Survival Guide (?)

Sebelum meneruskan pembacaan kalian, adalah dimaklumkan kandungan penulisan ini mungkin applicable kepada sesetengah pihak (macam penulis contohnya) dan tidak pula menjadi suatu hal kepada pihak yang lain.

Sebagai seorang pelajar yang tidak bergaji, pengurusan kewangan amat penting (kalau dah bekerja lagilah penting). Kalau tidak, kesusahan akan melanda pelajar tersebut. Atas kesedaran itu, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelajar yang berelaun tak setinggi elaun pelajar yang berelaun tinggi.

Ketibaan

Mungkin orang akan mengatakan ‘ridiculous’ jika seorang pelajar Malaysia yang baru sampai ke Britain Besar ini dan asyik dengan mind-set-hendak-mengconvert-harga apabila membeli-belah di sini. Namun, pada pendapat penulis, attitude itu adalah satu attitude yang baik untuk memulakan kehidupan di sini.

Walaupun diakui ada pro dan kontranya, namun dengan attitude tersebut, insyaAllah boleh menghindarkan diri pelajar daripada berbelanja secara berlebihan. Hal ini terutamanya dalam membeli makanan, antara yang pro-nya, pelajar boleh mengelakkan diri daripada membeli makanan ringan yang tidak sihat.

Sebagai contohnya, Walker’s bungkus kecil berharga sekitar 30p yang mana bernilai lebih kurang RM1.50 jika di Malaysia. Cuma, attitude itu perlulah pula dihindari dalam membelanjakannya ke arah perkara kebaikan sebagai contohnya menderma ke Palestin. Janganlah pula kalau di Malaysia RM5 pun sudah dikira banyak, maka terasa ‘sayang’ pula hendak menderma GBP5 (~RM25) apabila berada di sini.

Suitable for Vegetarian

Ketibaan 2

Ketika mula-mula sampai, duit pelajar sememangnya masih banyak. Biasanya, di awal-awal ketibaan itulah pelajar akan dibawa bersiar-siar. Seperti pengalaman penulis sendiri, bulan pertama di sini telah dibawa melawat kota London. Untuk lebih spesifik, penulis telah sampai ke Oxford Street.

Banyak double-decker merah kelihatan di jalan ini

Oxford Street ini kalau boleh dianologikan seperti Jalan TAR di Kuala Lumpur di mana setakat pemahaman penulis, di Oxford Street ini terletaknya kedai-kedai pakaian dan berjenama antaranya seperti Topman, Zara, GAP, Dorothy Perkins, Clarks, dan lain-lain lagi.

Oxford Street ini sememangnya amat panjang. Penulis ingat lagi, kawan penulis memberikan gambaran betapa panjangnya Oxford Street ini sehingga kedai Zara ada beberapa buah di satu jalan yang sama! (Ni contoh yang diberikan oleh kawan penulis)

Jadi, andai ke Oxford Street pelajar seharusnya meminta untuk dibawa ke PRIMARK. Pastikan masuk ke PRIMARK dahulu sebelum ke butik-butik yang lain. Kenapa? PRIMARK ini adalah satu kedai yang menjual pakaian pelbagai pilihan dengan harga yang rendah jika dibandingkan dengan yang lain.

Kalau naik tube (underground), pastikan turun di stesen yang terdekat dengan PRIMARK (penulis tak tahu nama stesen itu). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi orang London (orang London Zon 5 pun boleh membantu)😛

Pakaian

Alang-alang sudah bercakap tentang pakaian dan jenama di atas tadi, molek kiranya penulis meneruskan tentang pakaian. Tidak dinafikan, dengan elaun di tangan pasti timbul kecenderungan untuk para pelajar bershopping pakaian. Tambahan lagi dengan musim yang pelbagai di sini memerlukan pakaian tertentu untuk disesuaikan.

Maksud penulis, ketika musim sejuk, perlulah pakaian yang sesuai dengan musim sejuk. Kalau ingin travel, pun perlu pakaian yang sesuai untuk travel (andai tidak membawa pakaian yang cukup dari Malaysia).

Bagi penulis, falsafah berpakaian itu memadailah jika ianya menutup aurat, selesa, sesuai, dan sedap dipakai. Iya, tidak salah jika ingin berpakaian berjenama, namun lakukan itu atas dasar kualiti. Selaku pelajar, hindarilah daripada bershopping di Dorothy Perkin (yang kemudian baju tersebut kemungkinan akan hilang) mahupun Zara.

Yang menarik, tunggulah sehingga selepas 25 December di mana akan ada satu hari yang dikenali sebagai ‘Boxing Day’. Mungkinkah kerana kedahsyatan harga rendah di pasaran pakaian ketika itu yang hampir-hampir mencetuskan acara bertinju menyebabkan namanya diberi sebegitu rupa?😀

Allahu’alam.

Walaupun penulis sendiri tidak pernah mengalami Boxing Day ini (i.e. tidak pergi ke kedai semasa Boxing Day), tapi dengar ceritanya harga pakaian (jap, adakah pakaian sahaja? penulis tak pasti pula) memang murah-murah belaka ketika itu.

