Semester 2

Alhamdulillah, kini telah selesai minggu pertama untuk Semester 2 pengajianku di sini. Minggu lepas, telah pun selesai peperiksaan Semester 1. Semoga semuanya baik-baik belaka.πŸ˜€

Walaupun telah sebulan lebih berlalu, ingin aku update sedikit perkembanganku sebulan dua yang lalu. Pada akhir tahun 2008, University of Bath telah bercuti selama 3 minggu (mostly universiti di UK bercuti juga), cuti musim sejuk. Alhamdulillah, sepanjang cuti telah berpeluang melakukan aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Pertama sekali, aku telah dikunjungi oleh Mana dan Imeyk dari Birmingham. Terima kasih kerana sudi melawat kami di Bath.πŸ™‚

Kemudian, berkesempatan ke Dublin & Killarney di Ireland bagi menghadiri PUISI’08. Sememangnya suatu pengalaman yang menarik. Pertama kali menjejakkan kaki ke Dublin, aku sudah ‘jatuh hati’ dengan Dublin. hehe. Kakak-kakak yang menumpangkan kami untuk bermalam di rumah mereka amat baik. Terima kasih banyak kepada Kak Dayah dan Kak Jannah.πŸ˜‰

Sya, Kak Dayah, Kak Jannah, Kameel

Bersama Kak Dayah, Kak Jannah, dan Kameel

Di Dublin sempat bersiar-siar di beberapa universiti terkenal di sana yang menempatkan kebanyakan pelajar perubatan dari Malaysia.Β  Antaranya, UCD, RCSI, dan Trinity College.

Sya & Kameel

Bersama Kameel di hadapan pintu masuk UCD

Kameel, Kak Sholehah, Kak Mahirah, Kak Intan Syafiqah, Sya

Di sekitar tasik dalam UCD (Bersama Kameel, Kak Sholehah, Kak Mahirah, dan Kak Intan Syafiqah)

Depan RCSI

RCSI: tempat Datin Seri Dr. Wan Azizah (Presiden PKR merangkap isteri DSAI) menuntut dalam bidang perubatan suatu ketika dahulu

Trinity

Trinity College Dublin [Salah satu latar tempat dalam salah sebuah novel Cecilia Ahern-Thanks for the Memories]

Killarney & PUISI’08

Secara ringkasnya, PUISI’08 yang bertemakan “The Fantastic 4” mengupas mengenai 4 aspek asas dan penting dalam kehidupan kita selaku seorang muslim. Aqidah, Ibadah, Akhlak, dan juga Muamalat yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin.

Tidak dilupakan penyampaian yang disampaikan oleh Dr. Aminurrasyid Yatiban berkenaan dengan dakwah dan pelajaran.

Insights:


  • Hati-hati dengan perihal yang berkaitan kepercayaan dalam diri kita. Khuatir akan menjerumuskan kita ke dalam perkara syirik. Na’uzubillah.

Contohnya, mungkin selama ini, kita anggap biasa-biasa sahaja perkara seperti, “Jangan potong kuku di waktu malam, nanti ada orang terdekat akan mati” atau “Malam ketujuh, roh si mati akan pulang ke rumah untuk melihat anak-anak dan isteri” atau (oh my, why it’s hard. I can’t think of any. But I assume all of us are familiar with many more superstitious beliefs in our Malay culture or even Chinese, Iban, and so on)

Apabila ada kepercayaan seperti itu, maka seolah-olahnya sesuatu perkara itu berlaku e.g. kematian adalah disebabkan perkara yang disebut di dalam kepercayaan karut tersebut. Hakikatnya, sesuatu perkara (apa-apa sahaja pun), berlaku dengan izin Allah dan kerana kuasa Allah.

Tentang roh, hakikatnya tiada satu roh yang bole kembali semula ke dunia selepas mati. Roh berada di dunia lain selepas jasad kita mati. Aku pernah mendengar semasa kecil, pada bulan puasa, roh orang yang sudah meninggal akan mengekori orang kesayangannya. Such a nonsense!

