Kerja Rumah

Aku telah mengenalpasti (mungkin) trend menulis blog yang apply kepadaku sejak mutakhir ini (i.e. at least selepas penghujung tahun yang lalu). Aku dapati, aku lebih berkecenderungan menulis apabila ‘stress’ atau dalam fasa ‘pra-musim stress’ dengan tuntutan akademik (courseworks, exam, etc.)

Menaip

Mengapa? Penjelasan yang aku ada ialah fenomena eskepism yang melanda diri yakni cuba mengalihkan diri daripada stress tersebut. (telahan sendiri tanpa dibuktikan dengan kajian saintifik mahupun sistematik). Hipotesis ini mungkin boleh disokong dengan keadaan semasa cuti yang jarang-jarang aku memblog (sebabnya, secara logik masa cutilah banyak masa untuk memblog namun berlaku sebaliknya).

Aku ada satu lagi hipotesis.🙂

Iaitu, semasa didepani dengan tuntutan akademik, (iaitu semasa sedang berhempas-pulas menyiapkan coursework (especially jikalau semakin menghampiri deadline) ataupun semasa musim revisi bagi exam), semestinya otak sedang dikerahkan dengan ligatnya secara sukarela mahupun terpaksa.

Maka, hipotesis yang aku terfikirkan ialah sel-sel neuron sedang tercetus dengan aktifnya pada musim-musim tersebut dan implikasinya, idea-idea untuk menulis pun datang mencurah-curah.

Sel neuron – salah satu daripada zillion ciptaan Allah yang HEBAT.

Mungkin timbul persoalan, melihatkan aku yang sedang memblog, adakah aku berada dalam status ‘stress’ atau ‘pra-stress’ tersebut? Ekceli, aku baru selesai menghantar satu coursework dan by hujung minggu ini aku perlu menyiapkan satu lagi ‘kerja rumah’ iaitu satu bahagian daripada Design Report untuk design project yang dilakukan secara berkumpulan. insyaAllah.

Whoops, belum menjawab persoalan tadi. Erm, untuk menjawab persoalan tersebut apa yang boleh aku katakan, hipotesis yang aku buat pada perenggan pertama tadi bukanlah 100% benar. Mungkin ada kalanya sahaja.

Oleh itu, tidak bermaksud aku sedang stress jika kelihatan post-post muncul di myfikrah ini. Aku lebih cenderung kepada hipotesis ‘sel neuron’ yang sedang aktif akibat daripada aktiviti yang melibatkan kerja-kerja berfikir.🙂

Kesungguhan & Sleepless Night

Sesiapa yang pernah atau sedang berada dalam alam universiti yang penuh dengan kerja-kerja kursus di sepanjang semester pasti sudah masak dengan gaya hidup pelajar universiti. Apa yang cuba dispesifikkan di sini ialah, betapa banyak sleepless night yang telah dialami sepanjang bergelar penuntut di universiti.

Sleepless night itu sama ada demi menyiapkan coursework ataupun kerja-kerja persatuan mahupun kelab atau apa-apa sebab yang disebabkan oleh hakikat keberadaan kita di universiti.

Aku jadi terkejut juga, betapa kesungguhan untuk berjaga malam tatkala ada kerja yang MESTI disiapkan. Kata orang puteh,  by hook or by crook, demi memastikan kerja siap sebelum waktu matinya, biar tidak tidur malam. Biar sanggup menyegarkan diri dengan nescafe atau kopi semata-mata ingin berjaga malam.

Lagi mengejutkan, semata-mata ingin kerja siap sebelum tiba waktu matinya, sanggup bertarung dengan diri untuk bangun sewal pukul 3 pagi! Meskipun tidur dengan lewatnya malam tadi. Sekali alarm berbunyi sudah cukup untuk membangunkan diri. Tidak perlu di’snooze-snooze’kan alarm tersebut. Ajaib sekali!

By any means, sanggup! Bersungguh-sungguh! Demi berjaga malam!

Dan tanpa ada siapa pun yang paksa..

unhappy_face_tshirt-p235135391575714963t5tr_400

Sedihnya!

Wahai orang yang berselimut!

“O thou who art enwrapped! Rise by night except a little – the half, or deduct therefrom a little” (Al-Quran, 73 : 1-3)

Namun, bangun malam yang diperintahkan, tidak pula dipaksa diri untuk melakukannya secara sukarela!

