Seminggu Sudah Berlalu

Hari ini, genaplah seminggu aku berada di bandar Bath ini. Secara ringkasnya, Isnin sehingga Jumaat kelas berjalan seperti yang dijadualkan.

Oleh kerana ini adalah minggu pertama kami di sini dan tambahan pula, kebetulan musim Syawal, maka masa agak banyak dihabiskan di luar.

Antaranya, ke pusat bandar untuk mendapatkan barang kepreluan, semalam pula sempat ke Bristol (bandar bersebelahan, kira-kira +/- 15 minit dengan menaiki tren).

Selain itu, merayakan sambutan raya di rumah seniors di sekitar Bath dan Bristol. At least, pemakanan sepanjang minggu ini, meriah juga la. Ada pelbagai jenis juadah.πŸ˜›

Hari ini, akan ke rumah seorang lagi senior di Bath ini, open house. Mungkin juga turut ke Cardiff jika berkesempatan dan jika cuaca baik-baik sahaja, insyaAllah. Next weekend, insyaAllah ke London untuk open house Kak Rash (PETRONAS officer di UK).

Seminggu Di Sini

Di kesempatan ini ingin mengongsikan beberapa perkara yang aku rasakan baru :

1. Sejuk~

Seperti dijangka, suhu di sini amat rendah (lebih rendah daripada air-cond di rumah-rumah). First 2 days ok sahaja. Tetapi kemudian, suhu semakin menurun (though aku tidak mengukurnya menggunakan termometer). Hal ini kerana, kesejukan itu semakin bertambah.

Jika di sini, lebih selesa untuk berada di dalam bangunan yang warm and cosy. Baju yang berlapis-lapis.

Pada hari keempat dan kelima di sini, tiba-tiba satu sindrom melanada diriku. Mengantuk di siang hari! Bukan kerana jet-lag.

Dan fenomena ini menjadi misteri dan memusykilkan aku. Hal ini kerana, jika hendak dikatakan tidak cukup tidur, itu adalah tidak benar.πŸ˜•

Akhirnya, pada suatu hari, aku berbual dengan seorang senior dari Southampton yang sedang berada dalam tahun ketiga medic lalu menyatakan perihal misteri tersebut. Lantas, beliau menyatakan hal itu mungkin disebabkan oleh udara yang sejuk.

Semasa bernafas, udara sejuk akan memasuki hidung dan ke trakea. Tambahan lagi, aku juga tidak menutup leherku kecuali dengan tudung yang dipakai dan leherku agak terdedah dengan udara sejuk.

Maka, menurut kata beliau, udara sejuk memberi implikasi kepada trakea dan juga menjadikan badan kita penat. (Yea, penat lantas menyebabkan fenomena mengantuk)

Beliau pun mencadangkan supaya aku memakai muffler untuk dililitkan di leher serta menutup hidung agar sekurang-kurangnya udara sejuk itu tertapis.

Suatu tips yang berguna. insyaAllah, akan mendapatkan sehelai muffler kelak.

Apa yang menambahkan kepada kesejukan ialah ANGIN yang agak kuat. Apabila angin benar-benar bertiup kencang, boleh terasa pressure pada badan ketika berjalan membelah angin. Yeala, angin di rumahku di Miri bertiup sepoi-sepoi bahasa sahaja.πŸ˜€

2. Minum air paip ?

Gambar sekadar hiasan.

Pada mulanya, agak janggal. Tidak konfiden. Was-was. Dan, hampir setiap hari membeli air mineral. Tetapi setelah diyakinkan oleh orang sekeliling, kini aku minum sahaja dari air paip tersebut. Tetapi hanya boleh minum air sejuk dan bukan air yang panas daripada paip tersebut.

Jikalau mahu meletakkan filter pun lebih baik.

3. Chemical Engineering

Kini, telah rasmi bergelar pelajar undergraduate chem-eng. Daripada sesi kuliah minggu pertama ini, mungkin boleh aku simpulkan bahawa course ini adalah gabungan daripada beberapa elemen.

Antaranya, dan yang banyak ditekankan ialah tentang ‘proses’- di bawah Unit : Chemical Engineering Principles. Basically, tentang bagaimana-untuk-merekacipta sesuatu proses bagi menghasilkan sesuatu produk kimia.

Di samping itu, Biology & Bioprocesses yang berhubungkait bagi membolehkan bahan semulajadi diaplikasikan dalam prinsip chemical engineering. Contohnya, enzyme-natural catalyst yang jauh lebih baik daripada catalyst ciptaan manusia.

Selain itu, Physical Chemistry dan Mathematics. Seperti biasa, Maths tidak boleh dipisahkan dari mana-mana engineering pun (mungkin). Dan satu lagi unit yang diambil pada semester ini, Chemical Engineering Skills.

4. Duit

Setakat ini, masih belum mahir jika hendak mengeluarkan duit-duit syiling. Maksud aku, katakan jika harga barang tersebut GBP 3.72. Aku akan mengambilΒ  masa jika hendak mengeluarkan 3 keping 1 pound, 1 keping 50pence, 1 keping 20pence dan satu keping 2pence.

