Semasa

Mungkin ramai yang dah dengar tentang Perak.

Aku agak ketinggalan sedikit. Agak lambat sikit tahu. Dua tiga hari ini, aku refused untuk menonton lagi Buletin Utama di TV3. Entah, seperti memedihkan hati apabila melihat berita utamanya.  Lebih-lebih menjengkelkan, selepas melihat jawapan 2 orang adunan selepas pelompatan mereka.

(p/s: aku tidak layak untuk komen tentang pelompatan itu, tetapi aku cuma tak berapa boleh terima jawapan mereka)

Buletin Utama [Part 1, minit ke 5:15]

Jawapan yang diberi (menurut bahasa pasarnya)- tak boleh blah!

Mungkin ini satu-satunya katak yang aku suka.



Tidak Pandai Politik

Aku tidak pandai pun bab-bab politik ni. Apatah lagi mahir. Cuma ada kecenderungan sedikit ke arah itu. Mungkin bermula semasa aku darjah 2 atau 3 apabila Cikgu menyuruh kami menghafal nama-nama menteri-menteri di Malaysia/Sarawak.

Kebetulan aku minat. Seperti mana kebetulan antara kalian yang minat komputer dan segala teknologinya selepas pertama kali menghadap komputer. Tetapi ada juga yang tidak.

Seperti mana juga antara kalian yang minat seseorang penyanyi, selepas mendengar sebuah dua lagu nyanyiannya. Tetapi ada juga yang tidak.

Tiada yang luar biasa atau janggal apabila tercetus suka tentang politik.

Berbau Ikan

Pada aku, perkembangan terbaru itu berbau ikan.

Atau dalam bahasa Inggerisnya, something smells fishy.

Pertama, kalau ikut jawapan adunan tersebut, katanya pakat rakyatan seolah-olah telah menolak mereka. Oleh itu, buat apalah mereka stay bersama pakat rakyatan itu.

Satu lagi jawapan adunan itu, kalau pakat rakyatan dah tak nak dia, dia dah TAK ADA ALTERNATIF, terpaksa jadi calon bebas.

Mungkin penaipan ini tak dapat menangkap bau ikan tersebut.Lihatlah jawapan dan ekspresi mereka bagaimana dalam petikan video pada link di atas, mungkin lebih nampak keikanannya (ke-fishy-annnya). Di samping mendapatkan juga gambaran keseluruhan hujung dan pangkal cerita.

Senangnya untuk mereka draw that conclusion!

Mana prinsip? Why on earth were they with pakat rakyatan in the first place? Sebab nak menentang kezaliman kan? Lepas tu, senang-senang nak sokong pihak yang satu ketika dulunya ditentang? Mana prinsip?

Tiba-tiba respek pula dengan Tun Dr. M. Beliau, walaupun dilihat banyak ketidaksetujuan terhadap bekas barisan yang disertainya, beliau tidak pula senang-senang bercadang ingin menyertai pakat rakyatan. Beliau mengkritik, tetapi pada tempat yang selayaknya untuk mengkritik.

Itulah berprinsip namanya!

Bukan dengan mudah melompat-lompat jika tidak ada lagi kesetujuan pada perjuangan yang disertai pada asalnya.

Timbul persoalan, benarkah mereka memperjuangkan apa yang mereka perjuangkan?

Nampak sudah ikhlas tidak ikhlas.

Contoh & Teladan

Haih, kalau suka buat macam tu, buat la. Tapi, sembunyi-sembunyi. Jangan bagi orang nampak. Kami remaja dan belia negara, dapat lihat semua itu.

Terbalik

Kamu ajar kami supaya jujur, tapi kamu tidak jujur.

Kamu ajar kami supaya berintegriti, kamu tiada integriti.

Kamu ajar kami cakap benar walaupun pahit, tapi kamu anggap manis lebih penting daripada benar.

Kamu ajar kami jangan pentingkan diri, tapi kepentingan kamu kepada diri lebih dari segalanya.

Biar Betul-betul

Kalau sudah tidak setuju pun, gunalah cara dan saluran yang betul.

Kalau sudah terdesak pun, gunalah cara dan saluran yang betul.

Kalau sudah tidak ada alternatif pun, gunalah cara dan saluran yang betul.

Usah kucar-kacirkan suasana.  Usah gembar-gemburkan cherita. Usah putar belit berita di media perdana.

Pelik banar

Lagi satu, bukankah pelik, partian yang terbabit itu dengan SLUMBER sahaja menerima kembali ahli yang melompat keluar 11 hari? Macam ada konspirasi.

Iyalah, kalau ikutkan stail partian itu, sepatutnya orang begitu (yang tidak setia), sepatutnya dinyahkan sahaja terus dari partian. Disekat segala kemudahan. Disukarkan kehidupan.

Nampak sungguh, ada agenda sendiri dan tersembunyi.

Secebis Cetusan Rasa

Saja meluahkan rasa hati. Kalau ada iktibar yang dapat diambil, ambillah.

Ini bukan satu analisis peristiwa. Ini SEMATA-MATA cetusan rasa. Mungkin langsung tidak akademik dan kurang berfakta. Semata-mata rasa.

Medan & Alatan

Untuk renungan diri, apa cara nak MENGEKANG lanun-lanun di perairan negara kalau bukan dengan memasuki perairan yang sama, dan menawan mereka?

Begitu juga, apa cara nak menang piala FIFA kalau bukan dengan bermain bola? Adakah patut ingin menang FIFA, tapi berlatih, berusaha, dan bertanding di Pertandingan Hoki Sedunia?

Medan dan alatan perlu betul dan kena pada tempatnya. Nak menang perlawanan bola, pergilah ke padang bola.

Sama juga medan politik, ingin menumpaskan penjahat politik, perlulah berada pada medan yang sama dan alatan yang sama dengan mereka. Tapi, kita bekerja dengan hati yang lebih murni daripada mereka, berpandukan wahyu Illahi.

Jika kita tidak ada di medan itu, mereka akan terus ada di situ bermaharajalela. Sekalipun kehadiran kita belum mampu membuat perubahan besar, sekurang-kurangnya mereka berawas-awas sentiasa.

Itulah fungsi rakyat berpakat. Mungkin kini dan semakin hari, pakat rakyatan nampak seperti buruk di mata kita. Itu mainan media. Jangan terpedaya.

Iya, aku setuju, kita tidak tahu mana benar mana pura-pura. Tapi, kita sedar ada sesuatu yang tidak kena. Pilihan merubah pula di tangan kita.

Kalau kita setuju PILIHAN merubah di tangan kita dan Islam sebagai cara hidup kita, maka jangan kata, politik bukan cerita kita.

Allahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s