Ada juga yang meminta-minta kepada roh di kuburan.

Ada satu analogi yang menarik, di dalam sebuah kelas selepas selesai kuliah, si pensyarah pun berkata, “Any questions?” Tiba-tiba kelas terus menjadi hingar-bingar apabila berbelas-belas pelajar secara serentak bertanyakan soalan. Lalu si pensyarah menyambung, “One at a time please! One at a time,”

Kenapa ya, perlu dikatakan begitu oleh pensyarah kepada anak muridnya? Ya betul! Kerana pancaindera manusia adalah limited. Manusia tidak dapat menerima dan memproses multiple perkara yang disampaikan kepadanya secara serentak.

Begitu juga, adalah tidak logik orang meminta apa-apa pada roh di kuburan. Andai kata si mati di dalam kubur (seperti yang dipercayai oleh mereka yang mempercayai perkara ini), boleh mendengar permintaan mereka, si mati itu juga pasti tidak dapat mendengar berpuluh-puluh orang yang datang ke kubur mereka yang melakukan permintaan dan pemujaan. Kerana mereka juga manusia. ex-manusia yang limited pancainderanya.

Tetapi, Allah jua yang Maha Mendengar. Biarpun berbillion orang di seluruh dunia dan alam ini berdoa kepada-Nya, Dia pasti mendengar setiap daripadanya tanpa terlepas satu apa pun.

Pengajarannya, kembalilah kepada ALLAH. Letakkan KEYAKINAN, PERMINTAAN, PERLINDUNGAN, PENGABDIAAN, HANYA kepada ALLAH. Bukan pada TANGKAL, MINYAK WANGI YANG DIBACA-BACA puh..puh, MANDI BUNGA, BATU PERMATA, dan sebagainya yang karut dan SESAT lagi menyesatkan. Na’uzubillah.

Jika kita menganggap atau percaya sesuatu itu mempunyai sesuatu kuasa, seperti tangkal yang so-called mampu menjadi pelindung, maka fikirkanlah, di mana agaknya kita letakkan ALLAH pada ketika itu, Dia yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Ambillah pengajaran dari drama “Puaka Niyang Rapik” yang disiarkan di TV3 itu. Walaupun banyak part yang aku kurang bersetuju dengan cerita-cerita seram Melayu, tetapi ada juga unsur pengajaran yang boleh diambil daripada cerita Puaka Niyang Rapik itu iaitu, hindarilah perkara khurafat dan syirik.

  • Hindari daripada memberikan layanan istimewa kepada patung-patung (perhiasan atau permainan)

Hal ini kerana, jika kita ada unsur “menghormati” patung tersebut (i.e. menjaga patung itu dengan baik, membersihkannya selalu, etc.) ia adalah sangat bahaya kepada aqidah. Maka, sebaik-baiknya hindarilah daripada menyimpan patung walaupun hanya sekadar untuk perhiasan.

Lagipun, dijamin kita tidak mendapat pahala pun daripada perbuatan menjadikan patung-patung tersebut sebagai perhiasan.

  • Dalam beribadah pula, IHSAN itu penting. Buatlah sesuatu seolah-olah kita melihat Allah dan jika tidak mampu, buatlah sesuatu seolah-olah Allah melihat kita.

Dalam apa-apa pun pekerjaan seharian, boleh menjadi ibadah jika ianya sesuatu perkara yang tidak bertentangan dengan hukum Allah dan disaluti dengan IHSAN dan IKHLAS. Makan, minum, bekerja, berbual-bual, pergi library, dsb.

Jika kita mampu untuk sentiasa berIHSAN dalam setiap perkara, insyaAllah kita mampu menghindarkan daripada terlibat dengan maksiat atau dosa. Contoh, jika kita sedang berbual-bual, jika kita sentiasa rasa Allah memerhatikan kita, insyaAllah kita pasti berhati-hati dan takut untuk menyelitkan unsur mengumpat dalam perbualan kita.

