Knock Knock

“Ting ning ning..ting ning ning..” bingit bunyi alarm henponku awal pagi itu. “Ting ning ning..ting ning ning..” Masih, aku masih tidak sedar. Amplitud bunyi alarm semakin meningkat. Aku membuka kecil mataku. Dalam kegelapan, aku meraba-raba di sisi katil mencari henpon yang berbunyi tadi.

Off. Alarm dimatikan. “Tok..tok..tok..” Bunyi pintu bilikku diketuk. Oh! Ketukan itu yang menyedarkan aku rupanya. Seraya bunyi alarmku dimatikan, ketukan pintu di bilikku turut berhenti. Tidak kasar, cuma ketuk. Terdetik untuk ingin bangkit dan membuka pintu, namun aku masih di situ. Terpaku. Blur. Masih separa sedar barangkali.

Seketika selepas ketukan itu berhenti, bunyi pintu bilik lain kedengaran terbuka dan kemudian tertutup semula. Orang yang mengetuk sudah kembali ke biliknya. Aduh! Rasa bersalah sekali. Namun, aku kalah dalam perjuangan pada awal pagi itu. Aku tertidur kembali dek terlalu mengantuk. Mujur, sempat bangun sebelum matahari mula menerangi alam.

Pada bangunku yang kedua itu, aku perasan, ada nota disisipkan di bawah pintuku. Selesai solat subuh, aku mengambil nota itu. Mungkin dari yang mengetuk pintu bilikku awal subuh tadi. Nota itu tertulis permintaan supaya aku mematikan alarmku.

Katanya setiap kali alarmku habis berbunyi, dia pasti terjaga (isk..isk..maksudnya, agak lama la agaknya tu alarmku telah berbunyi sehinggalah ketika aku memadamkannya). Rasa bersalah lagi. Katanya lagi, dia ada kelas pada pukul 9.15 (maksudnya, dia perlu bangun awal untuk ke kelas). Pastinya, alarmku telah mengganggu hidupnya pada pagi itu! Rasa bersalah lagi!

Aku pun membawa kertas itu ke mejaku, lalu menulis:

dsc016041(-_-“) (error? turn the volume down~turn down the volume)

Aduh!

Yang Jauh, Yang Dekat

Peristiwa pagi itu membawa aku berfikir. Muhasabah diri.

Tanpa berniat untuk menyusahkan orang lain atau mengganggu hidup orang lain, aku telah pun menyusahkan dan mengganggu hidup orang lain. Tanpa niat ingin membuatkan orang lain annoyed dengan tindakanku, aku mungkin sudah pun membuat orang lain annoyed dengan tindakanku.

Itu kepada orang yang aku tak kenali secara dekat (yea, they might be my housemates, tapi aku kurang juga berkomunikasi dengan mereka, sekali sekala tersenyum dan bersapa andai terjumpa di tangga atau di dapur). Orang yang tiada pertalian darah ataupun tautan hati mahupun kesatuan fikrah denganku, mungkin telah terkesan dari segi fizikal, mental ataupun emosi atas perkara yang aku tidak jangka dan tidak disengajakan (bunyi alarm yang bingit??).

Lantas fikiranku dibawa kepada mereka yang ada pertalian darah, tautan hati, mahupun kesatuan fikrah denganku, tentu lebih-lebih lagi! Tentu lebih-lebih lagi, tentu lebih banyak lagi tindak-tandukku, pengucapanku, responku, dan lain-lain yang telah menyakitkan mana-mana yang terjatuh ke dalam kategori itu.

Aduh!

Andai & Maaf

Andai ada (semestinya ada), aku ingin mohon maaf. Andai berlaku lagi, aku pohon maaf lagi.

Benar mungkin pepatah Melayu, sedangkan lidah lagi tergigit. Dalam hidup bermasyarakat, berorganisasi, berkumpulan atau pendek kata hidup berinteraksi dengan manusia ini, memang terdedah kepada pergeseran, ketidakselesaan, kekurangsenangan, pertentangan, dan yang ekstrim sehingga membawa kepada permusuhan! (Nau’zubillah)

Lapang Dada & Husnu Dzon

Berlapang dada dan bersangka baik (husnu dzon) itulah yang asasnya. Ini bukan sepatutnya apa yang kita tuntut daripada orang lain untuk dilakukan terhadap kita tetapi ianya merupakan apa yang mesti kita aplikasikan dalam apa-apa jenis perhubungan yang terjalin antara kita dengan orang lain.