Ada yang penulis dengar daripada kawan, sehingga orang sanggup berkhemah dan bermalam dan beratur di luar kedai demi menjadi orang pertama untuk membeli barangan yang diingini. Ada satu lagi cerita, sehingga ada orang yang ke kedai tertentu pada hari sebelumnya untuk aim yang mana satu ingin di-grab pada Boxing Day.

Okies, apa-apa pun, kesimpulannya perlu berstrategi juga jika hendak shopping pakaian. Antaranya, tunggulah musim-musim harga jatuh seperti pada pertukaran musim (eg. Winter ke Spring), kerana kedai-kedai biasanya ingin melakukan stock clearance.

Makanan

Bagi penulis, apa yang menariknya di sini, di pasaraya-pasaraya utama, seperti Sainsbury’s, Asda, Tesco, etc. mereka ada menyediakan alternatif barangan yang dikenali sebagai ‘basics’.

Ikut kefahaman penulis, barangan ‘basics’ ini adalah barangan yang terletak di lowest end antara banyak-banyak jenama. Contohnya Digestive Biscuit, kalau kategori high-end adalah seperti jenama McVities, yang berharga 1 Pound lebih.

Namun untuk jenis biskut yang sama tetapi jenama ‘basics’, pelanggan boleh mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah. Sebagai contohnya jenama Sainsbury’s basic hanya berharga 33p sebungkus atau 11p per 100gram. (boleh klik pada link untuk melihat)

Selain biskut, makanan dan barang-barang lain juga ada ‘sistem kasta’ ini. Seperti pengalaman penulis, membeli kuali jenama Sainsbury’s ‘basics’ dengan harga 3pound lebih jika tidak silap. Sedangkan jika di kedai lain, mahu mencecah berbelas pound.

Mungkin pembungkusan barangan ‘basics’ ini sedikit huduh jika dibandingkan dengan bungkusan-bungkusan jenama high-end. Namun, bak kata Sainbury’s pada bungkusannya;

IMG_1297“No fancy packaging, still great with a cuppa”

Penulis akui, jika ingin dibahaskan kerelevenan dan kualiti memang boleh jadi panjang (atau tidak). Namun, suka penulis ingatkan, kembali di perenggan terawal penulisan ini bahawa catatan ini HANYA applicable kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Sesungguhnya, kita punyai paradigma berbeza berkenaan hal ini.

Manfaatkan Penaja

Penulis tidak pasti untuk tajaan-tajaan lain, tetapi ada satu penaja yang banyak memberikan ‘intangible benefits’ kepada pelajar tajaannya. Antaranya;

Claim for transportation
– Scholars are allowed to submit claim for monthly tranpostation fare (i.e accommodation > university > accommodation).
– Proof of receipt for transportation has to be attached with the claim.
Claim for books
– Scholars are allowed to submit claim for purchases of academic books, if the amount exceeds current allocation of £200/year (UK) Euro115/year (France).
– Proof of receipt and list of books recommended/endorsed by School/University have to be attached with the claim.
Claim for sport/society
– Scholars are allowed to submit claim for sport/society (Choose one. Either sport or society), organised/held by/at the university, with the capping of £100/year.
Claim for Foreign Language Class
– Scholars are encouraged to learn a foreign language (preferably Arabic, French, Japanese, Spanish) and fees is claimable.
– This class has to be taken at respective university and preferably, fees should be added to the annual tuition fees. If not, students have to pay on their own and submit the claim.
– Proof of receipt for this class has to be attached with the claim.
Claim for laundry
– Scholars are allowed to claim for laundry and is capped at £10/month.
– Proof of receipt has to be attached with the claim.

All in all, walaupun kelihatan elaun ‘kelihatan’ tidak banyak namun intangible benefits ini jika dimaksimumkan penggunaannya, insyaAllah boleh memperbaiki taraf hidup pelajar berkenaan. Nasihat buat penulis sendiri, bersyukurlah dan hindari daripada rungutan yang tiada faedahnya. (-_-)

Ada Lagi

Rasanya cukuplah sekadar itu untuk kali ini. Ada lagi beberapa tips tetapi jika tiada keberatan insyaAllah akan penulis tuliskan di catatan lain.😉

Penutup

Satu lagi penulisan sebagai ingatan buat diri.

Kepada yang lain selain daripada penulis, semoga bermanfaat!

Allahua’alam.

syashot

3 thoughts on “Survival Guide (?)

  1. em, tube station terdekat ke Primark ialah Marble Arch..
    hebat kan orang london zon 5.. kualiti sama dengan orang london zon 1.. tiada beza.. haha😛 (ngamuk Aisha kalo dia baca ni)

  2. Trima kasih Ajah (ye, Ajah akan dapat imagine perkataan ini)😛

    Hehe, bagus2. Zon 5 = Zon 1. boleh jadi tourist guide andai orang Zon 1 tak available.

    haha, nanti bagitau die.😛

    (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s