Pasca 20

Alhamdulillah, diberikan kesempatan oleh-Nya untuk menjangkau tahun ke-20 di dunia. Yea, yang bertambah adalah umur, namun hakikatnya masa semakin berkurang untuk menyelesaikan/melaksanakan kerja-kerja dan kewajipan di dunia ini.

dsc01601Uhibbukunna fillah ya ukhti

Terima kasih atas ucap selamat dan doa yang dihulurkan. Didoakan yang sama buat kalian dan semoga Allah makbulkan. Jazakumullahu khairan katsira (may Allah rewards you all for the good).

Apa yang semakin meningkat dengan umur? Itu, serahlah pada kalian menjawabnya. Lain orang, lain perkara yang meningkat atau berkurang dengan peningkatan umur.

Optimis dan pro-aktif?

Personally, insyaAllah selepas ini, akan semakin occupied (hopefully) kerana Design Project untuk first year akan bermula next week di mana kami perlu mendesign plant untuk proses perngisomeran n-butana menjadi i-butana. Menarik, tapi banyak perkara yang aku belum faham tentang proses yang terlibat kerana melibatkan subjek-subjek yang baru dipelajari bermula semester 2 ini.

Semoga Allah permudahkan dan beri kefahaman. ameen.

Selain itu, semester 2 juga menyaksikan penglibatan kami julung-julung kalinya dengan kerja-kerja di lab. Experiment pertama yang aku lakukan 2 minggu lepas adalah berkenaan dengan yeast fermentation. Aku dan rakan sekumpulan membuat 20L larutan beer! fermentation—>alkohol. (-_-“)

Selain bau yang menyengat hidung, kami perlu datang ke lab secara berkala dalam tempoh seminggu untuk mengambil bacaan pH, specific gravity@ketumpatan (guna hydrometer), optical density, dan juga mengira sel-sel yis di bawah mikroskop! (banyak woo..untuk memudahkan kerja, larutan perlu didilute).

It was fine, I guess. Cuma, pertama kali buat measurement di  lab, insiden terpecah hydrometer telah berlaku di tanganku. huhu.😐

Keseimbangan

Apa-apa pun dan bagaimanapun kita menjalankan kehidupan kita, yang pentingnya ialah mencari titik keseimbangan. Jangan terlebih dalam satu perkara sehingga terkurang dalam perkara yang lain.

Eksplorasilah kehidupan agar berjumpa dengan perkara-perkara atau pekerjaan-pekerjaan yang lebih bermakna untuk kita lakukan. Mungkin dengan pelajaran, ada orang merasakan hidupnya sudah cukup bermakna.

Mungkin juga dengan kekayaan atau keseronokan atau kekenyangan atau kekuatan atau kemegahan atau kekuasaan atau kecantikan atau sebagainya, seseorang merasakan hidupnya sudah CUKUP bermakna.

Maka, definisi ‘bermakna’ itu perlu diperhalusi lagi.

Dalam dunia ni, banyak titik-titik keseimbangan. Antara panas dan sejuk. Antara lapar dan kenyang. Sehinggakan dalam chemistry kita ada mempelajari tentang equilibrium point. Dalam chemical reaction pula, penting untuk mencapai equilibrium point ini untuk suatu tindak balas yang stabil.

Pressurenya perlu betul, temperaturenya perlu betul, vapour pressurenya perlu betul, dan lain-lain faktor perlu betul untuk mencapai kestabilan.

Betapa seluruh alam ini Allah ciptakan dengan keseimbangan.

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

Surah al-Mulk : 3

Langit dan bumi.

Siang dan malam.

Laki-laki dan perempuan.

Bersih dan kotor.

Taqwa dan fasiq.

Seimbang Hidup

Begitu juga hidup. Perlu ada keseimbangan. Faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan juga perlu dibetulkan. Keseimbangan paling utama kita selaku Muslim yang Mukmin, ialah keseimbangan antara dunia dan akhirat.

Seimbangkah dengan hanya solat 50 minit dalam masa 1440 minit yang kita ada sehari?

Seimbangkah dengan hanya membaca ilmu-ilmi Islami 0.14* jam sehari dengan menelaah pelajaran yang kita peruntukan 3.00  jam sehari?

*assumption: sejam untuk seminggu

Seimbangkah kita?

Seimbangkah antara berseronok untuk hiburan nafsu (lagu, drama, TV3, Buletin Utama, Akademi Fantasia, etc) yang 1 jam satu episod dan berpuluh-puluh episod seminggu (contohnya) dengan berseronok untuk hiburan hati (al-Quran dan zikir) yang tak sampai 30 minit pun sehari?

Seimbangkah jasad dikuatkan dengan makanan-makanan yang mengenyangkan tapi ruh dibiarkan kelaparan tanpa makanan rohani?

Seimbangkah antara nikmat yang kita dapat dengan syukur kita kepada Pemberi nikmat?

Ironinya

Ironinya, kerja yang kita lakukan seharian untuk hidup yang amat sementara di dunia lebih banyak daripada kerja yang kita lakukan untuk infiniti hidup di akhirat.

Akhirat hidup yang abadi. Jika purata umur kita di dunia adalah 70 tahun (macam lama), tapi hidup kita di akhirat kelak adalah mungkin lebih daripada 7000000000000000000000000000000000000000000000000000 tahun (infiniti, abadi).

Seimbangkah kerja yang kita buat sekarang untuk hidup 70 tahun dengan kerja yang kita buat untuk hidup lebih daripada 7000000000000000000000000000000000000000000000000000 tahun (infiniti, abadi)?

Woopsi..bukan BN yea. 😀

Penutup

Aku selalu sangat lupa. Aku takut juga, risau, dan gusar.

Allah warning dalam Surah as-Saff ayat 2 & 3.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Ingatkan apa yang aku lupa. Jadikan aku kota dan kerjakan apa yang aku kata.

Jom, titik keseimbangan-kita cari dan capai bersama-sama. insyaAllah.

Allahu’alam.

4 thoughts on “Pasca 20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s