Cuti Yang Tamat

Hampir berakhir cuti Easterku. Cuti 3 minggu semenjak 28 Mac yang lalu. Isnin ini, kelas akan bermula seperti biasa. Alhamdulillah, cuti yang aku kira bermakna. Kedatangan sahabat-sahabat ke Bath membawa aku meneroka bandar Bath ini dan kawasan sekitarnya.

img_11872Bandar Bath (dari atas bukit di belakang universiti)

Percaya atau tidak, hampir 7 bulan di sini,Β  kesempatan cuti Easter inilah baru aku kenal tempat-tempat di Bath ini. Barulah aku melakukan ‘homework’ tentang map dan juga pusat-pusat tarikan pelancong di sini. Barulah aku benar-benar berjalan dan mengeksplorasi.

img_1040Di hadapan Royal Crescent (Aishafath, Ajah, Sya)

Aku kira, terima kasih kepada Ajah dan Aishafath yang menjadi asbab untuk semua ini berlaku dengan izin Allah jua. Kedatangan mereka yang sangat menghiburkan yang terkadang dalam jenaka buli-membuli itu, terselit bicara penuh makna, moga menjadi pedoman bersama.

Selain Bath, kami juga bersiar-siar di Bristol dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Petang pada hari yang sama kami ke Bristol, Ustaz Erfino (Education Attache, MSD UK & Ireland) dan keluarga melawat warga Bath (i.e. pelajar Malaysia di Bath). Alhamdulillah cuaca pada hari itu sangat indah, di bawah sinaran matahari yang memancar, kami berkesempatan untuk berpikinik di Henrietta Park.

img_1072Di taman bunga sebelum ke Bristol

img_1710Aishafath punya poskad…kenangan di Bristol

bath_picnicWarga Bath, warga Surrey (Ajah), warga London (Aishafath) bersama Ustaz Erfino sekeluarga (gambar diculik dari blog Ustaz Erfino πŸ™‚ )

Untuk piknik tersebut, terima kasih to my seniors and friends, Azlan, Fatin, Hajar, Beng, Bi, Jo, dan tidak dilupakan Abang Rahim yang telah menyediakan mi sup untuk piknik pada petang tersebut.


MasyaAllah, itu baru 3 hari daripada cutiku. Yang diambil sejemput-sejemput sahaja (bukan the whole 3 days). Belum lagi aku kisahkan pengembaraanku ke Cardiff yang telah menemukan aku dan 5 orang lagi sahabat. Pertemuan yang menimbulkan kekaguman kami kepada perancangan Allah yang merupakan sebaik-baik perancang.

dscn2453(Clockwise from left) Kak Dayang, Kamel, Nurul, Aishafath, Sya, Ajah di Cardiff Bay

Allahuakbar, siapa sangka kami berenam sebenarnya pernah bermalam bersama-sama di Dublin Airport pada winter yang lepas (sementara menunggu flight kembali ke London selepas selesai PUISI). Ketika itu, we barely knew each other. Nurul datang dari Edinburgh (di utara UK-Scotland). Ajah pula baru pertama kali aku jumpa semasa ke PUISI. Aishafath pula tidak ke PUISI, di Dublin Airportlah pertama kali berjumpa.

Kak Dayang pula sempat aku temui sekali dua sebelum PUISI (Cardiff hanya lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki direct train) dan Kamel pula aku jumpa buat kedua kalinya di PUISI. Itulah yang aku maksudkan, we barely knew each other.

Pertemuan di Cardiff juga sesuatu yang tidak dirancang. Semua merancang untuk ke Cardiff, tetapi tidak sangka berada di sana pada tarikh yang sama! Antara kami berlima (kecuali Kak Dayang yang belajar di Cardiff), aku yang paling lewat tiba.

Satu lagi kekaguman kami pada rencana Allah, betapa sempurnanya rancangan-Nya kerana ketika Kak Dayang menerima berita sedih daripada keluarganya di Kuching Sarawak, beliau sedang ditemani oleh 4 orang sahabatnya.

Mereka menjadi asbab untuk memberi sokongan kepada Kak Dayang dalam menghadapi saat-saat tersebut (walaupun mungkin tidak mampu mengurangkan apa yang beliau rasa namun aku percaya kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu beliau melalui saat itu).

Di Cardiff juga pertama kalinya aku berbasikal di UK! Betapa tidak ‘fit’nya aku, tercungap-cungap tatkala mengayuh basikal. Di Cardiff juga, aku sempat terjatuh terbaring (bukan sebab naik basikal aite), masih sakit sikit di belakang badanku. Mujur dengan asbab beg laptopku disandang di belakang, badanku tiada direct contact dengan lantai semasa jatuh.

