Semester 2

Alhamdulillah, kini telah selesai minggu pertama untuk Semester 2 pengajianku di sini. Minggu lepas, telah pun selesai peperiksaan Semester 1. Semoga semuanya baik-baik belaka. ๐Ÿ˜€

Walaupun telah sebulan lebih berlalu, ingin aku update sedikit perkembanganku sebulan dua yang lalu. Pada akhir tahun 2008, University of Bath telah bercuti selama 3 minggu (mostly universiti di UK bercuti juga), cuti musim sejuk. Alhamdulillah, sepanjang cuti telah berpeluang melakukan aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Pertama sekali, aku telah dikunjungi oleh Mana dan Imeyk dari Birmingham. Terima kasih kerana sudi melawat kami di Bath. ๐Ÿ™‚

Kemudian, berkesempatan ke Dublin & Killarney di Ireland bagi menghadiri PUISI’08. Sememangnya suatu pengalaman yang menarik. Pertama kali menjejakkan kaki ke Dublin, aku sudah ‘jatuh hati’ dengan Dublin. hehe. Kakak-kakak yang menumpangkan kami untuk bermalam di rumah mereka amat baik. Terima kasih banyak kepada Kak Dayah dan Kak Jannah. ๐Ÿ˜‰

Sya, Kak Dayah, Kak Jannah, Kameel

Bersama Kak Dayah, Kak Jannah, dan Kameel

Di Dublin sempat bersiar-siar di beberapa universiti terkenal di sana yang menempatkan kebanyakan pelajar perubatan dari Malaysia.ย  Antaranya, UCD, RCSI, dan Trinity College.

Sya & Kameel

Bersama Kameel di hadapan pintu masuk UCD

Kameel, Kak Sholehah, Kak Mahirah, Kak Intan Syafiqah, Sya

Di sekitar tasik dalam UCD (Bersama Kameel, Kak Sholehah, Kak Mahirah, dan Kak Intan Syafiqah)

Depan RCSI

RCSI: tempat Datin Seri Dr. Wan Azizah (Presiden PKR merangkap isteri DSAI) menuntut dalam bidang perubatan suatu ketika dahulu

Trinity

Trinity College Dublin [Salah satu latar tempat dalam salah sebuah novel Cecilia Ahern-Thanks for the Memories]

Killarney & PUISI’08

Secara ringkasnya, PUISI’08 yang bertemakan “The Fantastic 4” mengupas mengenai 4 aspek asas dan penting dalam kehidupan kita selaku seorang muslim. Aqidah, Ibadah, Akhlak, dan juga Muamalat yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin.

Tidak dilupakan penyampaian yang disampaikan oleh Dr. Aminurrasyid Yatiban berkenaan dengan dakwah dan pelajaran.

Insights:


  • Hati-hati dengan perihal yang berkaitan kepercayaan dalam diri kita. Khuatir akan menjerumuskan kita ke dalam perkara syirik. Na’uzubillah.

Contohnya, mungkin selama ini, kita anggap biasa-biasa sahaja perkara seperti, “Jangan potong kuku di waktu malam, nanti ada orang terdekat akan mati” atau “Malam ketujuh, roh si mati akan pulang ke rumah untuk melihat anak-anak dan isteri” atau (oh my, why it’s hard. I can’t think of any. But I assume all of us are familiar with many more superstitious beliefs in our Malay culture or even Chinese, Iban, and so on)

Apabila ada kepercayaan seperti itu, maka seolah-olahnya sesuatu perkara itu berlaku e.g. kematian adalah disebabkan perkara yang disebut di dalam kepercayaan karut tersebut. Hakikatnya, sesuatu perkara (apa-apa sahaja pun), berlaku dengan izin Allah dan kerana kuasa Allah.

Tentang roh, hakikatnya tiada satu roh yang bole kembali semula ke dunia selepas mati. Roh berada di dunia lain selepas jasad kita mati. Aku pernah mendengar semasa kecil, pada bulan puasa, roh orang yang sudah meninggal akan mengekori orang kesayangannya. Such a nonsense!

Ada juga yang meminta-minta kepada roh di kuburan.

Ada satu analogi yang menarik, di dalam sebuah kelas selepas selesai kuliah, si pensyarah pun berkata, “Any questions?” Tiba-tiba kelas terus menjadi hingar-bingar apabila berbelas-belas pelajar secara serentak bertanyakan soalan. Lalu si pensyarah menyambung, “One at a time please! One at a time,”

Kenapa ya, perlu dikatakan begitu oleh pensyarah kepada anak muridnya? Ya betul! Kerana pancaindera manusia adalah limited. Manusia tidak dapat menerima dan memproses multiple perkara yang disampaikan kepadanya secara serentak.

