Salji?


Caption daripada Facebook

Ahah. Memandangkan, seperti riuh sahaja di status facebook dan YM rakan-rakan dan kenalanku di UK ini tentang turunnya salji, aku pun ingin turut serta sekali berkongsi ke-first-time-anku bersama salji.

(err..tiada salji pun di Bath 😛 )

By the way, pengalaman hari ini. Tadi selesai kelas Physical Chemistry dalam pukul 2 lebih petang tadi, aku pun bergegas keluar dari bangunan 3East untuk ke student union’s shop kerana ingin membeli minuman hot chocolate. Sejuk~.

Alkisah, keluar-keluar sahaja daripada bangunan 3East, aku mulai risau. ‘Alamak, hujankah?’ cetusku dalam hati. Kelihatan seperti hujan turun renyai-renyai. Terdetik juga untuk terus kembali ke bilik, risau-risau hujan semakin lebat jika aku berlama-lamaan di kompleks utama universiti dan aku pula (dengan “bijak”nya), tidak membawa payung. 😕

Ekceli, aku ada kelas lagi selepas itu. Maka, aku pun memutuskan untuk meneruskan misi membeli minuman hot chocolate tersebut (sedap..sedap). Lantaran itu, aku pun berlari-lari anak daripada bangunan 3East menuju ke tempat yang teduh, merentasi ‘hujan yang kelihatan renyai-renyai’. Sampai sahaja di kawasan yang teduh, aku menoleh ke arah jaketku,

Gambar sekadar hiasan 🙂

Eh! Kelihatan ketulan ais yang kecil! Bukan titisan air. AIS!! Aku? Tersenyum. Excited maybe. 😛 haha. Namun, ia hanya sementara. Selepas membeli hot chocolate, aku pun masuk ke kelas yang seterusnya. Hampir 2 jam di dalam kelas tersebut, cuaca di luar kelas pun berubah. Tiada lagi hujan ais.

Namun, kesejukan tetap dirasai. 😐

Malam ini tadi, housemateku pun memberitahu, ada lagi hujan ais. Dalam..2 minit? hehe. On-off..on-off pula. Anyway, tempat lain, setakat yang aku ketahui, Birmingham, sudah benar-benar SNOWING. (dapat tahu daripada status facebook Imeyk. hehe.), Warwick juga. erm. Mungkin ada lagi di beberapa kawasan lain.

(^_^)

All I feel is like smiling. Not because of the snow. Well, maybe, the snow triggered the muscle on my face to smile. However, despite what is bothering my mind, I feel like smiling. And to keep moving forward, with an uplifted spirit. Semoga istiqamah. 😉

Nice To See But Not So Nice To Hold

Kepada yang sedang mengalami snow itu, sesungguhnya, snow itu ‘nice to see but not so nice to hold’. hehe.  😀

Samalah dalam kehidupan di dunia ini, kadang-kadang apa yang kita suka dan kelihatan indah di mata kita, tidak semestinya baik buat kita. (this is not referring to the snow, ini adalah semata-mata sebuah analogi).

Mari mengingatkan diri,

Firman Allah S.W.T :

(maksudnya) “..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (Ingatlah), ALLAH jua yang Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah : 216)

(maksudnya) “Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah tertulis di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH.

(kamu diberitahu tentang itu), supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira (secara sombong bangga) dengan apa yang diberikan kepadamu. ALLAH tidak suka kepada orang yang sombong lagi bangga diri” (Surah Al-Hadid : 22-23)

Pengajaran Yang Dipelajari

Yea, gunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi misi hidup yang SEBENARNYA. Usah lalai dan usah leka. Jikalau senang, pasti ada susahnya. Jikalau lapang, pasti ada sempitnya. Jikalau sihat, pasti ada sakitnya. Jikalau hidup, pasti ada matinya.

Penutup

Lagi peringatan buat diri.

p/s : Yang dah bersnow, jangan excited sangat. Tak best pun snow, nanti nak gi mana-mana, sure sejuk and basah. hehe. (statement orang tak mengalami snow..) 😛

Allahu’alam.

21 Comments

  1. kaamyl says:

    salam sya~! selalu sempat singgah nak baca updates u kat sini,
    tapi nak tinggal komen tu asyik tak sempat je
    adeh.
    nway, salji.. kat sini pagi2 bangun tidur je, kadang2 nampak daun2 pokok dilitupi salji. tapi skejap je lepas kena sunlight, sumenye melt. huhu

    memang sementara sungguh benda kat dunia ni

    taun lepas masa brighton snow, kamel duduk kat umah je. macam malas nak keluar pasal sejuk. last2 bila tengok gambar kawan2 yang ‘rajin’ keluar. wahh..sangatla jeles. seronok je tengok diorang main. haih ni la dia manusia yang bila rezki dah ada depan mata, dia buat tak nampak.. bila peluang dah pegi, baru tercari2. senget kan?

    apepun, tahniah pasal acceptance puisi tu. alhamdulillah ada rezeki nak naik belon sama2 ngan sya nanti.. ^^

    take care ait. salam!

