Salji?


Caption daripada Facebook

Ahah. Memandangkan, seperti riuh sahaja di status facebook dan YM rakan-rakan dan kenalanku di UK ini tentang turunnya salji, aku pun ingin turut serta sekali berkongsi ke-first-time-anku bersama salji.

(err..tiada salji pun di Bath 😛 )

By the way, pengalaman hari ini. Tadi selesai kelas Physical Chemistry dalam pukul 2 lebih petang tadi, aku pun bergegas keluar dari bangunan 3East untuk ke student union’s shop kerana ingin membeli minuman hot chocolate. Sejuk~.

Alkisah, keluar-keluar sahaja daripada bangunan 3East, aku mulai risau. ‘Alamak, hujankah?’ cetusku dalam hati. Kelihatan seperti hujan turun renyai-renyai. Terdetik juga untuk terus kembali ke bilik, risau-risau hujan semakin lebat jika aku berlama-lamaan di kompleks utama universiti dan aku pula (dengan “bijak”nya), tidak membawa payung. 😕

Ekceli, aku ada kelas lagi selepas itu. Maka, aku pun memutuskan untuk meneruskan misi membeli minuman hot chocolate tersebut (sedap..sedap). Lantaran itu, aku pun berlari-lari anak daripada bangunan 3East menuju ke tempat yang teduh, merentasi ‘hujan yang kelihatan renyai-renyai’. Sampai sahaja di kawasan yang teduh, aku menoleh ke arah jaketku,

Gambar sekadar hiasan 🙂Read More »

Advertisements

Sebulan Yang Berlalu

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepadanya, kerana aku masih lagi di sini, bernafas dengan oksigen kurniaan-Nya. Suatu nikmat yang perlu disyukuri. Teringat aku akan sebuah quote daripada seorang sahabat, “semakin banyak nikmat,semakin besar tanggungjawab”. Indeed. Lumrahnya, di dalam alunan lagu nikmatlah manusia seperti aku dan kalian, mudah lupa. Nau’zubillah!

PUISI’08

Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menyertainya. insyaAllah, pada 22-26 Disember kelak. Hakikatnya, aku adalah dalam kalangan waiting list untuk program tersebut. Pada mulanya, aku menyangka bahawa jika sempat mendaftar online, dikira sudah mendapat tempat. Sangkaanku meleset sama sekali tatkala menerima sebuah emel bertajuk : ‘REGISTRATION PUISI08’. Alkisah….

Excited. I was smiling alone in front of my laptop. Emel pun dibuka :

Welcome to PUISI 08
The Fantastic Four

Assalamualaikum wbt.

We are very glad to inform you that YOUR FORM has been received.

Yeah! Namun, tiba-tiba :

Unfortunately, it is with deep regret that we have to tell you that currently there are no vacancies left for new applicants.

However, your name will be put in the waiting list database of PUISI 08 registration committee. Hence, you will be the first to know if there are new openings and the available spot will be offered to you.

DO stay tune with us for new updates. Cheers.

Wassalam.

Gulp. 😕

Terkedu sebentar. Iyalah, apa tidaknya, tiket penerbangan dari London Gatwick ke Dublin, Ireland sudah pun dibeli. Itupun dibeli menggunakan kad debit kawanku kerana ketika itu aku masih belum mempunyai akaun bank apatah lagi kad atm serta kad debit. Maka, kawanku itu diberitahu mengenai hal ini. Lantas, beliau mencadangkan aku memanjangkan perkara tersebut kepada seorang senior kami. Serba-salah. 😕

Akhirnya, aku menerima nasihat beliau. Di samping itu, aku turut mengemel kembali pihak PUISI’08 dan memberitahu bahawa aku telahpun membeli tiket kapal terbang. Terdapat maklum balas daripada mereka, namun hakikatnya tetap sama. 😐

Hari pun berlalu. Aku juga sudah mempertimbangkan rencana lain untuk diisi semasa cuti winter. Haih.

Hinggalah suatu hari, kotak emelku dijengah lagi oleh pihak PUISI’08 :

Salam Syafiqah Sulaiman,

Alhamdulillah,
Setelah bermusyawarah dengan pihak pendaftaran PUISI08, kami dengan berbesar hati dan sepakat untuk memberi satu tempat untuk saudari Syafiqah Sulaiman. Dengan itu, disertakan dengan email ini, confirmation letter dan prepuisi infopack.

Jazakillah for your patience.

Dutifully,
AJK PENDAFTARAN PUISI08

Terima kasih!

InsyaAllah, semoga aku memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang diberikan ini.

Sambungan

Pada post yang lepas, aku telah menaipkan sedikit sebanyak perkara yang aku rasakan baru. Kali ini, ingin menambah beberapa lagi. 😀

6. Makanan dan Halal

Makanan halal, basically, tidaklah susah jika hendak mendapatkan makanan yang halal. Jika berkehendakkan daging ayam dan lembu yang halal, boleh didapati di Stapleton Road di Bristol. Dari Bath, perlu menaiki tren ke sana. Di Stapleton Road juga terdapat kedai Pakistan yang menjual pelbagai rempah ratus, dsb. Antaranya :

Kicap Habhal..bangga sket la, ada logo HALAL JAKIM. 😛

Kalau makanan ringan atau makanan proses yang lain e.g. keropok, aiskrim, beskut, coklat, etc. panduan yang boleh digunakan adalah dengan melihat jika produk tersebut mempunyai pernyataan, ‘suitable for vegetarian’.