Begitu juga, adalah tidak logik orang meminta apa-apa pada roh di kuburan. Andai kata si mati di dalam kubur (seperti yang dipercayai oleh mereka yang mempercayai perkara ini), boleh mendengar permintaan mereka, si mati itu juga pasti tidak dapat mendengar berpuluh-puluh orang yang datang ke kubur mereka yang melakukan permintaan dan pemujaan. Kerana mereka juga manusia. ex-manusia yang limited pancainderanya.

Tetapi, Allah jua yang Maha Mendengar. Biarpun berbillion orang di seluruh dunia dan alam ini berdoa kepada-Nya, Dia pasti mendengar setiap daripadanya tanpa terlepas satu apa pun.

Pengajarannya, kembalilah kepada ALLAH. Letakkan KEYAKINAN, PERMINTAAN, PERLINDUNGAN, PENGABDIAAN, HANYA kepada ALLAH. Bukan pada TANGKAL, MINYAK WANGI YANG DIBACA-BACA puh..puh, MANDI BUNGA, BATU PERMATA, dan sebagainya yang karut dan SESAT lagi menyesatkan. Na’uzubillah.

Jika kita menganggap atau percaya sesuatu itu mempunyai sesuatu kuasa, seperti tangkal yang so-called mampu menjadi pelindung, maka fikirkanlah, di mana agaknya kita letakkan ALLAH pada ketika itu, Dia yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Ambillah pengajaran dari drama “Puaka Niyang Rapik” yang disiarkan di TV3 itu. Walaupun banyak part yang aku kurang bersetuju dengan cerita-cerita seram Melayu, tetapi ada juga unsur pengajaran yang boleh diambil daripada cerita Puaka Niyang Rapik itu iaitu, hindarilah perkara khurafat dan syirik.

Read More »

Recap PUISI’08

Alhamdulillah, semasa cuti yang lepas, berkesempatan mendengar sebuah talk daripada Ustaz Zaharuddin. Beliau boleh dilawati di website beliau: http://zaharuddin.net/

Ringkasnya, Ustaz Zaharuddin ni merupakan salah seorang ustaz yang terkenal di Malaysia. Kepakarannya, khusus dalam bidang EKONOMI/SISTEM KEWANGAN ISLAM. Sebelum ini bekerja di beberapa buah bank sebagai penasihat shariah, etc. Sekarang menyambung PhD dalam Shariah & Islamic Finance di UK.

Riba’ dan Perang!

Owh, berbalik kepada ceramah beliau yang sempat didengari, salah satu yang menarik perhatian saya ialah berkenaan dengan RIBA’.

Memulakan bicara, beliau memetik Surah al-Baqarah ayat 278-279,

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”

Merujuk kepada ayat di atas, beliau memberitahu bahawa sesiapa yang mengamalkan riba (pemberi dan penerima riba), adalah seperti orang yang berperang dengan Allah dan Rasulullah.

Gerun!

Antara perumpamaan yang beliau buat yang membuatkan saya (dan peserta-peserta yang lain) merasa gerun, ialah apabila dia berkata lebih kurang maksudnya;

“Kereta-kereta yang kamu beli tu, kalau ada unsur riba dalam pembelian/pinjaman tu, samalah seperti kereta-kereta kebal untuk berperang dengan Allah!”

“Rumah-rumah yang kamu beli tu, kalau ada unsur riba juga dalam pembelian/pinjaman, samalah seperti kubu-kubu perang untuk berperang dengan Allah!”

Huwaaa. Memang, sememangnya saya berasa amat gerun sekali ketika itu. Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami atas kejahilan kami!

Maka, ustaz pun berpesan kepada kami (yang rata-ratanya adalah pelajar), jika kami mula bekerja nanti, jangan sesekali melibatkan diri dengan perbankan/pinjaman berunsurkan riba untuk membeli kereta, rumah, tanah, urusan kad kredit dan sebagainya. Beliau juga menasihatkan kami, akaun bank yang ada sekarang, sebaik-baiknya ditukar ke Islamic account.

Persoalan

Ada juga peserta yang bertanya, “bagaimana dengan harta-harta keluarga kami yang berada di Malaysia?”, soalan ditanya dengan penuh kerisauan setelah mendengar ceramah daripada ustaz.