  • Dalam beramal, janganlah dibandingkan amalan kita dengan orang yang kurang beramal tetapi bandingkanlah dengan orang yang hebat beramal.

Hal ini penting bagi menghindarkan rasa ‘ujub (merasa diri bagus) dan riak (menunjuk-nunjuk).

Contoh, jika kita selalu bersedekah, manakala kawan kita jarang-jarang bersedekah, janganlah kita membandingkan diri kita dengan kawan tersebut, tapi bandingkanlah dengan orang yang bersedekah jauh lebih banyak daripada kita.

Ataupun, kita rajin pergi usrah dan kawan kita malas pergi usrah, tidak patut untuk kita bandingkan diri kita dengan orang tersebut. Tetapi, bandingkan diri kita dengan naqibah kita yang mampu menjadi orang yang memberi usrah.

Dengan adanya mentaliti sebegini, ini akan memotivasikan kita untuk meningkatkan amal dan melatih diri supaya ikhlas dalam amalan dengan menjauhi ‘ujub dan riak. Fastabiqul khairat…berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan.

Adakah perlumbaan namanya, kalau kita di atas sebuah trek 100m, di kanan dan kiri kita kanak-kanak umur 3 tahun yang berkaki pendek dan tidak mempunyai kekuatan berlari seperti kita?

Ataupun, berlumba dengan Asafa Powell di Sukan Olimpik itu yang dinamkan perlumbaan? Semestinya, berlumba ialah bersaing dengan orang yang jauh lagi hebat dari kita dan bukan dengan yang biasa-biasa hebat. Itulah fitrah perlumbaan.

  • Tuntutan dakwah adalah wajib ke atas setiap Muslim.
  • Dakwah bukan yang pertama, studi/pekerjaan bukan yang kedua. Begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya SEIRINGAN.

Sebelum ini, aku mendengar bahawa dakwah ialah “fardhu kifayah”. Apa yang aku faham, jika telah ada segolongan orang yang berdakwah, maka terjatuhlah kewajipan dakwah itu daripada kita.

Namun, penyampaian Dr. Amin telah mengubah persepsiku tentang dakwah. Fardhu kifayah dalam konteks dakwah, bukan macam dalam konteks sembahyang jenazah.

Contohnya, dalam sebuah kampung kewajipan sembahyang jenazah akan terjatuh daripada bahu penduduk kampung sekiranya ada seorang dua yang pandai melakukan sembahyang jenazah.

Dakwah pula, selagi ada keperluan untuk dakwah selagi itulah orang Islam wajib berdakwah. Maksudnya, selagi Islam belum benar-benar diamalkan dalam masyarakat, negara, dan antarabangsa, selagi itulah kewajipan dakwah tidak terlucut dari tangunggjawab setiap daripada kita.

Kerja dakwah bukan macam kerja doktor atau engineer atau akauntan, dan sebagainya yang memerlukan seseorang itu mempunyai ijazah bertulis untuk melakukannya. Maksudnya, tiada alasan, tidak cukup ilmu, tidak layak dan sebagainya yang boleh diberikan oleh kita untuk terlepas daripada kerja dakwah.

Sebaliknya, menjadi kewajipan kita, menambah ilmu dan pemahaman baik melalui pembacaan atau menghadiri kuliah-kuliah dsb bagi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang dai’e.

  • Riba’ : jauhilah ia. Riba’ haram. Seperti mana babi itu haram, arak itu haram, riba’ juga haram.

Jikalau kita tidak minum arak dan tidak makan babi kerana babi dan arak itu haram, kenapa pula kita patut merasakan memberi dan mengambil riba’ itu biasa-biasa sahaja, sedangkan statusnya sama juga haram?

