Constantinople & Al-Fateh

Sedang aku belayar di laman maya ini, aku terjumpa artikel daripada Husam Musa tentang Al-Fateh atau nama sebenar beliau Muhammad bin Murad. Sebelum meneruskan lebih lanjut, ingin aku kongsikan satu hadis Rasulullah S.A.W:

Kota Konstantinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu.

Riwayat Ahmad

Atau dengan frasa yang aku lebih familiar, sebaik-baik raja adalah raja yang membuka Constantinople dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang bersama-sama dalam pembukaan tersebut.

Nah, betapa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang benar lagi membenarkan! Beratus tahun sebelum peristiwa pembukaan Constantinople ini berlaku, Rasulullah s.a.w telah pun menyebutnya dalam salah sebuah hadis daripada baginda.

Dan akhirnya, pada 29 Mei 1453M, Sultan Muhammad bin Murad telah merealisasikan hadis tersebut!

Aku pun sebenarnya tidak aware akan tarikh tersbut (yakni hari ini) sehinggalah aku came across dengan artikel tersebut. Dan kisah Muhammad al-Fateh pun aku baru familiar setahun dua kebelakangan ini. Dalam usrah. Sedih tidak pernah aware tentang ini di zaman sekolah dulu.

Ini sejarah penting buat umat Islam! Berapa ramai pejuang Islam berkali-kali mencuba untuk membuka Constantinople daripada zaman para sahabat sehinggalah kepada khalifah-khalifah Islam selepas Khulafa’ Ar-rasyidin. Namun, ditakdirkan kejayaan itu di tangan Muhammad bin Murad ketika beliau berusia sekitar 20 tahun!

Allahuakbar! Di mana kita ketika usia itu? Sedang seronok mengejar apa fesyen pakaian yang terkini? Sedang berlumba-lumba menjadi makhluk tercantik mahupun terhensem? Dan pelbagai lagi realiti yang kita buat seperti yang terpamer pada blog, facebook, friendster, dan sebagainya.

Okies, nak cerita tentang Al-Fateh dan Constantinople sebenarnya.

Constantinople

Secara ringkasnya, Constantinople merupakan apa yang kita kenali sebagai Istanbul pada hari ini yang terletak di negara Turki. Rata-rata pelajar Malaysia di UK-Eire pastinya pernah sampai ke Turki, jikalau belum pernah pasti bercita-cita ingin ke sana.

Kenapa? Ingin menjejak kembali kegemilangan pemerintahan khalifah Islam yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Khalifah Turki Uthmaniyyah, ingat bukan? Constantinople ini terletak antara Selat Bosphorus dan Laut Marmara. Ini petanya:

Read More »

Advertisements

Survival Guide (?) 2

Baiklah, kali ini penulis ingin meneruskan satu dua perkara yang boleh diambil perhatian untuk survival pelajar yang berelaun tak setinggi elaun pelajar yang berelaun tinggi. (Sekuel bagi catatan Survival Guide (?))

Travel

Di bumi UK ini, tidak salah jika penulis katakan bahawa kemudahan untuk travel itu sangat banyak. Dengan sistem pengangkutan seperti bas, keretapi, mahupun kapal terbang ianya amat mudah.

Dengan persaingan sengit di pasaran pengangkutan, syarikat-syarikat pengangkutan menyediakan khidmat tambang murah yang boleh dikatakan menguntungkan pengguna (jika kena pada masanya).

Apa yang ingin penulis sampaikan ialah, jika seorang pelajar itu merancang untuk banyak berjalan (baca: mengembara) dan pada masa yang sama ingin bertindak bijak dalam membelanjakan elaun, maka apa yang boleh dibuat ialah merancang setiap perjalanan seawal mungkin.


Hal ini kerana, dengan perancangan awal, pelajar tersebut boleh mendapatkan harga-harga tiket bas, keretapi mahupun kapal terbang dengan harga yang amat menarik. Tambahan lagi dengan pelbagai jenis pengusaha servis pengangkutan, variasi pilihan harga itu ada. Apa yang diperlukan ialah kesungguhan dan kegigihan untuk mencari harga tiket terbaik!

Sebagai contohnya, untuk perkhidmatan bas selain National Express yang ada menawarkan funfare jika  booking dibuat dengan awal, ada juga servis Megabus.com yang menawarkan harga tambang yang amat murah sebagai contohnya London ke Manchester dengan hanya GBP 1!

Read More »

Survival Guide (?)

