KRIS’09

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak

dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak dan Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak

mempersembahkan

Kem Remaja Islam Sarawak 2009 (KRIS’09)

pada

29/05 – 2/06/2009

bertempat di

Miri, Sarawak

kris1

Hari demi hari, ISLAM semakin ganjil dan janggal di mata umatnya.

Betapa anehnya, yang bertudung merasa rendah diri dengan tudungnya di kala dikelilingi rakan-rakan sebaya yang bersolek cantik dengan pakaian yang menjolok mata.

Yang berseluar panjang merasa segan di samping kawan-kawannya yang berseluar pendek sahaja  di atas sebuah padang bola.

Yang berpacaran, berjalan-jalan di pasar-pasar raya dengan penuh bangga, tapi yang menjaga pandangannya pula berasa malu kerana masih belum berpunya.

Yang menjaga solat setiap kali waktunya, itulah yang pelik di mata, tetapi yang dengan slumbernya melalaikan solat itu sudah jadi fenomena biasa.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w :

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

Dahulu Islam datang sebagai suatu yang asing dalam kalangan masyarakat jahiliyyah di Mekah.

Setelah zaman-berzaman, hari ini Islam kembali ASING!

Atas kesedaran itulah, KRIS’09 diharapkan dapat menjadi suatu anjakan paradigma, membentuk remaja dalam melihat erti hidup yang sebenarnya agar ISLAM kembali melarut dalam kehidupan harian umatnya!

Bersama mengembalikan keimanan kepada ayat Allah:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Surah Ali-Imran : 139

Mungkin kita tidak mampu menyampaikan dakwah secara “turun padang” seperti rakan-rakan kita.

Mungkin kita tiada kapasiti untuk sama-sama bekerja di belakang tabir dalam penganjuran aktivit-aktiviti pembangunan manusia.

Mungkin kita belum punya idea untuk menterjemahkan harapan dan cita-cita kita untuk Islam di atas sebuah kertas kerja.

Mungkin kita juga terlalu jauh untuk sama-sama memberi sokongan moral mahupun sumbangan tenaga.

Namun, ia tidak bermakna kita tidak boleh menyumbang apa-apa!

Bersama-sama mencantumkan puzzle

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian boleh menyumbang dari segi kewangan sebagai satu bentuk sokongan kepada usaha pengislahan umat ini.

Kepada yang sudi untuk menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Akaun Bank Islam
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Miri
Nombor akaun: 11022010032002

Sebarang sumbangan yang anda berikan sila maklumkan kepada pihak berikut:

Saudara Zhaharudin di talian 013-3190529

Saudari Maliana di talian 019-6006925

Kepada sahabat-sahabat UK/Ireland yang berminat untuk sama-sama menjayakan salah satu usaha islah dan dakwah buat remaja di Bumi Kenyalang ini boleh disalurkan ke akaun berikut:

Lloyds TSB
Account number: 25686268

Sort code: 30-90-54

Refererence: KRIS

Semoga sumbangan ikhlas anda akan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah S.W.T

Umat Islam umpama batu-bata, perlu tersusun kukuh untuk berdiri teguh


O ye who believe! shall I lead you to a merchandise which will save you from grievous woe?

To believe in Allah and His Messenger, and to fight strenuously in Allah’s cause with your property and your persons; that is better if ye did but know!

He will pardon you your sins, and bring you into gardens beneath which rivers flow, and goodly dwellings in garden of Eden;- that is the mighty bliss!

And other things which ye love, – help from Allah and victory nigh! so do thou give the glad tidings unto the believers!

As-Saff : 10-13

Jazakumullahu khair (May Allah rewards you for the good)

Wallahu’alam.

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://kris-09.blogspot.com/ atau boleh berhubung terus dengan Saudara Mohamad Syukrani di talian 019-8832372 (emel: syukrans@gmail.com) atau Saudari Haleeda Untong di talian 016-8315145 (emel: ida_leeda@yahoo.com)

15 thoughts on “KRIS’09

  1. Salam Ris Cun

    erm, x sure pula camne nak wat international transfer.

    tapi, saya rase insyaAllah better Ris bank-in bila Ris dah sampai Msia nanti. kalau international transfer, sure banyak extra charge nye.

    Many thanks!🙂

    Wallahu’alam.

    (^_^)

  2. salam🙂
    weyh… adq join kem ya.. insyaAllah!!
    alhamdulillah… last day exam yaa….
    yeahhhh!! xlmk gik blt.. klk jumpa..
    looking forward.😄

  3. what can i say??
    the best camp Ever nok adk pnh join…
    xstrict glk p bermanfaat!!
    rindu plak kem yaa.. haha
    isk isk!

    1. Mabruk tuan pengarah KRIS!

      Jazakumullahu khair kepada tenaga penggerak KRIS dan semua yang telah memberi sokongan dari segi kewangan mahupun moral.

  4. Mabruk ada semua, terutama admin Blog KRIS, tuan Pengemudi Blog banyak berjasa, tahniah, dan syabas, Semoga ALLAH memperlihatkan segala kebaikan untuk enti, dah di Miri? Jum arrange meeting utk siswa bahagian miri?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s