Malahan, haramnya riba’ lebih dahsyat lagi, seolah-olah kita berperang dengan Allah dan Rasulullah. Lindungilah kami daripada terlibat dengan riba’ Ya Allah dan ampunkan kami atas kejahilan kami yang lalu.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat…[Al-Baqarah : 279]


*Perkongsian lanjut di entri berikut : Recap PUISI’08

Sekitar Killarney

Killarney!

Here we are!

Dewan ceramah

Bravo!

Dalam suatu sidang antarabangsa, World Economic Forum di Davos baru-baru ini, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah melakukan sesuatu yang pada pandangan aku sangat tegas, berani, dan bermaruah. Ketegasan terhadap pembelaan dan keadilan buat warga Palestin.

I can’t describe it in words, so have a look at these videos :

“…six commandments; thou shall not kill..” Recep Tayyip Erdogan menujukan kata-katanya kepada Presiden Israel yang berakhir dengan tindakan beliau meninggalkan pentas tersebut.

Penjelasan beliau mengenai tindakan meninggalkan pentas pada sekitar minit 2:40 dalam video ini.

BBC News: Turkish PM given hero’s welcome

Utusan Melayu: PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza

Bacaan lanjut: PM Turki malukan Presiden Israel dalam debat

Ahah. Segan bercampur bangga dengan tindakan beliau. Segan kerana memikirkan andaikata aku berada di tempat beliau, adakah aku mampu bertindak sebegitu? Bangga kerana beliau telah menunjukkan bahawa beliau BANGGA dengan ISLAM.

Penutup

Lagi dan lagi peringatan buat diri.

Semoga setiap langkahan ke hadapan semakin bermakna. insyaAllah.

Semoga tidak statik.

Semoga optimis dalam perancangan dan pro-aktif dalam menghadapi segala kemungkinan.

Allahu’alam.

10 thoughts on “Semester 2

  1. salam syashot

    ehehehe. Dua tahun berturut-turut akan kerap ke Dublin. Memang jatuh cinta habis. Jatuh cinta dengan tempat dan orang-orangnya (muslimat ok).

    Seronok bukan? Hehehe, makan nasi beriani allahuakbar tak? Best amat!

    take care sis

  2. Salam Kak Zaf

    Alhamdulillah, seronok dan menarik! Nasi beriani allahuakbar? kat Dublin ke? x rasa lagi. macam best je. insyaAllah next time.

    u too taking care!

    (^_^)

  3. Salam sya..

    i- akhiiran, muncul juga pos puisi dekat sini ^^
    ii- sangat nak jumpa all d puisi comrades lagi.. easter nanti, apa kata?
    iii- three cheers to mr. erdogan! suara dia mewakili suara kita, alhamdulillah..

    iv- banyaknya gambar ‘bersama kameel’. hehe shy shy la pulak =P

  4. Salam Kaamyl

    (hehe. harap dimaafkan dan diterima guna ‘Kameel’ instead of Kameelah)πŸ™‚

    hehe. yea, alhamdulillah, muncul juga. tapi feeling die lain sket, sbb dah lama after PUISI baru tulis, maybe banyak yang termiss out. huhu.

    yeap, memang nak jumpa lagi comrades-comrades sejati ni. insyaAllah, nanti bole plan. Kak Zaf n Kak Intan pun dah ajak pi Notts tuπŸ˜‰

    hehe. terima kasih Kameel, sudi jadi teman seperjalanan dan se’gambar’.πŸ˜›

    thx! slamat berjuang juga untuk A2 final. ameen.

    p/s: sangat suka scene mr. erdogan tu. ergh. tengok banyak kali pun x boring (ambik semangat..ambik semangat)πŸ™‚

    (^_^)

  5. hehe..no hal. tak perlu mintak maaf pun. lgpun suka je bila korang panggil ‘kameel’ tu ^^v

    better late than never ait. yang penting kongsi sama apa yg kita dapat kat puisi. utk manfaat bersama =)

    igt nk gi soton plaks nnt. visit kak leen, insyaAllah.. tak sampai lg soton nih.. walaupun dia lg dkt dr notts. haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s