  2. syashot says:

    Salam, Kameelah! thx atas ziarah. 😉

    waah..pnah rase salji la ni eks? bath ni, xtau la, ade ke x salji. hehe.

    so, dis year nanti snow kat brighton, jangan lupe main2 kat luar. hehe. buat snowman ke ape. 😛

    terima kasih. alhamdulillah, insyaAllah, akan ke puisi tu. cuak gak mase tu. 😐

    nway, insyaAllah, smoga kte berjumpa di dalam belon nanti. hehe. 😉

    u too take care ait. wassalam.

    p/s: i saw ur dad kat dalam buletin utama hari tu.. 😀

    isk2..teruk gak kontraktor yang buat rumah kat cerun bukit tu..mcm x insaf2 je diorang tu. huhu. hopefully, smoga segala urusan famili awak n penduduk kat situ dalam berhadapan ngan situasi tu dipermudahkan oleh Allah. 😉

  3. Elle says:

    hehe sya!!!kite dah ada blog..haha takdelah xcited sgt..hope tak addicted.muahaha
    sya baguslah penggunaan bm..sedap je ayat ditulis..cheewah:D

  4. syashot says:

    yeah. saye dah drop comment kat awak punye first post. hehe. 😛

    addicted?? erm…no comment. hehe. 😀

    alhamdulillah. budi bahasa, budaya kita. haha. chewwah jugak. 😛

    (^_^)

  5. dauz says:

    waaa…kirim salji kat aku~~~ 😛

  6. syashot says:

    waaa…blom bersalji gik di tempat aku tok..:P

    hehe. n x sure mun ada salji x kelak. ekceli, tok baru autumn, blom masuk winter gik. masa tok daun2 pokok tgh menguning n berguguran. 😉

    (^_^)

  7. Kak Has says:

    Kami di Cardiff hujan batu jer…
    Bila yer nak gi melawat awak syafiqah. hehe 😀

    First time UK aea salji seawal Oct. Subhanallah…..

  8. syashot says:

    Kak Has!! dah balik cardiff ye? 😉

    hehe. bile2 pun bole lawat..insyaAllah. besar tapak tangan, nyiru bath tadahkan. hehe. 😀

    erm, hujan batu, rasenye yang saya alami hari tu hujan batu jugak kot..sebab sekejap je. hehe. kesimpulannya, xde snow pun kat bath. 😛

    yea, saya pun dengar macam tu, tahun ni macam awal je snow n cuaca sejuk kat uk..subhanallah.

    (^_^)

  9. imeykk says:

    weiii..cm knal je pic sal caption facebuk tu…haha trase faymous ah plakkk tetbe..haha=)

  10. syashot says:

    hehe. yea. itu adalah anda. 😛

    p/s: shud bagi royalti kat myfikrah ni, bcos dah mempublisitikan imeyk.. 😀

    (^_^)

  11. intan nadia says:

    notts tak turun salji gak…tahun lepas turun pun cam t ikhlas jek 😛

    -allahumma soyyiban nafi’a-

    eh,kamyl turun weekend ni for notts game.awak turun x?

  12. syashot says:

    hehe. unpredictable lak snow ni. 😛

    ahah, insyaAllah. turun gi notts..jumpe nanti insyaAllah! letak nama utk netball bath, ntah main ke x. hehe. first practice pun x gi hari tu. 😛

    nanti bole la saye merase cendol yg penuh kasih sayang tu..hehe. save some for me! 😀

    p/s: gler awal bas ktorang bertolak nanti..3am!! pagi hari sabtu tu, insyaAllah.

    whoaa..tido dalam bas je la..(-_-“)

    (^_^)

  13. creeax says:

    mok mengomen post bath ya.. x dpt2… komen ctok jak la…

    refresh punya refresh.. gamba “pasar” x kuar2……

    kinek baruk kuar.. hm.. walhal da bnyk kali da view.. marek, marek2,, ..

    duhal gamba “pasar” kecik jak.. pk besar nei tek sampe x kuar2 nok lain besa2 da kuar.. lol/

    happy happying :P…

    final exam & 2nd year mode.. 🙂

  14. syashot says:

    owh.

    hehe. aku x open comment option. maaf2. 😛

    ahah, gambar ya..aku pun xtau. men google jak semua 😀

    waah..dah mok abes dah first year..balit miri ka ktkorg?

    p/s: slamat berhappy-happying..:P

    (^_^)

  15. creeax says:

    cdak lain semua balit miri mun x silap.. aku malas jak rasa.. dok kl jak..

    btw… link blog aku ad kat website ustaz razi.. mati la aku T_T…

  16. syashot says:

    owh..ic ic. x borink ka di kL??

    whoaa..hehe..menarik2..

    (^_^)

  17. buruh says:

    update2 blog!
    makan amcm?
    masih makan nasi + telur ka?
    ke ada improvemnt?

  18. syashot says:

    erm, buruh?

    siapa lah ini ye? tapi macam bole agak, sebab sorang je yang penah tanya aku pasal isu nasi+telur ni. hehe. erm..misteri2.

    p/s: tengah makan ni, pasta berkuahkan sos bolognese. (hehe, ada improvement kot) 😛

    btw, will update this blog, insyaAllah, suatu hari nanti… 😀

    sekian, thx for the visit here.

    Wassalam.

    (^_^)

  19. buruh says:

    eh, ko dselubungi oleh misteri nusantara?haha
    btuah la ko dpt mkan italian pasta,
    mesti masyuk!
    kami pekrja buruh kasar makan nasi + sardin je,
    tp alhamdulillah masih sehat.
    k study2.

    pssst: ak lapar ni,*missing text* (*O*)

  20. syashot says:

    😛 pasta la yang simple, rebus + sos. 😀

    p/s: nasi+sardin, ok apa..

    p/s 2 : gambatene!

    (^_^)

  21. Pingback: Salji! « myfikrah

Leave a reply to syashot Cancel reply