Ikhlas, ikhlas, ikhlas!

Sebuah nota pendek. Semalam, semasa usrah, naqibahku telah menyebut perihal ikhlas.

Ikhlas ni ada beberapa peringkat.

1. Common people – buat ibadah kerana TERTARIK dengan ganjaran Allah (pahala)

2. Special people (darjah al-khawwas) – buat sesuatu untuk dapat syurga Allah.

3. Paling tinggi (khawwas al-khawwas) – tidak kisah neraka atau syurga tetapi ibadah semata-mata untuk dapat REDHA Allah. [huhu. masyaAllah]

*betulkan jika salah ejaan pada term arabic yang digunakan

Phew. Bekerja buat kita occupied. Mungkin, aku juga suka bila occupied. Bila kita sibuk, barulah kita tahu mana prioriti mana tidak. Barulah kita tahu mana yang patut didahulukan mana yang patut dikemudiankan. Bandingkan jika hidup yang santai, tanpa tuntutan kerja yang mendesak, mudah saja untuk kita berleka-leka.

Apabila aku sebut tentang ‘kerja’, ia boleh jadi apa saja. Sebesar-besar kerja da’wah mahupun sekecil-kecil kerja membersih dan mengemaskan bilik. Kerja di pejabat, kerja di rumah, kerja di ladang, kerja di laut, mahupun kerja di awanan.

Kerja satu hal. Ikhlas dalam kerja satu hal. huhu. Itu tidak mudah. Sukar untuk dipastikan. Ataupun ada kaedah untuk memastikan sebenarnya? Atau hanya Allah yang tahu.

Aku tidak punya cara untuk tahu. Aku hanya tahu, kita PERLU berdoa moga kita terhindar dari tidak ikhlas :

Ya Allah, kami berlindung pada-Mu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui!

Teringat aku pada satu pesanan seorang akak pada blog seorang sahabatku;

Moga perjuangan di medan peperiksaan diikhlaskan hati kerana Allah kerana sesungguhnya perjuangan dalam mengecapi keikhlasan itu adalah satu perjuangan yang besar,insyaAllah.

Bukan sahaja di dalam peperiksaan, tapi apa jua pun, perlunya ikhlas itu. Point taken, nak mencapai ikhlas itu pun sudah menjadi satu perjuangan yang besar, apatah lagi untuk ikhlas dalam perjuangan.

Tiada lain, sangat dan setiasa berharap agar diluruskan niat dan hati.

Alangkah rugi andai amalan kita umpama tanah di atas batu licin, apabila hujan lebat maka licin habislah batu itu.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir

Al-Baqarah : 264

Infiru khifafan wa tsiqalan! March forward whether light or heavy.

Ikhlas, ikhlas, ikhlas!

Hatta sebesar-besar pekerjaan yang mampu atau ingin kita lakukan, semuanya back to square one, semuanya bergantung pada NIAT.

(-_-)

Allahu’alam.

Pasca 20

Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh-Nya untuk menjangkau tahun ke-20 di dunia. Yea, yang bertambah adalah umur, namun hakikatnya masa semakin berkurang untuk menyelesaikan/melaksanakan kerja-kerja dan kewajipan di dunia ini.

dsc01601Uhibbukunna fillah ya ukhti

Terima kasih atas ucap selamat dan doa yang dihulurkan. Didoakan yang sama buat kalian dan semoga Allah makbulkan. Jazakumullahu khairan katsira (may Allah rewards you all for the good).

Apa yang semakin meningkat dengan umur? Itu, serahlah pada kalian menjawabnya. Lain orang, lain perkara yang meningkat atau berkurang dengan peningkatan umur.

Optimis dan pro-aktif?

Personally, insyaAllah selepas ini, akan semakin occupied (hopefully) kerana Design Project untuk first year akan bermula next week di mana kami perlu mendesign plant untuk proses perngisomeran n-butana menjadi i-butana. Menarik, tapi banyak perkara yang aku belum faham tentang proses yang terlibat kerana melibatkan subjek-subjek yang baru dipelajari bermula semester 2 ini.

Semoga Allah permudahkan dan beri kefahaman. ameen.

Selain itu, semester 2 juga menyaksikan penglibatan kami julung-julung kalinya dengan kerja-kerja di lab. Experiment pertama yang aku lakukan 2 minggu lepas adalah berkenaan dengan yeast fermentation. Aku dan rakan sekumpulan membuat 20L larutan beer! fermentation—>alkohol. (-_-“)

Selain bau yang menyengat hidung, kami perlu datang ke lab secara berkala dalam tempoh seminggu untuk mengambil bacaan pH, specific gravity@ketumpatan (guna hydrometer), optical density, dan juga mengira sel-sel yis di bawah mikroskop! (banyak woo..untuk memudahkan kerja, larutan perlu didilute).

It was fine, I guess. Cuma, pertama kali buat measurement di  lab, insiden terpecah hydrometer telah berlaku di tanganku. huhu. 😐

Read More »

Salji!

Mera namhe~

Atas atap chaplaincy centre

Subhanallah. This time, it is for real (unlike the one in my other post : Salji?)

It’s snowing all over the UK.

Tuesday (3/2/2009)

Actually, it had started since Monday. But, kinda on and off.  Still, it was quite thick (and white). I didn’t go out to play on the day it started to snow though, due to my tummy ache. The next day, the sun was shining as usual.

2 Feb 2009

Petang Selasa- Snow mula mencair

2 Feb 2009

2 Feb 2009

On the way to Eastwood A

Thursday (5/2/2009)

Today, while I was getting myself ready to class, I overheard my housemates talking outside of my room. One of them was telling the other one something about “lectures cancelled”.

I guess, it was snowing heavily last night.

I opened the door and asked my housemate about it.

Read More »

Semasa

Mungkin ramai yang dah dengar tentang Perak.

Aku agak ketinggalan sedikit. Agak lambat sikit tahu. Dua tiga hari ini, aku refused untuk menonton lagi Buletin Utama di TV3. Entah, seperti memedihkan hati apabila melihat berita utamanya.  Lebih-lebih menjengkelkan, selepas melihat jawapan 2 orang adunan selepas pelompatan mereka.

(p/s: aku tidak layak untuk komen tentang pelompatan itu, tetapi aku cuma tak berapa boleh terima jawapan mereka)

Buletin Utama [Part 1, minit ke 5:15]

Jawapan yang diberi (menurut bahasa pasarnya)- tak boleh blah!

Mungkin ini satu-satunya katak yang aku suka.

Read More »