Sebelum meneruskan pembacaan kalian, adalah dimaklumkan kandungan penulisan ini mungkin applicable kepada sesetengah pihak (macam penulis contohnya) dan tidak pula menjadi suatu hal kepada pihak yang lain.

Sebagai seorang pelajar yang tidak bergaji, pengurusan kewangan amat penting (kalau dah bekerja lagilah penting). Kalau tidak, kesusahan akan melanda pelajar tersebut. Atas kesedaran itu, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelajar yang berelaun tak setinggi elaun pelajar yang berelaun tinggi.

Ketibaan

Mungkin orang akan mengatakan ‘ridiculous’ jika seorang pelajar Malaysia yang baru sampai ke Britain Besar ini dan asyik dengan mind-set-hendak-mengconvert-harga apabila membeli-belah di sini. Namun, pada pendapat penulis, attitude itu adalah satu attitude yang baik untuk memulakan kehidupan di sini.

Walaupun diakui ada pro dan kontranya, namun dengan attitude tersebut, insyaAllah boleh menghindarkan diri pelajar daripada berbelanja secara berlebihan. Hal ini terutamanya dalam membeli makanan, antara yang pro-nya, pelajar boleh mengelakkan diri daripada membeli makanan ringan yang tidak sihat.

Sebagai contohnya, Walker’s bungkus kecil berharga sekitar 30p yang mana bernilai lebih kurang RM1.50 jika di Malaysia. Cuma, attitude itu perlulah pula dihindari dalam membelanjakannya ke arah perkara kebaikan sebagai contohnya menderma ke Palestin. Janganlah pula kalau di Malaysia RM5 pun sudah dikira banyak, maka terasa ‘sayang’ pula hendak menderma GBP5 (~RM25) apabila berada di sini.

Suitable for Vegetarian

Ketibaan 2

Ketika mula-mula sampai, duit pelajar sememangnya masih banyak. Biasanya, di awal-awal ketibaan itulah pelajar akan dibawa bersiar-siar. Seperti pengalaman penulis sendiri, bulan pertama di sini telah dibawa melawat kota London. Untuk lebih spesifik, penulis telah sampai ke Oxford Street.

Banyak double-decker merah kelihatan di jalan ini

Oxford Street ini kalau boleh dianologikan seperti Jalan TAR di Kuala Lumpur di mana setakat pemahaman penulis, di Oxford Street ini terletaknya kedai-kedai pakaian dan berjenama antaranya seperti Topman, Zara, GAP, Dorothy Perkins, Clarks, dan lain-lain lagi.

Oxford Street ini sememangnya amat panjang. Penulis ingat lagi, kawan penulis memberikan gambaran betapa panjangnya Oxford Street ini sehingga kedai Zara ada beberapa buah di satu jalan yang sama! (Ni contoh yang diberikan oleh kawan penulis)

Jadi, andai ke Oxford Street pelajar seharusnya meminta untuk dibawa ke PRIMARK. Pastikan masuk ke PRIMARK dahulu sebelum ke butik-butik yang lain. Kenapa? PRIMARK ini adalah satu kedai yang menjual pakaian pelbagai pilihan dengan harga yang rendah jika dibandingkan dengan yang lain.

Kalau naik tube (underground), pastikan turun di stesen yang terdekat dengan PRIMARK (penulis tak tahu nama stesen itu). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi orang London (orang London Zon 5 pun boleh membantu) 😛

Pakaian

Alang-alang sudah bercakap tentang pakaian dan jenama di atas tadi, molek kiranya penulis meneruskan tentang pakaian. Tidak dinafikan, dengan elaun di tangan pasti timbul kecenderungan untuk para pelajar bershopping pakaian. Tambahan lagi dengan musim yang pelbagai di sini memerlukan pakaian tertentu untuk disesuaikan.

Maksud penulis, ketika musim sejuk, perlulah pakaian yang sesuai dengan musim sejuk. Kalau ingin travel, pun perlu pakaian yang sesuai untuk travel (andai tidak membawa pakaian yang cukup dari Malaysia).

Bagi penulis, falsafah berpakaian itu memadailah jika ianya menutup aurat, selesa, sesuai, dan sedap dipakai. Iya, tidak salah jika ingin berpakaian berjenama, namun lakukan itu atas dasar kualiti. Selaku pelajar, hindarilah daripada bershopping di Dorothy Perkin (yang kemudian baju tersebut kemungkinan akan hilang) mahupun Zara.