Akhirnya, setibanya di kaunter, aku hanya mengeluarkan wang kertas sahaja dan menjadikan beg duitku berat dengan syiling (yang jarang digunakan).πŸ˜›

Hal ini kerana aku belum biasa dengan SAIZ syiling-syiling tersebut. Mencabar juga hendak mengexplen. Pendek cerita, belum familiar dengan syiling-syiling tersebut.πŸ˜€

Dari kiri : 2 Pounds, (I Pound is not here), 50pence, 20pence, 5pence, 2pence, 1pence.

5. Etc.

Mungkin banyak lagi, cuma tidak terfikirkan tatkala ini.πŸ˜€

Cerita Bergambar myfikrah

Setakat ini, aku menggunakan khidmat flickr.com untuk mengupload gambar-gambar. Alhamdulillah, kini menggunakan Canon IXUS 80 bagi menemani sesi-sesi penggambaran.

Boleh diakses di link berikut :

http://flickr.com/photos/syafiqah

atau klik pada link di sebelah kanan page ini.

Maka, aku tidak akan mengupload gambar-gambar tersebut ke ‘myfikrah’ ini dan semoga ‘myfikrah’ ini menjalankan fungsinya yang sebenar dengan peralihan kuasa tersebut. insyaAllah.πŸ˜‰

Penutup

Looking forward for some new insight.

I heard a lot about UK and its people. I’m here and I would like to see it myself. Yang terzahir mahupun yang tersembunyi.

Semoga aku mendapat manfaat daripadanya. Semoga aku belajar sesuatu daripadanya.

Subhanaka laa ‘ilamalana illa ma ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim.

Semoga bermanfaat.

Allahu’alam.

8 thoughts on “Seminggu Sudah Berlalu

  1. hmmm. bgs2…bes2.. barang2 cnun mesti ad quality.. x kdk ctok..

    btw cali jwak syiling2 ya.. haha

    resit pon mok digambar… mcm bes jak..

    bak kata daus… org nok gi obesi standednya engkah pasal melancong n gamba2 menarik..

  2. alhamdulilah. nway, kat cnun pun bnyk jak imported punya barang. isk2.

    haha, unik sket la rupa syilingnya.

    resit? bukti gi ikea.πŸ˜›

    ahah. maybe. tapi sik semestinya.πŸ˜›

    (^_^)

  3. heee..best baca cta org kat oberc tok. plh asa mok g cya jwk. hehehe. btw unik jwk syiling nya. owh nash, mala jak jual nama aku..T_T

  4. alhamdulillah. insyaAllah, dah kerja kelak bole cari peluang gi ovc. or maybe masa industrial placement.πŸ˜‰

    ahah, ada bentuk bersegi2 syilingnya, yang 50pence n 20pence.

    p/s: lupak mention, nilai wang kertas paling kecil ialah 5 pound.

    haha. ada pa2 ka kau ngan nash tok?πŸ˜›

    (just kiddimgπŸ˜› )

    (^_^)

  5. duhal cia nunggah industrial placement.. ctok..

    industrial internship.. biasanya selected ppl nok gi OBESI ya 2-3 org nok SUPER POWER jak.. german ka apa..

  6. Salam!

    Alamak, status kamek sebagai pengomen nombor 1 19 kali berturut-turut dah kenak take-over (uhuk2)

    Mun sejok, mmg cpt ngantok!! Walaupun secara biologically kmk x tauk (yet), tapi yalah, kmk pelik mun dalam kelas dolok, panas2 pun boleh terlelap juak.

    Hehehe. Cali bab duit syiling ya. Yala style kmk di ctok, malas guna duit syiling, guna jak duit kertas. Last2, ngumpul duit syiling jadinya.

    Dah gik tokrang bercerita sal engineering ya..sik paham pa2, hehe. Jom bercerita hal lain.

  7. -Salam.

    -uhuk2. aok, kmk flu + batuk2 sket kat ctok.😐

    p/s: chesss..saba2, hari raya..πŸ˜›

    -hehe. pasal ngantuk ya, maybe sejuk is one of the sebab.

    -nway, ritok tek try minum kopi (cappucino gik dibeli ya..first time. pahit! adakah sebab kmk letak sebungkus gula jak or nya memang pahit?? nway, modified cappucino ya, tambah ngan susu manis, buk ok sket rasa. haha)

    -maybe len kali try cafe latte ka, mocha, etc.(giler x kalak minum benda2 alah tok kat msia dolok)trial n error jak la. isk2. kat msia, minum nescafe tin jak. x payah susah2.

    -btw, lepas minum kopi, segar rasa. haha.

    -hehe. semakin hari, semakin berat ngan duit syiling. tp ok juak bnyk duit syiling, kei gi wat laundry.πŸ˜€

    -hehe. isu global ya..πŸ˜›

    -to Nash : owh ic ic. insyaAllah, mun da rezki, bole jak ktkorg gi.

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s