Melayu Melayan

Yea, aku Melayu. Namun tidak pernah sebelum ini aku berasa amat muak dengan orang-orang yang terlalu mengagung-agungkan Melayu sehinggalah dewasa ini. Mempertahankan Melayu entah pada apa dasar dan asasnya.

Mengungkit-ungkit sumbangan pejuang Melayu dahulu dan kini serta betapa kita selaku generasi hari ini diberitahu wajib untuk kita menghargainya dan juga membalas jasa itu sebaiknya. Sesiapa yang melakukan sedikit pertentangan (walaupun bukan sesuatu yang tidak baik), dianggap penderhaka.

Percaya atau tidak, suatu ketika dahulu aku pernah mempertahankan filem-filem Melayu. Kalau ada ahli famili yang nak beli VCD cerita Melayu, aku katakan musti beli yang original!Β  Sokong Melayu, jangan khianat dengan orang Melayu. Aku melenting bila orang kutuk hasil karya orang Melayu.

Itu zaman dulu.Β  Ketika aku sangat pro-Melayu. (maaf, ada contoh hedonistik sahaja) (-_-)

Oh, jap! Aku juga sokong mansuhkan PPSMI sebagai salah satu cara untuk mempertahankan Melayu!πŸ˜›

Ada apa dengan Melayu?

Memperjuangkan Melayu, boleh membawa kepada apa sebenarnya?

Ahah, cuba fikir dalam-dalam kenapa agaknya ni ya? Betulkah demi kepentingan negara? Atau lain-lain?

Definisi Penderhaka ?

Tergamak menidakkan hak bangsanya sendiri?

(Bagaimana pula dengan yang menidakkan HAK Allah?)

Menghina tanah airnya sendiri?

(Bagaimana pula dengan menghina syiar[1] agama Allah itu sendiri?)

Tergamak mempersendakan institusi raja untuk memuaskan nafsu rakusnya?

(Bagaimana pula dengan mempersendakan hukum-hukum Allah dengan tidak mahu melaksanakannya, demi nafsu rakusnya?)

Mencemar parlimen sebagai dewan yang mulia dan membelakangkan perlembagaan?

(Bagaimana pula dengan mencemar kesucian Al-Quran yang mulia dengan membelakangkan tuntutan, amaran, dan peringatan yang terkandung di dalamnya)


Inikah perjuangan kita orang-orang Melayu?

Berikrar untuk mempertahankan setiap tiang seri yang telah menjadi asas yang menegakkan kedaulatan negara bangsa selama ini.

(Inikah yang kita perjuangkan?)

Mempertahankan keluhuran perlembagaan.

(Inikah yang kita perjuangkan?)

Memastikan hak dan kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputra.

(Inikah yang kita perjuangkan?)

Kesucian agama Islam serta intitusi-institusi raja-raja Melayu terus dijulang.

(Inikah yang kita perjuangkan? Mengapa bukan Islam yang terutama sekali untuk dijulang dan diperjuangkan? Adakah bermaksud urusan Melayu sentiasa lebih perlu didahulukan berbanding urusan Islam?)

Berkobar-kobar dengan laungan “Hidup Melayu”.

(Inikah yang kita perjuangkan atau laungan “ALLAHU AKBAR”?)

Bersungguh-sungguh mempertahankan “Daulat Tuanku”.

(Inikah yang kita ingin pertahankan atau kalimah “LAAILAHAILLALLAH” yang mesti kita tegakkan?)

Andai kita mati sebentar lagi, adakah…

Mati dalam perjuangan Melayu? Atau mati dalam perjuangan Islam?

Islam-Melayu Bukan Isu Kepartian

Kawan-kawanku yang dikasihi, ingatkah kalian ketika al-fadhil ustaz menyebut dalam kuliahnya, “WAJIB mengundi….(tahu sendirilah yea)”πŸ˜€

*maaf kalau part ini hanya mungkin difahami oleh ahli Tekun-Cekal’06. πŸ™‚

Mungkin ada yang tidak senang dengan seruan itu. Mungkin ada yang tidak berpuas hati. Mungkin ada yang terpinga-pinga. Mungkin ada yang tidak kisah pun..lantak la, terbit kata-kata di dalam hati.

Bermotif politikkah pernyataan itu? Seruan kembali kepada fitrah, mengajak kepada memenuhi tujuan sebenar hidup di dunia, bermotif politikkah?

Bagiku semestinya tidak!

Seraya dengan itu, ingin aku nyatakan bahawa post ini juga tidak berbaur apatah lagi berunsur kepentingan politik.

Penutup

Sekadar untuk renungan. Mungkin orang kata tidak kuasa untuk campur semua urusan ini. Asalkan kita bahagia. Asalkan kita aman damai. Asalkan kita tidak kelaparan. Asalkan negara kita maju. Buat susah-susah sahaja pening kepala.

Untuk sama-sama kita fikirkan, kenapa agaknya masih wujud golongan yang tanpa jemu dan putus asa terus memperjuangkan Islam di seluruh dunia dan juga di negara kita sendiri?

tokoh-gerakan-islamAntara tokoh gerakan Islam sedunia

Adakah saja-saja dan suka-suka untuk meraih kepentingan diri di dunia? Atau demi memenuhi tuntutan[2] dan tujuan[3] hidup manusia diturunkan ke dunia?

