Melayu Melayan

Yea, aku Melayu. Namun tidak pernah sebelum ini aku berasa amat muak dengan orang-orang yang terlalu mengagung-agungkan Melayu sehinggalah dewasa ini. Mempertahankan Melayu entah pada apa dasar dan asasnya.

Mengungkit-ungkit sumbangan pejuang Melayu dahulu dan kini serta betapa kita selaku generasi hari ini diberitahu wajib untuk kita menghargainya dan juga membalas jasa itu sebaiknya. Sesiapa yang melakukan sedikit pertentangan (walaupun bukan sesuatu yang tidak baik), dianggap penderhaka.

Percaya atau tidak, suatu ketika dahulu aku pernah mempertahankan filem-filem Melayu. Kalau ada ahli famili yang nak beli VCD cerita Melayu, aku katakan musti beli yang original!  Sokong Melayu, jangan khianat dengan orang Melayu. Aku melenting bila orang kutuk hasil karya orang Melayu.

Itu zaman dulu.  Ketika aku sangat pro-Melayu. (maaf, ada contoh hedonistik sahaja) (-_-)

Oh, jap! Aku juga sokong mansuhkan PPSMI sebagai salah satu cara untuk mempertahankan Melayu! 😛

Ada apa dengan Melayu?

Memperjuangkan Melayu, boleh membawa kepada apa sebenarnya?

Ahah, cuba fikir dalam-dalam kenapa agaknya ni ya? Betulkah demi kepentingan negara? Atau lain-lain?

Definisi Penderhaka ?

Tergamak menidakkan hak bangsanya sendiri?

(Bagaimana pula dengan yang menidakkan HAK Allah?)

Menghina tanah airnya sendiri?

(Bagaimana pula dengan menghina syiar[1] agama Allah itu sendiri?)

Tergamak mempersendakan institusi raja untuk memuaskan nafsu rakusnya?

(Bagaimana pula dengan mempersendakan hukum-hukum Allah dengan tidak mahu melaksanakannya, demi nafsu rakusnya?)

Mencemar parlimen sebagai dewan yang mulia dan membelakangkan perlembagaan?

(Bagaimana pula dengan mencemar kesucian Al-Quran yang mulia dengan membelakangkan tuntutan, amaran, dan peringatan yang terkandung di dalamnya)

Read More »

Advertisements

Knock Knock

“Ting ning ning..ting ning ning..” bingit bunyi alarm henponku awal pagi itu. “Ting ning ning..ting ning ning..” Masih, aku masih tidak sedar. Amplitud bunyi alarm semakin meningkat. Aku membuka kecil mataku. Dalam kegelapan, aku meraba-raba di sisi katil mencari henpon yang berbunyi tadi.

Off. Alarm dimatikan. “Tok..tok..tok..” Bunyi pintu bilikku diketuk. Oh! Ketukan itu yang menyedarkan aku rupanya. Seraya bunyi alarmku dimatikan, ketukan pintu di bilikku turut berhenti. Tidak kasar, cuma ketuk. Terdetik untuk ingin bangkit dan membuka pintu, namun aku masih di situ. Terpaku. Blur. Masih separa sedar barangkali.

Seketika selepas ketukan itu berhenti, bunyi pintu bilik lain kedengaran terbuka dan kemudian tertutup semula. Orang yang mengetuk sudah kembali ke biliknya. Aduh! Rasa bersalah sekali. Namun, aku kalah dalam perjuangan pada awal pagi itu. Aku tertidur kembali dek terlalu mengantuk. Mujur, sempat bangun sebelum matahari mula menerangi alam.

Pada bangunku yang kedua itu, aku perasan, ada nota disisipkan di bawah pintuku. Selesai solat subuh, aku mengambil nota itu. Mungkin dari yang mengetuk pintu bilikku awal subuh tadi. Nota itu tertulis permintaan supaya aku mematikan alarmku.

Katanya setiap kali alarmku habis berbunyi, dia pasti terjaga (isk..isk..maksudnya, agak lama la agaknya tu alarmku telah berbunyi sehinggalah ketika aku memadamkannya). Rasa bersalah lagi. Katanya lagi, dia ada kelas pada pukul 9.15 (maksudnya, dia perlu bangun awal untuk ke kelas). Pastinya, alarmku telah mengganggu hidupnya pada pagi itu! Rasa bersalah lagi!

Read More »