Sebulan Yang Berlalu

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepadanya, kerana aku masih lagi di sini, bernafas dengan oksigen kurniaan-Nya. Suatu nikmat yang perlu disyukuri. Teringat aku akan sebuah quote daripada seorang sahabat, “semakin banyak nikmat,semakin besar tanggungjawab”. Indeed. Lumrahnya, di dalam alunan lagu nikmatlah manusia seperti aku dan kalian, mudah lupa. Nau’zubillah!

PUISI’08

Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menyertainya. insyaAllah, pada 22-26 Disember kelak. Hakikatnya, aku adalah dalam kalangan waiting list untuk program tersebut. Pada mulanya, aku menyangka bahawa jika sempat mendaftar online, dikira sudah mendapat tempat. Sangkaanku meleset sama sekali tatkala menerima sebuah emel bertajuk : ‘REGISTRATION PUISI08’. Alkisah….

Excited. I was smiling alone in front of my laptop. Emel pun dibuka :

Welcome to PUISI 08
The Fantastic Four

Assalamualaikum wbt.

We are very glad to inform you that YOUR FORM has been received.

Yeah! Namun, tiba-tiba :

Unfortunately, it is with deep regret that we have to tell you that currently there are no vacancies left for new applicants.

However, your name will be put in the waiting list database of PUISI 08 registration committee. Hence, you will be the first to know if there are new openings and the available spot will be offered to you.

DO stay tune with us for new updates. Cheers.

Wassalam.

Gulp.πŸ˜•

Terkedu sebentar. Iyalah, apa tidaknya, tiket penerbangan dari London Gatwick ke Dublin, Ireland sudah pun dibeli. Itupun dibeli menggunakan kad debit kawanku kerana ketika itu aku masih belum mempunyai akaun bank apatah lagi kad atm serta kad debit. Maka, kawanku itu diberitahu mengenai hal ini. Lantas, beliau mencadangkan aku memanjangkan perkara tersebut kepada seorang senior kami. Serba-salah.πŸ˜•

Akhirnya, aku menerima nasihat beliau. Di samping itu, aku turut mengemel kembali pihak PUISI’08 dan memberitahu bahawa aku telahpun membeli tiket kapal terbang. Terdapat maklum balas daripada mereka, namun hakikatnya tetap sama.😐

Hari pun berlalu. Aku juga sudah mempertimbangkan rencana lain untuk diisi semasa cuti winter. Haih.

Hinggalah suatu hari, kotak emelku dijengah lagi oleh pihak PUISI’08 :

Salam Syafiqah Sulaiman,

Alhamdulillah,
Setelah bermusyawarah dengan pihak pendaftaran PUISI08, kami dengan berbesar hati dan sepakat untuk memberi satu tempat untuk saudari Syafiqah Sulaiman. Dengan itu, disertakan dengan email ini, confirmation letter dan prepuisi infopack.

Jazakillah for your patience.

Dutifully,
AJK PENDAFTARAN PUISI08

Terima kasih!

InsyaAllah, semoga aku memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang diberikan ini.

Sambungan

Pada post yang lepas, aku telah menaipkan sedikit sebanyak perkara yang aku rasakan baru. Kali ini, ingin menambah beberapa lagi.πŸ˜€

6. Makanan dan Halal

Makanan halal, basically, tidaklah susah jika hendak mendapatkan makanan yang halal. Jika berkehendakkan daging ayam dan lembu yang halal, boleh didapati di Stapleton Road di Bristol. Dari Bath, perlu menaiki tren ke sana. Di Stapleton Road juga terdapat kedai Pakistan yang menjual pelbagai rempah ratus, dsb. Antaranya :

Kicap Habhal..bangga sket la, ada logo HALAL JAKIM. πŸ˜›

Kalau makanan ringan atau makanan proses yang lain e.g. keropok, aiskrim, beskut, coklat, etc. panduan yang boleh digunakan adalah dengan melihat jika produk tersebut mempunyai pernyataan, ‘suitable for vegetarian’.