Lantas ustaz menjawab,”Sebaik-baiknya, refinance semula semua pinjaman yang berunsur riba kepada sistem Islamik”. Jawapan yang mungkin tidak berapa memuaskan hati, termasuk saya kerana saya sendiri tidak faham bagaimana untuk melakukan refinance itu(mungkin sebab saya masih seorang pelajar, tiada pengalaman dalam financing, etc). Namun, saya yakin, itulah penyelesaian terbaik bagi sesiapa yang inginkan redha Allah.

Kad Kredit

Tentang kad kredit pula, ustaz menyatakan ianya haram, terutamanya dari bank-bank konvesional. Sebagai alternatif, ustaz memberitahu kita boleh menggunakan “charge card” ataupun “debit card” yang insyaAllah kita terlepas dari interest yang dikenakan.

Dan semestinya, sebaik-baiknya urusan perbankan dan kredit kita perlulah dipindahkan ke bank-bank Islam atau akaun-akaun Islamik.

Ustaz juga menyatakan, ada pihak yang menimbulkan persoalan bahawa sistem perbankan Islamik (loan, etc), lebih mahal daripada sistem perbankan konvensional. Tetapi sebenarnya, sistem perbankan Islamik lebih menjaga kebajikan pemegang-pemegang akaun/pinjaman kerana bank Islam mempunyai rate yang tetap manakala bank konvensional mempunyai rate yang tidak tetap (jika dilihat jangka masa panjang) dan akhirnya membebankan peminjam.

Penerangan Lanjut

Maaf, saya mungkin tidak mampu menjelaskan secara detail tentang kelebihan sistem Islam berbanding konvensional. Ulasan beliau mengenai hal ini boleh dibaca secara terus di website beliau. Antaranya yang berkaitan dengan isu di atas:

Perbankan Islam Zalim Kerana Mahal?

Mahal & Murah Antara Bank Islam & Konvensional: Satu Perbandingan Yang Silap

Haram Babi

Ada satu analogi menarik dan benar daripada beliau, kita umat Islam amat menitikberatkan halal-haram dalam makanan. Waima, lori berisi babi lalu di sebelah kereta kita di atas jalan, kita sedaya-upaya menahan nafas, kerana jijiknya dengan haramnya babi dan segala keturunannya. Hakikatnya yang haram adalah daging babi, bukannya bau babi.

Ataupun, kita khuatir untuk makan-makan di rumah kawan berbangsa Cina, kerana gusar pinggan dan cawan yang digunakan pernah terkena “air babi”. Hakikatnya, yang haram adalah daging babi, bukan pinggan dan cawan yang telah dibersihkan itu.

Bukan ingin memperlekehkan ketelitian tersebut, tetapi apa yang ingin diutarakan di sini ialah, kalau kita boleh amat berhati-hati dalam isu halal-haramnya makanan kita, semestinya kita juga mampu untuk menjaga halal-haramnya wang dan segala harta kita.

Jika kita jijik dengan babi, semestinya kita wajar lebih jijik dengan riba yakni sekategori dengan babi iatu, haram.

Lebih menggerunkan, pengamal riba adalah sama seperti orang yang berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Jika kita mengutuk Israel yang sedang memerangi Palestin ketika ini, bagaimana dengan yang mengamalkan riba? Bukankah lebih dahsyat statusnya itu, yakni memerangi Allah?

Menggeletar

Sesungguhnya, tidaklah saya menyatakan semua ini mudah untuk kita penuhi. Hatta, menaipkan penulisan ini pun membuatkan saya berdebar-debar dan terketar-ketar andai saya sendiri tidak mampu untuk memenuhi apa yang telah diberitahu oleh ustaz kepada kami ini. Wa na’uzubillah min dzalik.

Namun, inilah realitinya kewajipan kita selaku hamba-Nya. Semoga Allah mengampunkan kita atas apa yang kita tidak tahu sebelum ini dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk beramal dengan apa yang telah kita tahu. Ameen.

Menutup penulisan ini, memetik Surah Al-Saff ayat 10-12;

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. “


Buku : Wang, Anda, dan Islam


*Untuk menambah pemahaman tentang isu ini, dicadangkan buku tulisan Ustaz Zaharuddin iaitu “Wang, Anda, dan Islam”. Boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.

Allahu’alam.

NISE’09

Kepada warga UK/Eire, anda dijemput ke acara berikut :

[Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut]

Huhu. Kebetulan ada program umum di Bristol pada tarikh yang sama. Kemungkinan tak dapat nak sama-sama meraikan NISEโ€™09. Semoga NISE’09 berlangsung dengan jayanya.ย  Semoga segala usaha diredhai Allah.