Yang menarik, tunggulah sehingga selepas 25 December di mana akan ada satu hari yang dikenali sebagai ‘Boxing Day’. Mungkinkah kerana kedahsyatan harga rendah di pasaran pakaian ketika itu yang hampir-hampir mencetuskan acara bertinju menyebabkan namanya diberi sebegitu rupa? 😀

Read More »

Zendagi Migzara

Alhamdulillah, tadi sekitar 10.30 AM, telah berakhirnya peperiksaan akhirku untuk tahun pertama di University of Bath ini. Semoga semuanya baik-baik belaka. Kepada kawan-kawan yang masih exam, selamat meneruskan usaha! Semoga Allah permudahkan buat kalian. ameen.

Di kesempatan ini, ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas wishes yang juga bertindak sebagai doa daripada kalian, biar ada 10 paper exam, 10 kali jugalah wishes diberikan. Jazakumullahu khair! Ia sangat bermakna, sekurang-kurangnya sebagai peringatan dan pemangkin semangat buat diri.

orenFight-o!

Pasca Exam

Seperti yang aku khabarkan di post yang lalu,  aku ada lebih kurang seminggu dan beberapa hari sebelum penerbanganku ke Asia Tenggara. insyaAllah, akan ke London Heathrow pada 2 Jun dan bermalam di sana untuk flight pada pagi 3 Jun.

Ke mana dan buat apa dalam tempoh yang ada ini? InsyaAllah, masa akan dihabiskan di bumi Bath ini kebanyakannya. Antaranya, berkemas-kemas dan memikirkan kaedah mengangkut dan lokasi menyimpan harta-hartaku yang tidak seberapa yang ada di dalam bilik ini. InsyaAllah sesi tahun depan akan mula duduk di luar universiti.

Ikut rasa, memang ingin benar bersiar-siar di bumi UK dalam kesempatan yang ada ini (macam Ajah..hehe. Jauh perjalanan mu. asyik tubik dari Surrey–>betul ke ni??). Banyak tempat dicita-citakan ingin dilawat, Kak Intan & Kak Zaf di Nottingham, Kak Leen & ahli serumah di Southampton, Kameelah di Brighton, Ajah di Surrey, Aishafath di London, Imeyk-Mana-Syahrul di Birmingham, Leeds, Manchester (Old Trafford!), dan senarai ini boleh berterusan.

Nampaknya bukan tahun ini untuk semua itu. Masalah teknikal yang dialami diterima dengan redha. Lesson learnt. May it be better in the future years. 😐

[Noktah]

Zindagi migzara. Life goes on. (heheh, kutip from ‘The Kite Runner’) 😛

Read More »

Inhale au exhale

Semoga dengan wajah baru myfikrah ini, semoga sesegar itulah pemikiran dan hati ini. Tadi, telah selesai paper Transport Phenomena. Kini, ada satu lagi paper menanti, Mathematics 2 Jumaat ini. Selesai paper itu, ada seminggu yang belum pasti apa yang hendak direncanakan.

InsyaAllah, minggu berikutnya pula, aku akan kembali ke Miri! (pertama kali diumumkan secara rasmi di sini..hehe)

Cerita Manusia

Currently, aku sedang membaca ‘The Kite Runner’ by Khaled Hosseini. Bestseller book. Menarik cuma aku tetap lagi suka Harry Potter 1234567 dan kebetulan cerita yang sedang dikeluarkan di pawagam ketika ini, buku Angels and Demons by Dan Brown pun menarik bagiku.

Ketika ini, aku teringat sebuah buku motivasi kegemaranku, ‘Membina Imaginasi Cemerlang’ by Dr HM Tuah Iskandar. Lama sudah tidak mengikuti buku beliau. Aku suka penceritaan tentang sub-conscious mind dalam buku tersebut. Mungkin juga kesukaan itu lebih sedikit kerana kulitnya yang berwarna biru. 😀

Sesiapa yang mengenali aku, tentu tahu yang aku gemar akan siri Prison Break. Pertama kali diperkenalkan oleh Fakhrullah, kemudian abang saudaraku, dan kawan-kawan sescholar, Ridzuan Comrades, akhirnya aku pun menontonnnya.

Kenapa? Sebab watak Scofield yang genius itu. Tambahan pula watak beliau yang merupakan seorang engineer. Lebih kurang juga seperti Jake 2.0 yang pernah aku minat semasa kecil-kecil dahulu. Lagi satu, cerita-cerita ini bukan seperti Heroes, Smallville yang tidak logik (walaupun menarik) dan berlainan juga daripada House, Grey’s Anatomy yang berkisar tentang doktor dan hospital, dan tidak juga seperti cerita yang saja-saja untuk ketawa.

