Laskar Pelangi

Mungkin agak terlambat promo yang aku buat ini. Tapi, nonton jangan nggak nonton sih! Satu-satunya filem Indonesia yang aku jatuh suka! Sebuah filem adaptasi daripada novel tulisan Andrea Hirata. Sungguh inspiring!

Mungkin kita tidak dapat berjaya seperti orang-orang yang sangat-sangat-sangat berjaya pada fizikalnya, namun menginspirasikan orang lain untuk terus berusaha mencapai jaya bagi aku adalah suatu kejayaan yang cukup besar.

Memberilah dengan sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya!

Success is more about what we can GIVE to others rather than what we can GAIN for ourselves.

Slamat mnonton!

Trailer Laskar Pelangi

Allahu’alam.

p/s: Macam mana aku boleh tertengok Laskar Pelangi ni? Thanks to status-status YM yang menarik aku untuk menontonnya. 🙂


Wandering Wondering

desktop_bathDesktopku

Gambar : Royal Crescent, salah satu tarikan pelancong di Bath. Merupakan bangunan yang berbentuk ‘arc’. Mengapa ia begitu menarik, penulis tidak pasti. Credits to Ajah untuk gambar ini. Gambar ini diambil semasa beliau bersiar-siar di Bath pada cuti Easter yang lalu.

Wandering wondering.

So many hours spent today, made me come into realisation. How big this world is. How small I am. So many things to be done. So little I’ve done.

How things can change over a period of time. Good for you if the change is for a better good. How scary if the change is something that is worse than bad.

The way I see the world is so different when I’m with different people. The more people I’ve met, the more complicated the world is in my eyes. It’s like doing a jigsaw puzzle. At first, I was innocent and clueless. As I picked one by one of the pieces of the puzzle, matching each piece with another piece, I managed to see one part of the puzzle.

For a moment, I thought I’m going to complete the puzzle in no time.

As I go on, more and more of the pieces of the puzzle that I picked were for the different parts of the puzzle. Which made several different parts of the unfinished puzzle. All the parts are not yet connected to each other.There is a pile of the pieces of the puzzle that needed to be matched with the parts that I’ve solved.

Trust me, it’s not one easy job.

While I’m doing my VERY BEST in completing one part of the puzzle, the other parts of the unconnected puzzle were left untouched. Am I forgetting the other parts of the puzzle?

No, I’m not. It just happened to be the pieces of puzzle that caught my eyes first were the ones which are nearer and reachable to me. As I am becoming excited and anticipated to know where this particular part will connect with the other parts of the puzzle, I started to put my focus only on that particular part.

The situation makes it looks like I’ve neglected, ignored, abondoned, etcetra the other parts of the puzzle.

But please believe me that -I’m not.

I still care and I still want to complete the whole puzzle. Deep in my heart, I believe that all the different parts of the puzzle will be connected to each other one day. insyaAllah. Everything is related.

By one single piece of puzzle

Time and my own capacity limit me from doing what I should have done. There are times I feel the adrenaline rush. There are times I feel so weary and exhausted. There are also times where I become numb and I don’t feel a thing. There are times when I’m being careless and mistakes are  unavoidable.

Whatever it is, I will keep moving forward.

Thank you for the ones who keep supporting and guiding me and sorry to the ones who might have been hurt by my immature and inexperience (or maybe selfish and irresponsible) actions as I go along in completing this jigsaw puzzle of the world around me.

Wandering wondering.

Allahu’alam.


Kerja Rumah

Aku telah mengenalpasti (mungkin) trend menulis blog yang apply kepadaku sejak mutakhir ini (i.e. at least selepas penghujung tahun yang lalu). Aku dapati, aku lebih berkecenderungan menulis apabila ‘stress’ atau dalam fasa ‘pra-musim stress’ dengan tuntutan akademik (courseworks, exam, etc.)

Menaip

Mengapa? Penjelasan yang aku ada ialah fenomena eskepism yang melanda diri yakni cuba mengalihkan diri daripada stress tersebut. (telahan sendiri tanpa dibuktikan dengan kajian saintifik mahupun sistematik). Hipotesis ini mungkin boleh disokong dengan keadaan semasa cuti yang jarang-jarang aku memblog (sebabnya, secara logik masa cutilah banyak masa untuk memblog namun berlaku sebaliknya).

Aku ada satu lagi hipotesis. 🙂

Iaitu, semasa didepani dengan tuntutan akademik, (iaitu semasa sedang berhempas-pulas menyiapkan coursework (especially jikalau semakin menghampiri deadline) ataupun semasa musim revisi bagi exam), semestinya otak sedang dikerahkan dengan ligatnya secara sukarela mahupun terpaksa.

Maka, hipotesis yang aku terfikirkan ialah sel-sel neuron sedang tercetus dengan aktifnya pada musim-musim tersebut dan implikasinya, idea-idea untuk menulis pun datang mencurah-curah.

Sel neuron – salah satu daripada zillion ciptaan Allah yang HEBAT.

Mungkin timbul persoalan, melihatkan aku yang sedang memblog, adakah aku berada dalam status ‘stress’ atau ‘pra-stress’ tersebut? Ekceli, aku baru selesai menghantar satu coursework dan by hujung minggu ini aku perlu menyiapkan satu lagi ‘kerja rumah’ iaitu satu bahagian daripada Design Report untuk design project yang dilakukan secara berkumpulan. insyaAllah.

Whoops, belum menjawab persoalan tadi. Erm, untuk menjawab persoalan tersebut apa yang boleh aku katakan, hipotesis yang aku buat pada perenggan pertama tadi bukanlah 100% benar. Mungkin ada kalanya sahaja.