Pernah bukan nak bangun malam, set jam, berniat untuk qiyam…

Tapi liat dan payah benar hendak bangun di pertengahan malam itu…

Tak boleh kot hari ni, nanti mengantuk di kelas. Tak jadilah hari ni, semalam tidur lewat. Erm, esok sajalah qiyam ni.

Dan putaran itu seringkali berulang. Ajaib. Ajaib. Ajaib.

Ajaib dengan kedangkalan diri dalam melihat capaian akhir daripada bangun dan berjaga malam itu.

Antara bangun malam untuk memenuhi tuntutan kepada manusia dan dunia atau bangun malam untuk memenuhi tuntutan diri kepada Pencipta.

Antara bangun malam untuk mencapai kekuatan ‘nama dan jasa’ ataupun bangun malam untuk mencapai kekuatan ‘iman dan jiwa’.

Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa)…

Surah al-Muzzammil : 6

Alahai diri…

Usah jadi “fenomena ajaib” ini…

Biarlah semangat bangun dan berjaga malam itu wujud bukan hanya dek kerana kerja rumah semata-mata.

Alangkah malangnya!

Alangkah ruginya!

Wallahu’alam.

6 thoughts on “Kerja Rumah

  1. salam sya,

    lame x coment kt sini hehe
    selalu bace je>_<

    em sgt sgt sgt setuju dgn gaye hidup uni student tu.
    dah berapa kali dah mcm tu utk siapkan assgmt

    one advice,
    kalau tgh2 stay up tu, spend 5 mins for tahajud.
    2 rakaat je.

    kalau betul2 x larat,
    mintak maaf dgn Allah sbb seakan2 pentingkan dunia, assignment, daripada Allah n akhirat.

    allahua’lam

  2. Salam Atie!

    Jazakillahu khairan katsira Atie for the advice. semoga Allah berikan kita kekuatan untuk sentiasa ingat Dia.

    p/s: sangat terharu dan rindu pada nasihat-nasihat yang baik. semoga Allah merahmatimu wahai sahabat.

    (^_^)

  3. salam sya n atie..lame xberkumpull..hehe..erm…stuju btul ngn post sya ni…tp kan..ana pernah terbaca sabda nabi..yg mana…Allah mencintai hambanya yg istiqamah dlm membuat sesuatu ibadah…if kita leh amalkan solat hajat lpas maghrib…or solat taubat sblm tidur…alhamdulillah…qiam tu..kita niat sungguh2…n kita wat seminggu sekali..if istiqamah insha Allah…allah permudahkan pula kite untuk bgn hari2 lain insha Allah..juz my opinion…coz mmg rse diri sndiri susah benar nk bgn malam..wallahualam..

  4. Salam Farhanah.

    yea, lama sangat dah kita x berkumpul. huhu. insyaAllah, smoga berkesempatan untuk jumpa n kumpul balik in the future.

    Jazakillahu khairan katsira Farhanah for the reminder. setuju, yang penting istiqamah. tsk2. lagi refleksi diri.

    tertarik untuk respon sedikit tentang bangun malam ni.

    apa yang cuba diketengahkan dalam post ni ialah kalau kita (berbalik kepada diri sendiri) mampu untuk bersungguh-sungguh untuk ‘stay-up’, sedaya upaya untuk ‘bangun malam’ demi menyiapkan coursework dan sebagainya,

    kenapa perkara yang sama tak berlaku dalam usaha membina kekuatan jiwa melalui bangun malam<–(persoalan yang ditanyakan buat renungan diri sendiri)

    saya yakin, jika setiap hari ada coursework yang perlu dihantar (contoh sahaja), setiap hari juga kita sanggup berjaga malam. setiap hari kita sanggup mengorbankan masa tidur malam (i.e. dengan tidur 3-4jam sehari).

    sebab itulah saya melontarkan ‘kehairanan’ dan ‘keajaiban’ dengan fenomena ini. sikap ‘double-standard’ dalam mengorbankan masa tidur malam.

    huhu. dan akhirnya diakui sememangnya kelemahan diri. tsk2.😦

    semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua. ameen.

    Allahu’alam.

    p/s: terasa biah solehah yang pernah dialami dulu melalui perkongsian dan peringatan yang baik ini. semoga Allah merahmatimu wahai sahabat.

    (^_^)

  5. betul2…renungan yg baik..n ana kagum jg pbila hal ni dikaitkan..(erti kata lain:kene btg hidung sndiri)..haha..yup..biah solehah d mana jua insha Allah…

    salam syg…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s