Smart dan canggih, itu kelainannya.

Kini, siri itu telah tamat. 4 musim. Musim 1 di penjara Fox River, musim 2 di luar penjara, musim ketiga masuk balik penjara di Panama, hinggalah musim 4 dengan adegan kejar-mengejar yang terus berlaku. Mereka berlari dan terus berlari. At last, happy ending I would say. Penjahat-penjahat telah ditumpaskan dan mereka i.e. orang-orang baik tak perlu berlari lagi dalam hidup mereka.

Aku rasa ending cerita itu, fair enough. Cuma aku kasihan kepada watak Theodre Bagwell a.k.a T-Bag, setalah berapa banyak kesusahan dilalui semenjak keluar dari Fox River (not to mention his left hand was chopped off), akhirnya dia kembali ke Fox River, sama seperti bagaimana dia bermula.

Captivity of negativity–>ungkapan yang sering diungkap oleh Cole Pfeiffer (T-Bag) yang aku tak faham maknanya..(-_-)

Penutup

Kenapa?

Saja-saja, menjenguk keluar dan masih mencari apa yang tertinggal.

Allahu’alam. Allah jua yang mengetahui.

Posted by,syashot

Exam Datang Lagi dan Sedikit Cerita Tentang Bath

cni-2

Keratan rentas kertas soalan

InsyaAllah, Isnin ini (11 Mei 2009) akan bermulanya Semester 2 Final Exam. All the best untuk diri sendiri (dan juga ramai lagi insan yang sedang/bakal menduduki exam di luar sana tidak kira di mana anda berada).

Dimulai dengan Instrumentation & Control. insyaAllah.

Melihat blog kawan-kawan yang sedang mempromokan universiti-universiti di sini, terdetik ingin berbuat demikian juga. Objektifnya, untuk memberi gambaran sedikit-sebanyak suasana di lokaliti masing-masing kepada juniors yang bakal menyambung pelajaran ke sini (UK amnya).

(Ajah dah hint dah…hehe)

Namun, insyaAllah jika terasa ingin menaip dan bercerita tentang Bath yang permai ini secara detail, akan kelihatanlah post berkenaan di laman myfikrah ini. (not that I’m super-duperly expert about things around Bath) 😛

*teringat perbualan dengan adikku melalui Skype tempoh hari. Sedang aku meng’transfer’ beberapa gambarku semasa cuti easter yang lalu, aku pun seraya itu bercerita.

S: …riya kawan datang sitok, embak la sidak jalan-jalan…

A: (dengan nada terkejut dan hampir tidak percaya) cheit, tang menar jak. macam tempat nya jak Bath ya. hahaha.

Tak faham? hehe. Dalam perbualan ringkas itu, adikku telah mempersoalkan ke-pengetahuan-ku tentang Bath. (hehe, memang wajar, sebab hakikatnya seperti yang pernah aku khabarkan, aku baru-baru sahaja mengeksplorasi Bath dengan agak terperinci) 🙂

Sedikit Tentang Uni. of Bath

Hurm, macam tak dapat pula bercerita sedikit tentang Uni. of Bath. (sebab macam banyak yang boleh diceritakan)

Baiklah, yang basic-basicnya;

Accomodation: kalau first year, maybe better mengambil accomodation dalam kampus (range: GBP 70-120 per week). So, semasa application untuk Uni. of Bath accomodation dibuka nanti, cepat-cepat lah apply supaya lebih banyak choice yang ada.

(kalau lambat-seperti saya-mungkin choice yang lebih murah atau lebih best akan habis. Apa-apa pun saya suka kediaman yang saya dapat ini. Alhamdulillah) 😉

dscn2241Di depan kediaman saya, Eastwood A, Rumah 36.

img_0758Marlborough Court – kediaman on-campus yang lebih moden bentuk bangunannya

Saya rasa insyaAllah semua pelajar tajaan mampu untuk menyewa di university accomodation. Uni accomodation ini, ada yang on-campus, dan ada juga yang off-campus. Untuk details, bolehlah melawat ke website accomodation university apabila masa untuk application semakin menghampiri kelak.

*ada banyak lagi jenis university accomodation, cumanya yang pernah tertangkap dalam kameraku hanya 2 jenis itu sahaja. tsk2. 😐