Jawapan mana yang ingin kalian miliki wahai Melayu sekalian?

Nak memperjuangkan Melayu tidaklah salah, cuma perlu ingat ada batas-batasnya.

Nota:

[1] Syiar bermaksud lambang. Contoh syiar Islam ialah menutup aurat. Macam kalau polis, kita kenal polis dengan uniform biru gelapnya. Uniform biru gelap itu adalah syiar polis. Itu contoh sahaja dan banyak lagi syiar-syiar Islam dalam kehidupan kita.

[2] Sebagai khalifah : Membangunkan agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

[Al-Baqarah : 30]

[3] Sebagai hamba Allah.

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku

[Az-Zariyat : 56]

Wallahu’alam.

4 thoughts on “Melayu Melayan

  1. subhanallah..post yg hebat..betul!..apa yang dipertahankan sebenarnya di sebalik erti melayu?? renung kembali, apa sebenarnya yg kita perjuangkan??

    erm, bimbang juga ye dlm kubur nanti,
    apa agama mu??
    melayu?? oh tidak..islam..

    andai ada pula persoalan.apa yang kau perjuangkan selama hidup mu??
    aku perjuangkan hidp melayu!!

    erk..kontradik bukan? pabila agama dan bangsa di asing2 kan..ayuh, bangkitlah melayu yang kuat jati diri islamnya..bangunlah kau, sebagai insan yg berjiwa islam yang subur dengan kesempurnaan akhlak yg x ternilai dan juga hiasilah dgn adat melayu yg kaya budi pekerti dan sopan santunnya..

    xsalah memperjuangkan melayu, andai ianya selari dgn agama yang membentuk jiwa mu..islam itu indah…melayu itu cantik kerana banyak diadaptasi dr islam itu sendrii…renungilah…apa asasnya bersorak hidup melayu??moga nampak kembali apa asbabnya

    p/s: kat cn ade sorg PR tu, suke betul ngn melayu dan malaysia…sbb nya, dia nampak indahnya islam di sana..hehe..bangga..namun bimbang terselit juga…andailah insan itu mengkaji betapa “indahnya” kerajaan y menaungi malaya..heehe..(fhm2 la eh)..

  2. Alhamdulillah.

    Setuju, sepatutnya, Melayu=Islam. (tapi, Islam=apa-apa bangsa yang ada di dunia ni)

    Bak kata salah seorang tokoh gerakan Islam di Malaysia, Cina boleh jadi Islam, India boleh jadi Islam dan jadi pemerintah negara kita asalkan landasannya Islam. Melayu xde keeksklusifan pun.

    Seorang Melayu hanya boleh terbit kesopan-santunan, kepekertian budinya dengan mengamalkan akhlak Islam.

    p/s: Mungkin betul kata mantan PM Malaysia, “Melayu mudah lupa..’

    p/s 2: credit to pemimpin tanah air, at least dapat ‘menunjukkan’ keindahan Islam di negara kita, tapi sayang kalau semua tu ‘perhiasan’ semata-mata.πŸ™‚

    Wallahu’alam.

    (^_^)

  3. Salam..
    hi sya..pekabar..lame x bertnya kabar ni..amcm negara uncle sam time2 economy down ni..hah

    eh btw..kawan an ad yg p perhimpunan tu..mmg ramai depa ckp..
    cuma pihak ‘authority ni agak kureng skit’..kesian Pak Samad yg da berumur tu..x de rasa kasihan langsung..geram gak bile dgr citer ni..huh..

  4. Salam DrZahau.

    kabar baik alhamdulillah.jap, negara uncle sam tu bukan US ke? kat sini uncle Brown kot. hehe, ana pun x peka ngan perkembangan ekonomi, nta la selaku yg belajar perkara yang adaa kaitan ekonomi ni patut update kat ana. hehe.πŸ™‚

    (tanggungjawab bersama sebenarnya. tsk2.)

    btw, bila nta cakap ‘kawan an ad yg p perhimpunan tu..’ dan ayat seterusnya, ana sungguh blur dan ana ingat nta cakap pasal muktamar agung ameno. hehe.

    lepas tu, ana nampak ‘pak samad’, lalu ana bertanya, ‘sape pak samad dalam ameno?’ lepas tu, ana baca lagi, ‘xde rasa kasihan langsung..’, ana pun bertanya lagi, ‘jap, kenapa kena kasihan dalam muktamar agung ameno?’

    lepas tu, ‘geram gak ble dengar..’

    ana pun, ‘chop2, sah bukan tentang muktamar ameno’. haha. then baru ana realise nta tengah refer perhimpunan mansuhkan PPSMI.πŸ˜€

    maaf atas ke-lampi-an, berita semasa kebelakangan ini banyak berkaitan isu tu. tu la ttiba absent-minded😐

    p/s: semoga Malaysia terus makmur, tahniah dan takziah buat PM ke-6.πŸ˜‰

    (^_^”)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s