Recap PUISI’08

Alhamdulillah, semasa cuti yang lepas, berkesempatan mendengar sebuah talk daripada Ustaz Zaharuddin. Beliau boleh dilawati di website beliau: http://zaharuddin.net/

Ringkasnya, Ustaz Zaharuddin ni merupakan salah seorang ustaz yang terkenal di Malaysia. Kepakarannya, khusus dalam bidang EKONOMI/SISTEM KEWANGAN ISLAM. Sebelum ini bekerja di beberapa buah bank sebagai penasihat shariah, etc. Sekarang menyambung PhD dalam Shariah & Islamic Finance di UK.

Riba’ dan Perang!

Owh, berbalik kepada ceramah beliau yang sempat didengari, salah satu yang menarik perhatian saya ialah berkenaan dengan RIBA’.

Memulakan bicara, beliau memetik Surah al-Baqarah ayat 278-279,

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”

Merujuk kepada ayat di atas, beliau memberitahu bahawa sesiapa yang mengamalkan riba (pemberi dan penerima riba), adalah seperti orang yang berperang dengan Allah dan Rasulullah.

Gerun!

Antara perumpamaan yang beliau buat yang membuatkan saya (dan peserta-peserta yang lain) merasa gerun, ialah apabila dia berkata lebih kurang maksudnya;

“Kereta-kereta yang kamu beli tu, kalau ada unsur riba dalam pembelian/pinjaman tu, samalah seperti kereta-kereta kebal untuk berperang dengan Allah!”

“Rumah-rumah yang kamu beli tu, kalau ada unsur riba juga dalam pembelian/pinjaman, samalah seperti kubu-kubu perang untuk berperang dengan Allah!”

Huwaaa. Memang, sememangnya saya berasa amat gerun sekali ketika itu. Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami atas kejahilan kami!

Maka, ustaz pun berpesan kepada kami (yang rata-ratanya adalah pelajar), jika kami mula bekerja nanti, jangan sesekali melibatkan diri dengan perbankan/pinjaman berunsurkan riba untuk membeli kereta, rumah, tanah, urusan kad kredit dan sebagainya. Beliau juga menasihatkan kami, akaun bank yang ada sekarang, sebaik-baiknya ditukar ke Islamic account.

Persoalan

Ada juga peserta yang bertanya, “bagaimana dengan harta-harta keluarga kami yang berada di Malaysia?”, soalan ditanya dengan penuh kerisauan setelah mendengar ceramah daripada ustaz.

Lantas ustaz menjawab,”Sebaik-baiknya, refinance semula semua pinjaman yang berunsur riba kepada sistem Islamik”. Jawapan yang mungkin tidak berapa memuaskan hati, termasuk saya kerana saya sendiri tidak faham bagaimana untuk melakukan refinance itu(mungkin sebab saya masih seorang pelajar, tiada pengalaman dalam financing, etc). Namun, saya yakin, itulah penyelesaian terbaik bagi sesiapa yang inginkan redha Allah.

Kad Kredit

Tentang kad kredit pula, ustaz menyatakan ianya haram, terutamanya dari bank-bank konvesional. Sebagai alternatif, ustaz memberitahu kita boleh menggunakan “charge card” ataupun “debit card” yang insyaAllah kita terlepas dari interest yang dikenakan.

Dan semestinya, sebaik-baiknya urusan perbankan dan kredit kita perlulah dipindahkan ke bank-bank Islam atau akaun-akaun Islamik.

Ustaz juga menyatakan, ada pihak yang menimbulkan persoalan bahawa sistem perbankan Islamik (loan, etc), lebih mahal daripada sistem perbankan konvensional. Tetapi sebenarnya, sistem perbankan Islamik lebih menjaga kebajikan pemegang-pemegang akaun/pinjaman kerana bank Islam mempunyai rate yang tetap manakala bank konvensional mempunyai rate yang tidak tetap (jika dilihat jangka masa panjang) dan akhirnya membebankan peminjam.

Penerangan Lanjut

Maaf, saya mungkin tidak mampu menjelaskan secara detail tentang kelebihan sistem Islam berbanding konvensional. Ulasan beliau mengenai hal ini boleh dibaca secara terus di website beliau. Antaranya yang berkaitan dengan isu di atas:

Perbankan Islam Zalim Kerana Mahal?

Mahal & Murah Antara Bank Islam & Konvensional: Satu Perbandingan Yang Silap

Haram Babi

Ada satu analogi menarik dan benar daripada beliau, kita umat Islam amat menitikberatkan halal-haram dalam makanan. Waima, lori berisi babi lalu di sebelah kereta kita di atas jalan, kita sedaya-upaya menahan nafas, kerana jijiknya dengan haramnya babi dan segala keturunannya. Hakikatnya yang haram adalah daging babi, bukannya bau babi.

Ataupun, kita khuatir untuk makan-makan di rumah kawan berbangsa Cina, kerana gusar pinggan dan cawan yang digunakan pernah terkena “air babi”. Hakikatnya, yang haram adalah daging babi, bukan pinggan dan cawan yang telah dibersihkan itu.

Bukan ingin memperlekehkan ketelitian tersebut, tetapi apa yang ingin diutarakan di sini ialah, kalau kita boleh amat berhati-hati dalam isu halal-haramnya makanan kita, semestinya kita juga mampu untuk menjaga halal-haramnya wang dan segala harta kita.

Jika kita jijik dengan babi, semestinya kita wajar lebih jijik dengan riba yakni sekategori dengan babi iatu, haram.

Lebih menggerunkan, pengamal riba adalah sama seperti orang yang berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Jika kita mengutuk Israel yang sedang memerangi Palestin ketika ini, bagaimana dengan yang mengamalkan riba? Bukankah lebih dahsyat statusnya itu, yakni memerangi Allah?

Menggeletar

Sesungguhnya, tidaklah saya menyatakan semua ini mudah untuk kita penuhi. Hatta, menaipkan penulisan ini pun membuatkan saya berdebar-debar dan terketar-ketar andai saya sendiri tidak mampu untuk memenuhi apa yang telah diberitahu oleh ustaz kepada kami ini. Wa na’uzubillah min dzalik.

Namun, inilah realitinya kewajipan kita selaku hamba-Nya. Semoga Allah mengampunkan kita atas apa yang kita tidak tahu sebelum ini dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk beramal dengan apa yang telah kita tahu. Ameen.

Menutup penulisan ini, memetik Surah Al-Saff ayat 10-12;

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. “


Buku : Wang, Anda, dan Islam


*Untuk menambah pemahaman tentang isu ini, dicadangkan buku tulisan Ustaz Zaharuddin iaitu “Wang, Anda, dan Islam”. Boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.

Allahu’alam.

One thought on “Recap PUISI’08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s