Inhale au exhale

Semoga dengan wajah baru myfikrah ini, semoga sesegar itulah pemikiran dan hati ini. Tadi, telah selesai paper Transport Phenomena. Kini, ada satu lagi paper menanti, Mathematics 2 Jumaat ini. Selesai paper itu, ada seminggu yang belum pasti apa yang hendak direncanakan.

InsyaAllah, minggu berikutnya pula, aku akan kembali ke Miri! (pertama kali diumumkan secara rasmi di sini..hehe)

Cerita Manusia

Currently, aku sedang membaca ‘The Kite Runner’ by Khaled Hosseini. Bestseller book. Menarik cuma aku tetap lagi suka Harry Potter 1234567 dan kebetulan cerita yang sedang dikeluarkan di pawagam ketika ini, buku Angels and Demons by Dan Brown pun menarik bagiku.

Ketika ini, aku teringat sebuah buku motivasi kegemaranku, ‘Membina Imaginasi Cemerlang’ by Dr HM Tuah Iskandar. Lama sudah tidak mengikuti buku beliau. Aku suka penceritaan tentang sub-conscious mind dalam buku tersebut. Mungkin juga kesukaan itu lebih sedikit kerana kulitnya yang berwarna biru.๐Ÿ˜€

Sesiapa yang mengenali aku, tentu tahu yang aku gemar akan siri Prison Break. Pertama kali diperkenalkan oleh Fakhrullah, kemudian abang saudaraku, dan kawan-kawan sescholar, Ridzuan Comrades, akhirnya aku pun menontonnnya.

Kenapa? Sebab watak Scofield yang genius itu. Tambahan pula watak beliau yang merupakan seorang engineer. Lebih kurang juga seperti Jake 2.0 yang pernah aku minat semasa kecil-kecil dahulu. Lagi satu, cerita-cerita ini bukan seperti Heroes, Smallville yang tidak logik (walaupun menarik) dan berlainan juga daripada House, Grey’s Anatomy yang berkisar tentang doktor dan hospital, dan tidak juga seperti cerita yang saja-saja untuk ketawa.

Smart dan canggih, itu kelainannya.

Kini, siri itu telah tamat. 4 musim. Musim 1 di penjara Fox River, musim 2 di luar penjara, musim ketiga masuk balik penjara di Panama, hinggalah musim 4 dengan adegan kejar-mengejar yang terus berlaku. Mereka berlari dan terus berlari. At last, happy ending I would say. Penjahat-penjahat telah ditumpaskan dan mereka i.e. orang-orang baik tak perlu berlari lagi dalam hidup mereka.

Aku rasa ending cerita itu, fair enough. Cuma aku kasihan kepada watak Theodre Bagwell a.k.a T-Bag, setalah berapa banyak kesusahan dilalui semenjak keluar dari Fox River (not to mention his left hand was chopped off), akhirnya dia kembali ke Fox River, sama seperti bagaimana dia bermula.

Captivity of negativity–>ungkapan yang sering diungkap oleh Cole Pfeiffer (T-Bag) yang aku tak faham maknanya..(-_-)

Penutup

Kenapa?

Saja-saja, menjenguk keluar dan masih mencari apa yang tertinggal.

Allahu’alam. Allah jua yang mengetahui.

Posted by,syashot

8 thoughts on “Inhale au exhale

  1. salam..
    jap, baru baca perenggan pertama, terus nak komen. hahah
    rancangan lepas exam? meh meh datang cni
    kamel besok ada satu paper, pastu ada 10 hari gap
    hehe bila lagi kan, lepasni dah taktau ada lagi ke tak wakil brighton๐Ÿ˜‰

    ok sambung baca entry..

    1. Salam

      hehe. Nway, check emel, saya dah reply kat sana.๐Ÿ™‚

      Until we meet again, insyaAllah.

      p/s: All the best ehs untuk A2 ni!๐Ÿ˜‰

      (^_^)

  2. Salam!

    BEST LA KITE RUNNER!!!!!!!! (blom pa2 terus attack, haha)

    Lagik best dr HP 1234567 (komen dtg dr die-hard-fan hp ok)

    Baca cgek gik buku Khaled Hosseini. Lupak kmk titlenya. About 2 women. Kite runner about 2 men kan? Best juak!

    Angels and Demons pun buku pun BEST LELALU! Tapi movienya =_= …selamat menonton! xmok spoilkan๐Ÿ˜›

    Gambateh for ur last paper!

    Kitak dtg miri kmk balit india =_=

    1. Salam.

      haha. best2. cuma dan walaubagaimanapun, HP lagik best.๐Ÿ˜›

      kmk dah baca sampe Sohrab ikut Amir and nya mok apply adoption ya. Dah tengok sepintas lalu juak The Kite Runner the movie (cam besa, lain dari buku~)๐Ÿ˜

      Ahah, A Thousand Splendid Suns. bestseller juak kan? hurm, tunggu The Kite Runner abis lok. hehe.

      Yeah, Angels & Demons, yang menarik buku Dan Brown, latar masa nya singkat jak (i.e. beberapa hari) tapi banyak lalu adventure & saspens.

      *selamat menonton* haha, cam tauk2 jak kmk plan mok menonton. dah masuk bintang plaza yang baru ka?๐Ÿ˜›

      Arigato!

      huhu, until we meet again time cuti 5 minggu ktk, insyaAllah.

      (^_^)

    1. InsyaAllah balit Miri. huhu, tapi sik sempat nak join KRIS’09. Kmk balit dalam minggu lepas KRIS ya, insyaAllah.

      boleh2, insyaAllah. inform jak klak mun ada plan.

      (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s