Oleh itu, tidak bermaksud aku sedang stress jika kelihatan post-post muncul di myfikrah ini. Aku lebih cenderung kepada hipotesis ‘sel neuron’ yang sedang aktif akibat daripada aktiviti yang melibatkan kerja-kerja berfikir. 🙂

Kesungguhan & Sleepless Night

Sesiapa yang pernah atau sedang berada dalam alam universiti yang penuh dengan kerja-kerja kursus di sepanjang semester pasti sudah masak dengan gaya hidup pelajar universiti. Apa yang cuba dispesifikkan di sini ialah, betapa banyak sleepless night yang telah dialami sepanjang bergelar penuntut di universiti.

Read More »

Cuti Yang Tamat

Hampir berakhir cuti Easterku. Cuti 3 minggu semenjak 28 Mac yang lalu. Isnin ini, kelas akan bermula seperti biasa. Alhamdulillah, cuti yang aku kira bermakna. Kedatangan sahabat-sahabat ke Bath membawa aku meneroka bandar Bath ini dan kawasan sekitarnya.

img_11872Bandar Bath (dari atas bukit di belakang universiti)

Percaya atau tidak, hampir 7 bulan di sini,  kesempatan cuti Easter inilah baru aku kenal tempat-tempat di Bath ini. Barulah aku melakukan ‘homework’ tentang map dan juga pusat-pusat tarikan pelancong di sini. Barulah aku benar-benar berjalan dan mengeksplorasi.

img_1040Di hadapan Royal Crescent (Aishafath, Ajah, Sya)

Aku kira, terima kasih kepada Ajah dan Aishafath yang menjadi asbab untuk semua ini berlaku dengan izin Allah jua. Kedatangan mereka yang sangat menghiburkan yang terkadang dalam jenaka buli-membuli itu, terselit bicara penuh makna, moga menjadi pedoman bersama.

Selain Bath, kami juga bersiar-siar di Bristol dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Petang pada hari yang sama kami ke Bristol, Ustaz Erfino (Education Attache, MSD UK & Ireland) dan keluarga melawat warga Bath (i.e. pelajar Malaysia di Bath). Alhamdulillah cuaca pada hari itu sangat indah, di bawah sinaran matahari yang memancar, kami berkesempatan untuk berpikinik di Henrietta Park.

img_1072Di taman bunga sebelum ke Bristol

img_1710Aishafath punya poskad…kenangan di Bristol

bath_picnicWarga Bath, warga Surrey (Ajah), warga London (Aishafath) bersama Ustaz Erfino sekeluarga (gambar diculik dari blog Ustaz Erfino 🙂 )

Untuk piknik tersebut, terima kasih to my seniors and friends, Azlan, Fatin, Hajar, Beng, Bi, Jo, dan tidak dilupakan Abang Rahim yang telah menyediakan mi sup untuk piknik pada petang tersebut.

Read More »

KRIS’09

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak

dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak dan Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak

mempersembahkan

Kem Remaja Islam Sarawak 2009 (KRIS’09)

pada

29/05 – 2/06/2009

bertempat di

Miri, Sarawak

kris1

Hari demi hari, ISLAM semakin ganjil dan janggal di mata umatnya.

Betapa anehnya, yang bertudung merasa rendah diri dengan tudungnya di kala dikelilingi rakan-rakan sebaya yang bersolek cantik dengan pakaian yang menjolok mata.

Yang berseluar panjang merasa segan di samping kawan-kawannya yang berseluar pendek sahaja  di atas sebuah padang bola.

Yang berpacaran, berjalan-jalan di pasar-pasar raya dengan penuh bangga, tapi yang menjaga pandangannya pula berasa malu kerana masih belum berpunya.

Yang menjaga solat setiap kali waktunya, itulah yang pelik di mata, tetapi yang dengan slumbernya melalaikan solat itu sudah jadi fenomena biasa.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w :

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

Dahulu Islam datang sebagai suatu yang asing dalam kalangan masyarakat jahiliyyah di Mekah.

Setelah zaman-berzaman, hari ini Islam kembali ASING!

Atas kesedaran itulah, KRIS’09 diharapkan dapat menjadi suatu anjakan paradigma, membentuk remaja dalam melihat erti hidup yang sebenarnya agar ISLAM kembali melarut dalam kehidupan harian umatnya!

Read More »

I’tiraf..I Admit

Ilahi lastu lilfirdausi ahla, walaa aqwa ‘alannaaril jahiimi

Fahabli taubatan waghfir dzunubi, fainnaka ghafirudz-dzanbil ‘adzimi

Oh Tuhanku…aku tidak layak masuk syurga-Mu

tetapi aku tidak pula sanggup menghadapi seksa neraka-Mu

Maka kumohon taubat dan ampun dosaku

sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

Dzunubi mitslu a’daadir-rimaali, fahabli taubatan ya dzal Jalaali,

Wa ‘umri naagishun fi kulli yaumi, wa dzanbi zaa idun kaifa thimali

Dosa-dosaku seperti butiran pasir di pantai,

maka anugerahilah diriku taubat, wahai Yang Memiliki Keagungan

Dan umurku berkurang setiap hari,

sementara dosa-dosaku sentiasa bertambah, apalah dayaku

Ilahi ‘abdukal ‘aashi ataaka, muqirran bi dzunubi wa qad da’aaka

fain taghfir fa anta lidzka ahlun, wain tadrud faman narju siwaaka

Oh Tuhanku…hamba-Mu penuh maksiat, datang kepada-Mu bersimpuh memohon ampunan,

Jika Engkau mengampuniku sememangnya Engkau adalah Pemilik Ampunan,

Tetapi jika Engkau tolak maka kepada siapa lagi aku berharap?