Kepada yang akan menyertai pertandingan nasyeed, selamat berlatih! ๐Ÿ˜‰

Allahu’alam.

News 10, Al-Jazeera, & …

Tangisan itu..

Rintihan itu..

Satu lagi serangan membabi buta Israel. Seorang doktor yang pernah berkhidmat di hospital Israel, kehilangan 3 orang anak perempuannya dan seorang anak saudara. Dan beberapa lagi ahli keluarganya tercedera. Rintihannya kedengaran di hujung talian dalam sebuah komunikasi telefon ketika stesen TV Israel sedang bersiaran.

Terharu dengan tindakan jurnalis tersebut, Shlomi Eldar yang sedaya upaya cuba meminta bantuan supaya anggota kecemasan segera ke tempat kejadian-kediaman Dr. Abu al-Aish.

Menurut sumber, dikatakan terdapat satu tembakan sniper yang berasal daripada bangunan kediaman Dr. Abu al-Aish lalu dibalas dengan tank shell oleh IDF-Israel Defense Forces. %#$&*

Sniper dibalas dengan TANK SHELL??

Bacaan lanjut: [1], [2] , dll.

Read More »

Resource Utilization

Teringat akan sebuah hadis,

Al-Hikmah adalah satu kehilangan orang mukmin, maka di mana saja ianya didapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.

(Riwayat At-Tirmizi: 5/49 No: 2687)

Subhanallah! Allah jua yang Maha Mengetahui betapa benarnya hadis tersebut.

Alhamdulillah.

Glycolisis, TCA Cycle, Electron Transport Chain

Professor Fink

Mungkin tidak applicable kepada semua, namun semoga bermanfaat bagi sesiapa yang inginkan kaedah alternatif untuk memahami tentang proses-proses biokimia tersebut.

Dalam siri slides presentation Professor Fink berkenaan tajuk-tajuk tersebut, ada 7 slides semuanya (jika aku tidak silap), boleh diakses di YouTube.

Penutup

Mungkin inilah yang dikatakan “resource utilization”.

Andai melalui jalan yang tidak pasti, risau benar di hati; entahkan sampai entahkan tidak, jangan sesekali berhenti berjalan, kerana jalan keluar hanya ditemui oleh mereka yang mencari dan bukan mereka yang berhenti.

Sesungguhnya, al-hikmah itu adalah barang mukmin yang hilang. Di mana sahaja ia mendapatinya, maka ia yang paling berhak terhadapnya!

YouTube (sebagai contoh) pun mungkin boleh jadi al-hikmah itu, andai digunakan secara berhikmah. Apa dan siapa jua pun di sekeliling kita, utilize it to the max! –>err..untuk kebaikan of course ๐Ÿ™‚

Allahu’alam.

Selamat Berimtihan!

Pertama sekalinya, kepada pihak yang berkenaan, aku ingin memohon maaf atas beberapa kecelaruan teknikal yang berlaku dalam proses peng’drop’an komen pada segelintir post dalam myfikrah ini.

Oleh kerana aku telah ditanya oleh beberapa pihak tentang hal ini, maka wajarlah satu pernyataan dikeluarkan bagi merungkaikan kecelaruan teknikal ini. ๐Ÿ™‚

Apa yang pasti, admin myfikrah tidak pernah meng’block’ mana-mana pihak tertentu daripada meng’drop’ apa-apa komen. Cuma, ada beberapa post yang di’untick’ pada pilihan “Allow comments on this post” dan menyebabkan komen tidak dapat di’drop’ pada post yang terbabit.

Tindakan tersebut tiada sebab yang relevan melainkan saja-saja oleh pihak admin myfikrah. ๐Ÿ˜›

comment

Imtihan Mode

Kepada yang sedang berimtihan atau yang bakal menghadapi imtihan, bittaufik wannajah diucapkan! ๐Ÿ˜‰

Semoga dipermudahkan dalam menghadapi imtihan tersebut dan semoga dikurniakan oleh Allah keputusan yang terbaik pada pandangan-Nya. ameen.