Aku pun struggle untuk mengaplikasikan perkara ini.

Berlapang dada bermaksud menekan butang “pause” sebelum kita mengambil tindakan seterusnya. Kata pakcik Covey, antara stimuli dan respon, ada satu ruang untuk kita berfikir. Berfikir apa respon terbaik untuk stimuli yang kita terima.

Aku struggle kerana aku mengambil beberapa ketika sebelum mampu menekan butang pause, kebiasaannya. Tindakan refleks?

Penutup

Lagi dan lagi, peringatan buat diri.

Allahu’alam.

p/s: pintu bilik dan dinding yang nipis? aiseh.😐

p/s 2: Subhanallah, musim bunga dah masuk! Can I vote this season as my favourite season of the year while I’m abroad?πŸ™‚



18 thoughts on “Knock Knock

  1. @Farhanah:

    Salam Ana!!! waa..thanks for dropping by.πŸ™‚

    Yeap, setuju. Huhu. Tapi memang rase cam ‘terhantuk’ jugak sebab tentu banyak lagi kesalahan2 kte yang kte x sedar dan atas sebab tu, kte x minta maaf kat sape2 yang terjejas atas tindakan kte, dan ahernya orang tu yang menderita sorang2. huhu.

    Maafkan saya ye semua.😦

    Owh, kat sini saya duduk uni hall tapi mcm rumah, ada dapur and toilet tapi takde living room ke pe2. 3 tingkat. Satu tingkat 5 bilik. Mostly dalam ni omputeh local. Ada gak orang Hong Kong and ada gak sorang lagi Malaysian Chinese.πŸ˜‰

    (^_^)

  2. @Buruh:

    Waalaikumussalam

    yeap, sepatutnya buat macam tu. huhu. tapi mungkin culture shockπŸ˜›

    skang ni Subuh dah makin awal, pukul 4 lebeh macam kat Borneo. Kalau dulu pukul 6 lebeh, 5 lebeh, now jadi makin awal.😐

    Memang banyak kena adjust ni. huhu. (ke alasan? haih)

    Nway, insyaAllah, usaha akan ditingkatkan! Mission statement: tido awal, bangun awal.πŸ™‚

    Wallahu’alam.

    (^_^)

  3. salam wbt..

    huhu.. siannya kitak.. kamek pernah juak kenak, tp Tatiana xda nganta nota kedak ya.. nya juz pnah nganta nota nyuruh kamek cuci toilet.. hehe..

    xpa2, kamek tauk kitak mesti boleyh, sebab kitak memang berdisiplin.. go Syaaa…… +)

  4. @Kak Dayang:

    Salam. hehe. dapat ‘love letter’ eh? btw, at least ktk tauk sapa gerangan org ya, kes kmk, kmk x tau sapa ndak ka antara floormate kmk yang berik note ya. isk2.πŸ˜›

    huhu. yala, tapi bagus juak jadi benda tok, ada pengajarannya kot untuk kmk. banyak sangat terlepas pandang bila berinteraksi dengan manusia sekeliling yang ada masa2nya secara sik sedar dah pun berlaku zalim kepada orang lain.😦

    huhu. disiplin? aiseh..perlu ditingkatkan lagik (below average)..ney sik kadang-kadang mcm kucar kacir jak kehidupan. hehe. nway, insyaAllah n thx atas kepercayaan (kmk jadikan ya sbg self-fulfilling prophecy okies!).

    (^_^)

  5. salam sya..
    hehe kena tegur pasal alarm yea? ni baru sikit kot..tunggu summer nanti
    lagi awal subuh tu..isk ;(
    kamel penah pakai lagu raya raihan jadi alarm (lebaran ini)
    haha selalu jugak la lagu melaung2 kejut bangun tapi tak gerak
    last2 host family kamel pun dah siap bleh hafal dah irama lagu tu
    pasal pagi2 asyik duk bunyi je.. =^_____^= adeh

    ps. nanti easter datang cardiff tak? kamel gi sana 30hb. jumpa k.dayang, ajah, sume. jom la!

