Ikhlas, ikhlas, ikhlas!

Sebuah nota pendek. Semalam, semasa usrah, naqibahku telah menyebut perihal ikhlas.

Ikhlas ni ada beberapa peringkat.

1. Common people – buat ibadah kerana TERTARIK dengan ganjaran Allah (pahala)

2. Special people (darjah al-khawwas) – buat sesuatu untuk dapat syurga Allah.

3. Paling tinggi (khawwas al-khawwas) – tidak kisah neraka atau syurga tetapi ibadah semata-mata untuk dapat REDHA Allah. [huhu. masyaAllah]

*betulkan jika salah ejaan pada term arabic yang digunakan

Phew. Bekerja buat kita occupied. Mungkin, aku juga suka bila occupied. Bila kita sibuk, barulah kita tahu mana prioriti mana tidak. Barulah kita tahu mana yang patut didahulukan mana yang patut dikemudiankan. Bandingkan jika hidup yang santai, tanpa tuntutan kerja yang mendesak, mudah saja untuk kita berleka-leka.

Apabila aku sebut tentang ‘kerja’, ia boleh jadi apa saja. Sebesar-besar kerja da’wah mahupun sekecil-kecil kerja membersih dan mengemaskan bilik. Kerja di pejabat, kerja di rumah, kerja di ladang, kerja di laut, mahupun kerja di awanan.

Kerja satu hal. Ikhlas dalam kerja satu hal. huhu. Itu tidak mudah. Sukar untuk dipastikan. Ataupun ada kaedah untuk memastikan sebenarnya? Atau hanya Allah yang tahu.

Aku tidak punya cara untuk tahu. Aku hanya tahu, kita PERLU berdoa moga kita terhindar dari tidak ikhlas :

Ya Allah, kami berlindung pada-Mu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui!

Teringat aku pada satu pesanan seorang akak pada blog seorang sahabatku;

Moga perjuangan di medan peperiksaan diikhlaskan hati kerana Allah kerana sesungguhnya perjuangan dalam mengecapi keikhlasan itu adalah satu perjuangan yang besar,insyaAllah.

Bukan sahaja di dalam peperiksaan, tapi apa jua pun, perlunya ikhlas itu. Point taken, nak mencapai ikhlas itu pun sudah menjadi satu perjuangan yang besar, apatah lagi untuk ikhlas dalam perjuangan.

Tiada lain, sangat dan setiasa berharap agar diluruskan niat dan hati.

Alangkah rugi andai amalan kita umpama tanah di atas batu licin, apabila hujan lebat maka licin habislah batu itu.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir

Al-Baqarah : 264

Infiru khifafan wa tsiqalan! March forward whether light or heavy.

Ikhlas, ikhlas, ikhlas!

Hatta sebesar-besar pekerjaan yang mampu atau ingin kita lakukan, semuanya back to square one, semuanya bergantung pada NIAT.

(-_-)

Allahu’alam.

2 thoughts on “Ikhlas, ikhlas, ikhlas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s