Tertinggal

Semenjak 2 minggu yang lalu, aku terputus hubungan dengan dunia luar sepanjang kembara musim sejuk ini. Terputus interaksi melalui internet yang menjadi sebahagian hidup manusia pada hari ini. Termasuklah isu serangan Israel ke atas Palestin! Dalam tempoh itu, aku hanya berkesempatan mendengar sepintas lalu sahaja daripada buah mulut orang lain.😦

Ya Allah, HANCURKAN mereka (Israel), HANCURKAN mereka, HANCURKAN mereka!

Betapa lemah diri ini. Adakah itu sahaja yang mampu dilakukan? Sedang kita bersenang dan lenang di bumi yang permai, sedang kita sibuk dengan urusan dunia pagi dan petang, sedang kita penat bekerja siang dan malam untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri, sejauh mana setiap apa yang kita lakukan dapat menyumbang kepada KEMENANGAN ISLAM?

Maaf, tidak banyak yang mampu aku kongsikan kali ini. Sekadar satu coretan ringkas dan ingin aku kongsikan suatu quote,

“Semakin dekat kita dengan ALLAH, semakin dekat kita kepada KEMENANGAN ISLAM”

Sama-samalah kita renungkan.

Makanan Yang Dikerumuni?

Rasulullah S.A.W bersabda, “Akan terjadi musuh mengerumuni kamu sebagaimana orang lapar mengerumuni makanan.”

Sahabat bertanya, “Apakah kita pada waktu itu sangat sedikit?”

Rasulullah S.A.W menjawab, “Tidak, bahkan kamu banyak sekali, tapi kamu umpama buih di lautan. Allah S.W.T akan mencabut rasa takut dari dada musuh kamu dan Allah S.W.T campakkan dalam hati kamu penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya, “Apakah al-Wahn itu ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab,”Cinta dunia dan takut mati”

Hadith riwayat Abu Daud.

Untuk Palestin

Jika ada yang mampu menyertai jihad perang di Palestin, sertailah. Jika ada yang mampu menyumbang bantuan kemanusian, sumbanglah. Jika ada yang mampu menderma, dermalah. Jika yang mampu menyertai demonstrasi di jalan-jalan, berdemolah. Jika ada yang mampu menulis surat bantahan kepada ahli-ahli politik, tulislah. Jika ada yang mampu melakukan boikot terhadap Israel dan sekutunya, boikotlah.

Namun, tiada yang tidak mampu kita lakukan untuk Palestin, kerana kita semua berkemampuan untuk memanjatkan doa buat mereka, maka sama-samalah kita berdoa untuk saudara seaqidah kita di Palestin.

Ya Allah, berikanlah kekuatan iman serta menangkan tentera Islam di Palestin dan di mana sahaja ceruk bumi-Mu ini dalam menghadapi musuh-musuh-Mu sepertimana Kau menangkan tentera Islam ke atas tentera Ahzab! ameen.

Peringatan buat diri. Palestin isu umat, namun acapkali aku terlena dari memikirkannya. Betapa masih ceteknya pengetahuan tentang isu Palestin.  Astaghfirullah.

Ingatkan aku apa yang aku terlupa.

Allahu’alam.

|Hiatus mode reactivated|

|Bittaufik wannajah fil imtihan|