syahrul, dan Syafiqah.

Imeyk, Mana, and Syahrul akan ke Birmingham, insyaAllah. Aku dan Afiqah pula, menuju ke Bath, insyaAllah. Mungkin ada lagi scholars yang lain, tetapi hanya mereka yang tersebut di atas yang aku kenali dari Taylor’s serta akan menaiki penerbangan yang sama, insyaAllah.

Departure : 27/09/2008, 2340hrs.

InsyaAllah.

Terima Kasih

Walaupun mereka berkemungkinan besar tidak akan membaca ucapan terima kasih ini, tetapi aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pegawai ESU PETRONAS yang telah meng’assist’ kami selama ini (semenjak Pre-U), terutamanya mutakhir ini, pasca Pre-U.๐Ÿ˜‰

Mereka, khususnya Encik Rasyidi, Encik Zamzam, dan yang lain-lain. Yang paling dihargai, apabila claim- claim yang dihantar diproses dalam masa yang memuaskan (hehe). (Untuk perkara-perkara yang dibolehkan claim la..)๐Ÿ˜€

Tidak dinafikan, mula-mula dulu (awal pre-U), aku agak pesimis terhadap para pegawai ini (gomen!). Yeala, terbayang di fikiran imej seperti garang, serius, dan yang seumpanya (haha). Lagipun, amat jarang bertemu dengan mereka kecuali semasa pendaftaran.

Kemudian, apabila menghampiri masa untuk membuat permohonan universiti, barulah kami dijenguk lagi di Taylor’s. Teringat ketika itu, kami diajar prinsip RoTi BalDep dan diperkenalkan serta disuruh untuk menyanyikan lagu tema.

(Terkenang pula semasa kem BTN, kami disuruh menyanyi lagu tema tersebut oleh fasi. Guess what? Kami tidak hafal! Cover2~)๐Ÿ˜›

RoTi BalDep

Reach Out

Take Initiative

Be A Learner

Develop People

Kemudian lagi, Ramadhan tahun lalu, mereka mengadakan majlis berbuka puasa bersama kami yang menuntut di Taylor’s, di sebuah restoran berdekatan di kawasan SS15 Subang Jaya.

Ketika itulah, ‘berpuluh-puluh’-ayat bombastik- soalan yang ingin kami tanya selama ini, ditanya sepuas-puasnya kepada mereka. Perihal yang berkaitan dengan sponsorship danย  sebagainya.

Tahun ini, ada juga sekali dua (atau lebih), kami dijenguk. Kesempatan pertemuan yang walaupun beberapa ketika sedikit sebanyak mewujudkan jalinan kemesraan antara kami dan mereka. (chewwah)

Jika tidakpun, para pelajar boleh saja menghubungi mereka melalui emel, sms, telefon, faks, etc. jika terdapat sebarang persoalan atau bantuan yang diperlukan. Mereka juga concern terhadap prestasi semasa para pelajarnya, sehingga satu skim “Consequence Management” dikenakan kepada para pelajar.

p/s : Secara ringkasnya, “Consequence Management” adalah untuk menimbulkan rasa kebertanggungjawaban para pelajar terhadap prestasi semasa mereka. Contohnya, penarikan elaun jika pelajar tidak mencapai prestasi minimum yang diperlukan.

Terima kasih!๐Ÿ™‚

Syukur kepada ALLAH, atas segalanya.

Penutup

Doakan semoga kami selamat perjalanan. Semoga perantauan kami dengan TUJUAN dan NIAT yang diredhai-Nya. Semoga kami kembali dan menjadi orang yang bermanfaat kepada manusia lainnya. Ameen.

Di kesempatan ini, ingin memohon maaf daripada kalian atas segalanya.

InsyaAllah, sehingga bertemu lagi.

Selamat menyempurnakan Ramadhan tahun ini.๐Ÿ˜‰

Allahu’alam.

5 thoughts on “Pra & Pasca

  1. Salam!

    Yo, tahniah atas visa anda!!

    Plg suka ayat tok : Yang paling dihargai, apabila claim- claim yang dihantar diproses dalam masa yang memuaskan (hehe)๐Ÿ˜‰

  2. bgs2.. so kinek gik gago la.. bye2..
    taim ko flight ya pakuk da sampe miri da.. mungkin sempat nemu@ epot?
    aku balit miri ahad tok.. so have a good flight.. nait flight lamak2.. mcm bes..

    so conclusion ko lom fly gik masalah visa la.. hmm…

  3. Salam.

    to Nurisa : haha. semoga mereka mengekalkan prestasi mereka. nway, thx!๐Ÿ˜›

    to Nashakir : owh. insyaAllah. aok, riya tergendala sebab visa la. huhu. selama tok, nait belon miri-kl pun dah memenatkan. fuhh. pe2pun, smoga ok2 jak la klak. nway, thx!

    p/s : edited.๐Ÿ˜›

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s