Selain itu, lihat pada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut dan berhati-hati jika terdapat arak di dalam makanan tersebut.πŸ™‚

So far, coklat yang aku gemari yang didapati adalah sesuai untuk vegetarian adalah Mars bar! ahah. Asyik breakfast dengan Mars bar sahaja. Ada buntuk klak.πŸ˜›

Tidak dilupakan, Cadbury TimeOut!! Kitkat, teringin juga hendak membeli, tetapi setakat ini, tidak menjumpai simbol ‘sesuai untuk vegetarian’ pada bungkusannya.😐

7. THE Question

Sejak dari Malaysia lagi kemungkinan akan berhadapan dengan soalan-soalan tentang Islam dan Muslim di sini sudahpun dipateri di dalam minda. Generally, syukur aku tidak lagi mengalami apa-apa situasi yang menunjukkan Islamophobia.

Housetmatesku di sini, ok ok belaka walaupun aku tidak mengenali lagi semua daripada mereka. Ada la sekali hari itu aku cuba join mereka sambil berkenalan.

Antaranya, Robin (Pakistan-British), Stef, Sophia, Maria, dan Caryn (Malaysia-Kedah). Ada lagi beberapa orang British dan cina dari China dan mungkin juga Hong Kong.

Classmate dan tutorialmate juga, so far so good. Cuma selaku orang yang datang ini, kita la yang perlu bijak meramahkan diri (yea, memperingatkan diri sendiriπŸ˜› ) Tutorialmateku antaranya, Adele, David, dan Christopher yang merupakan orang British serta Reza (Iran).

Owh, semester ini aku ada mengambil kelas ‘Seminar skills and informal spoken English’. Maka, di dalam kelas inilah aku bertemu lagi manusia dari pelbagai nationality, antaranya, Germany, France, Spain, Czech, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, dan China.

Well, kalian boleh membayangkan apakah bentuk kelas ini. Bukanlah suatu kelas yang menarik, well, u-know-what-I-mean. Bahasa~duh. Anyways, aku memilih untuk terus mengikuti kelas ini kerana dalam kelas inilah aku rasa lebih selesa untuk mempraktiskan English lidahku.

English lidah, bagi aku agak mencabar berbanding dengan English tulisku. huhu. Dalam kelas ini, semua di dalam kelas itu merupakan ‘a learner’. So, sedikit sebanyak aku dapat mengelakkan diri daripada merasa demotivated untuk speaking.πŸ˜€

Eh, aku belum lagi menyentuh tajuk (7) ini. hehe. Ekceli, pada minggu lepas, di dalam kelas English itu, aku duduk di sebelah seorang warga Hong Kong. Bla..bla..kami berborak. Selesai kelas, kami berjalan beriringan dan berborak lagi.

Tiba-tiba, buat pertama kali di sini, aku ditanya, “Why do you have to wear that thing here?” sambil merujuk kepada tudungku. “You’re not in Malaysia. But it’s ok to wear it here beacuse of the weather, very cold here,” erk.πŸ˜•

“Owh, it’s the obligation of my religion”. Gaah. That’s all that I could think of. Anyway, she was just asking randomly and didn’t seem like wanting to indulge in discussion or anything. Fuhh..πŸ˜€ Dulu-dulu, my ustaz told us that when a person asks about Islam, be careful with them. Answer them only if it is necessary.

Maksudnya, orang yang bertanya ini kadang-kadang ada pelbagai. Ada yang bertanya kerana benar-benar ingin tahu dan ingin belajar serta mengenali Islam. Ada juga yang bertanya bagi sekadar ingin menimbulkan provokasi.

Maka, apa-apa pun pastikan kita tidak memasukkan diri ke dalam situasi yang akan memburukkan lagi keadaan, apatah lagi menambahkan kesilapfahaman orang lain terhadap Islam. Tetapi, jika dengan pertanyaan itu akan membuka pintu hatinya, maka semestinya amat-amat digalakkan untuk kita menjawabnya dengan tangan terbuka. Always, knowledge is light.πŸ™‚

8. Cheers!

Ahah. Aku tidak pasti sama ada aku yang kuno atau apa, tetapi selama ini, aku hanya mengetahui bahawa cheers itu bermaksud ‘cheers’ ketika orang minum-minuman, serta ‘cheer’ seperti dalam cheer up. Rupa-rupanya, aku baru mengetahui di sini secara informally ‘cheers’ itu bermaksud, terima kasih. haha. No wonder, jika kita melalui sebuah pintu dan menahan pintu itu untuk membolehkan orang di belakang kita melaluinya juga, pasti kita akan disambut dengan, “Cheers” atau “Cheers mate”. Maafkan aku atas ke-lampi-ankuπŸ˜›

