Promo


Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland (PUISI’08) by Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland

Fun with Iluvislam’s Youth in Overseas (FUIYO) by iLuvislam.com

Winter Retreat 08 / Perhimpunan Musim Sejuk (PMS) by Majlis Syura Muslimun

(^_^)

Apa Kata Mereka ?

Stephen Covey kata,

Put first things first”

Task Force Miri punya quote,

“Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila?”

Pepatah Arab kata,

“Man jadda wa jada (barangsiapa yang berusaha, dia yang dapat hasilnya)”

Ustaz Hasrizal pesan,

Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan.

Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Jom ikut sunnatullah. Di samping melaksanakan syariatullah.

FOKUS

I need an F. I need an O. I need a K. I need a U. I need an S. I can’t/musn’t/shouldn’t leave any of those letters. But sometimes, maybe I’m just too careless, distracted, or pathetically, being silly, I often left one or two of the letters behind.😕

Penutup

Live this life as what you’re meant to be living. (Betul kah ini?) Terjemahan dalam Bahasa Melayu, hiduplah dalam kehidupan ini seperti yang dimaknakan (oleh-NYA) untuk kamu hidup.

Ingatkan aku apa yang aku terlupa.

Hidup bukan untuk diri sendiri.

Kembara ini masih jauh. Jika ada awan biru dan sinaran mentari yang menyinar, pasti ada awan mendung dan angin yang bertiup kencang,

Jika ada jalan lapang yang luas dengan rumput yang menghijau, pasti ada jalan berliku dengan onak dan duri di laluan,

Inilah hakikat sebuah kembara,

Ke arah menuju ke DESTINASI yang SATU.

Kurniakanlah kepada kami pengakhiran yang baik, ameen ya Allah!

Allahu’alam.