  6. Salam.

    hehe. yerp. seb baik xde surat blackmail ke ape.πŸ˜€

    aah, pnah dengar pasal summer punye timing. xleh imagine la kamel! huhu.

    memang drastik juga eks perubahan masa die. dulu terkejut cimpanzi malam yang panjang, ni normal sket (mcm kat msia lbey kurang), lepas ni siang pulak makin panjang. masyaAllah!

    p/s: patut guna lagu negaraku, kalau x pun lagu keranamu malaysia, hehe dapat promote malaysia sambil2 tu.

    p/s2: erm, cadangan yang baik. x plan lagi ekceli cuti easter ni. btw, Ajah ke Bath sebelum ke Cardiff, insyaAllah mybe bole join venture ngan Ajah from Bath to Cardiff. yeah, reunion!πŸ˜‰

    p/s 3: smoga Allah permudahkan segala urusan Kamel. fighting!

    (^_^)

  7. Salam!

    Huhu, kmk pun pernah kenak. Tapi sitok neighbour kmk sekda la main tulis2 note tok, cdak teriak jak: hey, can u switch it off? We’re trying to sleep here!

    Erks. Maka main lagu nasyid yang mmg low volume kot. Haih. Ketidakindahan tinggal kat apartment! Nya main piano ulang2 tune yg sama boleh la plak. Tsk2.

  8. Salam Nurisa!

    Hehe. woh! lagik direct. tsk2. mun camya, coba berik note ngan nya tym nya men piano.πŸ˜›

    Kmk pun dah insaf, x pake lagik dah bunyi alarm yang dolok ya. hehe. memang taktiknya, kena tido awal untuk bangun awal. ;P

    btw, skang dah timing ctok macam kat miri kali, kol 6 camya dah mula nak terang. dan akan jadi semakin awal! phew~ (-_-“)

    (^_^)

  9. wah…ada perjumpaan di cardiff nampaknya…ala korang…bila akak dpt pergi ni..huahuahauhaua….korang balik summer bila ye? ha…akak pergi lps summer ok tak?????

    nak jumpa korang…nun di selatan..aish…

    kamel..ajah..dayang…syashot!

  10. @Kak Zaf

    Salam. ahah. insyaAllah. waaa..bila2 akak nak gi, sila2. insyaAllah kami sentiasa bersedia.πŸ˜‰

    Saya balik insyaAllah awal Jun. Nak datang lepas summer? bole2! insyaAllah akan ada semula di Bath oktober nanti. Hope Kak Zaf masih ada di sini waktu tu.

    Yeah, 4 musketeers selatan tu. heheh. one for all and all for one!πŸ™‚

    (^_^)

  11. salam kak. lmk xdgr kabar..
    hahaha..tedah. duhh.. dpt imagine bunyi alarm kakak yaa..
    haha.. i noe i noe. kdk kt miri, alarm dh 50x bunyi.. xbgn2 juak.. jk jk
    haha. xpa2… ‘take ur time’πŸ˜‰
    ngeeh.

  12. salam wbt..

    hehe.. lawak la kamek baca smua komen2.. +P

    bah.. makin la kamek rasa hepi sebab kitak pun maok datang ke Cardiff. +)

    insyaAllah, reunion mesti maok gempak (walaupun blum tauk gik apa yang best kat Cardiff tok.. hee~)

  13. Salam.

    hehe. kmk pun x expect ramei duhal ada pengalaman pelik tok.πŸ˜›

    insyaAllah, sehingga ketemu di bumi Cardiff.πŸ˜‰

    p/s: apa yg bes kat Cardiff? ciken cottage kali. hehe. thx belanja makan ciken cottage dolok.πŸ™‚

    (^_^)

  14. hhohhohohoh~~~
    aku prnh kena dgn senior tym kat seseri dluh. takot aku, tetiber der note kt locker. mcm hana yori dango la plk^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s