p/s : lampi = lambat pick upπŸ˜€

9. Daylight saving time

Apa itu daylight saving time? Well, untuk maklumat yang lebih tepat, bole search di internet atau baca di Wikipedia. hehe. Dipendekkan cerita, hari ini (26 Oktober) telah berakhirnya daylight saving time ini. Di mana, jam-jam mula dilambatkan kembali sebanyak sejam. Laptop biasanya automatic correction. Cuma jam tanganku sahaja yang perlu aku tukar masanya. Maka, jika dahulu beza masa UK-Malaysia ialah 7 jam, kini ianya menjadi 8 jam. Dan malam akan menjadi semakin panjang. Whoaa.😐

p/s : Jadual solat pun berubah dengan agak drastik.

10. Tong sampah di stesen keretapi?

Yea, believe it or not, aku dapati amat sukar untuk menjumpai tong sampah di stesen-stesen keretapi. Hal ini aku sedari semasa di London Victoria Station ketika itu. Alkisah, aku ada sampah yang perlu dibuang, lalu aku pun mencari-cari di mana hendak membuang sampah tersebut. Sepanjang berjalan-jalan di dalam kawasan stesen itu hendak menuju ke underground tube, mataku meliar-liar mencari di manakah kelibat tong sampah. Sehingga aku sendiri menjadi tensi.😐

Kemudian, kawanku memberitahu, pihak berkuasa tidak mahu meletakkan tong sampah sebagai suatu langkah berjaga-jaga. Iyalah, berkenaan kemungkinan orang meletakkan bom (seperti yang pernah terjadi) dan sebagainya. Bla..bla..Safety precautions.

Namun, akhirnya aku menjumpai tempat untuk membuang sampah, bukan sebuah tong sampah tetapi hanyalah plastik sampah yang transparent. Haih. Macam-macam.

Apa Khabarmu Di Sana?

Yea, ini merupakan soalan tipikal yang ditanyakan kepadaku, dalam text (sms), call, YM, friendster, facebook, etc. Terima kasih kepada yang sudi bertanya lebih-lebih lagi yang disertakan dengan doa buatku. Aku mendoakan yang sama buat kalian juga.

Biasanya, aku akan menjawab, “khabar baik, alhamdulillah. ok2 sahaja.” Namun, itu adalah pada hakikat FIZIKAL sahaja.

How about you heart?

Cabaran. Ekceli, jika ingin dilihat sepintas lalu, tidak adalah perkara yang terlalu mencabar yang perlu dihadapi di sini. Adaptasi itu perlu dan hal ini tidak menafikan hakikat bahawa CABARAN itu ada. Cabaran sosial, spiritual, mental, dan sebagainya. Cabaran akademik itu, rasanya sama sahaja di mana-mana pun di seluruh dunia. Di sini, cabarannya, yang boleh aku lihat ialah bagaimana hendak menjaga ‘hati’.

Hati boleh sahaja menjadi gersang dalam suasana tanpa tarbiyah. Hati yang gersang, dikhuatiri akan ‘mati’ akhirnya. Suasana tarbiyah, sama ada kita masuk ke dalamnya atau kita mengabaikannya. Sama ada kita mencarinya, atau kita melarikan diri daripadanya. Sama ada kita menciptanya atau menghancurkannya. Kenapa kita terlalu mementingkan kesihatan fizikal, tetapi tidak pernah endah tentang ‘kesihatan hati’?

Apakah manusia memikirkan, menjaga ‘hati’ itu lebih mudah daripada menjaga kesihatan tubuh badan? Jikalau begitu, mengapa ada sahaja orang yang sihat badannya, akhirnya sakit kerana ‘hati’ yang tidak sihat.

Lihat sahaja, seorang yang fizikalnya sihat pada asalnya, tetapi apabila terjerumus ke dalam kancah arak dan dadah, akhirnya membinasakan dirinya dan orang di sekelilingnya. Itu kerana, sebelum fizikalnya (tubuh badan) jatuh sakit, ‘hati’nya terlebih dahulu telah tercemar. Dia lupa the ‘DOs and DON’Ts’. Dia tidak mahu ingat tuhan. ‘Nanti-nantilah…’ kata hatinya. Nau’zubillah!

Benarkah kesihatan ‘hati’ tidak perlu diutamakan?