14/01/2009 – 23/01/2009ย  [Semester 1 Examination]

Teruskan Berdoa

Allahumma a-โ€™izzal islama wal muslimin

(Ya Allah, muliakanlah Islam dan Muslimin)

Allahummansur-na โ€˜alal kaafiriin

(Ya Allah, tolonglah kami ke atas orang kafir)

Allahummansur ikhwanana fi Ghozza wa fi Falasthin

(Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin)

Allahummansur mujahidina fi Ghozza wa fi Falasthin

(Ya Allah, tolonglah Mujahidin di Gaza dan Palestin)

Allahumma ya munzilal kitab

(Ya Allah yang menurunkan kitab iaitu Al-Quran)

wa ya mujriyas sahab

(dan yang menggerakkan awan)

wa ya haazimal ahzab

(dan yang memusnahkan Pasukan tentera kafir Ahzab)

ihzimhum (3x)

(musnahkan mereka!)

wansurna โ€˜alaihim

(dan tolonglah kami ke atas mereka)

[Qunut nazilah ini dipetik daripada tulisan blog akhย  Muhtar Suhaili]

Penutup
“Israel are TERRORISTS because they caused people to be terrified!” – Tun Dr. M

“Semakin dekat kita dengan ALLAH, semakin dekat kita kepada KEMENANGAN ISLAM”

p/s: Juga maaf kepada sahabat-sahabat rapatku, rakan-rakan sekolah, dan Taylor’s serta sahabat seperjuangan lain yang sudah lama tidak aku bertukar khabar. Salam ukhuwwah, semoga kita tetap dalam iman dan islam. ameen. ๐Ÿ˜ฆ

Allahu’alam.

Tertinggal

Semenjak 2 minggu yang lalu, aku terputus hubungan dengan dunia luar sepanjang kembara musim sejuk ini. Terputus interaksi melalui internet yang menjadi sebahagian hidup manusia pada hari ini. Termasuklah isu serangan Israel ke atas Palestin! Dalam tempoh itu, aku hanya berkesempatan mendengar sepintas lalu sahaja daripada buah mulut orang lain. ๐Ÿ˜ฆ

Ya Allah, HANCURKAN mereka (Israel), HANCURKAN mereka, HANCURKAN mereka!

Betapa lemah diri ini. Adakah itu sahaja yang mampu dilakukan? Sedang kita bersenang dan lenang di bumi yang permai, sedang kita sibuk dengan urusan dunia pagi dan petang, sedang kita penat bekerja siang dan malam untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri, sejauh mana setiap apa yang kita lakukan dapat menyumbang kepada KEMENANGAN ISLAM?

Maaf, tidak banyak yang mampu aku kongsikan kali ini. Sekadar satu coretan ringkas dan ingin aku kongsikan suatu quote,

“Semakin dekat kita dengan ALLAH, semakin dekat kita kepada KEMENANGAN ISLAM”

Sama-samalah kita renungkan.

Makanan Yang Dikerumuni?

Rasulullah S.A.W bersabda, “Akan terjadi musuh mengerumuni kamu sebagaimana orang lapar mengerumuni makanan.”

Sahabat bertanya, “Apakah kita pada waktu itu sangat sedikit?”

Rasulullah S.A.W menjawab, “Tidak, bahkan kamu banyak sekali, tapi kamu umpama buih di lautan. Allah S.W.T akan mencabut rasa takut dari dada musuh kamu dan Allah S.W.T campakkan dalam hati kamu penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya, “Apakah al-Wahn itu ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab,”Cinta dunia dan takut mati”

Hadith riwayat Abu Daud.

Untuk Palestin

Jika ada yang mampu menyertai jihad perang di Palestin, sertailah. Jika ada yang mampu menyumbang bantuan kemanusian, sumbanglah. Jika ada yang mampu menderma, dermalah. Jika yang mampu menyertai demonstrasi di jalan-jalan, berdemolah. Jika ada yang mampu menulis surat bantahan kepada ahli-ahli politik, tulislah. Jika ada yang mampu melakukan boikot terhadap Israel dan sekutunya, boikotlah.

Namun, tiada yang tidak mampu kita lakukan untuk Palestin, kerana kita semua berkemampuan untuk memanjatkan doa buat mereka, maka sama-samalah kita berdoa untuk saudara seaqidah kita di Palestin.

Ya Allah, berikanlah kekuatan iman serta menangkan tentera Islam di Palestin dan di mana sahaja ceruk bumi-Mu ini dalam menghadapi musuh-musuh-Mu sepertimana Kau menangkan tentera Islam ke atas tentera Ahzab! ameen.

Peringatan buat diri. Palestin isu umat, namun acapkali aku terlena dari memikirkannya. Betapa masih ceteknya pengetahuan tentang isu Palestin.ย  Astaghfirullah.

Ingatkan aku apa yang aku terlupa.

Allahu’alam.

|Hiatus mode reactivated|

|Bittaufik wannajah fil imtihan|