Selain itu, lihat pada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut dan berhati-hati jika terdapat arak di dalam makanan tersebut. 🙂

So far, coklat yang aku gemari yang didapati adalah sesuai untuk vegetarian adalah Mars bar! ahah. Asyik breakfast dengan Mars bar sahaja. Ada buntuk klak. 😛

Tidak dilupakan, Cadbury TimeOut!! Kitkat, teringin juga hendak membeli, tetapi setakat ini, tidak menjumpai simbol ‘sesuai untuk vegetarian’ pada bungkusannya. 😐

7. THE Question

Sejak dari Malaysia lagi kemungkinan akan berhadapan dengan soalan-soalan tentang Islam dan Muslim di sini sudahpun dipateri di dalam minda. Generally, syukur aku tidak lagi mengalami apa-apa situasi yang menunjukkan Islamophobia.

Housetmatesku di sini, ok ok belaka walaupun aku tidak mengenali lagi semua daripada mereka. Ada la sekali hari itu aku cuba join mereka sambil berkenalan.

Antaranya, Robin (Pakistan-British), Stef, Sophia, Maria, dan Caryn (Malaysia-Kedah). Ada lagi beberapa orang British dan cina dari China dan mungkin juga Hong Kong.

Classmate dan tutorialmate juga, so far so good. Cuma selaku orang yang datang ini, kita la yang perlu bijak meramahkan diri (yea, memperingatkan diri sendiri 😛 ) Tutorialmateku antaranya, Adele, David, dan Christopher yang merupakan orang British serta Reza (Iran).

Owh, semester ini aku ada mengambil kelas ‘Seminar skills and informal spoken English’. Maka, di dalam kelas inilah aku bertemu lagi manusia dari pelbagai nationality, antaranya, Germany, France, Spain, Czech, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, dan China.

Well, kalian boleh membayangkan apakah bentuk kelas ini. Bukanlah suatu kelas yang menarik, well, u-know-what-I-mean. Bahasa~duh. Anyways, aku memilih untuk terus mengikuti kelas ini kerana dalam kelas inilah aku rasa lebih selesa untuk mempraktiskan English lidahku.

English lidah, bagi aku agak mencabar berbanding dengan English tulisku. huhu. Dalam kelas ini, semua di dalam kelas itu merupakan ‘a learner’. So, sedikit sebanyak aku dapat mengelakkan diri daripada merasa demotivated untuk speaking. 😀

Eh, aku belum lagi menyentuh tajuk (7) ini. hehe. Ekceli, pada minggu lepas, di dalam kelas English itu, aku duduk di sebelah seorang warga Hong Kong. Bla..bla..kami berborak. Selesai kelas, kami berjalan beriringan dan berborak lagi.

Tiba-tiba, buat pertama kali di sini, aku ditanya, “Why do you have to wear that thing here?” sambil merujuk kepada tudungku. “You’re not in Malaysia. But it’s ok to wear it here beacuse of the weather, very cold here,” erk. 😕Read More »

It’s Been A While

This time I would like to share some quotes that have been passing through my mind. (or I read/heard somewhere) 🙂

It’s up to any individuals how to relate these quotes with your everyday lives. May there be some manfaat for us.

“If you do not love, you will not care. If you do not care, you will not help. If you do not help, you will not protect”

“What you give, you get back”

“It’s easier when it’s clearer”

“Addin annasihah”

“No one is above needing advice”

“Loving whatever He loves and hating whatever He hates, be it objects, persons, actions, sayings, etc”

“Kebudak-budakan dalam gurau sendaan, namun bersungguh dalam pertarungan”

“Hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain”

This Deen surely provides us with such an ample guidance.

May us all are blessed under His guidance.

I can’t walk on this road alone. Guide me, remind me. May I stay on the right path, may I reach the final destination with FALAH. ameen, ya Allah.

It seems to be easy when it’s actually hard.

It seems to be nice when it’s actually vulnerable.

It’s seems to be something when it’s actually nothing.

Clear your mind and cleanse your heart.

Don’t let yourself be deceived.

Allahu’alam.

Seminggu Sudah Berlalu

Hari ini, genaplah seminggu aku berada di bandar Bath ini. Secara ringkasnya, Isnin sehingga Jumaat kelas berjalan seperti yang dijadualkan.

Oleh kerana ini adalah minggu pertama kami di sini dan tambahan pula, kebetulan musim Syawal, maka masa agak banyak dihabiskan di luar.

Antaranya, ke pusat bandar untuk mendapatkan barang kepreluan, semalam pula sempat ke Bristol (bandar bersebelahan, kira-kira +/- 15 minit dengan menaiki tren).

Selain itu, merayakan sambutan raya di rumah seniors di sekitar Bath dan Bristol. At least, pemakanan sepanjang minggu ini, meriah juga la. Ada pelbagai jenis juadah. 😛

Hari ini, akan ke rumah seorang lagi senior di Bath ini, open house. Mungkin juga turut ke Cardiff jika berkesempatan dan jika cuaca baik-baik sahaja, insyaAllah. Next weekend, insyaAllah ke London untuk open house Kak Rash (PETRONAS officer di UK).

Seminggu Di Sini

Di kesempatan ini ingin mengongsikan beberapa perkara yang aku rasakan baru :

1. Sejuk~

Seperti dijangka, suhu di sini amat rendah (lebih rendah daripada air-cond di rumah-rumah). First 2 days ok sahaja. Tetapi kemudian, suhu semakin menurun (though aku tidak mengukurnya menggunakan termometer). Hal ini kerana, kesejukan itu semakin bertambah.

Jika di sini, lebih selesa untuk berada di dalam bangunan yang warm and cosy. Baju yang berlapis-lapis.

Pada hari keempat dan kelima di sini, tiba-tiba satu sindrom melanada diriku. Mengantuk di siang hari! Bukan kerana jet-lag.

Dan fenomena ini menjadi misteri dan memusykilkan aku. Hal ini kerana, jika hendak dikatakan tidak cukup tidur, itu adalah tidak benar. 😕Read More »