Lihat sahaja seorang akauntan yang sihat akalnya, namun kerana ‘hati’ yang dicemari, sanggup memalsukan akaun yang diuruskannnya demi kepentingan peribadi.

Ataupun, seorang ahli politik yang sihat lidahnya untuk berbicara, boleh sahaja memutarkan kata-kata serta bermaharajalela dengan korupsi, semuanya kerana ‘hati’ yang tidak sihat. Walaupun…secara FIZIKALNYA mereka sihat-sihat belaka.

My point is that, peri pentingnya kita menjaga KESIHATAN ‘HATI’.

β€œSesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”

Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

‘Hati’ yang tidak sihat boleh dikatakan penyakit yang terlalu common. Dan SEBENARNYA, manusia perlu takut kalau-kalau mereka dihinggapi PENYAKIT-PENYAKIT HATI. Itulah silent killer yang sebenarnya kepada segala amalan kita. Apa ertinya beramal, jika ada penyakit hati. Nau’zubillah.πŸ˜•

Huraian tentang ‘penyakit hati’, mungkin tidak mampu untuk aku beri. Kalian boleh membuat pembacaan lanjut. Namun, yang aku ketahui antara penyakit hati ialah tiadanya IKHLAS dalam amal. huhu. Yea, sungguh mencabar untuk mencapai tahap keikhlasan itu. Teruskan berdoa, agar kita terus ikhlas dalam beramal.

Lihat sahaja orang di sekeliling kita, amat suka menolong orang lain. Memberi sedekah kepada orang miskin. Mewakafkan speaker dan sejadah kepada masjid. Membantu orang lain dalam urusan seharian. Namun, berikut pula dialog yang biasa kedengaran,

“Nya ya, mun aku sik berbeli barang sekolah ngan tolong mayar yuran sekolah anaknya ya, entah apa jadi kali.” (Dia tu, kalau aku tak tolong belikan barang-barang keperluan sekolah dan bayarkan yuran anak dia, entah apa jadi)

” Semadi aku meli ngan masang speaker di masjid ya riya, mun sik sikda la sidak kampung ya nengar bunyi azan subuh ke isyak.” (Nasib baik aku beli dan pasangkan speaker di masjid tu. Kalau tak, takde de orang kampung dapat dengar azan dari subuh ke isyak)

“Dah jadi manager dah mbiak ya eh. Dolok mun kau mok tauk, aku lah nok nolongnya dapat kerja ya. Mun sik, sikda nya dapat sampe ke sia kinek tok” (Dah jadi manager budak tu ye. Dulu kalau kau nak tau, aku la yang tolong dia dapatkan kerja tu, kalau tak, takde de dia bole jadi sampai tahap macam tu sekarang)

Erk. Apakah? Semoga kami terhindar dari segala penyakit hati. Ameen, ya Allah.

Semua yang aku cuba paparkan, adalah untuk menunjukkan ‘pemebersihan hati’ itu PERLU. Tidak boleh diabaikan. Maka, janganlah dipersoalkan jika wang, masa, dan tenaga PERLU dihabiskan untuk kos maintenance bagi HATI.

Sama seperti jika manusia sanggup menghabiskan beratus ribu ringgit untuk PEJAGAAN KESIHATAN, RAWATAN KECANTIKAN, dan sebagainya yang lain. Malah PENJAGAAN HATI lebih penting lagi.

The Road That I’m Walking On

Jalan ini bukan semudah yang disangka. Boleh, jika aku memilih untuk mengambil jalan mudah. Mengambil hanya apa yang ada di depan mata, tanpa mengira baik atau buruknya. Kerana pilihan yang terbatas.

Atau, aku perlu meneruskan kembara, biarpun sejauh mana, mencari dan terus mencari apa yang benar. Apa yang ada di depan mata boleh menyesakkan dada.

Clear our mind, cleanse our heart.

Analisa

Di bawah merupakan sebuah lirik lagu yang amat memberi kesan maknanya. “Analisa”[klik di sini untuk mendengar], by Shoutul Amal. Silalah mendengar sambil menghayati liriknya.πŸ˜‰

Analisa

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadat
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangan
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkan diri cari jawapannya

Analisa…Setinggi manakah taqwa
Analisa…Semulia manakah kita
Analisa…Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Penutup

Lagi dan lagi, peringatan dari diri untuk diri.

Ingatkan aku apa yang yang aku terlupa.

Allahu’alam.

One thought on “Sebulan Yang Berlalu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s