Semuanya dengan izin Allah jua.

img_1220Wales Millenium Centre (di hadapan bangunan inilah aku terjatuh) (-_-“)

img_1250Tak ingat muzium apa. Apa-apa pun, lihat bahasa Welsh pada papan-papan info ini. Bukti keberadaan di Cardiff, Wales. πŸ™‚

Mungkin cukup setakat itu cerita tentang cutiku. Itu baru 5 hari pertama daripada cuti 3 minggu. Apa-apa pun, kalau hendak bicara tentang bahagian menarik, mungkin suku pertama cuti Easter inilah yang paling menarik. Suku kedua dan ketiga mungkin berharga dengan pengalaman yang ditimba. Suku keempat mungkin agak tidak kena kerana banyak melagha~.😦

Dengan manusia yang aku jumpa, pelbagai manusia yang aku habiskan masa bersama sepanjang cuti ini, banyak yang aku ‘belajar’. Mungkin pengajaran yang merupakan ‘siaran ulangan’ kerana mungkin ini bukan kali pertama aku menyedarinya.

Insight sempena cuti ini: Keindahan usaha, doa, serta tawakal. Kepercayaan kepada ketentuan-Nya. Amal perlu ikhlas kerana-Nya.

Pernah tak dalah hidup ini, kita merasa hampir berputus asa kerana apa yang kita rancang tidak berakhir dengan sempurna? Ataupun sedang kita berada dalam zon selesa, telah berlaku sesuatu yang tidak kita jangka?

Kalau tiada penyerahan kepada-Nya (tawakal), kita pasti akan dilanda rasa kecewa tahap dewa. Kita rasa apa yang telah kita lakukan telah menjadi sia-sia. Kita rasa hidup seperti tiada lagi bermakna. Oleh itu, aku mengingatkan diri, ikhlas itu perlu ada dalam melakukan sesuatu mahupun dalam menerima sesuatu yang di luar jangkaan. [klik di sini]

Mungkin bercakap nampak mudah, namun apabila terkena, tekejar-kejar mencari punca.😐

Semoga ada ibrahnya.

Kepada diri, tolonglah hayati hadis ini:

Daripada lbnu ‘Umar r.a. رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡Ω…Ψ§ beliau berkata:

Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu ‘Umar r.a. pernah berkata:

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

Make the best! [klik untuk MP3 nasyid berkenaan hadis ini]

Wallahu’alam.

9 thoughts on “Cuti Yang Tamat

  1. tsk tsk..sya oo sya. ni mesti byk tgk cite ‘jgn pandang belakang’ nih. sampai tak perasan ada besi yang sya tersepak tuh. adeh
    (agak horror la bila nampak sya jatuh. sakit woo~) sekarang cemana? sakit lagi tak?
    if still, better pegi cek tau. jangan sampai melarat..

    ps. menunggu korang sampai brighton~ hee

  2. Salam Kaamyl

    hehe. tu la, jalan tak tengok belakang kan.πŸ˜€ (x sangka plak di mata orang lain, ‘kejatuhan’ tu nampak horror~)

    Kekadang je sakit sket, hopefully nothing serious. n thanks for ur concern. if anything, insyaAllah I’ll do whatever necessary.πŸ™‚

    p/s: waah, ade expectation ni, x boleh kecewakan~ insyaAllah Kaamyl, bak kata Nurul di Facebook:

    “Nurul Ain Nadiah Kamalaldin at 20:36 on 15 April
    iA nnti kita jumpa lagi. tempat, tarikh , semuanya tertakluk kepada yang perancang Terbaik! menariklah! tunggu!!”

    (^_^)

  3. ya Allah..Sya ok x ni???kene sihat tau…jumpe doktor if kaki still skit lg..ok?..besh dgr certa ni..gembira nya ana rasai sekali..hehe..rse nak je g sne..mne tau kite terjumpa juga..:)…
    sya, ana suke quote ni
    “ikhlas itu perlu ada dalam melakukan sesuatu mahupun dalam menerima sesuatu yang di luar jangkaan”..
    moga keihlasan tu terbina dalam diri..amin..salam syg sya…

  4. Salam Farhanah.

    insyaAllah ok. doakan yang terbaik. thanks for ur concern.πŸ˜‰

    alhamdulillah, kuasa Allah yang merupakan Perancang terbaik. nak datang sini, boleh2. hehe, insyaAllah saya dah tau sket2 kat mana nak bawa jalan.πŸ˜›

    yea, smoga kita semua sentiasa ikhlas. ameen. salam sayang sahabat.

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s